Tuesday, February 14, 2012

50 Soalan Mengenai Islam

Soalan 1
Namakan agama yang mahukan pengikut-pengikutnya mempercayai kepada Tuhan yang Satu di mana perkataan di dalam bahasa Arab ialah Allah dan dalam bahasa Inggeris ialah God.

Agama itu ialah Islam

Soalan 2
Namakan agama yang mempercayai semua nabi-nabi dan juga mempercayai Nabi Muhammad sebagai Nabi Terakhir.

Hanya Islam, agama yang mempercayai semua nabi dan Nabi Muhammad sebagai Nabi Terakhir

Soalan 3
Agama apakah yang mempercayai bahasa Jesus ( Isa ) adalah seorang Nabi?

Agama itu ialah Islam

Soalan 4
Apakah panggilan kepada penganut agama Islam ?

Orang Islam atau Muslim

Soalan 5
Kenapakah seorang Islam tidak boleh menamakan dirinya 'Muhammadan' ?

Sebab, sebagaimana yang kamu ketahui, orang-orang Kristian menyembah Jesus Christ atau pun melaluinya; oleh yang demikian mereka dipanggil 'Christians'. Orang-orang Islam tidak menyembah Muhammad; oleh sebab itu mereka tidak boleh dipanggil 'Muhammadan' kerana ia memberi gambaran dan erti yang salah

Soalan 6
Seorang kanak-kanak kecil menyoal dengan merujukkan kepada jawapan nombor lima di atas ( kanak-kanak tadi seorang kanak-kanak perempuan kecil ) bertanya; Bagaimana jikalau guru saya memanggil saya 'Muhammadan' dan saya tersangat malu untuk membetulkannya?

Anakku! Jikalau kamu membiarkan sesorang memanggil kamu 'Muhamaddan', kamu sebenarnya merosakkan semua orang Islam yang lain di mana-mana sahaja. Jangan sesekali malu untuk mempertahankan Islam jika ada kemungkinan ia disalahertikan. Dalam hal guru kamu tadi, beliau akan memuji kamu jika kamu mengangkat tangan dan dengan sopan memberi alasan kenapa kamu tidak boleh dipanggil 'Muhammadan'.

Soalan 7
Siapakah yang memberi nama Islam kepada agama kita?

Allah SWT yang telah memberikan nama Islam kepada agama kita; iaitu agama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Kenyataan tentang ini terdapat di dalam al-Quran al Karim ( Kitab suci kita )

Soalan 8
Adakah seorang Muslim itu memerlukan kepada orang yang lain untuk menyucikan dosanya, atau adakah seorang Muslim perlu mati di atas kayu palang untuk menyelamatkannya dari dosa?

Tidak, sama sekali tidak. Seorang muslim mesti membersihkan dosanya sendiri dengan bersembahyang dan memohon ampun dari Allah SWT jikalau ia benar-benar bertaubat. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa tidak ada seorangpun yang perlu mati untuk menghilangkan dosanya dan Allah SWT tidak pernah menghendaki seorangpun mati untuk menyucikan dosanya.

Soalan 9
Adakah seorang Muslim perlu kepada seorang alim untuk bertaubat dan perlukah ia meletakkan pengakuan taubatnya di dalam kotak taubat yang disediakan?

Islam menentang itu semua dan tidak ada sebarang kotak taubat. Seorang Muslim hendaklah berdoa terus kepada Allah SWT.

Soalan 10
Apakah erti perkataan Islam?

Perkataan Islam bermakna penyerahan atau menyerahkan diri kepada Allah SWT.

Soalan 11
Di dalam Islam kita mempunyai lima perkara penting yang mesti kita percaya. Perkara penting ini dinamakan tiang ( rukun ). Kamu boleh mengagak kenapa ia dipanggil tiang? Ya, kerana ia menjunjung Agama Islam. Islam adalah terletak di atasnya. Tolong namakan rukun-rukun ( tiang-tiang ) yang lima itu.

Percaya kepada Allah dan pesuruh-Nya Muhammad
Sembahyang ( Solat )
Puasa di bulan Ramadhan
Zakat ( ini adalah bantuan untuk orang miskin dan juga untuk kebajikan masyarakat serta bantuan untuk tujuan kebaikan. Ia adalah 2.5% daripada pendapatan tahunan seseorang atau lebih.
Haji atau menunaikan fardhu Haji di Mekah pada masa tertentu dalam setahun. Untuk menunaikan fardhu Haji kamu mesti berada di Mekah sebelum bulan kedua belas bagi tahun Islam dan tinggal di sana sehingga hari kesebelas pada bulan yang sama. Lawatan ke Mekah di masa lain dinamakan 'Umrah' yang bererti Haji Kecil.

Soalan 12
Apakah pandangan Islam tentang buruh atau dengan lain perkataan, kerja kasar?

Setiap perkataan yang membolehkan seseorang itu hidup dengan jujur adalah dihormati oleh Islam.

Soalan 13
Saya mempunyai al-Quran al-Karim untuk dipercayai dan diikuti, tetapi bagaimana saya mesti anggap terhadap kitab suci yang lain?

Kita mesti menghormati kitab-kitab suci yang lain ( Taurat, Injil, Zabur ) kerana semua kitab suci itu adalah dibawa oleh Nabi dan datang daripada Allah SWT. Tetapi dukacita disebutkan di sini bahawa, semua kitab-kitab ini tidak lagi berada dalam bentuk asalnya.

Soalan 14
Kenapa kita berhajat kepada Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad dan kitab suci yang terakhir iaitu al-Quran al-Karim

Kita berhajat kepada Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad kerana ajaran suci yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya telah diubah dan diseleweng. Kita memerlukan kitab yang terakhir kerana al-Quran sahaja yang tidak diubah, yang tidak akan diubah dan tidak boleh diubah sebagaimana berjuta-juta orang Islam mengetahuinya dengan hati; Sedangkan kitab-kitab suci yang lain telah diubah. Jikalau semua salinan al-Quran ( tetapi Allah telah menghalangnya ) itu dibakar di dalam masa yang singkat sahaja, al-Quran dapat disusun kembali kerana berjuta orang Islam mengingatinya dengan hati. Makaa kamu boleh lihat bahawa tidak ada kemungkinan kitab al-Quran akan dihilangkan atau diubah

Soalan 15
Kita telah banyak bercakap tentang Allah, siapakah Dia?

Dialah Pencipta setiap benda. Dia telah mencipta dunia dan segala yang berada di didalamnya. Dia menceritakan kepada kita di dalam al-Quran al-Karim ( yang diwahyukan 1,400 tahun dahulu ) tentang dunia, Dialah Pencipta segala-galanya. Dialah yang memerhatikan kita dan memandu kita. Dia tidak mempunyai keluarga, anak-anak lelaki dan perempuan. Dia adalah tunggal dan hanya satu. tidak tiga dalam satu. Dia melihat segala-galanya. Dia mengetahui segala-galanya, memaafkan semuanya jika seseorang itu benar-benar bertaubat. Dia akan menghukum sesiapa yang tidak bertaubat ataupun tidak cuba menjadi baik.

Soalan 16
Jikalau ada yang menyoal kamu, '' Bolehkah Islam difahami oleh semua? '' Apakah jawapannya ?

Jawapannya senang dan dengan logik biasa saja di mana setiap orang boleh menerimanya. Kenapa ? Jika ada orang bertanya kepada saya, tentunya saya menjadi seorang Islam kerana saya percaya kepada ke-Esaan Allah SWT dan terhadap semua nabi-nabi yang diakui. Memang dahulu saya tidak mengetahui Muhammad itu Nabi Terakhir, tetapi sekarang saya telah faham dan tahu bagaimana senangnya menjawab perkara ini. Kata-kata begini selalu sahaja saya dengar.

Soalan 17
Adakah Islam menyebut orang miskin dan anak yatim?

Ya, terlalu banyak tentang perkara itu sehingga boleh ditulis sebuah buku mengenainya.

Soalan 18
Bolehkah seorang Islam itu berjudi?

Orang Islam tidak boleh berjudi.

Soalan 19
Bolehkah seorang Islam itu minum arak?

Tanpa ragu-ragu lagi, tidak boleh.

Soalan 20
Apakah kamu akan gelarkan ( panggil ) kepada Islam

Ia adalah satu agama; satu cara hidup yang mesti sentiasa dihayati dan dipratikkan bukan sahaja pada masa sembahyang di hari Jumaat. Islam mesti bersama kamu sama ada di rumah, dalam politik, perniagaan, perkahwinan, tidur, makan, hidup dan mati. Inilah perkara yang sepatutnya kamu tahu

Soalan 21
Namakan beberapa perkara yang Islam melarang membuatnya?

Adalah menjadi kesalahan untuk mencaci, mencuri, membohong, cemburu atau membunuh dan mempunyai perasaan megah yang membawa sifat sombong, juga adalah salah menyeksa binatang, memakan daging babi dan menggunakan perkataan yang buruk. Adalah salah merompak di dalam perniagaan atau berniaga dengan barang rompakan. Jangan sekali-kali membuat perjanjian yang kamu tidak berniat menunaikannya. Jangan meminjam jikalau tidak bercadang membayar balik. Itu adalah berdosa. Jangan sekali-kali berhutang bila kamu fikir kamu tidak boleh bayar. Cuba tanya hati kamu, adakah semua ini betul atau salah? Ini mungkin akan terjawab jika kamu seorang Muslim. Nabi kita pernah bersabda : '' Dosa ialah sesuatu perkara yang menyakitkan hatimu '' .

Soalan 22
Adakah seorang Islam itu mempunyai binatang suci sebagaimana lembu bagi peganut agama Hindu sebagai contoh

Tidak, tidak sekali-kali. '' Tetapi semua binatang '', sebagaimana sabda Nabi mesti dilayan dengan baik.

Soalan 23
Adakah seseorang Islam berpendapat ada sungai suci dan mulia

Tidak.

Soalan 24
Mestikah seseorang ahli agama ( preacher ) dilantik dahulu sebelum ia boleh mengetuai sembahyang ataupun memberi khutbah di dalam masjid?

Tidak, di dalam Islam tidak ada paderi ( priest ). Tetapi ada orang yang diajar dan dilatih untuk memberi syarahan dan untuk mengetahui sembahyang dan mempelajari secara mendalam tentang Islam. Orang ini dinamakan imam tetapi sesiapa yang baik ( soleh ) boleh menjadi imam sembahyang di mana-mana masjid pun.

Soalan 25
Mungkinkah nabi-nabi lain akan muncul?

Tidak. Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir. Tidak ada lagi nabi selepasnya

Soalan 26
Adakah seseorang nabi sentiasa membawa kitab suci dan ajaran tertentu.

Kita orang Islam percaya bahawa mereka mempunyai kitab suci ajaran tertentu

Soalan 27
Apakah kita dilahirkan dalam keadaan berdosa? Apakah pandangan Islam tentang ini?

Tidak, kita dilahirkan tanpa mempunyai dosa, tetapi kita berdosa jika tidak menurut perintah Allah dan tidak memohon pertolongan-Nya. Saya bertanya kepada kamu atau sesiapa jua: '' Bolehkah seseorang ibu yang jujur percaya bayinya dilahirkan penuh dosa? ''. '' Bolehkah ia percaya bahawa anak kecil kesayangannya itu dilahirkan berdosa dan orang mesti berdoa untuk nya sebelum ia ke syurga, jika Allah memanggilnya? '' Orang Islam tidak akan percaya perkara ini. Saya keliru, jikalau ada ibu yang benar-benar percaya atau akan mempercayainya.

Soalan 28
Adakah perempuan solehah, iaitu Mariam ibu kepada Tuhan?

Tidak, Mariam perempuan yang solehah itu bukan ibu Tuhan. Beliau adalah ibu kepada Nabi Isa. Allah tidak mempunyai ibu.

Soalan 29
Adakah orang Islam percaya Isa adalah Tuhan atau sebahagian daripada Tuhan dan ia dengan rupanya sebagai manusia turun ke dunia untuk mati demi menebus dosa kita?

Tidak, orang Islam mesti tidak percaya perkara ini

Soalan 30
Adakah kitab suci al-Quran menyebut tentang Isa dan ibunya Mariam?

Ya! Dengan penuh penghormatan ibu Isa itu ada disebut, tetapi hanya sebagai seorang perempuan yang solehah, tidak sebagai orang perantaraan di dalam berdoa atau dituju kepadanya dan Isa disebut sebagai seorang lelaki yang baik dan dia adalah pesuruh Allah.

Soalan 31
Jika saya sembahyang dan mengadap Allah adakah Allah mendapat faedah daripada sembahyang itu?

Allah tidak mendapat faedah daripada sembahyang kamu. Kamulah sebenarnya yang mendapat faedah. Namun, Allah bergembira kerana kamu mengadap pertolongan-Nya di dalam kehidupan sehari-hari. Selalu ingat bahawa kamu memerlukan pertolongan Allah dan jangan sekali-kali lupakan ini. Allah boleh dan mampu wujud tanpa kamu tetapi kamu tidak boleh wujud tanpa Allah dan tanpa pertolongan-Nya.

Soalan 32
Berapa kali sehari orang-orang Islam dikehendaki bersembahyang?

Lima kali sehari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'.

Soalan 33
Adakah seseorang Islam disuruh membaca apa-apa doa sebelum atau selepas melakukan sesuatu pekerjaan?

Ya! Seseorang Islam disuruh membaca doa sebelum memandu keretanya, sebelum ia memulakan perjalannya ataupun tugasnya dan lain-lain pekerjaan lagi. Membaca '' Bismillah '' ini ialah perkataan Arab yang bererti '' Dengan Nama Allah '' . Begitu juga mengucapkan syukur selepas tugasnya selesai dengan perkataan '' Alhamdulillah '' yang bererti '' Syukur kepada Allah ''.

Soalan 34
Adakah orang Islam mempunyai patung atau lembaga daripada batu marmar atau daripada batu lain dan kayu seperti orang Katolik

Tidak ada sama sekali

Soalan 35
Adakah orang Islam dipanggil untuk bersembahyang dengan membunyikan loceng?

Tidak, tetapi Islam memanggil untuk bersembahyang dengan bang atau azan. Panggilan ini lebih baik daripada loceng. Seseorang hendaklah memanggil seseorang manusia lain untuk sembahyang dengan menyebut nama Tuhan. Semua orang boleh melakukan ini, tetapi orang tertentu iaitu sesiapa yang mempunyai suara yang lunak sepatutnya yang melakukannya, dan dia digelar juru azan ( muazzin ). Kamu hairan kenapa panggilan manusia lebih baik daripada loceng, fikirkanlah sendiri. Manusia mempunyai hati; dia merasa gembira memanggil orang lain untuk memuji Tuhan, tetapi loceng adalah cuma logam. Ia tidak punya perasaan. Seruan azan selalu didengar daripada masjid-masjid dan tempat-tempat ibadah orang Islam di seluruh dunia dengan maksud; Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah! Datanglah bersembahyang! Datanglah bersembahyang! Marilah menuju kejayaan! Marilah menuju kejayaan! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Apabila memanggil Subuh, seruan ditambah di akhir azan itu dengan '' Sembahyang adalah lebih baik daripada tidur ''.

Soalan 36
Adakah seseorang imam keluar dengan pakaian khas seperti jubah seperti yang dipakai oleh orang-orang gereja di England?

Tidak. Tidak ada pakaian khas seperti orang-orang gereja dan tidak ada apa-apa pakaian renda seperti yang digunakan di dalam Gereja Besar.

Soalan 37
Adakah terdapat '' Paderi perempuan '' di dalam Islam?

Tidak. Di dalam Islam kami mempercayai perempuan mesti kahwin dan mempunyai anak tetapi ia tetap melakukan sembahyang seperti orang yang baik-baik lakukan. Kami berpendapat adalah bukan kehendak Tuhan supaya perempuan menjadi paderi.

Soalan 38
Adakah terdapat sami di dalam Islam?

Tidak.

Soalan 39
Adakah seorang bayi diIslamkan di dalam Islam?

Tidak, tetapi kita perdengarkan azan perlahan-lahan di telinganya setelah dilahirkan kerana adalah baik untuk kanak-kanak mendengarkan, sebagaimana telah saya katakan dahulu, bayi lahirkan tanpa dosa dan kita tetap memperdengarkan suara azan sampai ke telinganya.

Soalan 40
Apakah yang mesti lakukan oleh seorang individu sebelum ia bersembahyang?

Seseorang individu mesti terlebih dahulu membersihkan dirinya dan berwudhu', caranya; jika ia bersih ia tidak perlu mandi; kemudian ia berniat wudhu' dan mula dengan membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangan tangan tiga kali. Kemudian diikuti dengan berkumur kemudian mencuci hidung dengan air tiga kali. Ini diikuti dengan membasuh muka tiga kali dan membasuh tangan hingga ke siku tiga kali, dimulakan dengan tangan kanan kemudian kiri, disapu kepala dengan menggunakan tapak tangan yang basah. Selepas itu ia hendaklah menyapu tengkuk dan menyapu belakang telinga dengan menggunakan ibu jari daripada cuping telinga ke atas, kemudian dengan menggunakan jari telunjuk dimasukkan ke dalam kedua-dua telinga dan cupung telinga. Akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali. Dalam bahasa Arab proses ini dinamakan wudhu'.

Soalan 41
Adakah orang yang bersembahyang berdiri?

Ya! Sebahagian daripada adalah berdiri. Tetapi apabila ia sakit, ia boleh sembahyang di dalam keadaan yang paling sesuai untuknya. Jikalau ia kuat dan sihat maka ia hendaklah mengikut beberapa cara tertentu. Seseorang Islam memulakan sembahyangnya dengan berdiri kemudian dia rukuk, sujud dan meletak dahinya di tempat sujud dan hidungnya mencecah tempat sujud. Tidak ada cara yang lebih rendah selain daripada seseorang itu berada di hadapatan Tuhan. Di dalam sembahyang kita berdiri, rukuk dan sujud iaitu meletak kepala ke bumi beberapa kali. Saya telah memberi gambaran yang jelas bagaimana mengerjakan sembahyang.

Soalan 42
Bolehkan orang Islam itu bersembahyang di mana-mana sahaja atau hanya di dalam masjid?

Orang Islam boleh bersembahyang di mana-mana sahaja. Di mana-mana tempat yang bersih boleh dijadikan tempat sembahyang. Nabi kita Muhammad SAW bersabda: " Semua bumi Allah adalah masjid bagiku".

Soalan 43
Adakah Islam menjadikan hari Ahad sebagai hari suci?

Semua hari adalah baik bagi orang Islam. Orang Islam berjumpa pada hari Jumaat untuk bersembahyang fardhu Jumaat ketika masuk waktu Zuhur, di mana mereka mendengar khutbah dan kemudian sembahyang. Kemudian, mereka meninggalkan masjid dan bekerja seperti biasa. Orang Islam tidak percaya bahawa Tuhan berehat pada hari yang ketujuh ( Hari Ahad ) kerana al-Quran telah menyebut Allah itu tiada Tuhan ( yang disembah sebenarnya ) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan ( sekalian mahkluknya ) , yang tidak mengantuk, usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi.

Soalan 44
Adakah wanita disebut dalam kitab suci orang-orang Islam ( al-Quran )?

Wanita kerap disebut di dalam al-Quran sebagaimana lelaki. Di sini ada satu contoh iaitu: Lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lain-lain lagi.

Soalan 45
Di dalam Islam bolehkah seseorang perempuan memiliki hartanya sendiri atau apakah dia dikehendaki menunggu seperti di England sehingga undang-undangnya diluluskan dahulu oleh Parlimen British?

Seseorang wanita telah pun diberikan haknya di zaman Rasulullah SAW 1,400 tahun dahulu. Hartanya tidak boleh menjadi hak suaminya apabila ia kahwin. Memang benar dia tidk boleh mempusakai sebanyak mana saudara lelakinya dapat daripada kedua ibu bapanya. Tetapi ini beralaskan bahawa lelaki mempunyai lebih banyak tanggungjawab dan ia dikehendaki menjaga keluarga, sedangkan perempuan, hartanya untuk dirinya sendiri walaupun selepas kahwin.

Soalan 46
Yang manakah lebih baik sembahyang, puasa atau berbuat baik?

Kita tidak gemar membuat perbandingan kerana sembahyang dan puasa adalah tugas orang Islam untuk dilaksanakan sebagaimana diperintah oleh Allah. Tetapi jikalau ditanya soalan ini seorang Islam akan berkata tentulah amalan-amalan yang baik.

Soalan 47
Adakah seseorang Islam dikehendaki memegang sebuah kitab untuk bersembahyang

Tidak.

Soalan 48
Apakah dia Hadith?

Ia adalah segala perkataan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ia telah dicatat oleh sahabat-sahabatnya.

Soalan 49
Adakah nabi Muhammad itu seorang tokoh di dalam sejarah?

Ya.

Soalan 50
Apakah sabda Nabi Muhammad tentang ibu?

Nabi bersabda: " Syurga adalah di bawah telapak kaki ibu ".

Tamat...

Tulisan diatas ini merupakan petikan daripada buku 50 Question of Interest About Islam yang ditulis oleh Olive Toto yang mana dipetik daripada The Islamic Review and Arab Affairs ( Pandangan Islam dan Hubungan Arab ) yang diterbitkan pada tahun 1968.

Buku ini diterbitkan semula pada tahun 1984 dan pertama kali diterbitkan di Malaysia pada tahun 2005. Tahun lepas ( 2011 ) sekali lagi buku kecil ini diterbitkan buat kali kedua dalam versi Bahasa Malaysia yang diterjemahkan oleh Hassan Pahmi B. Haji Che Mat.

Penulis mendapat buku ini daripada ayah penulis ketika hadir ke Sambutan Maulidur Rasul 2012 di Putrajaya selepas Majlis tersebut. Mungkin ini merupakan hikmah di sebalik tidak mendapat aturcara Majlis tersebut kerana kehabisan stok.

Buku ringkas ini penulis baca ketika pulang dari Putrajaya ke rumah penulis disini dan habis di dalam kereta Mercedes milik ayah penulis juga. Penulis amat berminat dengan gaya penerangan buku ini walaupun sudah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia dari Bahasa Inggeris.

Cetakan buku ini dibuat oleh Jakim ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ) bagi disedekahkan kepada hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Maka penulis tergerak hati sebagai seorang Muslim untuk berkongsi sesuatu yang baik kepada pembaca blog penulis.

Jadi disini medium penulisan penulis, penulis amat gembira kerana dapat berkongsi buku kecil bersama pembaca yang lain. Ayah penulis juga ada mengambil sebuah lagi buku Islam mengenai tema Maulidur Rasul tahun ini dan jika berkesempatan, dalam masa terdekat penulis akan tulis semula di dalam blog ini.

Jikalau saudara-saudari sekalian ingin untuk memaparkan isi kandungan artikel dalam ini silakanlah dan tidak perlu meminta izin penulis untuk copy and paste dalam blog saudara. Mungkin juga jika saudara-saudari punyai wang lebih bolehlah buat satu brochure dan sedekahkan kepada orang ramai.

2 comments:

  1. ambillah dari quran itu apa yg kamu ingini,buat siapa yg kamu ingini.

    ReplyDelete
  2. Hukum seorang ibu terpaksa berzina dengan lelaki lain untuk membiayai perubatan anaknya kerana pada masa itu tidak ada cara lain

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen