Sunday, October 23, 2011

Situasi Sebenar Muammar Gaddafi



Ini merupakan keadaan sebelum Gaddafi disahkan terbunuh yang menindakkan kenyataan NATO yang mengatakan yang Muammar Gaddafi mati kerana cedera ketika serangan bom oleh tentera NATO.

Gaddafi dipercayai berada di dalam pembentung di Sirte ketika melarikan diri sebelum ditangkap oleh askar-askar NTC disana bersama sepucuk pistol bersalut emas. Askar NTC mendakwa Gaddafi merayu untuk tidak ditembak ketika cuba menyerah diri.


Di dalam rakaman video yang penulis masukkan diatas ini, Gaddafi dilihat masih bernyawa dan dikelilingi oleh askar NTC untuk dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui. Bagaimanapun beliau disahkan mati kerana rakaman video yang dimasukkan ke laman youtube terlebih dahulu menunjukkan mayat Gaddafi dikasari askar kerajaan.

Video diatas ini masih menunjukkan rakyat Gaddafi sendiri yang menangkap Gaddafi dan dibawa ke suatu tempat sambil dikasari oleh tentera NTC.

Persoalan mengapa mereka menentang Gaddafi hanya boleh dijawab oleh rakyat Libya sendiri. Dikatakan kerana Muammar Gaddafi pemerintah yang diktator dan ingin memerintah Libya sehingga ke akhir hayatnya.

Jika di lihat dalam dasar Gaddafi memerintah negaranya, ia jelas menunjukkan bahawa pemimpin berkelahiran Badwi ini memerintah melalui dasar kerajaan Islam. Dimanakah silap Gaddafi?

Gaddafi yang memerintah 40 tahun di Libya kemungkinan besar telah memakan diri kerana memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya sehingga mereka bijak untuk menentang pemimpin mereka sendiri.

Masalah ini juga berlaku di Malaysia yang mana setelah diberi biasiswa melanjutkan pelajaran, akhirnya setelah kembali ke tanah air mereka menentang kerajaan kerana kecerdikan akal mereka setelah mendapat pendidikan tinggi.

Gaddafi kemungkinan tidak mati jika beliau awal-awal lagi lari ke luar negara jika ingin selamat seperti lari ke Libya. Tetapi sikap Gaddafi yang ingin menyelamatkan negara yang dibangunkannya akhirnya memakan diri kerana ditangkap oleh rakyatnya sendiri.

Kerana sebagai seorang Islam, Gaddafi sanggup mempertahankan tanah airnya sendiri kerana ingin menyelamatkan negara Libya daripada menjadi boneka Barat. Tetapi pengkhianatan oleh rakyatnya sendiri telah mematikan usahanya.

Kini mayat Muammar Gaddafi terus diaib apabila dibiarkan di tempat beku di pusat beli belah sambil dibuka buat tatapan orang ramai untuk melihat sendiri jenazah Muammar Gaddafi menjadikan seperti pameran.

Mengikut hukum Islam, mayat seorang Islam harus ditanam secepatnya selepas kematian tetapi kerana ingin dilakukan siasatan yang berkemungkinan Gaddafi dibunuh hidup oleh pejuang NTC mayatnya ditempatkan di Misrata.

Di bawah ini merupakan video konspirasi sebenar apa yang ditakutkan oleh Barat terhadap Muammar Gaddafi sehingga menyalurkan senjata kepada mereka untuk menghapuskan pemimpin mereka sendiri.

Friday, October 21, 2011

Kematian Gaddafi Musibah Besar Buat Islam



Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi ataupun lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi telah disahkan mati oleh Tentera Peralihan Kebangsaan ( NTC ) . Beliau mati di tempat kelahirannya Sirte, ketika ingin keluar dari tempat persembunyiannya melalui longkang di Barat kota Sirte pada 20 Oktober 2011.

Kematian Muammar Gaddafi merupakan kejayaan besar buat NTC, NATO terutamanya Amerika Syarikat kerana selepas 40 tahun bersengketa dengan Gaddafi, akhirnya dapat membunuh Gaddafi yang merupakan salah seorang manusia yang banyak mempertahankan Afrika dan Arab dari dijajah Amerika.

Gaddafi yang lahir pada 7 Jun 1942 dibunuh apabila dipercayai ditembak oleh tentera NTC selepas dihujani roket bertalu-talu dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) .
Kematian Gaddafi amat mengecewakan penulis selaku seorang manusia yang kuat membaca dari sumber-sumber neutral mendapati Muammar Gaddafi bukanlah seorang manusia yang jahat seperti yang diuar-uarkan oleh Amerika Syarikat.

( Gambar : Gaddafi bersembahyang di bandar kelahirannya Sirte pada tahun 1973 )

Namun masih lagi terdapat segelintir pihak yang masih mempercayai laporan-laporan berat sebelah media Barat bagi menyebarkan propaganda Amerika Syarikat dan Blok Barat. Seperti yang penulis petik dari blog YB Zulkifli Nordin, beliau mengamalkan satu pentadbiran yang agak Islamik.

Antaranya adalah rakyat Libya mendapat ganjaran hasil daripada royalti minyak yang dimasukkan terus kedalam akaun. Selain itu, sistem perbankan juga mengikut apa yang terkandung didalam Al-Quran seperti perbankan Muamalat kerana tidak mengenakan sebarang faedah kepada peminjam.

Kemudahan perubatan di Libya juga dilaporkan percuma begitu juga dengan pendidikan. Malaysia pada pembentangan Bajet 2012 baru mengusulkan perbelanjaan pendidikan seluruh Malaysia secara percuma kepada warganegara Malaysia.

Begitu banyak lagi jasa Gaddafi kepada penduduknya dan juga sumbangan kepada dunia seperti yang anda boleh lihat pada [ sini ] yang mana penulis terbitkan beberapa hari yang lepas sebagai tanda sokongan kepada Gaddafi.

Tidak hairanlah Gaddafi menggelarkan dirinya sebagai Raja Afrika kerana kehebatannya mentadbir negaranya sendiri selama 40 tahun tanpa sebarang kebergantungan terhadap Barat. Beliau juga terkenal kerana keprihatinannya membantu negara-negara Arab dan Afrika yang lain.

Terdapat satu kata-kata dari seorang journalist yang mana telah memberikan satu keterangan tentang pengalamannya ketika berada di Libya yang mana diluahkan apa yang Gaddafi katakan '' bukan sahaja mempertahankan Libya, tetapi juga Syria, Iran, Algeria, Benua Afrika dan seluruh dunia ''.

Namun berapa orang umat Islamkah yang sedar tentang kehilangan besar Muammar Gaddafi sebagai suatu berlian yang bersinar yang hadir diatas muka bumi 1000 tahun sekali. Mungkin kerana kebodohan umat Islam kerana menentang pemimpin yang menentang Amerika Syarikat dan Israel laknatullah.

Kebodohan umat Islam terutamanya bangsa Arab memakan diri dan penulis berani jamin, jika umat Islam masih berada di takuk yang lama, jangan haraplah umat Islam akan berjaya kerana kekuatan Islam berada pada umatnya yang dipandu oleh Agama Islam itu sendiri.

Kebodohan umat Islam mempercayai janji-janji manis terutamanya Arab jugalah telah menghancurkan diri sendiri kerana kelemahan umat Islam bukannya kekuatan orang Kafir Harbi. Kafir Harbi ialah orang Kafir ( selain orang Islam ) yang menentang Islam.

Alangkah sedihnya kerana orang Islam sendiri yang menentang orang Islam yang ingin membawa umat dunia kepada jalan yang benar tetapi ditentang oleh rakyat yang membesar selama 40 tahun di Libya.

Penulis amat kesal dengan sikap segelintir manusia yang senang mempercayai janji-janji manis Barat kerana senang diperdaya tanpa berfikir apakah yang akan terjadi kepada Libya pada masa hadapan.


Gambaran penulis dapat melihat yang Amerika Syarikat akan masuk kedalam Libya selepas ini dengan alasan menjaga keamanan Libya kerana sedang bergolak kerana masih terdapat lagi penyokong-penyokong tegar Muammar Gaddafi yang masih menentang kerajaan.

Setelah beberapa tahun mereka masih lagi akan terus menempatkan tentera mereka di Libya seperti mana yang mereka lakukan di Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein yang mana dibicarakan dan akhirnya dijatuhi hukuman gantung.

Sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat masih lagi enggan meninggalkan Baghdad kerana dikatakan kerajaan Iraq masih lagi tidak bersedia dengan ancaman-ancaman puak Kurdish. Kerana umat Islam buta sejarahlah perkara ini mungkin akan berulang sekali lagi.

Benarlah kata-kata falsafah Sepanyol, George Santayana dengan berkata '' Those who cannot remember the past, are condemned to fullfill it '' ataupun dalam Bahasa Malaysia '' Mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya ''.

Inilah kerana umat Islam malas untuk belajar Sejarah dengan alasan seperti '' perlu banyak menghafal'' , '' nak hidup tak belajar sejarah pun tak pa '' dan berbagai lagi alasan bodoh diberikan kerana kejahilan umat Islam untuk melihat dalam aspek yang luas.

Tambahan dengan umat Islam terutamanya Arab yanag penulis katakan sebagai umat Islam yang paling kuat bertelagah semenjak dahulu lagi. Disebabkan itu jugalah Palestin masih dihimpit kesusahan kerana pemimpin yang Islam dijatuhkan, pemimpin yang menjadi boneka Barat diangkat menjulang ke langit.

Rakaman video yang diambil selepas Muammar Gaddafi menunjukkan Gaddafi kelihatan seperti dipijak-pijak oleh rakyat yang berada dibawah pemerintahannya selama 40 tahun. Seolah-olah satu penghinaan kepada seorang pemimpin.

Jika seteruk mana Gaddafi pun, Gaddafi tetap seorang Islam dan amatlah tidak menghina apabila dibiarkan berbaring diatas tanah. Sepatutnya dia diletakkan di tempat tertentu untuk diberikan penghormatan terakhir.

Tetapi kerana berpaksikan Barat, umat Islam Arab ini telah meletakkan Gaddafi setaraf dengan kaki. Masyarakat Arab menganggap kasut sebagai sesuatu yang kotor sehinggakan George W. Bush di Baghdad tempohari.

Apa yang penulis anggapkan terhadap umat Arab hari ini adalah satu musibah kepada Islam secara keseluruhannya. Alhamdulillah orang Melayu masih lagi mempunyai perpaduan walaupun terdapat perbezaan yang ketara yang dapat dilihat ketika ini.

Permasalahan bangsa Arab semenjak dahulu sehingga kini masih lagi tidak berubah. Perpecahan diantara mereka akhirnya menguntungkan musuh kerana senang menggula-gulakan umat Islam. Bak kata pepatah '' menang sorak, kampung tergadai ''.

Itulah hakikat sebenar apa yang terjadi di Libya kerana tidak mempunyai satu kunci kejayaan iaitu perpaduan. Tetapi jika masih ramai lagi orang Islam yang jahil dan pengikut orang yang jahil maka bertambah teruklah orang Islam.

Terdapat pelbagai cara mereka untuk menjajah pemikiran umat Islam antaranya adalah dengan peperangan dan satu lagi melalui pemikiran. Peperangan seperti yang sedia ada bagaimana mereka menghasut rakyat membenci pemerintah dan akhirnya pemerintah jatuh dan naik barua-barua mereka.

Pemikiran pula adalah dengan meletakkan suatu medium yang mana mempengaruhi pemikiran seperti televisyen, radio, internet, media, gaya hidup dan sebagainya. Contoh terdekat yang penulis berikan ialah babi dan daging diletakkan didalam satu bekas yang sama dan diletakkan ditempat yang dikunjungi oleh umat Islam, perkara ini berlaku di Singapura.

Dimana Ulama'nya ? Ulama tidak boleh berbuat apa-apa kerana pemerintah berusaha akan menutup mulut mereka semua daripada bersuara menentang mereka. Sekaligus umat Islam di Singapura tidak mempunyai kuasa. Ulama hanya mungkin boleh berkata '' makan babi itu haram '' tetapi tidak dapat berkata '' haram makan daging diletakkan bersama babi ''.

Rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada Allah kerana memberikan umat Islam kuasa walaupun secara overallnya umat Islam di Malaysia berpecah sedikit demi sedikit diantara kerajaan dan pembangkang.

Ingatlah umat Islam, perpaduan merupakan tunjang utama umat bergelar Islam untuk maju kehadapan menghadapi rintangan. Tetapi masih ada yang tidak bersyukur kerana islamiknya mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Ingin sekali lagi penulis ingatkan kepada pembaca, bahawa anak dan ibu mertua Muammar Gaddafi dibunuh oleh Amerika Syarikat tetapi tiada perkataan '' keganasan '' dari mulut media. Inilah dunia yang mana yang hina mendapat kedudukan terhormat seperti mana tanda-tanda kiamat yang diriwayatkan Thabrani.

Mungkinkah disebabkan itu nabi Muhammad diturunkan oleh Allah bersama juga kitab suci Al-Quran untuk memandu umat Islam kejalan yang benar. Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan umat nabi Muhammad Allah turunkan baginda kerana tahu keadaan umat Islam yang berpecah belah.

Sudah 11 nabi diturunkan kepada Bani Israel tetapi akhirnya kerana ingin menyelamatkan umat Islam. Allah telah mengutuskan nabi Muhammad untuk membimbing umat Islam seperti yang terkandung dalam Al-Quran surah an-Anbiya' ayat ke-107 yang bermaksud '' Dan tidak kami ( Allah ) utuskan kamu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ''.

Ramai berkata bahawa bangsa Arab merupakan bangsa yang terhebat didunia namun bangsa Arablah yang merosakkan umat Islam dimuka bumi ini. Bangsa yang dikatakan terpilih oleh Allah dimuka bumi.

Mungkin jika anda tanya saya siapa ?
Saya akan jawab '' Saya Melayu !''

Kerana Melayu merupakan satu dari dua buah bangsa di dunia yang mana jika jadi Melayu makanya menjadi seorang Islam. Sebuah lagi bangsa adalah bangsa Maldives. Jika anda kata orang Melayu pun murtad maka dia bukan Melayu kerana syarat menjadi Melayu mestilah Islam.

Mungkin ada sesetengah akan jawab '' Saya Islam '' . Tetapi penulis tetap dengan pendirian penulis dan berbangga menjadi bangsa Melayu. Terdapat segelintir yang amat gemar memakai jubah kerana sunnah nabi tetapi berapa ramaikan yang tahu jubah itu pakaian tradisi kaum Arab bukannya pakaian nabi. Abu Jahal juga memakai jubah dan apa yang nabi mungkin ingin sampaikan adalah '' pakailah baju bangsamu sendiri '' kerana Baginda berbangsa Arab. Bukankah memakai Baju Melayu itu sunnah nabi ??

Setelah 4 artikel termasuk satu artikel sampingan bertajuk Pengaruh Media penulis tulis perihal Gaddafi dan hari ini juga Gaddafi meninggal dunia. Tulisan penulis ini harapnya dapat menjadi rujukan segolongan pihak untuk mengetahui tentang Gaddafi.

Penulis tidak jemu untuk memberikan sokongan, satu jalan kepada Allah melalui maklumat juga merupakan ibadah. Jadi kerana faktor umur penulis hanya boleh berjuang melalui hadapan komputer sahaja.

Semoga Allah tempatkan Gaddafi ditempat yang sepatutnya dan memberi bala kepada mereka yang menentang '' Singa Allah '' abad ini.

Berikut adalah link-link tentang artikel penulis yang dulu tentang Gaddaf dan Libya

Hakikat Libya! - 12 Oktober 2011

Ramalan penulis ternyata benar apabila Muammar Gaddafi tidak berundur sebaliknya ditangkap dan kemudiannya dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Mohon diturunkan seorang manusia lagi bagi mengembalikan hak orang Islam dimuka bumi ini.

Berikut adalah rakaman video terhadap journalist ketika membuat liputan di Libya yang mana menceritakan situasi sebenar Libya ...


Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah Diisytiharkan Agong untuk kali Kedua

Sultan Kedah, Sultan Abd Halim Mu'adzam Shah telah sah terpilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 pada 14 Oktober yang mana berlangsungnya mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Pada Khamis lepas, 13 Oktober berlangsung mesyuarat majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Sultan Kelantan. Dihadiri oleh kesemua sultan kecuali Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang diganti oleh Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan juga Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmadshah yang diganti oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmadshah.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dapat hadir oleh kerana sebab kesihatan.

Kesemua yang lain diiringi oleh Menteri Besar masing-masing manakala Pulau Pinang, Melaka dan Sabah diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing.

Manakala pada hari Jumaat, 14 Oktober Mesyuarat Khas Raja-Raja dilangsungkan bagi melantik Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 bagi menggantikan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah yang tamat pada 12 Disember 2011 selepas 5 tahun memerintah.

Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafaru'llahulahu dihadiri kesemua Sultan kecuali Sultan Pahang.

Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua apabila telah melaksanakan pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima.

Baginda yang dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 28 November 1928 merupakan anak kedua Sultan Badlishah. Mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Wadham College, Oxford di London pada Februari 1949 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Pada 6 Ogos 1949, Baginda ditabal sebagai Raja Muda Negeri Kedah sehingga kemangkatan Sultan Badlishah pada 14 Julai 1958 apabila ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959 di Balai Besar Alor Star.

Beliau bertemu jodoh sebanyak dua kali yang pertama bersama puteri Yang di-Pertuan Negeri Sembilan iaitu Almarhum Tuanku Sultanah Bahiyah namun mangkat pada 26 Ogos 2003 di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

Jodoh kedua baginda pula bersama Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun pada 25 Disember 1975 . Istiadat permasyhuran diadakan pada 9 Januari 2004 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah.

Baginda Sultan menjadi Sultan Malaysia paling lama selepas kemerdekaan negara dan menyambut jubli emas pemerintahan gemilang yang ke-50 pada tahun 2008 yang lepas yang mana diadakan secara besar-besaran.

Menjadikan Baginda sebagai Sultan yang masih hidup yang berjaya menyambut pemerintahan ke-50 kecuali beberapa Sultan termasuk Sultan Ibrahim, Johor yang memerintah selama 63 tahun 338 hari bermula tahun 1895 dan mangkat pada 1959.

Sultan Kedah yang ke-22 iaitu Tuanku Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah Kedah selama 61 tahun 233 hari bermula September 1881 dan berakhir pada bulai Mei 1943.

Turut tersenarai sebagai Sultan Melayu paling lama memerintah merupakan Raja Perlis, Tuanku Syed Putra ibni Syed Hassan Jamalulail yang memerintah dari Disember 1945 sehingga April 2006 yang mana berada diatas takhta selama 54 tahun 134 hari.

Baginda juga merupakan antara Raja yang paling memerintah buat masa ini selepas Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej ( Raja Rama IX ) yang memerintah sejak 12 Februari 1946. Ratu Elizabeth II yang menaiki taktha pada 6 Februari 1952 menjadikannya sebagai pemerintah wanita paling lama.

DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berada dikedudukan ketiga selepas Raja Thailand dan Ratu Elizabeth menjadikan Baginda sebagai Raja beragama Islam yang paling lama memerintah buat masa ini.

Baginda juga akan mencipta sejarah apabila menjadi Sultan Melayu pertama ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua jika ditabalkan sebagai Agong dalam masa kurang dua bulan lagi.

Daulat Tuanku!

Wednesday, October 12, 2011

Hakikat Libya!

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Salam 2 all.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Zul Qaedah 1432
11 Okt 2011



Petikan ini diambil dari blog bekas pemimpin PKR, Zulkifli Nordin [ klik sini ] bertajuk ''Hakikat Libya'' . Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru akhirnya menyedari tentang situasi di Libya sedangkan penulis sudah sedar perkara ini sejak bermulanya krisis.

Tindakan yang diambil Muammar Gaddafi ini banyak telah membantu rakyat Libya dari mimpi lena kepada semua negara yang maju dari zaman pemerintahan beRaja suatu ketika dahulu. Namun seperti biasa, media antarabangsa memberi satu tanggapan negatif terhadap kerajaan Gaddafi dan melabel beliau sebagai seorang diktator yang kejam.

Permasalahan ini boleh diatasi jika umat Islam mempunyai medium berita yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam tanpa ada sebarang pengaruh dari Barat yang terus menerus berusaha untuk meruntuhkan kerajaan Islam.

Sesungguhnya sikap Amerika Syarikat dan blok Eropah sudah menerima balasan dari sikap angkuh dan bongkak hasil dari keborosan mereka sehingga diambang kebankrapan seperti yang berlaku di Greece dimana krisis hutang telah meletakkan Greece sebagai 'Sampah'.

Krisis hutang ini ditambah lagi dengan kejatuhan matawang US dollar yang akan memberi tempias kepada seluruh dunia amnya negara yang berada di bawah telunjuk Amerika Syarikat. Kesan dari kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat dapat diihat apabila Angela Merkel, Caunselor Jerman ke China untuk melobi. Begitu juga dengan Presiden Russia yang ke China baru-baru ini mahupun Malaysia yang mana Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak akan ke China pada 20 Oktober ini.

Salah satu faktor utama kerajaan-kerajaan dunia ke China kerana ingin mencari partner baru dalam meningkatkan ekonomi negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Amerika Syarikat.

Kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat didorong oleh mereka yang berbelanja sakan bagi menampung keperluan ketenteraan mereka terutamanya ketika kempen 'War on Terror' yang mana membelanjakan beratus billion dolar untuk kos terbabit. Tidak termasuk kos terbaru yang dilaburkan untuk menjatuhkan kerajaan Gaddafi.

Dikhabarkan beribu-ribu peluru berpandu Nato yang diberi kepada puak pemberontak ataupun kini dipanggil Majlis Peralihan Kebangsaan ( NTC ) hilang dan dipercayai dilarikan oleh penyokong Gaddafi. Ini kemungkinan besar satu tamparan hebat buat NTC dan Nato kerana mungkin puak pemberontak juga menjadi seorang yang talam dua muka.

Apapun yang terjadi, harap yang benar ditegakkan haknya supaya tiada lagi boneka-boneka Amerika dari kalangan negara Islam. Gaddafi masih mempunyai pengaruh kuat mengikut pemerhatian penulis kerana 40 tahun memerintah Libya. Mempunyai wang yang mana dikatakan menjual bertan-tan emas kerajaan Libya untuk meminta bantuan kabilah untuk menentang NTC.

Dibawah ini penulis kongsikan sebuah rakaman video yang dimuatnaikkan ke Youtube yang mana memaparkan Gaddafi bersama keluarganya di dalam sebuah khemah yang mana menjadi kediamannya.

Untuk pengetahuan pembaca, jika berlangsung mana-mana mesyuarat di luar negara, Gaddafi tidak akan menginap di hotel tetapi membawa khemahnya dan memajak di kawasan lapang kerana ia merupakan amalan tradisi masyarakat Badwi.

Video bertajuk ' Muammar Gaddafi relaxes at home ' ataupun ' Muammar Gaddafi berehat di rumah ' menunjukkan beliau bermesra bersama keluarganya dipercayai anaknya bersama isterinya. Turut termuat isi dalam rakaman tersebut Gaddafi makan bersama keluarganya.

Adakah seorang pemimpin kerajaan dunia yang dikatakan kuku besi dan diktator boleh hidup di dalam sebuah khemah. Seperti mana yang dilihat di dalam gambar diatas, Gaddafi juga menjalankan mesyuarat di dalam khemahnya.

Saturday, October 1, 2011

Gaddafi : Hero atau Pengkhianat

Suasana perang di Libya masih tidak surut bahkan ketika ini Kerajaan Libya ataupun dipanggil Majlis Peralihan Nasional ( NTC ) masih berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan saki baki penyokong Muammar Gaddafi tersebut.

Majlis Peralihan Nasional Libya dipimpin oleh Presiden Mustafa Abd Jalil dan dibantu oleh Timbalan Presiden, Abdul Hafiz Ghoga. Mahmoud Jibril pula dilantik sebagai Perdana Menteri Libya dengan menggunakan bendera sebelum rampasan kuasa 1969 oleh Gaddafi iaitu bendera Kingdom of Libya.

Muammar yang ketika ini masih dipercayai berada di Libya enggan meninggalkan tanah airnya dan berikrar akan terus berjuang menentang pengkhianat negaranya yang dimaksudkan sebagai kerajaan sementera Libya.

Menurut Muammar, blok barat mengambil kesempatan terhadap revolusi-revolusi yang melanda seluruh Arab dan cuba mengheret Libya ke revolusi terbabit namun dengan bantuan Al-Qaeda yang mana dikatakan oleh NATO sebagai pejuang pemberontak anti-Gaddafi.

Beliau ketika ditemuramah oleh BBC News, pada 28 Februari iaitu pada awal krisis Libya berkata yang beliau tidak akan meninggalkan tanah airnya walau apapun berlaku. Ketika ditanya sama ada beliau akan melepaskan jawatan sebagai pemimpin Libya oleh media, beliau berkata yang mana beliau tidak mempunyai jawatan rasmi untuk dilepaskan.

Gaddafi juga membidas hos yang menemuramah beliau tentang sistem yang diguna pakai di Libya dengan berkata blok Barat langsung tidak mengetahui dan memahami cara hidup atau sistem yang digunapakai di Libya .

Turut ditegaskan beliau bahawa bagi menjawab soalan yang dikemukakan, beliau berkata ''yang rakyat yang turun ke jalanan melakukan protes bukannya menentang dirinya. Tetapi menyokong dirinya .'' Beliau turut berkata '' orangnya sanggup mati untuk melindungi dirinya dan mereka sayang akan saya ''.

Seorang journalist yang berada disitu menyampuk dengan berkata '' Jika mereka sayangkan anda, jadi mengapa mereka menawan Benghazi dan berkata mereka menentang anda ''. Gaddafi membidas '' Ini Al-Qaeda, Al-Qaeda, Al-Qaeda bukannya orang saya dan mereka datang dari luar ''.

Gaddafi merupakan salah seorang pejuang Islam yang telah lama berjuang untuk agama dan perpaduan diantara negara-negara Afrika. Beliau juga seorang yang gigih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian pengiktirafan negara Palestin.

Pada Sidang Pemimpin Arab yang diadakan di Doha, Gaddafi mengherdik negara-negara Arab yang bersekongkol dengan Israel untuk tidak berusaha untuk menjadikan Palestin sebuah negara yang merdeka. Malahan ada negara Islam yang bersama lain yang bersama dengan Israel katanya.

Turut beliau bahaskan ketika berucap adalah tentang usaha sama diantara negara Arab yang lain bersama dengan Amerika Syarikat menggulingkan Saddam Hussein di Iraq lantas menjatuhkan hukuman gantung terhadap Saddam.

Selain itu, beliau membidas tentang hubungan antara negara-negara Islam amat rapuh malahan katanya hubungan luar Libya dengan Itali 1000 kali lebih baik berbanding hubungan Mesir dengan Tunisia.

Dalam Persidangan di Doha, beliau mengutuk pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dengan berkata '' baginda dicipta oleh Britain dan dilindungi oleh Amerika ''. Selepas itu, beliau berkata '' Saya seorang pemimpin antarabangsa, yang tertua dalam kesemua pemimpin Arab, Raja kepada Raja Afrika ( saya ) dan Imam kepada Muslim ( merujuk kepada Raja Abdullah ). Kedudukan saya tidak membenarkan saya tunduk kepada paras yang tertentu, terima kasih. ''

Begitu banyak dorongan-dorongan Gaddafi terhadap pihak Arab untuk bersatu padu menentang Israel bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Palestin yang kini dijajah oleh Israel dan membina penempatan dikawasan Palestin.

Beliau juga salah seorang manusia yang menentang dan memperjuangkan untuk memansuhkan kuasa yang mana boleh melarang atau menghalang mana-mana resolusi. Pada masa ini, China, Perancis, United Kingdom, Rusia dan Amerika Syarikat mempunyai kuasa Veto.

Katanya, kuasa Veto boleh disalagunakan oleh negara-negara yang mempuyainya untuk kepentingan sendiri. Maka, perkara ini perlu dihapuskan bagi menegakkan keadilan dan kesamarataan dikalangan semua anggota PBB.

Resolusi yang dihantar oleh Palestin ke PBB untuk menjadi anggota tetap PBB dengan menggunakan sempadan tahun 1967 bagi mengiktiraf Palestin sebagai negara yang berdaulat dan merdeka.

Palestin telah mendapat sokongan padu diantara negara-negara Islam dan negara yang bebas bagi meluluskan resolusi tersebut bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. Kemungkinan besar Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa Vetonya untuk menghalang usul tersebut diluluskan oleh kerana mereka gagal memujuk Palestin untuk menggunakan jalan rundingan bukannya pengiktirafan PBB.

Disebabkan perkara sepereti inilah Muammar Gaddafi menentang penggunaan kuasa Veto. Dalam kata lain, kuasa Veto yang diperoleh oleh negara kuasa-kuasa besar akan terus mengekalkan pengaruh mereka.

Namun dunia masih lagi tidak lagi nampak usaha Muammar Gaddafi untuk cuba menyelamatkan umat Islam dari terus berada di takuk yang lama dan masih ketinggalan dari pelbagai faktor.

Media sering melaporkan yang Gaddafi seorang yang kejam dan sanggup membunuh rakyatnya untuk mempertahankan kedudukan sebagai pemimpin di Libya. Tetapi tiada siapa tahu yang dialah manusia yang berusaha untuk menggagalkan segala rancangan Amerika untuk masuk ke Afrika.

Laporan lain menyatakan bahawa tentera Perjanjian Pertubuhabn Antlantik Utara atau NATO telah membunuh ratusan rakyat Libya melalui serangan udara yang dilancarkan. Serangan juga dilaporkan telah banyak menghancurkan tempat tinggal penduduk Libya.

Salah satu sebab utama mengapa Amerika bersama NATO begitu beriya-iya untuk menggulingkan Muammar Gaddafi adalah kerana ingin mengaut keuntungan dari minyak yang berada di Libya.

Amerika Syarikat berada di ambang kebangkrapan dan ada professor dari Jepun meramalkan yang ekonomi Amerika Syarikat akan runtuh tahun hadapan. Kemungkinan ini Amerika cuba melabur untuk kos operasi ketenteraan mereka di Libya. Kos operasi mereka kemungkinan rendah kerana serangan dilakukan oleh tentera Perancis.

Jika dilihat pada situasi yang berlaku sekarang ini, Amerika jelas dilihat sebagai seorang yang begitu menyokong NTC untuk menjadi sebuah kerajaan negara yang sah. Malahan dalam tempoh dua tiga hari ini kemungkinan mereka akan diiktiraf di PBB dengan bendera baru mereka.

Ini menunjukkan yang kerajaan sementara ini akan menjadi boneka Amerika Syarikat oleh kerana Amerika telah banyak memberi bantuan kepada untuk menggulingkan Muammar Gaddafi. Dalam kata lain, mereka akan meminta untuk menjadi syarikat pengeluar minyak di Libya. Seperti mana yang berlaku di Iraq.

Tetapi warga dunia masih lagi tidak nampak kerana terlalu bergantung dengan media massa yang mana mengambil setiap berita dari media barat yang diketahui dikawal sepenuhnya oleh Barat. Salah satu medium menanam kebencian dan menunjukkan bertapa jahatnya Gaddafi bermula di televisyen.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir berkata umat Islam harus menguasai media antarabangsa ataupun mempunyai media antarabangsa tersendiri bagi menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dan telus. Ini kerana setiap laporan yang disediakan juga akan turut menyebarkan propaganda mereka terutamanya Barat.

Malaysia pada ketika ini kelihatan seperti menyokong kerajaan NTC yang mana penulis sifatkan sebagai boneka Amerika dan Libya telah mengajak Malaysia menawarkan kepakaran kita untuk bersama-sama bangunkan Libya.

Gaddafi juga mempunyai sisi kehidupan yang menarik, yang mana mempunyai pegawai peribadi perempuan yang mana dipilihnya sendiri. Syarat utamanya ialah masih dara ini kerana dalam kepercayaan beliau, mereka ini mempunyai kekuatan lebih kuat dari pada tiga lelaki.

Selain itu Gaddafi juga seorang yang cool apabila pernah dilihat membawa keretanya sendiri untuk ditemuramah di Libya. Kadang-kala tingkah lakunya amat tidak sopan kerana pernah membaling kertas ke pengerusi tetap PBB ketika berucap.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah seorang pemimpin yang memimpin sebuah negara selama 40 tahun tidak fasih berbahasa Inggeris. Ini jelas menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris bukanlah kunci kepada kejayaan tetapi sebagai lampu yang menyuluh kepada lubang kunci.

Penutup kata dari penulis ingin membiarkan pembaca untuk cuba melihat kembali apa yang penulis katakan dan lihat dari perspektif yang lebih mendalam untuk mendapat kesan jangka panjang secara global. Penulis bukanlah seorang yang menyokong Muammar Gaddafi namun sebagai manusia yang mendengar berita dari kedua-dua belah pihak, penulis tahu apa yang diimpikan Amerika Syarikat terhadap Libya. Wajarkah Gaddafi digelar PENGKHIANAT ataupun mungkin seorang HERO.


Bukti kekejaman NATO menyerang Libya dengan alasan menghapuskan Gaddafi yang dikatakan membunuh orang awam sedangkan mereka sendiri menyasarkan orang awam sebagai sasaran.


Gaddafi menghentam Raja Abdullah dengan mengatakan bahawa baginda merupakan boneka Barat di dunia Arab