Friday, October 21, 2011

Kematian Gaddafi Musibah Besar Buat Islam



Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi ataupun lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi telah disahkan mati oleh Tentera Peralihan Kebangsaan ( NTC ) . Beliau mati di tempat kelahirannya Sirte, ketika ingin keluar dari tempat persembunyiannya melalui longkang di Barat kota Sirte pada 20 Oktober 2011.

Kematian Muammar Gaddafi merupakan kejayaan besar buat NTC, NATO terutamanya Amerika Syarikat kerana selepas 40 tahun bersengketa dengan Gaddafi, akhirnya dapat membunuh Gaddafi yang merupakan salah seorang manusia yang banyak mempertahankan Afrika dan Arab dari dijajah Amerika.

Gaddafi yang lahir pada 7 Jun 1942 dibunuh apabila dipercayai ditembak oleh tentera NTC selepas dihujani roket bertalu-talu dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) .
Kematian Gaddafi amat mengecewakan penulis selaku seorang manusia yang kuat membaca dari sumber-sumber neutral mendapati Muammar Gaddafi bukanlah seorang manusia yang jahat seperti yang diuar-uarkan oleh Amerika Syarikat.

( Gambar : Gaddafi bersembahyang di bandar kelahirannya Sirte pada tahun 1973 )

Namun masih lagi terdapat segelintir pihak yang masih mempercayai laporan-laporan berat sebelah media Barat bagi menyebarkan propaganda Amerika Syarikat dan Blok Barat. Seperti yang penulis petik dari blog YB Zulkifli Nordin, beliau mengamalkan satu pentadbiran yang agak Islamik.

Antaranya adalah rakyat Libya mendapat ganjaran hasil daripada royalti minyak yang dimasukkan terus kedalam akaun. Selain itu, sistem perbankan juga mengikut apa yang terkandung didalam Al-Quran seperti perbankan Muamalat kerana tidak mengenakan sebarang faedah kepada peminjam.

Kemudahan perubatan di Libya juga dilaporkan percuma begitu juga dengan pendidikan. Malaysia pada pembentangan Bajet 2012 baru mengusulkan perbelanjaan pendidikan seluruh Malaysia secara percuma kepada warganegara Malaysia.

Begitu banyak lagi jasa Gaddafi kepada penduduknya dan juga sumbangan kepada dunia seperti yang anda boleh lihat pada [ sini ] yang mana penulis terbitkan beberapa hari yang lepas sebagai tanda sokongan kepada Gaddafi.

Tidak hairanlah Gaddafi menggelarkan dirinya sebagai Raja Afrika kerana kehebatannya mentadbir negaranya sendiri selama 40 tahun tanpa sebarang kebergantungan terhadap Barat. Beliau juga terkenal kerana keprihatinannya membantu negara-negara Arab dan Afrika yang lain.

Terdapat satu kata-kata dari seorang journalist yang mana telah memberikan satu keterangan tentang pengalamannya ketika berada di Libya yang mana diluahkan apa yang Gaddafi katakan '' bukan sahaja mempertahankan Libya, tetapi juga Syria, Iran, Algeria, Benua Afrika dan seluruh dunia ''.

Namun berapa orang umat Islamkah yang sedar tentang kehilangan besar Muammar Gaddafi sebagai suatu berlian yang bersinar yang hadir diatas muka bumi 1000 tahun sekali. Mungkin kerana kebodohan umat Islam kerana menentang pemimpin yang menentang Amerika Syarikat dan Israel laknatullah.

Kebodohan umat Islam terutamanya bangsa Arab memakan diri dan penulis berani jamin, jika umat Islam masih berada di takuk yang lama, jangan haraplah umat Islam akan berjaya kerana kekuatan Islam berada pada umatnya yang dipandu oleh Agama Islam itu sendiri.

Kebodohan umat Islam mempercayai janji-janji manis terutamanya Arab jugalah telah menghancurkan diri sendiri kerana kelemahan umat Islam bukannya kekuatan orang Kafir Harbi. Kafir Harbi ialah orang Kafir ( selain orang Islam ) yang menentang Islam.

Alangkah sedihnya kerana orang Islam sendiri yang menentang orang Islam yang ingin membawa umat dunia kepada jalan yang benar tetapi ditentang oleh rakyat yang membesar selama 40 tahun di Libya.

Penulis amat kesal dengan sikap segelintir manusia yang senang mempercayai janji-janji manis Barat kerana senang diperdaya tanpa berfikir apakah yang akan terjadi kepada Libya pada masa hadapan.


Gambaran penulis dapat melihat yang Amerika Syarikat akan masuk kedalam Libya selepas ini dengan alasan menjaga keamanan Libya kerana sedang bergolak kerana masih terdapat lagi penyokong-penyokong tegar Muammar Gaddafi yang masih menentang kerajaan.

Setelah beberapa tahun mereka masih lagi akan terus menempatkan tentera mereka di Libya seperti mana yang mereka lakukan di Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein yang mana dibicarakan dan akhirnya dijatuhi hukuman gantung.

Sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat masih lagi enggan meninggalkan Baghdad kerana dikatakan kerajaan Iraq masih lagi tidak bersedia dengan ancaman-ancaman puak Kurdish. Kerana umat Islam buta sejarahlah perkara ini mungkin akan berulang sekali lagi.

Benarlah kata-kata falsafah Sepanyol, George Santayana dengan berkata '' Those who cannot remember the past, are condemned to fullfill it '' ataupun dalam Bahasa Malaysia '' Mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya ''.

Inilah kerana umat Islam malas untuk belajar Sejarah dengan alasan seperti '' perlu banyak menghafal'' , '' nak hidup tak belajar sejarah pun tak pa '' dan berbagai lagi alasan bodoh diberikan kerana kejahilan umat Islam untuk melihat dalam aspek yang luas.

Tambahan dengan umat Islam terutamanya Arab yanag penulis katakan sebagai umat Islam yang paling kuat bertelagah semenjak dahulu lagi. Disebabkan itu jugalah Palestin masih dihimpit kesusahan kerana pemimpin yang Islam dijatuhkan, pemimpin yang menjadi boneka Barat diangkat menjulang ke langit.

Rakaman video yang diambil selepas Muammar Gaddafi menunjukkan Gaddafi kelihatan seperti dipijak-pijak oleh rakyat yang berada dibawah pemerintahannya selama 40 tahun. Seolah-olah satu penghinaan kepada seorang pemimpin.

Jika seteruk mana Gaddafi pun, Gaddafi tetap seorang Islam dan amatlah tidak menghina apabila dibiarkan berbaring diatas tanah. Sepatutnya dia diletakkan di tempat tertentu untuk diberikan penghormatan terakhir.

Tetapi kerana berpaksikan Barat, umat Islam Arab ini telah meletakkan Gaddafi setaraf dengan kaki. Masyarakat Arab menganggap kasut sebagai sesuatu yang kotor sehinggakan George W. Bush di Baghdad tempohari.

Apa yang penulis anggapkan terhadap umat Arab hari ini adalah satu musibah kepada Islam secara keseluruhannya. Alhamdulillah orang Melayu masih lagi mempunyai perpaduan walaupun terdapat perbezaan yang ketara yang dapat dilihat ketika ini.

Permasalahan bangsa Arab semenjak dahulu sehingga kini masih lagi tidak berubah. Perpecahan diantara mereka akhirnya menguntungkan musuh kerana senang menggula-gulakan umat Islam. Bak kata pepatah '' menang sorak, kampung tergadai ''.

Itulah hakikat sebenar apa yang terjadi di Libya kerana tidak mempunyai satu kunci kejayaan iaitu perpaduan. Tetapi jika masih ramai lagi orang Islam yang jahil dan pengikut orang yang jahil maka bertambah teruklah orang Islam.

Terdapat pelbagai cara mereka untuk menjajah pemikiran umat Islam antaranya adalah dengan peperangan dan satu lagi melalui pemikiran. Peperangan seperti yang sedia ada bagaimana mereka menghasut rakyat membenci pemerintah dan akhirnya pemerintah jatuh dan naik barua-barua mereka.

Pemikiran pula adalah dengan meletakkan suatu medium yang mana mempengaruhi pemikiran seperti televisyen, radio, internet, media, gaya hidup dan sebagainya. Contoh terdekat yang penulis berikan ialah babi dan daging diletakkan didalam satu bekas yang sama dan diletakkan ditempat yang dikunjungi oleh umat Islam, perkara ini berlaku di Singapura.

Dimana Ulama'nya ? Ulama tidak boleh berbuat apa-apa kerana pemerintah berusaha akan menutup mulut mereka semua daripada bersuara menentang mereka. Sekaligus umat Islam di Singapura tidak mempunyai kuasa. Ulama hanya mungkin boleh berkata '' makan babi itu haram '' tetapi tidak dapat berkata '' haram makan daging diletakkan bersama babi ''.

Rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada Allah kerana memberikan umat Islam kuasa walaupun secara overallnya umat Islam di Malaysia berpecah sedikit demi sedikit diantara kerajaan dan pembangkang.

Ingatlah umat Islam, perpaduan merupakan tunjang utama umat bergelar Islam untuk maju kehadapan menghadapi rintangan. Tetapi masih ada yang tidak bersyukur kerana islamiknya mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Ingin sekali lagi penulis ingatkan kepada pembaca, bahawa anak dan ibu mertua Muammar Gaddafi dibunuh oleh Amerika Syarikat tetapi tiada perkataan '' keganasan '' dari mulut media. Inilah dunia yang mana yang hina mendapat kedudukan terhormat seperti mana tanda-tanda kiamat yang diriwayatkan Thabrani.

Mungkinkah disebabkan itu nabi Muhammad diturunkan oleh Allah bersama juga kitab suci Al-Quran untuk memandu umat Islam kejalan yang benar. Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan umat nabi Muhammad Allah turunkan baginda kerana tahu keadaan umat Islam yang berpecah belah.

Sudah 11 nabi diturunkan kepada Bani Israel tetapi akhirnya kerana ingin menyelamatkan umat Islam. Allah telah mengutuskan nabi Muhammad untuk membimbing umat Islam seperti yang terkandung dalam Al-Quran surah an-Anbiya' ayat ke-107 yang bermaksud '' Dan tidak kami ( Allah ) utuskan kamu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ''.

Ramai berkata bahawa bangsa Arab merupakan bangsa yang terhebat didunia namun bangsa Arablah yang merosakkan umat Islam dimuka bumi ini. Bangsa yang dikatakan terpilih oleh Allah dimuka bumi.

Mungkin jika anda tanya saya siapa ?
Saya akan jawab '' Saya Melayu !''

Kerana Melayu merupakan satu dari dua buah bangsa di dunia yang mana jika jadi Melayu makanya menjadi seorang Islam. Sebuah lagi bangsa adalah bangsa Maldives. Jika anda kata orang Melayu pun murtad maka dia bukan Melayu kerana syarat menjadi Melayu mestilah Islam.

Mungkin ada sesetengah akan jawab '' Saya Islam '' . Tetapi penulis tetap dengan pendirian penulis dan berbangga menjadi bangsa Melayu. Terdapat segelintir yang amat gemar memakai jubah kerana sunnah nabi tetapi berapa ramaikan yang tahu jubah itu pakaian tradisi kaum Arab bukannya pakaian nabi. Abu Jahal juga memakai jubah dan apa yang nabi mungkin ingin sampaikan adalah '' pakailah baju bangsamu sendiri '' kerana Baginda berbangsa Arab. Bukankah memakai Baju Melayu itu sunnah nabi ??

Setelah 4 artikel termasuk satu artikel sampingan bertajuk Pengaruh Media penulis tulis perihal Gaddafi dan hari ini juga Gaddafi meninggal dunia. Tulisan penulis ini harapnya dapat menjadi rujukan segolongan pihak untuk mengetahui tentang Gaddafi.

Penulis tidak jemu untuk memberikan sokongan, satu jalan kepada Allah melalui maklumat juga merupakan ibadah. Jadi kerana faktor umur penulis hanya boleh berjuang melalui hadapan komputer sahaja.

Semoga Allah tempatkan Gaddafi ditempat yang sepatutnya dan memberi bala kepada mereka yang menentang '' Singa Allah '' abad ini.

Berikut adalah link-link tentang artikel penulis yang dulu tentang Gaddaf dan Libya

Hakikat Libya! - 12 Oktober 2011

Ramalan penulis ternyata benar apabila Muammar Gaddafi tidak berundur sebaliknya ditangkap dan kemudiannya dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Mohon diturunkan seorang manusia lagi bagi mengembalikan hak orang Islam dimuka bumi ini.

Berikut adalah rakaman video terhadap journalist ketika membuat liputan di Libya yang mana menceritakan situasi sebenar Libya ...


No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen