Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah Diisytiharkan Agong untuk kali Kedua

Sultan Kedah, Sultan Abd Halim Mu'adzam Shah telah sah terpilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 pada 14 Oktober yang mana berlangsungnya mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Pada Khamis lepas, 13 Oktober berlangsung mesyuarat majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Sultan Kelantan. Dihadiri oleh kesemua sultan kecuali Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang diganti oleh Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan juga Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmadshah yang diganti oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmadshah.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dapat hadir oleh kerana sebab kesihatan.

Kesemua yang lain diiringi oleh Menteri Besar masing-masing manakala Pulau Pinang, Melaka dan Sabah diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing.

Manakala pada hari Jumaat, 14 Oktober Mesyuarat Khas Raja-Raja dilangsungkan bagi melantik Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 bagi menggantikan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah yang tamat pada 12 Disember 2011 selepas 5 tahun memerintah.

Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafaru'llahulahu dihadiri kesemua Sultan kecuali Sultan Pahang.

Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua apabila telah melaksanakan pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima.

Baginda yang dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 28 November 1928 merupakan anak kedua Sultan Badlishah. Mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Wadham College, Oxford di London pada Februari 1949 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Pada 6 Ogos 1949, Baginda ditabal sebagai Raja Muda Negeri Kedah sehingga kemangkatan Sultan Badlishah pada 14 Julai 1958 apabila ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959 di Balai Besar Alor Star.

Beliau bertemu jodoh sebanyak dua kali yang pertama bersama puteri Yang di-Pertuan Negeri Sembilan iaitu Almarhum Tuanku Sultanah Bahiyah namun mangkat pada 26 Ogos 2003 di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

Jodoh kedua baginda pula bersama Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun pada 25 Disember 1975 . Istiadat permasyhuran diadakan pada 9 Januari 2004 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah.

Baginda Sultan menjadi Sultan Malaysia paling lama selepas kemerdekaan negara dan menyambut jubli emas pemerintahan gemilang yang ke-50 pada tahun 2008 yang lepas yang mana diadakan secara besar-besaran.

Menjadikan Baginda sebagai Sultan yang masih hidup yang berjaya menyambut pemerintahan ke-50 kecuali beberapa Sultan termasuk Sultan Ibrahim, Johor yang memerintah selama 63 tahun 338 hari bermula tahun 1895 dan mangkat pada 1959.

Sultan Kedah yang ke-22 iaitu Tuanku Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah Kedah selama 61 tahun 233 hari bermula September 1881 dan berakhir pada bulai Mei 1943.

Turut tersenarai sebagai Sultan Melayu paling lama memerintah merupakan Raja Perlis, Tuanku Syed Putra ibni Syed Hassan Jamalulail yang memerintah dari Disember 1945 sehingga April 2006 yang mana berada diatas takhta selama 54 tahun 134 hari.

Baginda juga merupakan antara Raja yang paling memerintah buat masa ini selepas Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej ( Raja Rama IX ) yang memerintah sejak 12 Februari 1946. Ratu Elizabeth II yang menaiki taktha pada 6 Februari 1952 menjadikannya sebagai pemerintah wanita paling lama.

DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berada dikedudukan ketiga selepas Raja Thailand dan Ratu Elizabeth menjadikan Baginda sebagai Raja beragama Islam yang paling lama memerintah buat masa ini.

Baginda juga akan mencipta sejarah apabila menjadi Sultan Melayu pertama ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua jika ditabalkan sebagai Agong dalam masa kurang dua bulan lagi.

Daulat Tuanku!

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen