Thursday, February 9, 2012

Surat Propaganda Penyokong PAS tahun 1988








KEPADA PEMIMPIN DAN RAKYAT MALAYSIA

Tan Sri Haji Osman Aroff - Menteri Besar Kedah
Manusia Yang Paling Kaya Dalam Malaysia

Sebagai seorang rakyat yang sayangkan negeri ini, saya TERPAKSA tulis surat ini kepada seluroh rakyat Kedah dan Pemimpin 9,000 pemimpin negara untuk menyatakan bahawa manusia yang paling kaya di Malaysia sekarang ini ialah Tan Sri Haji Osman Aroff

Malangnya segala kekayaan ini adalah hasil wang yang dicuri dari Rakyat Negeri Kedah

Sebenarnya pencuri si Osman Aroff ini telah bersedia untuk dihentikan sebagai Menteri Besar Kedah pada pilihanraya sudah. Ini jelas terbukti dengan cara beliau meluluskan berbagai-bagai projek dan balak kepada Syarikat Front kepunyaannya tanpa takut-takut dan segan-segan, seakan-akan seorang yang hendak tenggelam sambar apa saja yang terdapat.

Sekarang ini pula beliau sekali lagi terasa bahawa inilah penggalnya yang terakhir sebagai Menteri Besar. Maka beliaulah mulalah bertindak cara begitu berani dan terang untuk mengaut perniagaan menerusi beberapa syarikat ''bertopeng'', tetapi kepunyaannya.

Kami pegawai kerajaan susah sekali menjalankan jentera pentadbiran. Kami selalu menerima arahan supaya menyegerakan permohonan orang-orang tertentu dan menyedihkan orang-orang kuatnya datang sendiri membawa arahan Menteri Besar ke pejabat.

Orang-orang seperti Ah Keat, adikh Ah Keat ( Ah Peak ), Ah Ho, Dato' Beh, Azhar, Haji Lah, Dato Tajudin, William Chek dan banyak lagi, mintak diluluskan segera permohonan syarikat isteri EXCO seperti Wan Azmi. Cuba tanya Wan Azmi, apa dah jadi dengan projeknya di Mergong dan Alor Malai, Derga ???.

Pemberian tender ikut suka hati, terutamanya negotiated tender dan variation order.
Sepatutnya tender ini mesti melalui penilitian tender document dengan cermat. Ini tidak ... asalkan orangnya ... harga asal yang rendah pun dinaikkan. Janji dapat saham dan habuan sikit pun tidak apa.

Penukaran pegawai-pegawai kerajaan ikut nafsu beliau dan bergantung pada nafsu setiausaha kerajaan. Pegawai yang tidak faham agama dijadikan setiausaha majlis ugama ( Osman Salleh ). Yang lulus agamam dari Kolej Islam buat kerja daftar tanah. Pegawai yang tidak tahu hal tanah, dilantik Timbalan Pengarah Tanah Negeri ( Usop Nayan ). Pegawai yang mahir tanah ( Zulkifli Ismail ) dibuang ke estate hospital. Pegawai yang tidak lulus universiti asal boleh tolong cari duit untuk beliau, ditempatkan di tempat-tempat yang penting. Yang paling malu sekali, pegawai ampu bodek beliau Ismail Hamid yang dilantik seabgai Timbalan Pengurus Besar LADA sampai hari ini pun tidak diterima oleh LADA dan sekarang ini terpaksa dicreatkan satu jawatan baru di Wisma Negeri untuk Ismail Hamid sebagai Timbalan SUK dengan tugas-tugas khas. Bakar Yaakop dan Ghazali Pak Ya ( Yahaya ) akan tua dalam Wisma Negeri.

Kelulusan tanah di Langkawi sedang berlaku berleluasa. Habis tanah di Pekan Kuah yang berharga khususnya di Kawasan Sanitarium lama telah diluluskan untuk syarikatnya, dengan menggunakan nama orang harapannya Dato' Tajudin Hashim. Semua projek-projek langkawi kebanyakkannya diluluskan kepada Dato' Tajudin Hashim.

Begitu juga di Sungai Petani,. Habis Taman Ria. Lingkup Ladang Perbadanan. Sekarang pula hendak bina bandar Muazam Shah 9,000 ekar. Dato' Tajudin, Dato Beh Heng Seong dan kononnya Sultan Kedah ada share dalam company ini. Begitu jugalah dengan tanah-tanah di Alor Star dan sekarang ini sedang attack Padang Serai pula.

Ada banyak, malahan beratus permohonan yang diluluskan di bandar besar seperti Alor Star, Sungai Petani, Langkawi dan Kulim sekarang ini yang sengaja tidak dibangunkan. Takut kalau-kalau orang lain jadi Menteri Besar tak boleh diluluskan. Jadi diluluskan sekarang dan disimpan. Bila habis jadi Menteri Besar nanti, maka projek-projek ini boleh diniagakan, kerana sudah lulus dan tak payah susah payah, 2,000 tahun lagi pun makan tak habis.

Yang paling ketara sekali, projek-projek dalam SEDC. Pengurus Besar JJ jadi baruanya. Dia akan buat ikut pengerusi suroh, asalkan dia dapat tumpang sekaki. Kalau mahu tahu cerita betul, cuba BPR serbu Bahagian Kewangan SEDC. Berbagai-bagai tuntutan Pengerusi dan Penguruh Besar bercanggah dengan peraturan kewangan. Sudah diberii fixed Allowance pun, dituntut lagi.

Amat memalukan sekali SEDC Kedahlah yang paling miskin sekali dalam Malaysia. Kalau dibandingkan dengan SEDC negeri-negeri lan. Tapi cuba Pengerusi dan Pengurus Besarnya. Rumah besar, kereta besar, pangkat besar, gaji besar, belanja besar, tuntutan besar, makan besar, masuk besar walaupun projek kecil belaka. Keluar negeri kerap. Tapi apa yang dapat?
Yang kenyang Pengerusi dan Pengurus Besarnya. Semua kakitangan SEDC tahu, tapi tidak berani cakap. Takut kena buang kerja.

Tuggu apa lagi BPR ?... Nak pilih bulukah ? Yang makan 50 sen diberkas. Yang makan million dibela dan dilindung ???

Kami tunjukkan sebagai Kembaran A1, A2 dan A3 dalam kertas ini. Satu contoh sebuah syarikat kepunyaan Tan Sri Osman Aroff, AZHAM INTERCORPORATION SDN BHD. yang hampir tutup kedai dan bankrap. Tiba-tiba syarikat ini naik melambong tinggi. Modal pun PKNK tolong. Pengurusan pun dibayar oleh PKNK, hingga gaji Pengurus Syarikat AZHAM ini dibayar oleh PKNK dan pengurusnya pula yang terkenal di Sugnai Petani pakai Jaguar dan BMw, serta bini baru. Yang peleknya, beribu-ribu syarikat bumiputra teruk, dan tenat di Kedah, PKNK haram tidak tolong langsung tetapi syarikat AZHAM kepunyaan Osman Aroff ditolong JJ dan dah tentu tumpang sekali.

Sekarang Osman Aroff guna taktik baru memperalatkan Sultan Kedah. Osman Aroff suruh captain-captain Cinanya jumpa Sultan Kedah suruh Sultan minta tanah, balak dan projek-projek, kemudian dia akan luluskan atas nama Sultan. Sultan dapat sikit duit up ront dan mungkin sikit saham. Bukan setakat Sultan, bini muda Sultan ( Che' Puan ) pun mula berniaga dengan Cina. Cinan asyik usung sana sini. Tanah di Sungai Petani dah dapat kat Che' Puan. Sultan tolognlah jaga nama sikit. Kami pegawai kerajaan pun serba salah, kerana kami sungguh sayang Sultan kami, janganlah jadi alat Tok Man. Wahai tuanku, janganlah dedahkan diri dihentam orang sedangkan MB dan captain Cinanya yang gemuk dan kenyang. Dapat tak banyak mana, nama jadi busuk.

Pemberian balak ikut suka Osman Aroff seorang saja, kerana orang lain tak boleh bersuara. Jkuasa hasil bumi pakai turut. Orang-orang kuat dia pakai lesen orang. Dia lulus, dia dapat sikit habuan.

Sekarang ini kita dengar semua fail sebelum masuk mesyuarat EXCO mesti Menteri Besar tengok dulu. Kalau tak tengok dulu, tak boleh masuk EXCO. Kalau ada permohonan yang akan masuk EXCO meeting, maka dihantar ''orangnya'' untuk meminta wang kiranya mahukan kelulusan. Kalau tidak beri, tak lulus.

Fasal peribadi Osman Aroff lagi dahsyat. Osman Arofflah pemimpin UMNO yang terkuat Kaki betina, Kaki botol dan Kaki kuat joli. Dalam satu bulan 20 hari dia akan berada di luar negeri Kedah. Selalunya di Kuala Lumpur dan Penang. Tidur malam di Kuala Lumpur dan Penang memang hobonya. Sampai saja di Kuala Lumpur dan Penang mabuk 24 jam.

Sampai di KL captain Cinanya akan supply betina dan sampai di Penang betina impot dari Thailand dihadiahkan oleh captain-captain Cinanya. Osman Aroff baru saja menikah anak dara Cina 19 tahun di Penang, ganti bini Cinanya yang lama mati.

Pandai sungguh Osman Aroff bermain sandiwara. Kalau bercakap selalu tolong rakyat miskin, tetapi miskin menderita dia juga kenyang dan kaya. Baru ini Osman Aroff dapat wang tunai 1.4 juta ringgit melalui kelulusan jualan tanah di Gurun, Kedah untuk PERWAJA bersama tukang lawaknya Ridzuan Sharbani yang baru saja beli PEJERO.

Osman ARoff bukan saja curi wang rakyat, wang UMNO pun dia curi. Banyak orang derma untuk UMNO. Sesetengah projek berjuta ringgit yang diderma untuk UMNO, tetapi ke mana pergi duit tu semua ? ...

Yang ketara sekali bila ada pilihanraya kecil, waduh ... waduh ... sukanya hati Osman Aroff. Inilah peluang dia buat duit untuk joli. Tiap kali ada pilihanraya kecil, Osman Aroff tetapi buat diuit hampir satu atau dua juta ringgit untuk wang kocek beliau. Maka orang UMNO jadi kerbau, Osman Aroff yang kenyang.

Pandai sungguh Osman Aroff main daun. Bukan setakat dia, bini dia pun buat duit. Bini Osman Aroff dikelilingi oleh captain-captain Cina betina. Mana pergi pun mesti dengan betina Cina. Pergi market pun Cina betina bawa raga. Anak-anak pun buat duit. Pakai kereta mahal-mahal belaka. Bila kawan tanya ... dia jawab bila lagi buat duit, inilah kali terakhir, pak aku jadi MB.

Sampai sekarang pun Osman Aroff tak latik EXCO tambah. Dia takut orang lain pandai dari dia. Dia mahu orang tak bangkang kehendak dia jadi EXCO. Dia mahu orang macam Wan Azmi. Asyik angguk dan yes sir saja. Asalkan masuk sudah. Inilah satu-satu EXCO yang terang-terang berniaga, isteri Wan Azmi pun berniaga. BPR pun tahu. Orang pernah buat aduan kepada BPR. Sila lihat Kembaran B1. Apa BPR kata. BPR Kedah pass kepada BPR KL. KL pun pilih bulu, akhirnya DIAM. Barangkali BPR pun dah dibeli atau pun dapat saham sikit.

Wan Azmi sejak jadi EXCO, jadi Dato' dan isterinya jad Datin bukan main sombong dan bongkak dalam salah satu perjumpaan dengan Dewan Perniagaan Melayu Kedah, beliau tepok meja tatkala pengerusi Dewan, Dato' Syed Razak sedang berucap. Kononnya dia maki dan marah kerana pengerusi Dewan kritik Kerajaan dan mahu keluar dari majlis. Inilah jenis pemimpin yang ada di Kedah ini. Tak boleh kritik, melenting. Tak sedar diri yang dia bukan nak jadi EXCO sampai mati. Begitu juga dengan mesyuarat-mesyuarat dengan kami pegawai kerajaan, bukan main garang. Semuanya tak kena, dia seroagn saja yang kena. Tak sedar dia juga bekas pegawai kerjaan.

Yang kita geram ni BPR. Kata dia bebas. Tapi takut berindak. Pilih bulu. Nanti arahan. Makan gaji buta. Dia sendiri tak ada amanah langsung. Kononnya mahu ambil tindakan, mahu siasat, mahu itu mahu ini, tindakan ... action ??? ... lihat Kembaran B1.

Kalau BPR siasat betul-betul ... Wan Azmi semasa bekerja di KEDA dulu pun sudah ada syarikat bersama isteri. Apalagi bila jadi EXCO? Isterinya lebih cergas, dia dah lupa kami di KEDA ini. Kami tahu lubangnya. Dia cakap pada orang-orang dia akan jadi MB ganti Tok Man tak lama lagi. Lagi terus simpang malaikat 44.

Selagi Osman Arof jadi Menteri Besar, selama itulah orang Melayu bawahan dan biasa akan menghadapi seksa untuk mendapat kelulusan.

Saya merayu kepada seluruh rakyat Kedah demi kepentingan anak cucu cicit kita akan datang, kalahkanlah BN dalam pilihanraya umum akan datang dan undilah PAs.

Mengapa mesti undi PAS ????

Kalau BN menang Osman Aroff akan terus bermaharajalela. Kalau pun Osman Aroff tak jadi Menteri Besar dan BN terus berkuasa maka telah banyak projek tanah yang diluluskan oleh Osman Aroff akan dijalankan. Melainkan dengan undi PAS. Kerajaan PAS saja yang boleh bertindak membatalkan kelulusan dan ambil atau tarik balik semua kelulusan tanah-tanah tersebut.

Tindakan MUFLIS keatasnya akan diambil. Kalau kerajaan BN menang ... maka bermaharajalelalah Osman Aroff. Sila lihat surat mahkamah tinggi hutang Osman Aroff bersama Abdullah Ang dalam Kembaran B2.

Jangan lupa ... Undilah PAS supaya orang Melayu boleh hidup

Ahli Kelab Cinta Sayang.
( KCS )

Berikut merupakan petikan surat dari Ahli Kelab Cinta Sayang ( KCS ) yang dipercayai penyokong PAS terhadap rakyat Kedah. Surat ini dipercayai dikeluarkan pada tahun 1988 hingga 1989 berikutan petikan surat sekitar Mac 1988.

Maka diperayai surat ini ditulis sekitar pertengahan hingga akhir tahun 1988 bagi meraih sokongan rakyat Kedah terhadap PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-8 pada tahun 1990.

Dalam surat ini, isi kandungannya menjurus kepada salah guna kuasa oleh Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Osman Aroff dalan EXCOnya. Selain salah guna kuasa oleh pemimpin negeri, surat ini juga ingin menjelaskan mengenai rasuah dalam pentadbiran kerajaan Kedah.

Seperti yang ditulis, terdapat pelbagai-pelbagai tuduhan dilemparkan keatas EXCO dan Menteri Besar Kedah berikutan kelulusan projek yang didakwa diluluskan dengan habuan kepada pemimpin tersebut.

Turut diceritakan di dalam surat ini mengenai peribadi Tan Sri Osman Aroff yang didakwa gemar ke luar negeri hinggakan hanya berada di dalam negeri Kedah 10 hari sahaja dalam sebulan.

Dalam masa 20 hari di luar negeri, surat ini mendakwa yang Osman Aroff ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk berfoya-foya . Kata-kata Osman Aroff kaki perempuan dan kaki botol dilempar tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Sultan juga tidak terkecuali terlibat dalam tulisan ini. Sultan Kedah didakwa meluluskan tanah balak dan mendapat sedikit habuan dari tindakan tersebut begitu juga dengan Che Puan ( kini Permaisuri Agong ) yang dicemburui kerana sering keluar dengan wanita-wanita Cina.

Pada muka surat pertama kertas ini juga mendakwa yang pegawai-pegawai kerajaan dipindahkan mengikut nafsu setiausaha kerajaan negeri sahaja. Ini bagi menempatkan pegawai yang mampu membuat duit kepada MB.

Pelbagai lagi dakwaan dilemparkan kepada kerajaan Kedah oleh penyokong PAS ini bagi meraih sokongan rakyat negeri Kedah. Penulis enggan mengesahkan kandungan surat ini sama ada benar ataupun dusta belaka.

Jika benar harap mereka kembali bertaubat dan jika salah, pihak yang menyebarkan surat propaganda meraih sokongan ini meminta maaf dan bertaubat.

*** Penulis terjumpa surat ini ketika penulis mengemas rumah

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen