Friday, January 13, 2012

Dua Orang Paling Berpengaruh di Malaysia

Pengaruh merupakan sesuatu yang amat berkuasa, mampu menukarkan rancangan orang lain, mampu menukarkan pemikiran orang lain, mampu mengubah apa yang sedia ada dan mampu memujuk orang yang marah.

Salah seorang manusia paling berpengaruh di Malaysia bagi penulis ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad kerana jasanya kepada dunia Islam tidak ternilai banyaknya.

Bukan sahaja pembangunan yang dilakukannya selama 22 tahun memerintah Malaysia, tetapi keikhlasan beliau untuk membantu masyarakat Islam di negara Islam yang lain amat disanjungi tinggi.

Contohnya masyarakat Bosnia yang hidup menderita, mendapat sinar baru apabila Tun bersedia memberi bantuan kepada saudara Islam di Bosnia apabila sumber tidak rasmi mengatakan Tun Mahathir menghantar sepasukan pasukan elit negara kita ke sana untuk menentang pengganas Serb.

Mengikut laman web ketenteraan www.militaryofmalaysia.net dalam tajuk berjudul '' RAHSIA NEGARA : KOMANDO GGK BERSIAP TEMPUR PENGGANAS SERB DI BOSNIA '' mengatakan komando Malaysia dihantar ke sana melalui penerbangan Malaysia Airlines ( MAS ) dihantar ke Turki sebelum menyusup masuk ke Bosnia.

Berikut merupakan petikan dari blog www.militaryofmalaysia.net ;

'' 23.Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah.

24. Kerajaan Turki pada masa itu hanya memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi mereka, pada hal, kalau "terkantoi", ini akan menyebabkan pelbagai masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia . "

Ini menunjukkan bahawa Malaysia dan Turki mempunyai satu hubungan yang akrab diantara satu sama lain. Malahan, amat sukar bagi sesebuah negara membenarkan askar asing masuk ke dalam tanah air mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa hubungan Malaysia-Turki ketika itu amat baik.

Tidak hairanlah Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim kini amat baik dengan Perdana Menteri Turki.

Selain daripada itu, Tun Mahathir juga menyuarakan kecaman dan kritikannya terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya kerana menceroboh Iraq atas alasan Saddam Hussein membangunkan 'Senjata Pemusnah Besar-besaran' atau World Mass Destruction.

Sehingga kini, tiada bukti kukuh yang mengaitkan pembinaan senjata tersebut oleh badan dunia dan Saddam Hussein dihukum gantung juga atas disebabkan tuduhan membunuh puak Kurdis yang menentangnya.

Malaysia menjadi antara salah seorang antara 53 negara yang mengutuk tindakan zalim Amerika Syarikat kepada Iraq pada tahun 2003.

Beliau juga walaupun sudah lanjut umur, masih cuba untuk menyedarkan dunia bertapa kejamnya peperangan melalui Kuala Lumpur Foundation Criminalise War ataupun KLFCW ( Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur ) dan juga Perdana Global Peace Foundation ataupun PGPF ( Yayasan Keamanan Perdana Global ).

Paling dahsyat sekali bagi penulis apabila Tun Mahathir berani menubuhkan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur melalui PGPF yang mana membicarakan mengenai jenayah yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengenai jenayah mereka di Iraq.Salah satu pameran besar-besaran yang diadakan oleh Tun Mahathir untuk menyedarkan khususnya umat Islam di Malaysia telah berlangsung di PWTC pada Oktober 2009 dalam Pameran Menjenayahkan Perang [ klik sini ] .

Perkara seperti itu amat jarang sekali dilakukan walaupun hanya sebagai satu simbolik sahaja yang mana tidak akan menghukum penjenayah di negara 'kerdil' seperti Malaysia ini. Walaubagaimanapun, keputusan perbicaraan ini akan tercatat di sejarah dunia serta Tony Blair dan George W Bush akan terukir nama mereka sebagai penjenayah perang.

Berbalik kepada tajuk yang asal, kembali kepada musuh utama Tun Mahathir iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, merupakan salah seorang manusai kedua paling berpengaruh di Malaysia selepas Tun Mahathir.

Anwar Ibrahim pada mulanya seorang pejuang jalanan naik ke satu tahap yang lebih tinggi apabila Tun Mahathir ketika itu membayangkan Anwar seorang pemimpin yang berkarisma tinggi dan mampu melaksanakan tugas.

Kerana tidak mahu kerajaan dikritik keras oleh Anwar Ibrahim, maka Tun Mahathir memanggil Anwar Ibrahim untuk sertai kerajaan maka mana mungkin orang kerajaan kritik kerajaan sendiri.

Ini berikutan penentangan kuat mahasiswa seperti Anwar Ibrahim ini melakukan demosntrasi menentang kerajaan contohnya pada peristiwa di mana Anwar Ibrahim mendakwa penduduk di Baling, Kedah mati kebuluran.

Namun masa berlalu dengan pantas, Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang begitu singkat iaitu 11 tahun. Kemasyhuran Anwar Ibrahim membuatkan beliau telah lupa mengawal perasaannya.

Tahun 1998 beliau dituduh melakukan liwat ke atas pemandunya, menyebabkan mahkamah memutuskan yang Anwar Ibrahim bersalah dan dipenjara selama 9 tahun. Walaubagaimanapun, selepas Tun Abdullah mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat, Anwar Ibrahim dibebaskan kerana Tun Abdullah merupakan 'abang' kepada Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim kembali aktif dalam pentas politik mengejar cita-cita abadinya menjadi Perdana Menteri dan menjadi manusia pertama seorang banduan yang menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Walaubagaimanapun Anwar Ibrahim sebenarnya dipenjarakan disebabkan ketidaklayakkan beliau untuk menjadi Perdana Menteri bukannya kerana salah laku seksualnya. Ini kerana dalam tulisannya dalam buku terbarunya, 'Doctor in The House' menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang tidak bermoral dan didedahkan oleh Dato Nallakarupan, Tauke Magnum Corp. dan juga teman tenis Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim masih tidak kehilangan sengatnya apabila berjaya memenangi pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh menggantikan isterinya yang letak jawatan.

Anwar Ibrahim bukan sekadar mempunyai pengaruh di kampung halamannya, tetapi juga berjaya mempengaruhi pemikiran generasi muda menyokongnya. Bahkan pemimpin pembangkang yang lain berjaya dipengaruh olehnya untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.

Ini menunjukkan yang perjuangan sebenar pembangkang ialah menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dan menjadi kerajaan bukan untuk kononnya menegakkan syiar Islam. Dan mereka sanggup untuk bekerjasama dengan orang yang mereka lawan suatu ketika dahulu.

Pengaruh Anwar Ibrahim sebenarnya amat kuat di Malaysia. Ini kerana parti yang mampu bertahan sehingga kini kerana ingin memperjuangkan seorang manusia atau mungkin boleh dikatakan Parti Anwar Ibrahim.

Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Penasihatnya, Anwar Ibrahim, Pengerusinya, Wan Azizah Anwar ( isterinya ), Timbalan Presidennya, Azmin Ali ( teman rapatnya ), Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar ( anaknya ).

Itulah dinamakan Demokrasi.

Bayangkan sebuah parti ditubuhkan hanya untuk seorang manusia. Sekaligus menampakkan bertapa Berpengaruhnya manusia tersebut.

Anwar Ibrahim juga disembunyikan fakta-fakta kehebatan dirinya oleh media massa Malaysia. Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya rakyat Malaysia dan satu-satunya orang Melayu yang tercalon untuk Times 100 Most Influential Person.


Anwar Ibrahim bersama James Wolfensohn


Kepakaran beliau dalam kawalan ekonomi juga begitu baik kerana selama lapan tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Malaysia digelar Singa Asia apabila pertumbuhan ekonomi Malaysia mengembang 8 peratus untuk 8 tahun berturut-turut dalam 10 tahun menjadi Menteri Kewangan.

Anwar Ibrahim juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia pada April 1998. Ketika itulah Anwar Ibrahim mengenali rakan-rakannya yang lain seperti Paul Wolfowitz, James Wolfensohn dan Michel Camdessus.


Anwar Ibrahim disambut oleh William S. Cohen secara meriah ketika lawatannya ke Amerika Syarikat


Mereka semua ini merupakan antara manusia yang berpengaruh di dunia, Paul Wolfowitz merupakan bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika yang juga Arkitek Perang Iraq. James Wolfenson merupakan bekas Pengerusi Bank Simpanan Persekutuan Amerika. Michel Camdessus pula merupakan Gabenor Negara Perancis. Ketiga-tiga mereka Yahudi.


Anwar Ibrahim bersama William S. Cohen ( kiri ) dan Paul Wolfowitz ( kanan )

Selain mereka bertiga ini, Anwar Ibrahim juga begitu rapat dengan bekan Naib Presiden Amerika iaitu Al-Gore yang menyokong kebebasan seksual. Anwar Ibrahim juga dilaporkan rapat dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, William Sebastian Cohen.

Anwar Ibrahim juga berjaya mempengaruhi Barat untuk menyokongnya dan Media Barat menganggap Anwar Ibrahim ini seorang hero di mata masyarakat.

Dalam ceramahnya minggu lepas juga, Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa beliau mempunyai nama sebaik seorang penggerak revolusi demokrasi apabila Rajmohan Gandhi memanggilnya bagi menyempurnakan upacara Pro Rakyat Demokrasi.



Anwar Ibrahim bersama Al-Gore

Beliau juga menunjukkan pengaruhnya apabila berjaya mendapatkan 50 tandatangan dari ahli parlimen Australia bagi meminta kerajaan Malaysia membebaskan beliau dari tuduhan liwat II ini.

Pada hari itu juga, beliau menyebut yang dia menjadi salah seorang dari penasihat bank di Qatar ( mungkin juga Bahrain ) menunjukkan dirinya diterima masyarakat antarabangsa sekaligus ingin mempromosikan kedudukannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Seperti yang penulis katakan pada minggu lepas, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menjemputnya ke Pejabat Perdana Menteri Turki untuk berucap mengenai Forum Dunia Islam baru-baru ini.

Mungkin jalinan rapat ini berlaku pada ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini juga mendorong beliau bersembunyi di Kedutaan Turki kerana ancaman bunuh apabila Saiful Bukhari melaporkan dirinya diliwat Anwar. Namun begitu, bekas peguam Anwar, Zulkifli Nordin mengatakan bahawa ia hanya tipu semata-mata.

Disebabkan itu juga puak yang agak pro-Anwar dalam PAS , ( penulis panggil golongan pakai songkok ) disebut sebagai puak Erdogan kerana Anwar Ibrahim rapat dengan Tayyip Erdogan.

Ini menunjukkan bahawa dua pemimpin yang penulis sebutkan diatas ini merupakan antara orang paling berpengaruh di Malaysia. Anwar Ibrahim agak rapat dengan Yahudi manakala bekas bosnya digelar Anti-Yahudi.

Penulis juga ingin berkongsi mengenai pengaruh melalui pengalaman penulis. Bukan berlagak tetapi penulis seorang yang boleh dikatakan agak berpengaruh di dalam sekolah penulis. Pengaruh pada maksud penulis bukan menjadi pengawas atau berkuasa namun mempunyai suara yang kuat.

Penulis boleh mengerakkan sesebuah organisasi kecil kepada organisasi berjaya bersama rakan-rakan penulis. Walaubagaimanapun, pengaruh penulis terhad kepada orang Melayu sahaja kerana senang untuk mempengaruhi mereka.

Pada darjah empat, penulis pernah menjadi Pengerusi Kelab Bolasepak sekolah penulis. Kisahnya apabila rakan penulis mencalonkan penulis sebagai pengerusi. Maka berdirilah penulis untuk bertanding merebut ke jawatan tertinggi kelab.

Tup Tup... Penulis disahkan menjadi Pengerusi Kelab Bolasepak sekolah penulis kerana sokongan padu rakan adik penulis yang ketika itu darjah tiga. Penulis masih ingat yang ketika itu, sokongan kepada penulis dari darjah empat tak memberangsangkan. Namun kejayaan dikecapi kerana hampir separuh ahli Kelab merupakan dari darjah tiga.

Sekaligus penulis menjadi Pengerusi Kelab Bolasepak bagi sesi petang ( darjah 2,3,4 ) yang mana kelab paling ramai ahli . Lebih kurang empat orang calon yang lain bertanding. Masih ingat lagi gerangan penolong penulis ketika itu.

* Darjah dua tidak perlu menyertai aktiviti Ko-Kurikulum

Pada Darjah 6 , penulis memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi bagi Kelab Hoki. Kisahnya kerana tahun itu merupakan tahun akhir, maka semua berebut nak dapat mata lebih bagi aktiviki Koku la.

Yang lawaknya, Kelab Hoki tersebut mempunyai lebih kurang 20 orang ahli sahaja dalam keseluruhan darjah lima dan enam. Maka masa Mesyuarat Agung Tahunan memang sudah diatur kedudukan dalam kelab dan rakan-rakan lain perlu mengangkat tangan.

** Dalam 20 orang ahli Kelab Hoki lebih kurang 10 orang yang lain merupakan rakan penulis

Ketika itu juga, penulis juga merupakan AJK bagi Unit Berunifom Kadet Remaja Sekolah. Dan selepas dua tahun tidak berkawat. Tahun ini penulis mengambil keputusan untuk kembali ke Unit Berunifom penulis. Penulis dijerkah oleh Komander penulis kerana salah cara berkawat.

Penulis juga pada Tingkatan 1 menjadi AJK wakil Tingkatan 1 bagi Kelab Skim Lencana Anti Dadah. Dalam masa yang sama, penulis telah menjadi Pengerusi Kelab Kemahiran Hidup sekolah penulis untuk sesi pagi.





Penulis dua dari kanan dari barisan hadapan

Penulis merupakan jika tidak salah penulis ialah satu-satunya pengerusi sesuatu kelab yang berada dalam Tingkatan 1. Terdapat kisah yang menarik ingin dikongsikan penulis mengenai perkara ini.

Ia bermula apabila sesi memilih Persatuan/Kelab, Kelab dan Unit Berunifom untuk disertai. Penulis wondering apakah SLAD dan rakan penulis memberitahu yang Kelab ini mengenai Dadah. Maka penulis pun berminat la, malangnya guru penasihat kelab penulis tidak hadir kerana cuti beranak.

Maka penulis mengambil keputusan untuk menyertai Kelab Kemahiran Hidup dan cuma ada lebih kurang 15 ahli sahaja dalam 1000 ahli untuk Tingkatan satu dan dua. Seperti kebiasaan, hampir keseluruhan lebih kurang 8 orang dalam Kelab penulis merupakan kawan penulis dan secara tak langsung penulislah ditolak untuk menjadi Pengerusi tanpa sebarang pilihanraya.

Keesokan harinya penulis berjalan dari kantin untuk balik ke kelas bersama rakan penulis. Rakan penulis menunjukkan yang guru penasihat Kelab Skim Lencana Anti Dadah sedang berjalan bertentangan dengan kita.

Maka disitulah penulis bersembang dengan guru penasihat penulis dan mengajak penulis masuk ke kelab. Penulis menolak kerana sudah mempunyai kelab tetapi dipelawa dan akhirnya penulis masuk kerana jadual aktiviti tidak bertindih dengan mana-mana kelab ataupun tuisyen. Cuma penulis dan rakan penulis sahaja yang masuk.

Dari situlah penulis membuat satu gerakan yang mengajak rakan-rakan penulis untuk turut serta. Adalah lebih kurang 20 orang rakan penulis yang lain masuk. Dari situlah penulis dilantik menjadi AJK Tingakatan satu.

Pada tahun berikutnya, pernyertaan ahli baru untuk Kelab SLAD meningkat yang mana penulis kata lebih 100% dimana secara tak langsung penulis diangkat menjadi Pengerusi Kelab SLAD. Peningkatan ahli banyak berkait rapat dengan pelajar Tingakatan 1 dan penyertaan ahli Tingkatan 2 yang begitu banyak.

Rakan-rakan penulis yang berusaha keras untuk mencari ahli baru bagi meningkatkan nama baik Kelab SLAD yang telah membantu sekolah mencapai Sekolah Cemerlang Kokurikulum yang mana antara Kelab teraktif dalam sekolah.

Melalui pengalaman penulis, untuk menjadi seorang pemimpin anda perlu berbaik dengan semua orang dan tidak mencari pasal dengan orang lain supaya tiada orang membenci anda yang mana apa yang anda lakukan tidak akan ada sebarang halangan.

1 comment:

Dipersilakan Komen