Tuesday, February 21, 2012

Scoliosis Ancaman Besar untuk Kanak-Kanak

Pernah dengar perkataan Scoliosis? Selalunya muncul perkataan ini pada awal musim persekolahan yang berkait mengenai keberatan beg sekolah murid sekolah ataupun pelajar sekolah.

Scoliosis merupakan suatu keadaan yang abnormal dimana terdapat curve ( lengkuk, lekuk, lengkung ) di tulang belakang. Tulang belakang kebiasannya bagi orang biasa lurus tetapi mempunyai sedikit curve di belakang. Tetapi bagi orang yang mempunyai Scoliosis, Curve di belakang badannya terlalu bengkok.

Apa kena mengena dengan beg sekolah ?

Beg sekolah bagi kanak-kanak di Malaysia merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Ini kerana setiap pagi kanak-kanak di Malaysia yang berumur 7 tahun dan ke atas akan ke sekolah. Sekolah juga tidak dapat dipisahkan dengan buku teks, buku latihan dan kelengkapan yang lain.

Kelengkapan ini dibawa ke sekolah oleh murid-murid sekolah sekaligus akan meningkatkan beban bagi kanak-kanak yang membawa beg tersebut. Rutin seperti ini boleh membawa kepada satu situasi yang dipanggil Scoliosis jika beban yang dibawa oleh kanak tersebut melebihi berat yang selesa untuknya.

Mengapa masalah ini terjadi?

Masalah ini terjadi kerana kekerapan seseorang kanak-kanak membawa beg melebihi 10 peratus berat badannya. Sekaligus meningkatkan beban buatnya di tulang belakang yang membawa beg tersebut.

Lama-kelamaan ia boleh menjadi malapetaka jika diamalkan kerana mengakibatkan Scoliosis. Penyakit ini sinonim dengan kanak-kanak perempuan kerana kanak-kanak perempuan tidak mampu mengangkat berat yang lebih.

Beg berat yang diisi buku teks memang berkait rapat kerana orang yang mempunyai Scoliosis dalam kajian yang dilakukan, murid sekolah memang gemar membawa beg berat-berat. Ini kerana mereka tidak suka untuk mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Kebiasannya pada murid tahun satu yang mengambil langkah selamat dengan membawa kesemua buku ke sekolah tanpa merujuk jadual. Tindakan ini bagi mengelak daripada didenda oleh guru kerana tidak membawa buku.

Namun langkah selamat ini bukanlah langkah yang selamat. Kerana kemalasan kanak-kanak tersebut untuk memilih buku bakal mengundang padah kelak.

Perkara yang perlu dititikberatkan juga di sini adalah mengenai cara penggalasan beg tersebut. Kerana tindakan sedemikian akan membuatkan tulang belakang kanak-kanak bengkok. Ini merujuk kepada gaya segelintir pelajar sekolah yang gemar menggalas beg sebelah kanan atau kiri sahaja.

Tindakan ini membuatkan tulang belakang sebelah kanan atau kiri ( belah yang gemar pelajar lakukan ) mengalami Scoliosis. Perkara ini sepatutnya diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru di sekolah bagi membendung masalah yang akan merosakkan anak bangsa sendiri.

Jalan penyelesaian masalah ini...

Penulis menyarankan supaya pada hari Orientasi persekolahan, pihak guru mengadakan satu segmen dimana menunjuk ajar kepada murid yang baru masuk sekolah cara yang betul untuk menggalas beg sekolah.

Maksud penulis diatas kepada murid darjah satu, ini kerana golongan seperti inilah yang berisiko mengalami Scoliosis. Sehubungan dengan itu, guru haruslah menegur dan prihatin terhadap gaya murid sekolah bawa beg supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang mengundang bahaya suatu hari kelak.

Selain itu, jadual waktu yang ditetapkan haruslah fleksibel supaya tidak membebankan murid sekolah. Bayangkan jika berat badan seorang murid darjah satu tersebut hanyalah 25 kg. Berat kesemua buku ialah 4 kg, ini menunjukkan berat beg tersebut melebihi 10 peratus kadar yang ditetapkan.

Ini berikutan satu kaji selidik oleh Universiti Putra Malaysia ( UPM ) yang mendapati 58.3 peratus kanak-kanak yang dikaji mengalami sakit belakang disebabkan membawa beg yang berat.

Dalam kajian yang sama, 40 peratus murid membawa beg sekolah membawa beg yang beratnya melebihi 20% dari berat badan ataupun satu perlima dari berat badan mereka.

Justeru itu, jika ada 8 masa pada satu-satu hari persekolahan itu, janganlah setiap masa itu dipenuhi dengan mata pelajaran yang berlainan. Lebihkan sikitlah masa untuk sesuatu mata pelajaran bagi mengurangkan buku yang dibawa murid-murid.

Tetapi bagi penulis mengenai jadual yang diatur disekolah mengenai masa matapelajaran tiada masalah. Kerana penulis yakin yang guru sekolah sudah memikir mengenai perkara ini.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan melihat kedalam beg sekolah anak mereka supaya mereka tidak membawa buku yang tiada dalam jadual hari tersebut. Kalau boleh, timbang beg anak mereka supaya tidak melebihi 10% berat badan anak mereka.

Jika lebih, pastikan anak mereka meninggalkan buku dirumah ataupun lebih senang menyarankan anak mereka untuk membawa buku mengikut jadual. Jika dalam satu-satu hari itu matapelajaran dikatakan banyak, penulis sarankan supaya buat aduan supaya mereka merangka kembali jadual yang baru yang lebih sistematik.

Pastikan mereka mengikut jadual yang ditetapkan terutamanya murid perempuan kerana murid perempuan lebih berisiko mengalami masalah ini.

Satu lagi pastikan guru mengharamkan gaya menggalas beg sebelah sahaja supaya dapat mengurangkan risiko sakit seperti ini. Tidak kira perempuan atau laki umur berapa pun, pastikan supaya kuatkuasa peraturan melarang mana-mana murid membawa beg sebelah.

Penulis sendiri mempunyai pengalaman mengenai Scoliosis ini. Ini kerana ketika penulis kecil penulis agak carret kerana membawa beg sebelah. Tindakan penulis ini mengakibatkan tulang belakang sebelah kiri penulis bengkok.

Alhamdulillah Scoliosis yang dialami penulis ini dapat dikesan apabila terdapat jururawat yang membuat rawatan terhadap penulis. Jika tidak salah penulis dalam darjah empat ataupun lima. Tetapi penulis lebih cenderung mengatakan ketika itu penulis darjah empat.

Ketika itu ada satu ujian mengesan buta warna dan penulis dikehendaki membaca nombor dalam satu bulatan ( seperti dalam ujian lesen memandu ). Selepas selesai, penulis diarahkan berdiri tegak dan jururawat terbabit memegang belakang badan penulis.

Selepas itu jururawat terbabit mengesan sesuatu yang tak kena dan mengarahkan penulis supaya membuka baju. Masa itu kecil, tak tau apa maka penulis pun ikutlah arahan jururawat terbabit. Dia check badan belakang penulis dan suruh penulis berjalan tegak-tegak.

Penulis syak kerana ada simptom Scoliosis pada tulang belakang penulis. Ini kerana ketika kecil, penulis dapat rasakan yang tulang belakang sebelah kiri ini dapat dirasa keluar jika tangan kanan penulis memegangnya. Dan penulis rasa berbeza sekali dengan sebelah kanan jika dipegang menggunakan tangan kiri.

Manakala terdapat kes yang lebih parah yang penulis tahu, dimana rakan penulis seorang perempuan mengalami Scoliosis yang penulis boleh katakan dalam tahap yang agak membimbangkan.

Tetapi syukur badannya kembali baik. Kisahnya apabila masa sekolah rendah dia suka bawa beg berat-berat dan bawa beg sebelah. Seperti yang terjadi pada penulis tetapi rakan penulis ini dapat tahu yang dia mengalami Scoliosis agak lewat iaitu pada darjah enam.

Ini disebabkan dia buat pemeriksaan kesihatan untuk menjadi calon pemeriksaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) . Dalam ceritanya kepada penulis, dia sebelum itu mengadu kepada ibunya yang rasa sakit belakang tetapi ingatkan sakit biasa saja.

Kali terakhir dia buat pemeriksaan mengenai tulang belakangnya mendapati bahawa tulang belakangnya bengkok 11 darjah ke kiri. Doakan yang tulang belakangnya sudah baik sekarang.

Penulis menulis artikel ini bagi menyeru semua rakyat Malaysia supaya prihatin mengenai beg sekolah anak-anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Dan jika anak anda mengadu sakit belakang, buatlah pemeriksaan.

Paling penting sekali, cegahlah sebelum parah kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat. Ajar anak anda bawa beg dengan betul dan pastikan anak anda mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen