Monday, September 12, 2011

Selamat Bersara Tun ...

Hari ini, 12 September 2011 genap 66 tahun usia Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang mana merupakan Ketua Hakim Negara yang ke-12 bermula pada 21 Oktober 2008 dan berakhir pada hari ini.

Beliau merupakan satu-satunya hakim yang dilantik terus menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan tanpa perlu melalui menjadi hakim di Mahkamah Tinggi dan bawah daripadanya. Seterusnya melangkah menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 11 Disember 2007.

Semasa era pentadbiran beliau, beliau telah membawa banyak transformasi bagi menyelesaikan kes-kes mahkamah yang tertunggak. Antara salah satu faktor adalah kerana mahkamah memperkenalkan sistem rakaman visual dan Transkripsi ataupun Court Recording and Transcription .

Dibawah pentadbiran beliau, Tun Zaki Tun Azmi yang juga anak kepada bekas kepada Ketua Hakim Negara kedua, Tun Mohamed Azmi juga telah memperkenalkan mahkamah khas seperti Mahkamah Dagang yang dapat menyelesaikan kes dalam tempoh kurang setahun.

Institusi beliau juga salah sebuah institusi yang mana terlibat untuk mengurangkan kes rasuah dengan memberi keutamaan apabila mewujudkan 16 Mahkamah Khas Rasuah yang mempercepatkan pendengaran kes berkaitan rasuah.

Transformasi-transformasi yang dilakukan oleh Tun Zaki Tun Azmi ini telah mendapat pengiktirafan apabila Bank Dunia mengeluarkan laporan bertajuk '' Malaysia Court Backlog and Delay Reduction Program : A Progress Report " atau " Tunggakan Mahkamah Malaysia dan Program Pengurangan Penangguhan : Laporan Perjalanan ".

Dalam laporan tersebut, perubahan yang dilaksanakan Institusi Kehakiman tersebut telah mendapat pujian daripada pengarang apabila beliau berjaya mengurangkan kes sehingga 90% . Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak juga memuji dengan berkata Badan Kehakiman Negara boleh menjadi model kepada negara lain.

Salah satu tindakan yang diambil atas nasihat beliau adalah apabila Ketua Pengarah JPJ, Dato Solah Mat Hasan melarang mana-mana pemandu kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan jika tidak membayar saman.

Langkah tersebut berjaya apabila kebanyakkan pemandu terpaksa membayar saman mereka untuk memperbaharui cukai jalan sekaligus telah menyelesaikan saman-saman tertunggak yang dilakukan pengguna jalan raya.

Tindakan transformasi tersebut telah berjaya dan beliau berpuas hati dan gembira dengan perkembangan yang dilakukan oleh Badan Kehakiman kerana dapat mengurangkan kes tertunggak yang menjadi masalah utama ketika beliau menjawat jawatan Ketua Hakim Negara.

Ketika ditanya bagaimana beliau melakukan transformasi tersebut, Tun menjawab " Kes yang berlaku sebenarnya 44,000 kes termasuk yang tidak bergerak dan atau pihak yang tidak terlibat tidak lagi berminat untuk meneruskan perbicaraan kerana mereka tidak mahu tunggu 10, 20 tahun tanpa keputusan. "

Maka beliau telah berusaha untuk mengurangkan masalah yang dialami oleh golongan-golongan ini dengan mempercepatkan kes tertangguh dan menyusun semula fail-fail yang 'berselerakan' .

Dalam Statistik yang dikeluarkan beliau, 44,000 kes di Mahkamah Tinggi dikurangkan ke 9,000. Manakala Mahkamah Seksyen mengurangkan kes tertunggak dari 61,000 ke 10,000. Mahkamah Majistret berjaya mengurangkan kes tertunggak dari 71,000 kepada 1,100 begitu juga dengan Kes-kes Sivil yang dikurangkan dari 29,000 kepada 6,800 kes.

Antara tindakan beliau untuk melihat keberkesanan staf mahkamah adalah dengan melawat hampir tiga per empat mahkamah di Malaysia dengan mengejut tanpa memberikan sebarang notis lawatan dan menggunakan kenderaan pegawainya. Beliau juga bertemu secara personal dengan staf mahkamah dan bertanya tentang tugas kerja mereka.

Beliau menyimpulkan yang staf-staf di mahkamah tidak mendapat kerja yang cukup terutamanya di mahkamah-makhamah kecil yang mana kurang menerima fail kes. Beliau juga berkata staf yang malas berkerja sedikit bilangannya, yang lain melakukan krja tetapi yang malas ini bosan dan menggangu rakan yang sedang menyiapkan kerja.

Justeru beliau menyuruh staf-staf mahkamah mengatur kembali fail-fail dan mengagihkan kerja sama banyak terhadap semua staf bagi meningkatkan lagi keberkesanan Badan Kehakiman.

Ketika ditanya sama ada penggantinya, iaitu Tan Sri Ariffin Zakaria akan meneruskan kecermelangan yang beliau bawakan kepada Badan Kehakiman. Beliau menjawab ''Ya''.

Dalam kecermelangan yang dilalui oleh Tun Zaki Tun Azmi, beliau juga tidak terlepas dari kontroversi yang melandanya. Antara kontroversi yang paling hangat dipertikaikan ketika beliau dilantik menjadi Ketua Hakim Negara.

Kontroversi timbul apabila beliau merupakan bekas Pengerusi Lembaga Disiplin ( Teknikal ) UMNO , Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO dan Panel Rayuan Disiplin UMNO dilantik secara mendadak apabila terus menduduki hakim Mahkamah Tinggi dan kemudiannya menjadi Presiden Mahkamah Rayuan dan seterusnya menjadi Ketua Hakim Negara.

Terdapat pertikaian kerana kemungkinan Badan Kehakiman akan terjebak ke dalam kancah politik namun dalam ketika era pentadbiran beliau, tiada sebaranag tanda malahan kes seperti kes saman Felda, Felda diarah membayar pampasan Rm11 juta kepada peneroka Felda. Beliau juga menepati janjinya untuk tidak membicarakan kes membabitkan UMNO kerana beliau pernah menjadi Penasihat Undang-Undang UMNO.

Tarikh bersara beliau adalah hari ini iaitu 12 Septe- mber 2011 namun Majlis Persaraan beliau disambut pada hari Jumaat yang lepas, 9 September kerana hari tersebut merupakan hari terakhir beliau masuk pejabat.

Penulis pernah lihat beliau ketika di Sambutan Kemerdekaan ke-53 pada tahun 2010 dimana beliau yang ketika itu sudahpun menjadi Ketua Hakim memegang kamera. Gambar sebelah ini diambil tanpa sedar oleh penulis.

Akhir kata dari penulis, ''Selamat Bersara Tun dan semoga menjalani hari-hari dengan penuh gembira ''. Selalunya bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersara akan dilantik menjadi Duta Besar mewakili negara ke mana-mana negara.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen