Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia dan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011

Selamat Hari Malaysia yang ke-48

Pada tahun ini, Sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada 16 September iaitu pada Hari Malaysia yang mana merupakan cuti umum buat seluruh Malaysia. Sambutan kali ini diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Majlis bermula apabila kesemua tetamu yang hadir termasuk Tuan Yang Terutama Sarawak dan Sabah hadir kemudiannya dimaklumkan ketibaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong tepat jam 8.00 pagi.

Dimulakan dengan nyanyian Negaraku yang dimainkan oleh pancaragam Rejimen Diraja sambil diiringi oleh 14 das tembakan meriam yang menandakan 14 negeri dibawah Malaysia dan juga menaikkan bendera kebangaan negara, Jalur Gemilang.

Kemudiannya dipersembahkan oleh kontijen mengenai 5 Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Seterusnya dimulakan dengan perarakan oleh sektor kerajaan dan juga sektor swasta. Terdapat juga perarakan yang berkait rapat dengan golongan belia seperti aktiviti riadah kerana majoriti kontijen pada tahun ini merupakan golongan muda.

Antara perarakan yang menarik perhatian adalah perarakan kereta antik bersama pengeluar kereta milik Malaysia, Lotus yang mana mencuri perhatian penulis. Setiap kereta akan dinaiki oleh seorang ikon-ikon Malaysia yang telah berjaya dalam sesuatu bidang seperti bidang Seni, bidang Agama dan bidang Sukan.

Selain itu, bidang-bidang dibawah NKRA juga telah disenaraikan melakukan perarakan pada pagi ini.

Kemudiannya pasukan pertahanan negara membuat persembahan yang mana melakukan demonstrasi menggunakan pisau kepada seluruh warga hadirin yang hadir pada pagi yang cerah itu.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah berangkat meninggalkan Dataran Merdeka sebelum itu dimainkan sekali lagi lagu Negaraku. Diikuti oleh Tuan Yang Terutama Sabah dan Sarawak pulang dan kemudiannya diikuti oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang lain.

Penulis menyifatkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini merupakan yang terbaik dari dua tahun yang lepas yang mana pada tahun 2009 Sambutan Kemerdekaan dibuat di Dataran Parlimen dek kerana virus H1N1. Manakala pada tahun 2010 sambutan dibuat di Stadium Tertutup Bukit Jalil yang mana terlalu padat dengan penonton dan disifatkan penulis sebagai 'disaster' .

Tahun ini Sambutan Kemerdekaan dibuat pada hari Jumaat yang indah yang mana hadirin lebih 10,000 orang hadir ke Dataran Merdeka menyaksikan Sambutan Bersejarah yang julung diadakan pada Hari Malaysia 16 September.

Penulis juga sempat mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesejahteraan yang mana penulis memberitahu beliau yang Sambutan kali ini adalah yang terbaik. Yang lain juga bersalam dengannya dan memberitahu perkara yang sama.

Duta Finland ke Malaysia ketika berbual dengan penulis juga memberitahu perkara yang sama kepada penulis yang mana sambutan kali ini lebih meriah dan senang beliau mengambil gambar kerana cuaca yang terang berbanding pada tahun lepas kerana suasana dalam stadium yang suram.

Penulis juga akan mengesahkan kenderaan rasmi bagi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam beberapa hari lagi.

Kemungkinan besar penulis akan membuka satu lagi page untuk mengisi gambar yang penulis sempat tangkap ketika pada perarakan pada pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen