Sunday, February 26, 2012

Kenderaan Terakhir Puteri Diana di Amerika

Kegilaan penulis terhadap Rolls Royce tidak pernah pudar walaupun hanya terdapat dua buah model Rolls Royce ketika ini iaitu Rolls Royce Phantom yang dikeluarkan semenjak tahun 2003 dan Rolls Royce Ghost yang dikeluar pada tahun 2010.

Rolls Royce Ghost tidak mempunyai apa-apa perubahan sehingga kini cuma terdapat model Ghost yang mana dipanggil Rolls Royce Ghost Extended Wheelbase dimana tayarnya sedikit ke belakang dimana membuatkan pintu belakang kelihatan lebih besar dan panjang.

Manakala Rolls Royce Phantom telah mengeluarkan model Phantom yang terbaru iaitu Rolls Royce Phantom Drophead Coupe yang dikeluarkan pada tahun 2007. Tahun berikutnya Rolls Royce sekali lagi mengeluarkan Phantom baru iaitu Phantom Coupe.
Beza diantara dua kereta ini hanyalah bumbungnya. Phantom Drophead Coupe tidak mempunyai bumbung manakala Phantom Coupe yang dikeluarkan pada tahun 2008 mempunyai bumbung tetapi kedua-duanya dua pintu ( Coupe ).
Sudah semestilah Rolls Royce Phantom Drophead Coupe harganya lebih mahal dan juga terdapat perbezaan pada berat keseluruhan kedua-dua Rolls Royce dimana Phantom Drophead Coupe berat 30 kg dari Phantom Coupe.

Penulis enggan mencerita panjang-panjang mengenai dua buah Rolls Royce ini kali ini. Tapi ada cerita lebih menarik mengenai Rolls Royce yang ingin penulis kongsikan pada hari ini.

Bagi pembaca setia blog penulis ini penulis yakin perkataan Rolls Royce selalu keluar dalam artikel blog ini. Antara artikel yang spesifik mengenai Rolls Royce ialah Roadtax Rolls Royce , Kemegahan Rolls Royce dan Rolls Royce Milik Seri Paduka Baginda Sultan Mizan.

Hari ini penulis ingin berkongsi mengenai sebuah Rolls Royce Silver Spur III dan juga Puteri Diana yang mana banyak kali penulis sebut dalam artikel mengenai Sir Elton John. Rasanya yang berumur 15 tahun ke atas sepatutnya tahu siapakah gerangan Puteri Diana.

Seperti yang ditulis pada tajuk diatas, kenderaan terakhir Puteri Diana ke Amerika Syarikat pada Jun 1996 ialah sebuah Rolls Royce Silver Spur III dimana ditempah khas buat Puteri Diana bagi menyambut kunjungannya di Chicago, Amerika Syarikat.

Rolls Royce Spur III ini ditempah khas bagi membawanya untuk meraih dana sebanyak Rm 4.2 juta yang mana dibahagikan kepada tiga Pusat Kebajikan Kanser Wanita iaitu Northwestern's Robert H. Lurie Cancer Center, Gilda's Club dan London's Royal Marsden Hospital.

Kereta ini dibuat khas di atas permintaan Konsulat British di Amerika bagi mengangkut Puteri Diana dalam kunjugannya ke Chicago selama tiga hari dimana Puteri Diana bermesra dengan penduduk disana.

Setelah tiga hari membuat lawatan ke Chicago, Amerika Syarikat, Puteri Diana ke Lapangan Terbang untuk pulang ke London bagi menaiki pesawat British Air. Kenderaan terakhir yang menghantar Puteri Diana ke kapal terbang merupakan Rolls Royce ini.

Rolls Royce ini merupakan kenderaan darat terakhir yang Puteri Diana ke Amerika Syarikat kerana selepas itu Puteri Diana tidak pernah ke sana lagi. Apa yang menarik mengenai kenderaan ini adalah kerana rekaan Rolls Royce ini dinamakan Princess Diana. Manakala stok buat kereta ini dibawah nama Princess. Stering kereta ini juga diletakkan sebelah kiri sama seperti jalan disana membuatkan Spur III ini agak rare.

Kereta ini kemudiannya dibeli oleh seorang wanita yang mempunyai pertalian rapat dengan Puteri Diana. Kereta ini jarang dipandu dan sehingga kini jarak perjalanan ini hanyalah 19,000 km sahaja.

Kenderaan ini akan dijual pada harga US$ 250,000 ( Rm 750,000 ) hingga US$ 350,000 ( Rm 1.05 juta ) dan bahagian keuntungan bagi kereta ini akan didermakan kepeda 3 buah pusat kebajikan yang mana Puteri Diana lawat pada lawatan terakhirnya di Chicago.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kereta ini bolehlah lawat website ini http://www.volocars.com/ . Bab shipping, cukai dan sebagainya boleh hubungi penulis. Penulis tahu siapa yang pakar bab macam ini.

Tapi penulis bagi jaminan yang proses untuk membeli kenderaan ini mengambil masa paling kurang tiga bulan. Ini kerana selalunya berlaku rundingan harga yang memakan masa berminggu-minggu.

Selepas itu bab membuat pembayaran yang kini hanya mengambil masa sehari. Dimasukkan pula dengan tempoh pelayaran ( shipping ) yang mengambil masa 3 minggu dan perlu membelanjakan berpuluh ribu untuk mendapatkan permit import yang mana sukar dicari juga mengambil masa lebih kurang dua minggu ( lainlah kalau dah pakar bab membeli kereta ).

Sampai pula pelabuhan kena tunggu 3 hari pula untuk kontena dipindahkan kedalam pelabuhan. Selepas itu kena tunggu Kastam Malaysia buat taksiran cukai kereta tersebut yang memakan masa 2-3 minggu.

Campur tolak semua hampir 3 bulanlah nak dapat Rolls Royce ini ataupun apa jua kereta klasik di luar sana. Tapi ada alternatif lain yang boleh digunapakai untuk mendapatkan Rolls Royce Silver Spur IV dalam kadar segera.

Dalam Malaysia terdapat pelbagai model Rolls Royce Spur ini dan penulis boleh tawarkan sebuah Rolls Royce Silver Spur dalam harga 15% dari harga tertinggi Rolls Royce Spur III yang dinaiki Puteri Diana itu.

Harga 15% yang penulis tawarkan ini termasuk dengan cukai oleh Kastam Malaysia. Perlu diingatkan yang Spur III Puteri Diana yang berharga Rm 1.05 juta. Penerimaannya juga lebih cepat yang mana penulis anggarkan mengambil masa lebih kurang sebulan sehingga sebulan setengah sahaja.

E-mail penulis jika ada yang berminat untuk membeli ataupun menyewa untuk majlis pernikahan atau apa-apa sahaja yang berkaitan Rolls Royce Silver Spur ataupun apa jua Rolls Royce di alamat e-mel penulis genre11@yahoo.com.

Inshallah penulis akan balas e-mel secepat mungkin

Tuesday, February 21, 2012

Scoliosis Ancaman Besar untuk Kanak-Kanak

Pernah dengar perkataan Scoliosis? Selalunya muncul perkataan ini pada awal musim persekolahan yang berkait mengenai keberatan beg sekolah murid sekolah ataupun pelajar sekolah.

Scoliosis merupakan suatu keadaan yang abnormal dimana terdapat curve ( lengkuk, lekuk, lengkung ) di tulang belakang. Tulang belakang kebiasannya bagi orang biasa lurus tetapi mempunyai sedikit curve di belakang. Tetapi bagi orang yang mempunyai Scoliosis, Curve di belakang badannya terlalu bengkok.

Apa kena mengena dengan beg sekolah ?

Beg sekolah bagi kanak-kanak di Malaysia merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Ini kerana setiap pagi kanak-kanak di Malaysia yang berumur 7 tahun dan ke atas akan ke sekolah. Sekolah juga tidak dapat dipisahkan dengan buku teks, buku latihan dan kelengkapan yang lain.

Kelengkapan ini dibawa ke sekolah oleh murid-murid sekolah sekaligus akan meningkatkan beban bagi kanak-kanak yang membawa beg tersebut. Rutin seperti ini boleh membawa kepada satu situasi yang dipanggil Scoliosis jika beban yang dibawa oleh kanak tersebut melebihi berat yang selesa untuknya.

Mengapa masalah ini terjadi?

Masalah ini terjadi kerana kekerapan seseorang kanak-kanak membawa beg melebihi 10 peratus berat badannya. Sekaligus meningkatkan beban buatnya di tulang belakang yang membawa beg tersebut.

Lama-kelamaan ia boleh menjadi malapetaka jika diamalkan kerana mengakibatkan Scoliosis. Penyakit ini sinonim dengan kanak-kanak perempuan kerana kanak-kanak perempuan tidak mampu mengangkat berat yang lebih.

Beg berat yang diisi buku teks memang berkait rapat kerana orang yang mempunyai Scoliosis dalam kajian yang dilakukan, murid sekolah memang gemar membawa beg berat-berat. Ini kerana mereka tidak suka untuk mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Kebiasannya pada murid tahun satu yang mengambil langkah selamat dengan membawa kesemua buku ke sekolah tanpa merujuk jadual. Tindakan ini bagi mengelak daripada didenda oleh guru kerana tidak membawa buku.

Namun langkah selamat ini bukanlah langkah yang selamat. Kerana kemalasan kanak-kanak tersebut untuk memilih buku bakal mengundang padah kelak.

Perkara yang perlu dititikberatkan juga di sini adalah mengenai cara penggalasan beg tersebut. Kerana tindakan sedemikian akan membuatkan tulang belakang kanak-kanak bengkok. Ini merujuk kepada gaya segelintir pelajar sekolah yang gemar menggalas beg sebelah kanan atau kiri sahaja.

Tindakan ini membuatkan tulang belakang sebelah kanan atau kiri ( belah yang gemar pelajar lakukan ) mengalami Scoliosis. Perkara ini sepatutnya diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru di sekolah bagi membendung masalah yang akan merosakkan anak bangsa sendiri.

Jalan penyelesaian masalah ini...

Penulis menyarankan supaya pada hari Orientasi persekolahan, pihak guru mengadakan satu segmen dimana menunjuk ajar kepada murid yang baru masuk sekolah cara yang betul untuk menggalas beg sekolah.

Maksud penulis diatas kepada murid darjah satu, ini kerana golongan seperti inilah yang berisiko mengalami Scoliosis. Sehubungan dengan itu, guru haruslah menegur dan prihatin terhadap gaya murid sekolah bawa beg supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang mengundang bahaya suatu hari kelak.

Selain itu, jadual waktu yang ditetapkan haruslah fleksibel supaya tidak membebankan murid sekolah. Bayangkan jika berat badan seorang murid darjah satu tersebut hanyalah 25 kg. Berat kesemua buku ialah 4 kg, ini menunjukkan berat beg tersebut melebihi 10 peratus kadar yang ditetapkan.

Ini berikutan satu kaji selidik oleh Universiti Putra Malaysia ( UPM ) yang mendapati 58.3 peratus kanak-kanak yang dikaji mengalami sakit belakang disebabkan membawa beg yang berat.

Dalam kajian yang sama, 40 peratus murid membawa beg sekolah membawa beg yang beratnya melebihi 20% dari berat badan ataupun satu perlima dari berat badan mereka.

Justeru itu, jika ada 8 masa pada satu-satu hari persekolahan itu, janganlah setiap masa itu dipenuhi dengan mata pelajaran yang berlainan. Lebihkan sikitlah masa untuk sesuatu mata pelajaran bagi mengurangkan buku yang dibawa murid-murid.

Tetapi bagi penulis mengenai jadual yang diatur disekolah mengenai masa matapelajaran tiada masalah. Kerana penulis yakin yang guru sekolah sudah memikir mengenai perkara ini.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan melihat kedalam beg sekolah anak mereka supaya mereka tidak membawa buku yang tiada dalam jadual hari tersebut. Kalau boleh, timbang beg anak mereka supaya tidak melebihi 10% berat badan anak mereka.

Jika lebih, pastikan anak mereka meninggalkan buku dirumah ataupun lebih senang menyarankan anak mereka untuk membawa buku mengikut jadual. Jika dalam satu-satu hari itu matapelajaran dikatakan banyak, penulis sarankan supaya buat aduan supaya mereka merangka kembali jadual yang baru yang lebih sistematik.

Pastikan mereka mengikut jadual yang ditetapkan terutamanya murid perempuan kerana murid perempuan lebih berisiko mengalami masalah ini.

Satu lagi pastikan guru mengharamkan gaya menggalas beg sebelah sahaja supaya dapat mengurangkan risiko sakit seperti ini. Tidak kira perempuan atau laki umur berapa pun, pastikan supaya kuatkuasa peraturan melarang mana-mana murid membawa beg sebelah.

Penulis sendiri mempunyai pengalaman mengenai Scoliosis ini. Ini kerana ketika penulis kecil penulis agak carret kerana membawa beg sebelah. Tindakan penulis ini mengakibatkan tulang belakang sebelah kiri penulis bengkok.

Alhamdulillah Scoliosis yang dialami penulis ini dapat dikesan apabila terdapat jururawat yang membuat rawatan terhadap penulis. Jika tidak salah penulis dalam darjah empat ataupun lima. Tetapi penulis lebih cenderung mengatakan ketika itu penulis darjah empat.

Ketika itu ada satu ujian mengesan buta warna dan penulis dikehendaki membaca nombor dalam satu bulatan ( seperti dalam ujian lesen memandu ). Selepas selesai, penulis diarahkan berdiri tegak dan jururawat terbabit memegang belakang badan penulis.

Selepas itu jururawat terbabit mengesan sesuatu yang tak kena dan mengarahkan penulis supaya membuka baju. Masa itu kecil, tak tau apa maka penulis pun ikutlah arahan jururawat terbabit. Dia check badan belakang penulis dan suruh penulis berjalan tegak-tegak.

Penulis syak kerana ada simptom Scoliosis pada tulang belakang penulis. Ini kerana ketika kecil, penulis dapat rasakan yang tulang belakang sebelah kiri ini dapat dirasa keluar jika tangan kanan penulis memegangnya. Dan penulis rasa berbeza sekali dengan sebelah kanan jika dipegang menggunakan tangan kiri.

Manakala terdapat kes yang lebih parah yang penulis tahu, dimana rakan penulis seorang perempuan mengalami Scoliosis yang penulis boleh katakan dalam tahap yang agak membimbangkan.

Tetapi syukur badannya kembali baik. Kisahnya apabila masa sekolah rendah dia suka bawa beg berat-berat dan bawa beg sebelah. Seperti yang terjadi pada penulis tetapi rakan penulis ini dapat tahu yang dia mengalami Scoliosis agak lewat iaitu pada darjah enam.

Ini disebabkan dia buat pemeriksaan kesihatan untuk menjadi calon pemeriksaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) . Dalam ceritanya kepada penulis, dia sebelum itu mengadu kepada ibunya yang rasa sakit belakang tetapi ingatkan sakit biasa saja.

Kali terakhir dia buat pemeriksaan mengenai tulang belakangnya mendapati bahawa tulang belakangnya bengkok 11 darjah ke kiri. Doakan yang tulang belakangnya sudah baik sekarang.

Penulis menulis artikel ini bagi menyeru semua rakyat Malaysia supaya prihatin mengenai beg sekolah anak-anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Dan jika anak anda mengadu sakit belakang, buatlah pemeriksaan.

Paling penting sekali, cegahlah sebelum parah kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat. Ajar anak anda bawa beg dengan betul dan pastikan anak anda mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

Tuesday, February 14, 2012

50 Soalan Mengenai Islam

Soalan 1
Namakan agama yang mahukan pengikut-pengikutnya mempercayai kepada Tuhan yang Satu di mana perkataan di dalam bahasa Arab ialah Allah dan dalam bahasa Inggeris ialah God.

Agama itu ialah Islam

Soalan 2
Namakan agama yang mempercayai semua nabi-nabi dan juga mempercayai Nabi Muhammad sebagai Nabi Terakhir.

Hanya Islam, agama yang mempercayai semua nabi dan Nabi Muhammad sebagai Nabi Terakhir

Soalan 3
Agama apakah yang mempercayai bahasa Jesus ( Isa ) adalah seorang Nabi?

Agama itu ialah Islam

Soalan 4
Apakah panggilan kepada penganut agama Islam ?

Orang Islam atau Muslim

Soalan 5
Kenapakah seorang Islam tidak boleh menamakan dirinya 'Muhammadan' ?

Sebab, sebagaimana yang kamu ketahui, orang-orang Kristian menyembah Jesus Christ atau pun melaluinya; oleh yang demikian mereka dipanggil 'Christians'. Orang-orang Islam tidak menyembah Muhammad; oleh sebab itu mereka tidak boleh dipanggil 'Muhammadan' kerana ia memberi gambaran dan erti yang salah

Soalan 6
Seorang kanak-kanak kecil menyoal dengan merujukkan kepada jawapan nombor lima di atas ( kanak-kanak tadi seorang kanak-kanak perempuan kecil ) bertanya; Bagaimana jikalau guru saya memanggil saya 'Muhammadan' dan saya tersangat malu untuk membetulkannya?

Anakku! Jikalau kamu membiarkan sesorang memanggil kamu 'Muhamaddan', kamu sebenarnya merosakkan semua orang Islam yang lain di mana-mana sahaja. Jangan sesekali malu untuk mempertahankan Islam jika ada kemungkinan ia disalahertikan. Dalam hal guru kamu tadi, beliau akan memuji kamu jika kamu mengangkat tangan dan dengan sopan memberi alasan kenapa kamu tidak boleh dipanggil 'Muhammadan'.

Soalan 7
Siapakah yang memberi nama Islam kepada agama kita?

Allah SWT yang telah memberikan nama Islam kepada agama kita; iaitu agama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Kenyataan tentang ini terdapat di dalam al-Quran al Karim ( Kitab suci kita )

Soalan 8
Adakah seorang Muslim itu memerlukan kepada orang yang lain untuk menyucikan dosanya, atau adakah seorang Muslim perlu mati di atas kayu palang untuk menyelamatkannya dari dosa?

Tidak, sama sekali tidak. Seorang muslim mesti membersihkan dosanya sendiri dengan bersembahyang dan memohon ampun dari Allah SWT jikalau ia benar-benar bertaubat. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa tidak ada seorangpun yang perlu mati untuk menghilangkan dosanya dan Allah SWT tidak pernah menghendaki seorangpun mati untuk menyucikan dosanya.

Soalan 9
Adakah seorang Muslim perlu kepada seorang alim untuk bertaubat dan perlukah ia meletakkan pengakuan taubatnya di dalam kotak taubat yang disediakan?

Islam menentang itu semua dan tidak ada sebarang kotak taubat. Seorang Muslim hendaklah berdoa terus kepada Allah SWT.

Soalan 10
Apakah erti perkataan Islam?

Perkataan Islam bermakna penyerahan atau menyerahkan diri kepada Allah SWT.

Soalan 11
Di dalam Islam kita mempunyai lima perkara penting yang mesti kita percaya. Perkara penting ini dinamakan tiang ( rukun ). Kamu boleh mengagak kenapa ia dipanggil tiang? Ya, kerana ia menjunjung Agama Islam. Islam adalah terletak di atasnya. Tolong namakan rukun-rukun ( tiang-tiang ) yang lima itu.

Percaya kepada Allah dan pesuruh-Nya Muhammad
Sembahyang ( Solat )
Puasa di bulan Ramadhan
Zakat ( ini adalah bantuan untuk orang miskin dan juga untuk kebajikan masyarakat serta bantuan untuk tujuan kebaikan. Ia adalah 2.5% daripada pendapatan tahunan seseorang atau lebih.
Haji atau menunaikan fardhu Haji di Mekah pada masa tertentu dalam setahun. Untuk menunaikan fardhu Haji kamu mesti berada di Mekah sebelum bulan kedua belas bagi tahun Islam dan tinggal di sana sehingga hari kesebelas pada bulan yang sama. Lawatan ke Mekah di masa lain dinamakan 'Umrah' yang bererti Haji Kecil.

Soalan 12
Apakah pandangan Islam tentang buruh atau dengan lain perkataan, kerja kasar?

Setiap perkataan yang membolehkan seseorang itu hidup dengan jujur adalah dihormati oleh Islam.

Soalan 13
Saya mempunyai al-Quran al-Karim untuk dipercayai dan diikuti, tetapi bagaimana saya mesti anggap terhadap kitab suci yang lain?

Kita mesti menghormati kitab-kitab suci yang lain ( Taurat, Injil, Zabur ) kerana semua kitab suci itu adalah dibawa oleh Nabi dan datang daripada Allah SWT. Tetapi dukacita disebutkan di sini bahawa, semua kitab-kitab ini tidak lagi berada dalam bentuk asalnya.

Soalan 14
Kenapa kita berhajat kepada Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad dan kitab suci yang terakhir iaitu al-Quran al-Karim

Kita berhajat kepada Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad kerana ajaran suci yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya telah diubah dan diseleweng. Kita memerlukan kitab yang terakhir kerana al-Quran sahaja yang tidak diubah, yang tidak akan diubah dan tidak boleh diubah sebagaimana berjuta-juta orang Islam mengetahuinya dengan hati; Sedangkan kitab-kitab suci yang lain telah diubah. Jikalau semua salinan al-Quran ( tetapi Allah telah menghalangnya ) itu dibakar di dalam masa yang singkat sahaja, al-Quran dapat disusun kembali kerana berjuta orang Islam mengingatinya dengan hati. Makaa kamu boleh lihat bahawa tidak ada kemungkinan kitab al-Quran akan dihilangkan atau diubah

Soalan 15
Kita telah banyak bercakap tentang Allah, siapakah Dia?

Dialah Pencipta setiap benda. Dia telah mencipta dunia dan segala yang berada di didalamnya. Dia menceritakan kepada kita di dalam al-Quran al-Karim ( yang diwahyukan 1,400 tahun dahulu ) tentang dunia, Dialah Pencipta segala-galanya. Dialah yang memerhatikan kita dan memandu kita. Dia tidak mempunyai keluarga, anak-anak lelaki dan perempuan. Dia adalah tunggal dan hanya satu. tidak tiga dalam satu. Dia melihat segala-galanya. Dia mengetahui segala-galanya, memaafkan semuanya jika seseorang itu benar-benar bertaubat. Dia akan menghukum sesiapa yang tidak bertaubat ataupun tidak cuba menjadi baik.

Soalan 16
Jikalau ada yang menyoal kamu, '' Bolehkah Islam difahami oleh semua? '' Apakah jawapannya ?

Jawapannya senang dan dengan logik biasa saja di mana setiap orang boleh menerimanya. Kenapa ? Jika ada orang bertanya kepada saya, tentunya saya menjadi seorang Islam kerana saya percaya kepada ke-Esaan Allah SWT dan terhadap semua nabi-nabi yang diakui. Memang dahulu saya tidak mengetahui Muhammad itu Nabi Terakhir, tetapi sekarang saya telah faham dan tahu bagaimana senangnya menjawab perkara ini. Kata-kata begini selalu sahaja saya dengar.

Soalan 17
Adakah Islam menyebut orang miskin dan anak yatim?

Ya, terlalu banyak tentang perkara itu sehingga boleh ditulis sebuah buku mengenainya.

Soalan 18
Bolehkah seorang Islam itu berjudi?

Orang Islam tidak boleh berjudi.

Soalan 19
Bolehkah seorang Islam itu minum arak?

Tanpa ragu-ragu lagi, tidak boleh.

Soalan 20
Apakah kamu akan gelarkan ( panggil ) kepada Islam

Ia adalah satu agama; satu cara hidup yang mesti sentiasa dihayati dan dipratikkan bukan sahaja pada masa sembahyang di hari Jumaat. Islam mesti bersama kamu sama ada di rumah, dalam politik, perniagaan, perkahwinan, tidur, makan, hidup dan mati. Inilah perkara yang sepatutnya kamu tahu

Soalan 21
Namakan beberapa perkara yang Islam melarang membuatnya?

Adalah menjadi kesalahan untuk mencaci, mencuri, membohong, cemburu atau membunuh dan mempunyai perasaan megah yang membawa sifat sombong, juga adalah salah menyeksa binatang, memakan daging babi dan menggunakan perkataan yang buruk. Adalah salah merompak di dalam perniagaan atau berniaga dengan barang rompakan. Jangan sekali-kali membuat perjanjian yang kamu tidak berniat menunaikannya. Jangan meminjam jikalau tidak bercadang membayar balik. Itu adalah berdosa. Jangan sekali-kali berhutang bila kamu fikir kamu tidak boleh bayar. Cuba tanya hati kamu, adakah semua ini betul atau salah? Ini mungkin akan terjawab jika kamu seorang Muslim. Nabi kita pernah bersabda : '' Dosa ialah sesuatu perkara yang menyakitkan hatimu '' .

Soalan 22
Adakah seorang Islam itu mempunyai binatang suci sebagaimana lembu bagi peganut agama Hindu sebagai contoh

Tidak, tidak sekali-kali. '' Tetapi semua binatang '', sebagaimana sabda Nabi mesti dilayan dengan baik.

Soalan 23
Adakah seseorang Islam berpendapat ada sungai suci dan mulia

Tidak.

Soalan 24
Mestikah seseorang ahli agama ( preacher ) dilantik dahulu sebelum ia boleh mengetuai sembahyang ataupun memberi khutbah di dalam masjid?

Tidak, di dalam Islam tidak ada paderi ( priest ). Tetapi ada orang yang diajar dan dilatih untuk memberi syarahan dan untuk mengetahui sembahyang dan mempelajari secara mendalam tentang Islam. Orang ini dinamakan imam tetapi sesiapa yang baik ( soleh ) boleh menjadi imam sembahyang di mana-mana masjid pun.

Soalan 25
Mungkinkah nabi-nabi lain akan muncul?

Tidak. Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir. Tidak ada lagi nabi selepasnya

Soalan 26
Adakah seseorang nabi sentiasa membawa kitab suci dan ajaran tertentu.

Kita orang Islam percaya bahawa mereka mempunyai kitab suci ajaran tertentu

Soalan 27
Apakah kita dilahirkan dalam keadaan berdosa? Apakah pandangan Islam tentang ini?

Tidak, kita dilahirkan tanpa mempunyai dosa, tetapi kita berdosa jika tidak menurut perintah Allah dan tidak memohon pertolongan-Nya. Saya bertanya kepada kamu atau sesiapa jua: '' Bolehkah seseorang ibu yang jujur percaya bayinya dilahirkan penuh dosa? ''. '' Bolehkah ia percaya bahawa anak kecil kesayangannya itu dilahirkan berdosa dan orang mesti berdoa untuk nya sebelum ia ke syurga, jika Allah memanggilnya? '' Orang Islam tidak akan percaya perkara ini. Saya keliru, jikalau ada ibu yang benar-benar percaya atau akan mempercayainya.

Soalan 28
Adakah perempuan solehah, iaitu Mariam ibu kepada Tuhan?

Tidak, Mariam perempuan yang solehah itu bukan ibu Tuhan. Beliau adalah ibu kepada Nabi Isa. Allah tidak mempunyai ibu.

Soalan 29
Adakah orang Islam percaya Isa adalah Tuhan atau sebahagian daripada Tuhan dan ia dengan rupanya sebagai manusia turun ke dunia untuk mati demi menebus dosa kita?

Tidak, orang Islam mesti tidak percaya perkara ini

Soalan 30
Adakah kitab suci al-Quran menyebut tentang Isa dan ibunya Mariam?

Ya! Dengan penuh penghormatan ibu Isa itu ada disebut, tetapi hanya sebagai seorang perempuan yang solehah, tidak sebagai orang perantaraan di dalam berdoa atau dituju kepadanya dan Isa disebut sebagai seorang lelaki yang baik dan dia adalah pesuruh Allah.

Soalan 31
Jika saya sembahyang dan mengadap Allah adakah Allah mendapat faedah daripada sembahyang itu?

Allah tidak mendapat faedah daripada sembahyang kamu. Kamulah sebenarnya yang mendapat faedah. Namun, Allah bergembira kerana kamu mengadap pertolongan-Nya di dalam kehidupan sehari-hari. Selalu ingat bahawa kamu memerlukan pertolongan Allah dan jangan sekali-kali lupakan ini. Allah boleh dan mampu wujud tanpa kamu tetapi kamu tidak boleh wujud tanpa Allah dan tanpa pertolongan-Nya.

Soalan 32
Berapa kali sehari orang-orang Islam dikehendaki bersembahyang?

Lima kali sehari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'.

Soalan 33
Adakah seseorang Islam disuruh membaca apa-apa doa sebelum atau selepas melakukan sesuatu pekerjaan?

Ya! Seseorang Islam disuruh membaca doa sebelum memandu keretanya, sebelum ia memulakan perjalannya ataupun tugasnya dan lain-lain pekerjaan lagi. Membaca '' Bismillah '' ini ialah perkataan Arab yang bererti '' Dengan Nama Allah '' . Begitu juga mengucapkan syukur selepas tugasnya selesai dengan perkataan '' Alhamdulillah '' yang bererti '' Syukur kepada Allah ''.

Soalan 34
Adakah orang Islam mempunyai patung atau lembaga daripada batu marmar atau daripada batu lain dan kayu seperti orang Katolik

Tidak ada sama sekali

Soalan 35
Adakah orang Islam dipanggil untuk bersembahyang dengan membunyikan loceng?

Tidak, tetapi Islam memanggil untuk bersembahyang dengan bang atau azan. Panggilan ini lebih baik daripada loceng. Seseorang hendaklah memanggil seseorang manusia lain untuk sembahyang dengan menyebut nama Tuhan. Semua orang boleh melakukan ini, tetapi orang tertentu iaitu sesiapa yang mempunyai suara yang lunak sepatutnya yang melakukannya, dan dia digelar juru azan ( muazzin ). Kamu hairan kenapa panggilan manusia lebih baik daripada loceng, fikirkanlah sendiri. Manusia mempunyai hati; dia merasa gembira memanggil orang lain untuk memuji Tuhan, tetapi loceng adalah cuma logam. Ia tidak punya perasaan. Seruan azan selalu didengar daripada masjid-masjid dan tempat-tempat ibadah orang Islam di seluruh dunia dengan maksud; Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah! Datanglah bersembahyang! Datanglah bersembahyang! Marilah menuju kejayaan! Marilah menuju kejayaan! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Apabila memanggil Subuh, seruan ditambah di akhir azan itu dengan '' Sembahyang adalah lebih baik daripada tidur ''.

Soalan 36
Adakah seseorang imam keluar dengan pakaian khas seperti jubah seperti yang dipakai oleh orang-orang gereja di England?

Tidak. Tidak ada pakaian khas seperti orang-orang gereja dan tidak ada apa-apa pakaian renda seperti yang digunakan di dalam Gereja Besar.

Soalan 37
Adakah terdapat '' Paderi perempuan '' di dalam Islam?

Tidak. Di dalam Islam kami mempercayai perempuan mesti kahwin dan mempunyai anak tetapi ia tetap melakukan sembahyang seperti orang yang baik-baik lakukan. Kami berpendapat adalah bukan kehendak Tuhan supaya perempuan menjadi paderi.

Soalan 38
Adakah terdapat sami di dalam Islam?

Tidak.

Soalan 39
Adakah seorang bayi diIslamkan di dalam Islam?

Tidak, tetapi kita perdengarkan azan perlahan-lahan di telinganya setelah dilahirkan kerana adalah baik untuk kanak-kanak mendengarkan, sebagaimana telah saya katakan dahulu, bayi lahirkan tanpa dosa dan kita tetap memperdengarkan suara azan sampai ke telinganya.

Soalan 40
Apakah yang mesti lakukan oleh seorang individu sebelum ia bersembahyang?

Seseorang individu mesti terlebih dahulu membersihkan dirinya dan berwudhu', caranya; jika ia bersih ia tidak perlu mandi; kemudian ia berniat wudhu' dan mula dengan membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangan tangan tiga kali. Kemudian diikuti dengan berkumur kemudian mencuci hidung dengan air tiga kali. Ini diikuti dengan membasuh muka tiga kali dan membasuh tangan hingga ke siku tiga kali, dimulakan dengan tangan kanan kemudian kiri, disapu kepala dengan menggunakan tapak tangan yang basah. Selepas itu ia hendaklah menyapu tengkuk dan menyapu belakang telinga dengan menggunakan ibu jari daripada cuping telinga ke atas, kemudian dengan menggunakan jari telunjuk dimasukkan ke dalam kedua-dua telinga dan cupung telinga. Akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali. Dalam bahasa Arab proses ini dinamakan wudhu'.

Soalan 41
Adakah orang yang bersembahyang berdiri?

Ya! Sebahagian daripada adalah berdiri. Tetapi apabila ia sakit, ia boleh sembahyang di dalam keadaan yang paling sesuai untuknya. Jikalau ia kuat dan sihat maka ia hendaklah mengikut beberapa cara tertentu. Seseorang Islam memulakan sembahyangnya dengan berdiri kemudian dia rukuk, sujud dan meletak dahinya di tempat sujud dan hidungnya mencecah tempat sujud. Tidak ada cara yang lebih rendah selain daripada seseorang itu berada di hadapatan Tuhan. Di dalam sembahyang kita berdiri, rukuk dan sujud iaitu meletak kepala ke bumi beberapa kali. Saya telah memberi gambaran yang jelas bagaimana mengerjakan sembahyang.

Soalan 42
Bolehkan orang Islam itu bersembahyang di mana-mana sahaja atau hanya di dalam masjid?

Orang Islam boleh bersembahyang di mana-mana sahaja. Di mana-mana tempat yang bersih boleh dijadikan tempat sembahyang. Nabi kita Muhammad SAW bersabda: " Semua bumi Allah adalah masjid bagiku".

Soalan 43
Adakah Islam menjadikan hari Ahad sebagai hari suci?

Semua hari adalah baik bagi orang Islam. Orang Islam berjumpa pada hari Jumaat untuk bersembahyang fardhu Jumaat ketika masuk waktu Zuhur, di mana mereka mendengar khutbah dan kemudian sembahyang. Kemudian, mereka meninggalkan masjid dan bekerja seperti biasa. Orang Islam tidak percaya bahawa Tuhan berehat pada hari yang ketujuh ( Hari Ahad ) kerana al-Quran telah menyebut Allah itu tiada Tuhan ( yang disembah sebenarnya ) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan ( sekalian mahkluknya ) , yang tidak mengantuk, usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi.

Soalan 44
Adakah wanita disebut dalam kitab suci orang-orang Islam ( al-Quran )?

Wanita kerap disebut di dalam al-Quran sebagaimana lelaki. Di sini ada satu contoh iaitu: Lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lain-lain lagi.

Soalan 45
Di dalam Islam bolehkah seseorang perempuan memiliki hartanya sendiri atau apakah dia dikehendaki menunggu seperti di England sehingga undang-undangnya diluluskan dahulu oleh Parlimen British?

Seseorang wanita telah pun diberikan haknya di zaman Rasulullah SAW 1,400 tahun dahulu. Hartanya tidak boleh menjadi hak suaminya apabila ia kahwin. Memang benar dia tidk boleh mempusakai sebanyak mana saudara lelakinya dapat daripada kedua ibu bapanya. Tetapi ini beralaskan bahawa lelaki mempunyai lebih banyak tanggungjawab dan ia dikehendaki menjaga keluarga, sedangkan perempuan, hartanya untuk dirinya sendiri walaupun selepas kahwin.

Soalan 46
Yang manakah lebih baik sembahyang, puasa atau berbuat baik?

Kita tidak gemar membuat perbandingan kerana sembahyang dan puasa adalah tugas orang Islam untuk dilaksanakan sebagaimana diperintah oleh Allah. Tetapi jikalau ditanya soalan ini seorang Islam akan berkata tentulah amalan-amalan yang baik.

Soalan 47
Adakah seseorang Islam dikehendaki memegang sebuah kitab untuk bersembahyang

Tidak.

Soalan 48
Apakah dia Hadith?

Ia adalah segala perkataan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ia telah dicatat oleh sahabat-sahabatnya.

Soalan 49
Adakah nabi Muhammad itu seorang tokoh di dalam sejarah?

Ya.

Soalan 50
Apakah sabda Nabi Muhammad tentang ibu?

Nabi bersabda: " Syurga adalah di bawah telapak kaki ibu ".

Tamat...

Tulisan diatas ini merupakan petikan daripada buku 50 Question of Interest About Islam yang ditulis oleh Olive Toto yang mana dipetik daripada The Islamic Review and Arab Affairs ( Pandangan Islam dan Hubungan Arab ) yang diterbitkan pada tahun 1968.

Buku ini diterbitkan semula pada tahun 1984 dan pertama kali diterbitkan di Malaysia pada tahun 2005. Tahun lepas ( 2011 ) sekali lagi buku kecil ini diterbitkan buat kali kedua dalam versi Bahasa Malaysia yang diterjemahkan oleh Hassan Pahmi B. Haji Che Mat.

Penulis mendapat buku ini daripada ayah penulis ketika hadir ke Sambutan Maulidur Rasul 2012 di Putrajaya selepas Majlis tersebut. Mungkin ini merupakan hikmah di sebalik tidak mendapat aturcara Majlis tersebut kerana kehabisan stok.

Buku ringkas ini penulis baca ketika pulang dari Putrajaya ke rumah penulis disini dan habis di dalam kereta Mercedes milik ayah penulis juga. Penulis amat berminat dengan gaya penerangan buku ini walaupun sudah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia dari Bahasa Inggeris.

Cetakan buku ini dibuat oleh Jakim ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ) bagi disedekahkan kepada hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Maka penulis tergerak hati sebagai seorang Muslim untuk berkongsi sesuatu yang baik kepada pembaca blog penulis.

Jadi disini medium penulisan penulis, penulis amat gembira kerana dapat berkongsi buku kecil bersama pembaca yang lain. Ayah penulis juga ada mengambil sebuah lagi buku Islam mengenai tema Maulidur Rasul tahun ini dan jika berkesempatan, dalam masa terdekat penulis akan tulis semula di dalam blog ini.

Jikalau saudara-saudari sekalian ingin untuk memaparkan isi kandungan artikel dalam ini silakanlah dan tidak perlu meminta izin penulis untuk copy and paste dalam blog saudara. Mungkin juga jika saudara-saudari punyai wang lebih bolehlah buat satu brochure dan sedekahkan kepada orang ramai.

Thursday, February 9, 2012

Surat Propaganda Penyokong PAS tahun 1988








KEPADA PEMIMPIN DAN RAKYAT MALAYSIA

Tan Sri Haji Osman Aroff - Menteri Besar Kedah
Manusia Yang Paling Kaya Dalam Malaysia

Sebagai seorang rakyat yang sayangkan negeri ini, saya TERPAKSA tulis surat ini kepada seluroh rakyat Kedah dan Pemimpin 9,000 pemimpin negara untuk menyatakan bahawa manusia yang paling kaya di Malaysia sekarang ini ialah Tan Sri Haji Osman Aroff

Malangnya segala kekayaan ini adalah hasil wang yang dicuri dari Rakyat Negeri Kedah

Sebenarnya pencuri si Osman Aroff ini telah bersedia untuk dihentikan sebagai Menteri Besar Kedah pada pilihanraya sudah. Ini jelas terbukti dengan cara beliau meluluskan berbagai-bagai projek dan balak kepada Syarikat Front kepunyaannya tanpa takut-takut dan segan-segan, seakan-akan seorang yang hendak tenggelam sambar apa saja yang terdapat.

Sekarang ini pula beliau sekali lagi terasa bahawa inilah penggalnya yang terakhir sebagai Menteri Besar. Maka beliaulah mulalah bertindak cara begitu berani dan terang untuk mengaut perniagaan menerusi beberapa syarikat ''bertopeng'', tetapi kepunyaannya.

Kami pegawai kerajaan susah sekali menjalankan jentera pentadbiran. Kami selalu menerima arahan supaya menyegerakan permohonan orang-orang tertentu dan menyedihkan orang-orang kuatnya datang sendiri membawa arahan Menteri Besar ke pejabat.

Orang-orang seperti Ah Keat, adikh Ah Keat ( Ah Peak ), Ah Ho, Dato' Beh, Azhar, Haji Lah, Dato Tajudin, William Chek dan banyak lagi, mintak diluluskan segera permohonan syarikat isteri EXCO seperti Wan Azmi. Cuba tanya Wan Azmi, apa dah jadi dengan projeknya di Mergong dan Alor Malai, Derga ???.

Pemberian tender ikut suka hati, terutamanya negotiated tender dan variation order.
Sepatutnya tender ini mesti melalui penilitian tender document dengan cermat. Ini tidak ... asalkan orangnya ... harga asal yang rendah pun dinaikkan. Janji dapat saham dan habuan sikit pun tidak apa.

Penukaran pegawai-pegawai kerajaan ikut nafsu beliau dan bergantung pada nafsu setiausaha kerajaan. Pegawai yang tidak faham agama dijadikan setiausaha majlis ugama ( Osman Salleh ). Yang lulus agamam dari Kolej Islam buat kerja daftar tanah. Pegawai yang tidak tahu hal tanah, dilantik Timbalan Pengarah Tanah Negeri ( Usop Nayan ). Pegawai yang mahir tanah ( Zulkifli Ismail ) dibuang ke estate hospital. Pegawai yang tidak lulus universiti asal boleh tolong cari duit untuk beliau, ditempatkan di tempat-tempat yang penting. Yang paling malu sekali, pegawai ampu bodek beliau Ismail Hamid yang dilantik seabgai Timbalan Pengurus Besar LADA sampai hari ini pun tidak diterima oleh LADA dan sekarang ini terpaksa dicreatkan satu jawatan baru di Wisma Negeri untuk Ismail Hamid sebagai Timbalan SUK dengan tugas-tugas khas. Bakar Yaakop dan Ghazali Pak Ya ( Yahaya ) akan tua dalam Wisma Negeri.

Kelulusan tanah di Langkawi sedang berlaku berleluasa. Habis tanah di Pekan Kuah yang berharga khususnya di Kawasan Sanitarium lama telah diluluskan untuk syarikatnya, dengan menggunakan nama orang harapannya Dato' Tajudin Hashim. Semua projek-projek langkawi kebanyakkannya diluluskan kepada Dato' Tajudin Hashim.

Begitu juga di Sungai Petani,. Habis Taman Ria. Lingkup Ladang Perbadanan. Sekarang pula hendak bina bandar Muazam Shah 9,000 ekar. Dato' Tajudin, Dato Beh Heng Seong dan kononnya Sultan Kedah ada share dalam company ini. Begitu jugalah dengan tanah-tanah di Alor Star dan sekarang ini sedang attack Padang Serai pula.

Ada banyak, malahan beratus permohonan yang diluluskan di bandar besar seperti Alor Star, Sungai Petani, Langkawi dan Kulim sekarang ini yang sengaja tidak dibangunkan. Takut kalau-kalau orang lain jadi Menteri Besar tak boleh diluluskan. Jadi diluluskan sekarang dan disimpan. Bila habis jadi Menteri Besar nanti, maka projek-projek ini boleh diniagakan, kerana sudah lulus dan tak payah susah payah, 2,000 tahun lagi pun makan tak habis.

Yang paling ketara sekali, projek-projek dalam SEDC. Pengurus Besar JJ jadi baruanya. Dia akan buat ikut pengerusi suroh, asalkan dia dapat tumpang sekaki. Kalau mahu tahu cerita betul, cuba BPR serbu Bahagian Kewangan SEDC. Berbagai-bagai tuntutan Pengerusi dan Penguruh Besar bercanggah dengan peraturan kewangan. Sudah diberii fixed Allowance pun, dituntut lagi.

Amat memalukan sekali SEDC Kedahlah yang paling miskin sekali dalam Malaysia. Kalau dibandingkan dengan SEDC negeri-negeri lan. Tapi cuba Pengerusi dan Pengurus Besarnya. Rumah besar, kereta besar, pangkat besar, gaji besar, belanja besar, tuntutan besar, makan besar, masuk besar walaupun projek kecil belaka. Keluar negeri kerap. Tapi apa yang dapat?
Yang kenyang Pengerusi dan Pengurus Besarnya. Semua kakitangan SEDC tahu, tapi tidak berani cakap. Takut kena buang kerja.

Tuggu apa lagi BPR ?... Nak pilih bulukah ? Yang makan 50 sen diberkas. Yang makan million dibela dan dilindung ???

Kami tunjukkan sebagai Kembaran A1, A2 dan A3 dalam kertas ini. Satu contoh sebuah syarikat kepunyaan Tan Sri Osman Aroff, AZHAM INTERCORPORATION SDN BHD. yang hampir tutup kedai dan bankrap. Tiba-tiba syarikat ini naik melambong tinggi. Modal pun PKNK tolong. Pengurusan pun dibayar oleh PKNK, hingga gaji Pengurus Syarikat AZHAM ini dibayar oleh PKNK dan pengurusnya pula yang terkenal di Sugnai Petani pakai Jaguar dan BMw, serta bini baru. Yang peleknya, beribu-ribu syarikat bumiputra teruk, dan tenat di Kedah, PKNK haram tidak tolong langsung tetapi syarikat AZHAM kepunyaan Osman Aroff ditolong JJ dan dah tentu tumpang sekali.

Sekarang Osman Aroff guna taktik baru memperalatkan Sultan Kedah. Osman Aroff suruh captain-captain Cinanya jumpa Sultan Kedah suruh Sultan minta tanah, balak dan projek-projek, kemudian dia akan luluskan atas nama Sultan. Sultan dapat sikit duit up ront dan mungkin sikit saham. Bukan setakat Sultan, bini muda Sultan ( Che' Puan ) pun mula berniaga dengan Cina. Cinan asyik usung sana sini. Tanah di Sungai Petani dah dapat kat Che' Puan. Sultan tolognlah jaga nama sikit. Kami pegawai kerajaan pun serba salah, kerana kami sungguh sayang Sultan kami, janganlah jadi alat Tok Man. Wahai tuanku, janganlah dedahkan diri dihentam orang sedangkan MB dan captain Cinanya yang gemuk dan kenyang. Dapat tak banyak mana, nama jadi busuk.

Pemberian balak ikut suka Osman Aroff seorang saja, kerana orang lain tak boleh bersuara. Jkuasa hasil bumi pakai turut. Orang-orang kuat dia pakai lesen orang. Dia lulus, dia dapat sikit habuan.

Sekarang ini kita dengar semua fail sebelum masuk mesyuarat EXCO mesti Menteri Besar tengok dulu. Kalau tak tengok dulu, tak boleh masuk EXCO. Kalau ada permohonan yang akan masuk EXCO meeting, maka dihantar ''orangnya'' untuk meminta wang kiranya mahukan kelulusan. Kalau tidak beri, tak lulus.

Fasal peribadi Osman Aroff lagi dahsyat. Osman Arofflah pemimpin UMNO yang terkuat Kaki betina, Kaki botol dan Kaki kuat joli. Dalam satu bulan 20 hari dia akan berada di luar negeri Kedah. Selalunya di Kuala Lumpur dan Penang. Tidur malam di Kuala Lumpur dan Penang memang hobonya. Sampai saja di Kuala Lumpur dan Penang mabuk 24 jam.

Sampai di KL captain Cinanya akan supply betina dan sampai di Penang betina impot dari Thailand dihadiahkan oleh captain-captain Cinanya. Osman Aroff baru saja menikah anak dara Cina 19 tahun di Penang, ganti bini Cinanya yang lama mati.

Pandai sungguh Osman Aroff bermain sandiwara. Kalau bercakap selalu tolong rakyat miskin, tetapi miskin menderita dia juga kenyang dan kaya. Baru ini Osman Aroff dapat wang tunai 1.4 juta ringgit melalui kelulusan jualan tanah di Gurun, Kedah untuk PERWAJA bersama tukang lawaknya Ridzuan Sharbani yang baru saja beli PEJERO.

Osman ARoff bukan saja curi wang rakyat, wang UMNO pun dia curi. Banyak orang derma untuk UMNO. Sesetengah projek berjuta ringgit yang diderma untuk UMNO, tetapi ke mana pergi duit tu semua ? ...

Yang ketara sekali bila ada pilihanraya kecil, waduh ... waduh ... sukanya hati Osman Aroff. Inilah peluang dia buat duit untuk joli. Tiap kali ada pilihanraya kecil, Osman Aroff tetapi buat diuit hampir satu atau dua juta ringgit untuk wang kocek beliau. Maka orang UMNO jadi kerbau, Osman Aroff yang kenyang.

Pandai sungguh Osman Aroff main daun. Bukan setakat dia, bini dia pun buat duit. Bini Osman Aroff dikelilingi oleh captain-captain Cina betina. Mana pergi pun mesti dengan betina Cina. Pergi market pun Cina betina bawa raga. Anak-anak pun buat duit. Pakai kereta mahal-mahal belaka. Bila kawan tanya ... dia jawab bila lagi buat duit, inilah kali terakhir, pak aku jadi MB.

Sampai sekarang pun Osman Aroff tak latik EXCO tambah. Dia takut orang lain pandai dari dia. Dia mahu orang tak bangkang kehendak dia jadi EXCO. Dia mahu orang macam Wan Azmi. Asyik angguk dan yes sir saja. Asalkan masuk sudah. Inilah satu-satu EXCO yang terang-terang berniaga, isteri Wan Azmi pun berniaga. BPR pun tahu. Orang pernah buat aduan kepada BPR. Sila lihat Kembaran B1. Apa BPR kata. BPR Kedah pass kepada BPR KL. KL pun pilih bulu, akhirnya DIAM. Barangkali BPR pun dah dibeli atau pun dapat saham sikit.

Wan Azmi sejak jadi EXCO, jadi Dato' dan isterinya jad Datin bukan main sombong dan bongkak dalam salah satu perjumpaan dengan Dewan Perniagaan Melayu Kedah, beliau tepok meja tatkala pengerusi Dewan, Dato' Syed Razak sedang berucap. Kononnya dia maki dan marah kerana pengerusi Dewan kritik Kerajaan dan mahu keluar dari majlis. Inilah jenis pemimpin yang ada di Kedah ini. Tak boleh kritik, melenting. Tak sedar diri yang dia bukan nak jadi EXCO sampai mati. Begitu juga dengan mesyuarat-mesyuarat dengan kami pegawai kerajaan, bukan main garang. Semuanya tak kena, dia seroagn saja yang kena. Tak sedar dia juga bekas pegawai kerjaan.

Yang kita geram ni BPR. Kata dia bebas. Tapi takut berindak. Pilih bulu. Nanti arahan. Makan gaji buta. Dia sendiri tak ada amanah langsung. Kononnya mahu ambil tindakan, mahu siasat, mahu itu mahu ini, tindakan ... action ??? ... lihat Kembaran B1.

Kalau BPR siasat betul-betul ... Wan Azmi semasa bekerja di KEDA dulu pun sudah ada syarikat bersama isteri. Apalagi bila jadi EXCO? Isterinya lebih cergas, dia dah lupa kami di KEDA ini. Kami tahu lubangnya. Dia cakap pada orang-orang dia akan jadi MB ganti Tok Man tak lama lagi. Lagi terus simpang malaikat 44.

Selagi Osman Arof jadi Menteri Besar, selama itulah orang Melayu bawahan dan biasa akan menghadapi seksa untuk mendapat kelulusan.

Saya merayu kepada seluruh rakyat Kedah demi kepentingan anak cucu cicit kita akan datang, kalahkanlah BN dalam pilihanraya umum akan datang dan undilah PAs.

Mengapa mesti undi PAS ????

Kalau BN menang Osman Aroff akan terus bermaharajalela. Kalau pun Osman Aroff tak jadi Menteri Besar dan BN terus berkuasa maka telah banyak projek tanah yang diluluskan oleh Osman Aroff akan dijalankan. Melainkan dengan undi PAS. Kerajaan PAS saja yang boleh bertindak membatalkan kelulusan dan ambil atau tarik balik semua kelulusan tanah-tanah tersebut.

Tindakan MUFLIS keatasnya akan diambil. Kalau kerajaan BN menang ... maka bermaharajalelalah Osman Aroff. Sila lihat surat mahkamah tinggi hutang Osman Aroff bersama Abdullah Ang dalam Kembaran B2.

Jangan lupa ... Undilah PAS supaya orang Melayu boleh hidup

Ahli Kelab Cinta Sayang.
( KCS )

Berikut merupakan petikan surat dari Ahli Kelab Cinta Sayang ( KCS ) yang dipercayai penyokong PAS terhadap rakyat Kedah. Surat ini dipercayai dikeluarkan pada tahun 1988 hingga 1989 berikutan petikan surat sekitar Mac 1988.

Maka diperayai surat ini ditulis sekitar pertengahan hingga akhir tahun 1988 bagi meraih sokongan rakyat Kedah terhadap PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-8 pada tahun 1990.

Dalam surat ini, isi kandungannya menjurus kepada salah guna kuasa oleh Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Osman Aroff dalan EXCOnya. Selain salah guna kuasa oleh pemimpin negeri, surat ini juga ingin menjelaskan mengenai rasuah dalam pentadbiran kerajaan Kedah.

Seperti yang ditulis, terdapat pelbagai-pelbagai tuduhan dilemparkan keatas EXCO dan Menteri Besar Kedah berikutan kelulusan projek yang didakwa diluluskan dengan habuan kepada pemimpin tersebut.

Turut diceritakan di dalam surat ini mengenai peribadi Tan Sri Osman Aroff yang didakwa gemar ke luar negeri hinggakan hanya berada di dalam negeri Kedah 10 hari sahaja dalam sebulan.

Dalam masa 20 hari di luar negeri, surat ini mendakwa yang Osman Aroff ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk berfoya-foya . Kata-kata Osman Aroff kaki perempuan dan kaki botol dilempar tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Sultan juga tidak terkecuali terlibat dalam tulisan ini. Sultan Kedah didakwa meluluskan tanah balak dan mendapat sedikit habuan dari tindakan tersebut begitu juga dengan Che Puan ( kini Permaisuri Agong ) yang dicemburui kerana sering keluar dengan wanita-wanita Cina.

Pada muka surat pertama kertas ini juga mendakwa yang pegawai-pegawai kerajaan dipindahkan mengikut nafsu setiausaha kerajaan negeri sahaja. Ini bagi menempatkan pegawai yang mampu membuat duit kepada MB.

Pelbagai lagi dakwaan dilemparkan kepada kerajaan Kedah oleh penyokong PAS ini bagi meraih sokongan rakyat negeri Kedah. Penulis enggan mengesahkan kandungan surat ini sama ada benar ataupun dusta belaka.

Jika benar harap mereka kembali bertaubat dan jika salah, pihak yang menyebarkan surat propaganda meraih sokongan ini meminta maaf dan bertaubat.

*** Penulis terjumpa surat ini ketika penulis mengemas rumah

Sunday, February 5, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012 Peringkat Kebangsaan

Hari ini merupakan hari yang amat penting buat tamadun Islam dimana nabi terakhir yang agung, nabi Muhammad telah dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan diadakan di Masjid Putra di Putrajaya yang mana bermula jam 7.30 pagi dimana kontijen-kontijen dari setiap jabatan berarak dari Masjid Sultan Mizan ( Masjid Besi ) ke Masjid Putra.

Dianggarkan lebih 6000 peserta dari setiap jabatan sama ada dari sektor kerajaan mahupun swasta mengambil bahagian dalam perarakan ini yang mana selawat mereka ke atas nabi tidak putus-putus yang berjalan sejauh 2.4 km.

Ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan isteri disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mejar Jeneral ( B ) Jamil Khir Baharom di hadapan pintu masuk masjid Putra.

Mereka berdua kemudiannya menunggu ketibaan Y.A.B Perdana Menteri dan isteri yang turun kira-kira jam 8.20 dan seterusnya menantikan ketibaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almutasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun.

Acara bermula dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran oleh salah seorang qari. Bacaan ayat suci itu dibacakan lebih kurang 15 minit sebelum diikuti dengan ucapan aluan-aluan oleh Menteri yang bertanggungajawab iaitu Dato Seri Jamil Khir Baharom.

Kemudiannya Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi titah ucapan mengenai Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah yang menyeru umat Islam supaya mencontohi keperibadian nabi Muhammad.

Selesai ucapan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, aturcara ceramah mengambil tempat dimana penceramah menyeru supaya umat Islam mengenali diantara satu sama lain dan mengekalkan perpaduan di Malaysia.

Beliau juga memohon supaya rakyat Malaysia menghormati pemimpin dan menguatkan persefahaman di dalam ceramahnya yang diselangi lawak spontan yang membuatkan dewan solat Masjid Putra bingit seketika.

Selepas 20 minit berucap, juruacara majlis menunjukkan klip video berkenaan dengan pemenang Anugerah Maulidur Rasul seramai sembilan orang. Anugerah Perdana dianugerahkan kepada Sahibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Pemenang yang lain terdiri dari Ahli Jawatan Kuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Toh Puan Wan Asiah Ahmad. Bekas Ketua sektor pendidikan Islam Kelantan, Abdul Razak Mat Saad. Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh iaitu Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia turut menerima anugerah tersebut.

Lain-lain yang menerima ialah Duta Dakwah Saba Islamic iaitu Shah Kirit Kakulal Govindji juga bekas johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Datuk Rugoyah Sulong, bekas pengarah jabatan ukur dan pemetaan, Abdul Majid Abd Hamid, Ketua Orang Asli Kampung Bukit Kala, Hussein Ngahyin dan juga pelajar cemerlang 9A PMR 2011 dari sekolah SMK Sungai Tiang, Kedah iaitu Muhammad Hadi Darus yang cacat fizikal.

Selepas itu, penerima anugerah mengambil kesempatan untuk bergambar bersama dengan Yang di-Pertuan Agong serta pemimpin-pemimpin lain yang hadir.

Tamat majlis tersebut, Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan bekas Ketua Menteri Sabah ke bilik santapan.

Tuanku Agong meninggalkan majlis jam 11.00 diikuti Y.A.B Perdana Menteri, seterusnya Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan Dato Seri Jamil Khir Baharom dari Masjid Putra. Diikuti oleh Tun Sakaran Dandai iaitu bekas Ketua Menteri Sabah.

Saturday, February 4, 2012

Pameran World Press Photo

Pada petang tadi, penulis berkesempatan untuk ke Kuala Lumpur Convention Centre ( KLCC ) bagi melihat sendiri Pameran World Press Photo yang diadakan oleh Organisasi World Press Foto iaitu sebuah organisasi swasta yang tidak berasaskan keuntungan.

Turut terlibat dalam penganjuran ini ialah sokongan daripada Dutch Postcode Lottery serta tajaan global oleh pengeluar kamera terkenal, Canon serta TNT.

Pameran ini berlangsung dari 31 Januari hingga 12 Februari 2012 yang mana mengumpulkan koleksi gambar-gambar yang menarik yang dipilih dari 108059 gambar yang dihantar oleh 5691 jurugambar dari 125 negara.

Koleksi gambar sebanyak 140 gambar ini dipamerkan di Pameran Bergerak yang diadakan di seluruh dunia di 45 buah negara yang dijangka dikunjungi sehingga 2.5 juta orang.

Bagi penulis yang juga seorang jurukamera amatur amat berpuas hati dengan pameran ini yang penulis kunjungi petang tadi. Setiap gambar yang dipamerkan mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Foto yang diambil dari jurukamera profesional dari seluruh dunia ini memang berbaloi bagi penggemar foto dan kaki kamera di Malaysia. Walaupun berlangsung dengan ringkas kerana tempat pameran hanya di ruang jalan, ini menunjukkan pameran ini lebih santai dan berbaloi bagi mereka yang minat akan seni foto.

Antara gambar yang penulis ingin kongsikan disini ialah gambar seorang budak yang cacat dipercayai akibat bahan kimia yang digunakan oleh tentera AS yang dinamakan Agent Orange ketika perang di Vietnam. Kanak-kanak ini yang tinggal di Ngu Hanh Son bernama Nguyen Thi Li ( 9 tahun ) di Vietnam mengalami kecacatan fizikal kerana bahan kimia terbabit yang digunakan bagi melumpuhkan sumber makanan bagi pihak Viet Cong yang mana kompaun dalam dioksin terbabit boleh menyebabkan tindak balas genetik yang boleh bertahan sehingga 40 tahun.

Persatuan Palang merah Vietnam menganggarkan lebih 150,000 kanak-kanak cacat akibat ibu bapa mereka yang terdedah kepada dioksin tersebut. Pelbagai gejala buruk berlaku akibat Agent Orange ini antaranya penyakit jantung, kencing manis dan masalah pembelajaran.

Selain itu, gambar yang menarik untuk penulis kongsikan ialah foto yang diambil di Korea Utara yang mana memaparkan bekas Pemimpin Agung Korea Utara iaitu Kim Jong-il bersama anaknya iaitu Kim Jong-un di Pyongyang pada 10 oktober iaitu dua bulan sebelum Kim Jong-il meninggal dunia.

Gambar ini antara senarai gambar-gambar terakhir Kim Jong-il yang diambil oleh jurukamera profesional kerana Kim Jong-il jarang keluar ke khalayak umum disebabkan penyakit angin ahmar yang dialaminya sejak 2008.

Foto ini pula diambil di Port-au-Prince di Haiti enam hari selepas gempa bumi yang menggegarkan Haiti pada 12 Januari di sebuah pasar yang dikenali sebagai Marche Fer ( Pasar Besi ) yang juga merupakan mercu tanda bandaraya tersebut semenjak 1891.

Apa yang menarik mengenai gambar ini ialah kerana ia disaksikan oleh seorang kanak-kanak perempuan dihadapan pasar tersebut yang sedang terbakar. Pasar ini dibuka semula selepas musnah yang mana kerajaan Haiti dipersalahkan kerana kelewatan proses pembersihan yang mana Haiti mengalami masalah ekonomi dan politik yang tidak stabil. Dana yang disumbangkan oleh badan swasta sebanyak 8.8 juta Euro telah digunakan untuk membaikpulih bangunan tersebut.

Penulis enggan berkongsi berbagai-bagai gambar kerana ingin mendorong kepada peminat-peminat seni foto supaya ke KLCC untuk melihat dengan mata sendiri tentang foto yang diambil dari seluruh dunia.

Tidak perlu membawa wang banyak-banyak, kepada yang ada di sekitar Lembah Klang hanya ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC ) dan terus ke tingkat G bagi melihat pameran tersebut . Berita baiknya pameran ini tidak mengenakan sebarang bayaran bagi sesiapa yang berminat melihat hasil seni jurukamera media.

Pameran ini dibuka pada pagi, tidak pasti pukul berapa tetapi yang penulis pasti pemeran ini ditutup jam 10 malam. Makanya kepada yang berminat silalah ke sana bagi melihat hasil foto terbaik pada tahun 2011 di sana.

Terdapat pelbagai lagi gambar-gambar menarik disana dari pelbagai kategori yang dipertandingkan. Termasuklah shot-shot yang jarang dilihat dan amat gerun sekali dipamerkan disana. Inshallah penulis yakin bagi peminat foto, pameran ini berbaloi anda pergi.

Ingat... Pameran ini berlangsung dari 31 Januari hingga 12 Februari iaitu selama 13 hari. Masih ada 8 hari lagi untuk anda ke sana menyaksikan pameran ini. Satu lagi, ingat yang pameran ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bukan Kuala Lumpur City Centre.