Friday, January 27, 2012

Elton John Pemuzik Terbaik Sepanjang Zaman

Penulis jarang untuk berkongsi minat penulis ataupun apa-apa perkara berkaitan peribadi penulis di blog ini, tetapi keinginan itu ada dan kali ini penulis ingin bercerita mengenai pemuzik yang penulis kagumi.

Masa kini, Sir Elton John tidak terlalu mendapat perhatian dari media massa kerana zaman kegemilangannya sudah berlalu. Namun lagu-lagu nyanyiannya tidak pernah layu dimakan arus masa.

Penulis mula mendengar perkataan Elton John melalui lagu Sorry Seems to be the Hardest Word kerana kereta dinaiki penulis mempunyai lagu tersebut dalam kompilasi lagu-lagi hit ketika itu. Mungkin ketika penulis berumur lima atau enam tahun.

Lagu tersebut sering dimainkan ketika penulis balik kampung ataupun ibu bapa penulis bosan dengan siaran radio yang sedia ada. Tetapi lagu tersebut hasil nyanyian bersama kumpulan 'Blue' yang dirakamkan semula pada tahun 2002.

Penulis tidak pernah tahu yang ada versi asal lagu tersebut ketika itu. Maklumlah, penulis tak mengenal apa-apa lagi ketika itu. Baru pandai berjalan kott

Hari-hari penulis lalui tiada apa berbeza sampai suatu ketika penulis mula mengenal Sir Elton John secara lebih terperinci.

Kisahnya bermula apabila penulis ke rumah terbuka teman penulis pada Raya Aidilfitri tahun lepas, dimana ada segmen karaoke disana. Penulis pun bergurau dengan kawan penulis yang mana penulis hendak nyanyikan lagu 'Better Man' nyanyian Robbie William dengan syarat mereka pun turut mendendangkan sebuah lagu yang mereka suka.

Tetapi dalam keadaan berseloroh kawan penulis ini meminta tuan rumah mengambil sekeping kertas dari DJ tersebut. Seterusnya menulis nama lagu, nombor cd dan penyanyi ke dalam kertas tersebut dan diserahkan kembali ke DJ terbabit.

Tiba-tiba DJ tersebut memanggil penulis untuk menyanyikan lagu 'Better Man' . Penulis pun terpaksalah nyanyi kerana sudah dipanggil nama penulis. Rintangan menimpa kerana video lagu tersebut live dan tiada lirik untuk penulis baca.

Nasib baiklah penulis ingat lirik lagu 'Better Man' jadi nyanyilah penulis dari rangkap pertama '' Send someone to love me, i need to rest in arms '' hinggalah rangkap terakhir '' lord im doing, all i can, to be a better man ''.

Walaupun pada part 'bridge' penulis lupa lirik lagunya.

Penulis tidak dapat duduk lama di majlis rumah terbuka teman penulis kerana pada malam hari itu juga penulis mengadakan majlis rumah terbuka untuk sahabat handai penulis.

Maka abang sulung penulis datang mengambil penulis di rumah teman penulis dan ketika itulah penulis menceritakan kisah penulis kepada abang penulis dimana penulis menyanyikan lagu tersebut di rumah teman penulis terbabit.

Di Dalam Kereta

Penulis : Tadi dekat rumah member, ada karaoke pekena satu lagu Better Man dari Robbie William

Abang Penulis ( AP ) : Laa... Awat tak khabaq, kalau tak boleh pekena satu lagu

Penulis : Lagu apa ?

AP : '' Helloo.... Is it me you're looking for , I can see it in your eyes, I can see it in your smile '' ( lagu Lionel Richie )

Penulis : La Apahall... nyanyi la lagu rock sikit, Bon Jovi ka ?

AP : Tak ada hall... Lagu tuh senang ja, tapi kalau Livin On Prayer habes la... Nieh kalau Abah ( merujuk kepada bapa penulis ) nieh mesti nyanyi lagu Sacrifice .

Penulis : Lagu apa tuhh

AP : '' And its not sacrifice, just a simple word, its two hearts living in two seperate world '' takkan tak pernah dengar kot

Penulis : Dakk ( tak )

Tamatlah perbualan penulis apabila sampai ke rumah. Tak ada masa nak berbicara lagi kerana menunggu bersiap untuk menyambut ketibaan rakan-rakan penulis untuk majlis rumah terbuka.

Walaupun kedatangan tetamu tidak seramai tahun sebelumnya, namun ia tetap meriah dengan kehadiran rakan penulis apatah lagi dengan pengesahan kedatangan anak kepada pewaris takhta Kesultanan Kedah.

Habislah saat ketika itu...

Pada suatu hari selepas itu, penulis menaiki kereta Mercedes Benz Wagon milik bapa penulis. Entah macam mana penulis menukar mode dari radio ke CD yang mana lagu Elton John berada di dalamnya.

Lagu pertama dalam CD tersebut ialah lagu ' Your Song ' dari Elton John. Namun ketika itu penulis masih tak tahu lagu tersebut dinyanyikan oleh Elton John sehingga bapa penulis menjawab pertanyaan penulis mengenai penyanyi lagu tersebut. Bapa penulis berkata semua lagu dalam tuh ( CD ) lagu Elton John.

Selepas itu lagu ' Sacrifice ' dan ketika itulah penulis sedar inilah lagu yang dikatakan oleh abang penulis suatu ketika dahulu. Agak layan lagu tersebut.

Seterusnya lagu ' Sorry Seems to be the Hardest Word ', lagu ini penulis siap nyanyi sekali sebab memang dah tahu tetapi versi asal. ketika itulah penulis berasa janggal ( awkward ) tetapi diberitahu oleh bapa penulis inilah lagu asal .

Dan berbagai lagi lagu Elton John hari itu penulis dengar, salah satu yang penulis ingat ketika ini ialah lagu ' Don Let The Sun Go Down on Me '.

Selepas itu penulis balik ke rumah dan membuka laptop penulis lalu search lagu-lagu Elton John di youtube. Dari situlah penulis mula mengenali lagu-lagu nyanyian Elton John dengan lebih dekat.

Antaranyan lagu ' Something About The Way You Look Tonight ' , ' Rocket Man ' , ' Daniel ' , ' Can You Feel the Love Tonight ' , ' Candle in The Wind ' dan berbagai lagi lagu terbaik nyanyian Elton John.

Itu mengenai mana datangnya pengenalan lagu Elton John dalam hidup penulis.

Kini penulis ingin cerita mengenai Sir Elton John secara terperinci

Elton John dilahirkan di Pinner, Middlesex, England pada 25 Mac 1947 dengan nama Reginald Kenneth Dwight. Beliau merupakan anak sulung dalam adik beradiknya. Dibesarkan di Pinner dan belajar di Pinner Wood Junior School , Reddiford School dan Pinner Country Grammar School.

Beliau mulai aktif dalam bidang nyanyian semenjak tahun 1964 hingga kini dan dalam penyertaannya dalam bidang ini, beliau telah banyak menerima anugerah contohnya memenangi Anugerah Grammy sebanyak lima kali. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Anugerah Golden Globe, Anugerah Akademi dan Anugerah Tony.

Beliau meningkat naik ketika beliau bersama-sama dengan Bernie Taupin, rakannya menulis lagu bersamanya. Lagu-lagu ciptaan mereka berdua mendapat sambutan hebat dan sering diputarkan di corong radio.

Bernie Taupin merupakan tulang belakang kejayaan Elton John kerana hampir ke semua lagu hit Elton John ditulis oleh Bernie Taupin. Antara lagu ciptaannya ialah Rocket Man, Tiny Dancer, Candle In The Wind, Don Let The Sun Go Down On Me dan banyak lagi.

Kehebatan Elton John dicabar apabila beliau dengan bangganya mengumumkan yang beliau selesa menjadi seorang homoseksual selepas bercerai dengan Renate Blauel seorang jurutera rekod dari Jerman pada tahun 1988.

Sebelum itu, Elton John pernah berkahwin dengan setiausahanya pada lewat tahun 60-an yang bernama Linda Woodrow yang mana pernah disebut dalam lagu hitnya iaitu Someone Saved My Life Tonight . Pada tahun 1976, Elton John pernah mengeluarkan kenyataan yang mengundang kontroversi kepada dunia apabila berkata beliau seorang biseksual.

Beliau menubuhkan Elton John AIDS Foundation ( EJAF ) pada 1992 selepas bersama-sama dengan Stevie Wonder dan Dionne Warwick dalam single That's What Friends Are For yang mana dana yang diperoleh dari penjualan single tersebut didermakan kepada Yayasan AIDS Amerika untuk Penyelidikan.

EJAF ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1992 dan kemudiannya di negara kelahirannya di United Kingdom pada tahun 1993 bagi menyokong usaha kepada mereka yang menghidap AIDS dan HIV . Pelbagai program dijalankan seperti Pencegahan AIDS/HIV dan Program Pendidikan.

Penubuhan Yayasan tersebut diinspirasikan apabila rakannya iaitu Ryan White mati akibat AIDS apabila mati akibat pemindahan darah yang mengandungi virus AIDS ke tubuhnya pada awal tahun 90-an.

Mungkin disebabkan perkara-perkara diatas Elton John tidak gentar untuk mendakwa dirinya sebagai gay paling terkenal di atas muka bumi. ayat tersebut diucap suatu ketika dahulu. Ayat sebenarnya ialah '' I am the most well-known homosexual in the world ''.

Ayat tersebut pernah penulis tulis ketika artikel mengenai seorang gay Melayu beberapa minggu yang lepas.

Kejayaan Elton John menjual lebih 300 juta unit albumnya sepanjang kariernya telah menempatkan beliau di tempat kelima dalam senarai penjualan album muzik terbaik dibelakang The Beatles, Elvis Presley, Michael Jackson dan Madonna.

Dalam senarai itu, The Beatles dianggarkan menjual sebanyak 600 juta hingga 1 billion unit album. Manakala penyanyi Rock & Roll, Elvis Presley menduduki tangga kedua dengan dengan jumlah yang sama tetapi album The Beatles yang disahkan terjual lebih banyak iaitu 248.3 juta album berbanding Elvis Presley iaitu sebanyak 201. 2 juta.

Raja Pop dunia, Michael Jackson pula menduduki tempat ketiga dengan anggaran 350 hingga 750 juta album tetapi yang disahkan hanya 155.5 juta unit album. Manakala Ratu Pop iaitu Madonna dianggarkan menjual sebanyak 275 hingga 300 juta unit album. Pengesahan album yang terjual ialah 157.8 juta unit album menempatkan dia di tempat keempat.

Sir Elton John menjadi satu-satunya penyanyi solo dari United Kingdom yang menjual sebanyak 153 juta unit album disahkan. Anggaran penjualan yang didakwa ialah 250 hingga 300 juta unit album.

Manakala dalam senarai yang sama, Led Zapellin yang terkenal dengan lagu Stairway to Heaven menduduki tempat keenam mendakwa menjual 200 hingga 300 juta unit album. Pengesahan jumlah penjualan album kumpulan tersebut ialah 133.4 juta unit.

Kumpulan Rock UK , Queen pula berada di kedudukan ketujuh dengan anggaran jualan album mereka ialah 150 hingga 300 juta unit album. Pengesahan jualan album mereka hanya sebanyak 88.2 juta unit.

Menjadi satu-satunya kumpulan Sweden dalam senarai penjualan lebih 300 juta unit album, ABBA menduduki tempat terakhir dalam senarai tersebut dengan pengesahan penjualan album sebanyak 54.4 juta unit. Anggaran yang dijual dalam lingkungan 200 hingga 300 juta unit album sepanjang karier kumpulan tersebut.

Ini menjadikan Elton John sebagai penyanyi perseorangan lelaki paling berjaya di dunia dan menjadikan beliau sebagai penyanyi England terhebat sepanjang zaman. Sehingga kini, cuma Elton John, Madonna dan kumpulan Queen sahaja yang masih aktif dalam bidang muzik yang mana Elton John menjadi yang paling lama apabila mula aktif sejak 1964 menjadikan beliau artis paling lama yang aktif iaitu selama hampir 4 dekad berada dalam bidang ini.

Manakala Carta Billboard Terhangat untuk Ulangtahun ke-50 , Sir Elton John berada pada kedudukan ketiga dibelakang The Beatles dan Madonna dalam senarai Artis Terhangat sepanjang zaman. Dibelakang Elton John ialah Elvis Presley dan Stevie Wonder.

Elton John juga tersenarai dalam senarai Pencapaian Terhangat Billboard dalam Kategori Most Top 40 apabila menduduki tempat kedua bersama Lil Wayne dengan 56 lagu hit di belakang Elvis Presley yang mempunyai sebanyak 104 lagu hit.

Dalam senarai yang sama dimana Kategori Minggu Terkumpul Paling Banyak pada kedudukan nombor satu, Elton John menduduki tangga kesembilan dengan 34 minggu.

Majalah Amerika Syarikat iaitu Rolling Stone mengangkat Elton John ditangga ke-49 dalam senarai 100 Artis Terhebat Sepanjang Zaman.

Lagu-lagu nyanyian Elton John juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Contohnya lagu Candle In The Wind hasil tulisan Bernie Taupin yang mana tribute atau penghormatan buat Marilyn Monroe iaitu salah seorang pelakon Amerika Syarikat terhebat sepanjang zaman yang mati pada 1962.

Lagu ini telah tersenarai dalam salah sebuah dari 500 lagu terbaik sepanjang zaman oleh Majalah Rolling Stone.

Lagu ini juga telah ditulis semula oleh Bernie Taupin apabila Puteri Diana ( Princess of Wales ) mati pada 31 Ogos 1997 dimana Elton John diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tersebut pada majlis pengebumian Puteri Diana.

Rangkap pertama '' Goodbye Norma Jean '' ditukar kepada '' Goodbye England Rose '' merujuk kepada Princess Diana. Norma Jean sebenarnya merupakan nama sebenar Marilyn Monroe sebelum ditukar namanya ke Marilyn Monroe oleh Hollywood. [ klik sini ]

Elton John dan Puteri Diana merupakan rakan baik dan disebabkan itulah Elton John menghubungi Bernie Taupin sejurus kematian Puteri Diana untuk menulis semula lagu buat Puteri Diana.

Lagu tersebut hanya pernah dinyanyikan sekali iaitu pada Majlis Pengebumian Puteri Diana. Ketika diminta untuk dinyanyikan semula pada Konsert Tribute pada tahun 2007 beliau menolak dan menyanyikan semula lagu Candle In The Wind 1973. Ketika diminta, Elton John hanya berkata beliau akan menyanyikan semula lagu terbabit jika diminta anak Puteri Diana merujuk kepada Putera William dan Putera Harry.

Lagu Candle In The Wind 1997 ini mendapat rekod sebagai single yang paling banyak terjual sepanjang zaman dengan 33 juta salinan album di seluruh dunia.

Tahun 1997 Billboard meletakkan lagu Candle In The Wind 1997 sebagai lagu terbaik dalam senarai Top 100 tahun 1997. Malahan lagu tersebut tersenarai dalam Top 100 Billboard tahun berikutnya dan mendapat tempat kelapan.

Persembahan Elton John pada Majlis Pengebumian Puteri Diana juga mencipta rekod apabila menjadi persembahan paling ramai ditonton secara langsung dengan anggaran 2 billion penonton dari seluruh pelusuk dunia di hadapan Ratu England dan VVIP yang lain di Istana Westminister Abbey.

Tidak hairanlah ada kata-kata yang menyatakan jika Elton John tersilap menyebut '' Goodbye Norma Jean '' mereka akan memenggal kepala Elton John.

Beberapa bulan sebelum itu, rakan baik Elton John dan Puteri Diana iaitu Gianni Versace, pereka fesyen terkenal dengan jenama Versace mati dibunuh. Mereka berdua menghadiri Majlis Pengebumian Gianni Versace di Milan pada Julai 1997.

Elton John dan Bernie Taupin bersama-sama mencipta lagu penghormatan buat Gianni Versace. Maka keluarlah lagu bertajuk Something About The Way You Look Tonight . [ klik sini ]

Pada tahun 2005, Elton John menjalingkan hubungan sivil dengan pasangannya iaitu David Furnish. Mereka berdua menjalinkan hubungan semenjak 1993 lagi. David Furnish merupakan bekas Eksekutif Pengiklanan sebelum menukar kerjayanya sebagai pembikin filem.


Mereka berdua mengambil anak angkat ( lelaki ) dari dari Ukraine yang mana diambil dari Pusat Penjagaan Anak Yatim AIDS yang berusia 14 bulan pada September 2009.

Elton John dianugerahkan Commander of The Most Excellent Order of The British Empire ( CBE ) pada tahun 1995 dari Ratu England . Keluarga pingat yang sama diberikan kepada Chin Peng suatu ketika dahulu kerana bersama-sama British menentang Jepun.

Pada tahun 1998 , diatas jasa baiknya terhadap kerja amal, Elton John sekali lagi dikasatriakan oleh Ratu England.

Lagu-lagu Terbaik Elton John





Sorry Seems to be the Hardest Word
Tiny Dancer
Sacrifice
Can You Feel The Love Tonight
Circle of Live
I Guess That's Why It Call It The Blues
Your Song
Something About The Way You Look Tonight
Candle In The Wind
Candle In The WInd 1997
Rocket Man
Daniel
Don't Let The Sun Go Down On Me
I'm Still Standing
I Want Love

Percaya tau kalau penulis kata Sultan Selangor pada zaman mudanya seorang peminat Elton John. Penulis tak pasti tapi jika dilihat dalam segi rambutnya. Tetapi kini jarang melihat Tuanku Sultan rambut seperti itu kerana Tuanku memakai songkok.

Rakan baik Tuanku Sultan Selangor, Tan Sri Jojo atau nama sebenarnya Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir lebih ketara keEltonJohnan beliau. Malahan ada orang menganggap beliau sebagai Elton John Malaysia.

* Chin Peng ditarik balik pingatnya selepas menentang Kerajaan British selepas pengunduran Jepun dari Tanah Melayu

** Gambar ketiga dari atas merupakan Bernie Taupin bukannya Elton John iaitu penulis lirik bagi kebanyakkan lagu Elton John

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen