Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Menyambut Kemerdekaan Ke-54

Seperti kebiasaanya, pada penghujung Ramadhan ini penulis akan memberikan ucapan Sambutan Hari Raya. Ini bagi menghargai pengunjung-pengunjung blog ini yang tidak henti memberikan sokongan.

Sudah hampir 3 tahun blog ini beroperasi walaupun tidak banyak perubahan, blog ini masih kekal teguh berdiri memberikan idea dan pandangan penulis. Tidak lupa juga blog ini dimana penulis berkongsi analisis dan pengalaman penulis kehulu kehilir hanya untuk berkongsi disini.

Penulis amat bertuah kerana ditanah yang tumpahnya darah penulis terus dapat menulis dek kerana kemajuan pesat Malaysia dibawah 6 pentadbiran dimana penulis merasa 3 era pemerintahan iaitu Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam tempoh 54 tahun, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang kini pesat membangun dan Inshallah dalam temph 9 tahun lagi Malaysia akan menjadi negara maju.

Kemajuan yang kita capai kini kerana mempunyai pemimpin yang cekap mentadbir dan terus mencuba untuk menambahbaikkan sistem yang ada pada hari ini.

Tunjang utama kemerdekaan dapat dikekalkan sehingga hari ini juga adalah kerana perpaduan kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India . Keakraban ikatan diantara tiga kaum ini begitu sukar dipisahkan walaupun pernah menjadi sejarah pahit pada tahun 1969 .

Perpaduan diantara kaum di Malaysia juga perlu dipelihara kerana Malaysia adalah antara negara masyarakat majmuk yang dapat hidup dengan aman damai.

Walaupun ada unsur-unsur yang cuba mengeruhkan perpaduan kaum di Malaysia. Dek kerana toleransi diantara kaum yang amat tinggi di Malaysia telah terus dapat mengekalkan keamanan di Malaysia.

Akhir kata, perpaduan kaum di Malaysia perlulah dikekalkan kerana perpecahan akan membuka peluang kepada sesetengah orang untuk mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain.

Tahun ini amat bertuah kerana kita menyambut hari Kemerdekaan sehari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mana jarang sekali berlaku dan mungkin berlaku 200 tahun sekali dimana tarikhnya begitu rapat.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini dari Alor Star untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54 kepada Rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen