Saturday, October 1, 2011

Gaddafi : Hero atau Pengkhianat

Suasana perang di Libya masih tidak surut bahkan ketika ini Kerajaan Libya ataupun dipanggil Majlis Peralihan Nasional ( NTC ) masih berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan saki baki penyokong Muammar Gaddafi tersebut.

Majlis Peralihan Nasional Libya dipimpin oleh Presiden Mustafa Abd Jalil dan dibantu oleh Timbalan Presiden, Abdul Hafiz Ghoga. Mahmoud Jibril pula dilantik sebagai Perdana Menteri Libya dengan menggunakan bendera sebelum rampasan kuasa 1969 oleh Gaddafi iaitu bendera Kingdom of Libya.

Muammar yang ketika ini masih dipercayai berada di Libya enggan meninggalkan tanah airnya dan berikrar akan terus berjuang menentang pengkhianat negaranya yang dimaksudkan sebagai kerajaan sementera Libya.

Menurut Muammar, blok barat mengambil kesempatan terhadap revolusi-revolusi yang melanda seluruh Arab dan cuba mengheret Libya ke revolusi terbabit namun dengan bantuan Al-Qaeda yang mana dikatakan oleh NATO sebagai pejuang pemberontak anti-Gaddafi.

Beliau ketika ditemuramah oleh BBC News, pada 28 Februari iaitu pada awal krisis Libya berkata yang beliau tidak akan meninggalkan tanah airnya walau apapun berlaku. Ketika ditanya sama ada beliau akan melepaskan jawatan sebagai pemimpin Libya oleh media, beliau berkata yang mana beliau tidak mempunyai jawatan rasmi untuk dilepaskan.

Gaddafi juga membidas hos yang menemuramah beliau tentang sistem yang diguna pakai di Libya dengan berkata blok Barat langsung tidak mengetahui dan memahami cara hidup atau sistem yang digunapakai di Libya .

Turut ditegaskan beliau bahawa bagi menjawab soalan yang dikemukakan, beliau berkata ''yang rakyat yang turun ke jalanan melakukan protes bukannya menentang dirinya. Tetapi menyokong dirinya .'' Beliau turut berkata '' orangnya sanggup mati untuk melindungi dirinya dan mereka sayang akan saya ''.

Seorang journalist yang berada disitu menyampuk dengan berkata '' Jika mereka sayangkan anda, jadi mengapa mereka menawan Benghazi dan berkata mereka menentang anda ''. Gaddafi membidas '' Ini Al-Qaeda, Al-Qaeda, Al-Qaeda bukannya orang saya dan mereka datang dari luar ''.

Gaddafi merupakan salah seorang pejuang Islam yang telah lama berjuang untuk agama dan perpaduan diantara negara-negara Afrika. Beliau juga seorang yang gigih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian pengiktirafan negara Palestin.

Pada Sidang Pemimpin Arab yang diadakan di Doha, Gaddafi mengherdik negara-negara Arab yang bersekongkol dengan Israel untuk tidak berusaha untuk menjadikan Palestin sebuah negara yang merdeka. Malahan ada negara Islam yang bersama lain yang bersama dengan Israel katanya.

Turut beliau bahaskan ketika berucap adalah tentang usaha sama diantara negara Arab yang lain bersama dengan Amerika Syarikat menggulingkan Saddam Hussein di Iraq lantas menjatuhkan hukuman gantung terhadap Saddam.

Selain itu, beliau membidas tentang hubungan antara negara-negara Islam amat rapuh malahan katanya hubungan luar Libya dengan Itali 1000 kali lebih baik berbanding hubungan Mesir dengan Tunisia.

Dalam Persidangan di Doha, beliau mengutuk pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dengan berkata '' baginda dicipta oleh Britain dan dilindungi oleh Amerika ''. Selepas itu, beliau berkata '' Saya seorang pemimpin antarabangsa, yang tertua dalam kesemua pemimpin Arab, Raja kepada Raja Afrika ( saya ) dan Imam kepada Muslim ( merujuk kepada Raja Abdullah ). Kedudukan saya tidak membenarkan saya tunduk kepada paras yang tertentu, terima kasih. ''

Begitu banyak dorongan-dorongan Gaddafi terhadap pihak Arab untuk bersatu padu menentang Israel bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Palestin yang kini dijajah oleh Israel dan membina penempatan dikawasan Palestin.

Beliau juga salah seorang manusia yang menentang dan memperjuangkan untuk memansuhkan kuasa yang mana boleh melarang atau menghalang mana-mana resolusi. Pada masa ini, China, Perancis, United Kingdom, Rusia dan Amerika Syarikat mempunyai kuasa Veto.

Katanya, kuasa Veto boleh disalagunakan oleh negara-negara yang mempuyainya untuk kepentingan sendiri. Maka, perkara ini perlu dihapuskan bagi menegakkan keadilan dan kesamarataan dikalangan semua anggota PBB.

Resolusi yang dihantar oleh Palestin ke PBB untuk menjadi anggota tetap PBB dengan menggunakan sempadan tahun 1967 bagi mengiktiraf Palestin sebagai negara yang berdaulat dan merdeka.

Palestin telah mendapat sokongan padu diantara negara-negara Islam dan negara yang bebas bagi meluluskan resolusi tersebut bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. Kemungkinan besar Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa Vetonya untuk menghalang usul tersebut diluluskan oleh kerana mereka gagal memujuk Palestin untuk menggunakan jalan rundingan bukannya pengiktirafan PBB.

Disebabkan perkara sepereti inilah Muammar Gaddafi menentang penggunaan kuasa Veto. Dalam kata lain, kuasa Veto yang diperoleh oleh negara kuasa-kuasa besar akan terus mengekalkan pengaruh mereka.

Namun dunia masih lagi tidak lagi nampak usaha Muammar Gaddafi untuk cuba menyelamatkan umat Islam dari terus berada di takuk yang lama dan masih ketinggalan dari pelbagai faktor.

Media sering melaporkan yang Gaddafi seorang yang kejam dan sanggup membunuh rakyatnya untuk mempertahankan kedudukan sebagai pemimpin di Libya. Tetapi tiada siapa tahu yang dialah manusia yang berusaha untuk menggagalkan segala rancangan Amerika untuk masuk ke Afrika.

Laporan lain menyatakan bahawa tentera Perjanjian Pertubuhabn Antlantik Utara atau NATO telah membunuh ratusan rakyat Libya melalui serangan udara yang dilancarkan. Serangan juga dilaporkan telah banyak menghancurkan tempat tinggal penduduk Libya.

Salah satu sebab utama mengapa Amerika bersama NATO begitu beriya-iya untuk menggulingkan Muammar Gaddafi adalah kerana ingin mengaut keuntungan dari minyak yang berada di Libya.

Amerika Syarikat berada di ambang kebangkrapan dan ada professor dari Jepun meramalkan yang ekonomi Amerika Syarikat akan runtuh tahun hadapan. Kemungkinan ini Amerika cuba melabur untuk kos operasi ketenteraan mereka di Libya. Kos operasi mereka kemungkinan rendah kerana serangan dilakukan oleh tentera Perancis.

Jika dilihat pada situasi yang berlaku sekarang ini, Amerika jelas dilihat sebagai seorang yang begitu menyokong NTC untuk menjadi sebuah kerajaan negara yang sah. Malahan dalam tempoh dua tiga hari ini kemungkinan mereka akan diiktiraf di PBB dengan bendera baru mereka.

Ini menunjukkan yang kerajaan sementara ini akan menjadi boneka Amerika Syarikat oleh kerana Amerika telah banyak memberi bantuan kepada untuk menggulingkan Muammar Gaddafi. Dalam kata lain, mereka akan meminta untuk menjadi syarikat pengeluar minyak di Libya. Seperti mana yang berlaku di Iraq.

Tetapi warga dunia masih lagi tidak nampak kerana terlalu bergantung dengan media massa yang mana mengambil setiap berita dari media barat yang diketahui dikawal sepenuhnya oleh Barat. Salah satu medium menanam kebencian dan menunjukkan bertapa jahatnya Gaddafi bermula di televisyen.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir berkata umat Islam harus menguasai media antarabangsa ataupun mempunyai media antarabangsa tersendiri bagi menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dan telus. Ini kerana setiap laporan yang disediakan juga akan turut menyebarkan propaganda mereka terutamanya Barat.

Malaysia pada ketika ini kelihatan seperti menyokong kerajaan NTC yang mana penulis sifatkan sebagai boneka Amerika dan Libya telah mengajak Malaysia menawarkan kepakaran kita untuk bersama-sama bangunkan Libya.

Gaddafi juga mempunyai sisi kehidupan yang menarik, yang mana mempunyai pegawai peribadi perempuan yang mana dipilihnya sendiri. Syarat utamanya ialah masih dara ini kerana dalam kepercayaan beliau, mereka ini mempunyai kekuatan lebih kuat dari pada tiga lelaki.

Selain itu Gaddafi juga seorang yang cool apabila pernah dilihat membawa keretanya sendiri untuk ditemuramah di Libya. Kadang-kala tingkah lakunya amat tidak sopan kerana pernah membaling kertas ke pengerusi tetap PBB ketika berucap.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah seorang pemimpin yang memimpin sebuah negara selama 40 tahun tidak fasih berbahasa Inggeris. Ini jelas menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris bukanlah kunci kepada kejayaan tetapi sebagai lampu yang menyuluh kepada lubang kunci.

Penutup kata dari penulis ingin membiarkan pembaca untuk cuba melihat kembali apa yang penulis katakan dan lihat dari perspektif yang lebih mendalam untuk mendapat kesan jangka panjang secara global. Penulis bukanlah seorang yang menyokong Muammar Gaddafi namun sebagai manusia yang mendengar berita dari kedua-dua belah pihak, penulis tahu apa yang diimpikan Amerika Syarikat terhadap Libya. Wajarkah Gaddafi digelar PENGKHIANAT ataupun mungkin seorang HERO.


Bukti kekejaman NATO menyerang Libya dengan alasan menghapuskan Gaddafi yang dikatakan membunuh orang awam sedangkan mereka sendiri menyasarkan orang awam sebagai sasaran.


Gaddafi menghentam Raja Abdullah dengan mengatakan bahawa baginda merupakan boneka Barat di dunia Arab

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen