Monday, September 26, 2011

Rolls Royce milik Seri Paduka Baginda Sultan Mizan

Selepas penulis mengeluarkan artikel bertajuk ' Kemegahan Rolls Royce ' pada bulan Jun yang lalu, kini sambungan kepada tulisan tersebut. Pada artikel penulis yang lalu, penulis masih mempunyai jawapan yang tidak terjawab sehingga kini.

Persoalan penulis adalah apakah kereta rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah.

Namun pada 16 September yang lepas, segala persoalan telah diselesaikan ketika penulis menghadiri upacara Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Salah satu sebab penulis kesana kerana ingin mengetahui apakah kereta rasmi milik Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Kini, semuanya terungkai apabila penulis mendapat bukti bergambar.

Sebenarnya persoalan penulis terlontar apabila penulis ke Pavillion, Kuala Lumpur dimana penulis ternampak sebuah Maybach serupa seperti Maybach milik Tuanku Sultan Mizan. Namun no. pendaftarannya tidak menggunakan jata negara tetapi plat wilayah bernombor 13.

Kerana sangsi milik siapakah Maybach tersebut, penulis kemudiannya melihat cukai jalan ataupun roadtax kenderaan tersebut. Penulis dapati bayaran yang dikenakan terhadap Maybach tersebut sebanyak Rm 50 .

Milik siapakah Maybach tersebut? Adakah Tuanku Mizan menjual Maybach Baginda dan mengambil Rolls Royce Phantom?

Makin bertambah persoalan penulis milik siapakah kenderaan ini, tetapi dengan gambar yang dipaparkan oleh penulis kelak. Persoalan kesemua ini akan terungkai.

Inilah Rolls Royce Phantom milik Agong

Tuanku Sultan Mizan serta Permaisuri Agong melambaikan tangan dari dalam Rolls Royce Phantom miliknya

Lagii...

Kenderaan Baginda diiringi oleh dua pengawal peribadi

Bagaimana pula tentang Maybach milik Baginda? Adakah Baginda menjual Maybach tersebut ataupun masih menggunakan Maybach tersebut?

Jawapannya ialah Duli Yang Maha Mulia masih lagi menggunakan Maybach miliknya dan bukannya menjual Maybach tersebut kepada sesiapa. Maka teori penulis yang mendakwa Maybach di Pavillion tersebut milik DYMM SPB Agong adalah salah .



Maybach milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Walaubagaimanapun, Maybach tersebut tidak ditolak sebagai salah sebuah kenderaan milik kerabat di-Raja kerana Maybach tersebut mempunyai cukai jalan yang bernilai Rm 50. Jika orang kebiasaannya perlu membayar lebih kurang Rm15,000 tetapi kemungkinan besar kerana ianya milik Istana, ia perlu dibayar dengan harga Rm 50.

Berikut merupakan Maybach milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Maybach sebagai kereta rasmi nombor dua DYMM Baginda Sultan

Sambung tentang kehebatan Rolls Royce, penulis dapati bahawa Rolls Royce digunakan diseluruh dunia oleh orang kenamaan, sebagai sebuah jenama kenderaan yang paling berprestij didunia mengalahkan Maybach dan Bentley, ia merupakan satu kegemaran bagi seluruh dunia untuk memakai Rolls Royce.

Jika dibandingkan dengan Maybach tentang interior ( dalaman ), Rolls Royce kelihatan sedikit ringkas walaupun mempunyai ruang dalaman yang luas. Berbeza dengan Maybach yang agak esklusif dan amat-amat selesa kerana dilengkapi peletak kaki.

Di Malaysia, salah seorang manusia terawal yang penulis tahu menaiki Rolls Royce merupakan Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya. Yang hebatnya, Sir Henry Gurney mati juga didalam sebuah Rolls Royce apabila diserang hendap oleh pengganas Komunis.

Rolls Royce milik Sir Henry Gurney ketika itu merupakan Rolls Royce Wraith yang mana telah dikeluarkan kurang 500 buah dan dikeluarkan pada tahun 1938 dan 1939 di England. Kemungkinan besar kereta tersebut juga digunakan oleh Sir Edward Gent yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya yang pertama.

John Fitzgerald Kennedy ataupun John Kennedy juga disebut sebagai JFK dan Jack Keneddy juga ketika berkempen menggunkan Rolls Royce. Menurut dokumentari yang dihasilkan, Jack Kennedy yang merupakan Presiden Amerika paling terkenal dalam sejarah menaiki Rolls Royce Silver Cloud jika tidak silap.

Begitulah mahsyhurnya sebuah jenama kereta yang bernama Rolls Royce. Kemegahan dan Keangkuhan amat terserlah dalam setiap reka bentuk model Rolls Royce terkini. Kemungkinan itu Rolls Royce sering menjadi peneraju dalam pemasaran automobil kereta super-mewah di dunia.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen