Sunday, September 4, 2011

Rumah Terbuka Tun Mahathir 2011

Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad bersama isterinya telah menganjurkan rumah terbuka yang dihadiri puluhan ribu pengunjung di The Mines, Seri Kembangan.

Penulis yang 'free' sepanjang hari ini kesana kerana mendapat maklumat dari media elektronik dan radio yang mana dijemput ke rumah terbukanya di Seri Kembangan. Kebetulan penulis tidak ada apa-apa maka tidak salah untuk hadir ke rumah bekas pemimpin nombor satu negara.

Ketika sampai dihadapan pintu masok kawasan kejiranan ( neighbourhood ) Tun Mahathir, pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa masuk kereta keatasa dan diminta meletakkan kereta dibawah.

Dibawah sana pengunjung perlu menunggu van yang akan mengangkut pengunjung keatas sana namun mungkin mengambil masa hingga setengah jam kerana pengunjung rumah terbuka Tun agak ramai.

Nasib penulis baik apabila pengawal keselmatan membenarkan kereta yang dinaiki penulis untuk naik keatas bukit berhampiran rumah Tun. Maka tidak perlulah penulis jalan lebih kurang 1km ke rumah Tun.

Ketika sampai disana, penulis melihat barisan panjang yang pada mulanya diingatkan barisan untuk beratur masuk kedalam khemah untuk makan, tetapi setelah diterangkan pengunjung yang beratur di barisan tersebut adalah untuk bersalaman dengan Tun.

Selepas penulis makan, pengumuman dibuat mengumumkan ketibaan Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bersama isterinya disambut oleh Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.

Kelihatan mereka begitu asyik berbual mungkin tentang kes kematian wartawan BERNAMA di Somalia. Dato' Seri Najib tidak mempunyai jadual pada hari ini kerana lawatan beliau di Perth, Australia dipendekkan untuk menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor di Pangkalan Tentera Udara TUDM di Subang.

Turut hadir ke majlis rumah terbuka tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bersama isterinya Puan Sri Norainee Abd Rahman. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga hadir bersama isterinya.

Sesuatu yang diluar jangkaan berlaku dimana anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa bersama suaminya Daniyar Nazabayev turut hadir majlis rumah terbuka sekaligus mencuri perhatian ramai mengenai mereka berdua.

Untuk pengetahuan pembaca, Suami Nooryana Najwa yang merupakan menantu Dato' Seri Najib merupakan anak kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Dahulu pernah kecoh apabila Dato' Seri Najib ke Kazakhstan yang mana isu beliau menggunakan wang rakyat untuk kesana bagi mengaturkan majlis pertunangan anaknya. Namun ditepis Dato' Seri yang mana berkata ia adalah lawatan kerja tetapi mungkin diselitkan sedikit jadual tentang anaknya.

2 comments:

  1. Noryana Najwa rasanya baru betunang, belum berkahwin lagi kan???

    ReplyDelete
  2. Dah berkahwin tidak salah penulis, majlis perkahwinan dilangsungkan di PWTC jika tidak salah penulis laa...

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen