Monday, August 15, 2011

Mensyukuri Nikmat Allah

Air merupakan salah sebuah ciptaan yang paling berguna sejak ia diwujudkan oleh penciptanya. Dengan formula sainsnya H2O, Air juga menjadi bahan pelarut paling universal dan merupakan salah satu dari Survival Manusia.

Tanpa air, manusia boleh mati dalam tempoh tiga hari kerana dehidrasi. Setiap perlakuan kita juga menggunakan air seperti bercakap, bernafas, mengelipkan mata dan berbagai aktiviti yang kita lakukan setiap hari.

Air juga menjadi sumber untuk meneruskan kehidupan bagi semua makhluk Allah. Fakta juga
telah membuktikan bahawa air tidak boleh dihapuskan dan cuma boleh diubah bentuknya sahaja. Nikmat tuhan ini juga adalah satu-satunya benda yang boleh merubah menjadi pepejal, cecair dan gas.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Masaru Emoto dari Universiti Municipal Yokohama di Jepun, beliau mendapati bahawa terdapat perubahan pada molekul air terhadap getaran disekelilingnya.

Hasil kajiannya mendapati air yang diambil dari sungai, laut, perigi, air mata air dan berbagai lagi sumber mendapati bentuk molekulnya hampir serupa melainkan air zam zam dimana bentuknya menyerupai kristal.

Hadis berbunyi '' Air Zam Zam itu diminum untuk keperluan apa sahaja '' ( Riwayat Ibnu Majah ) jelas menunjukkan bahawa ia akan memenuhi segala keperluan kita. Jika niatnya untuk menghilangkan haus, maka hilanglah haus jika niat untuk mengisi perut yang lapar maka kenyanglah kita.

Ada juga kisah menarik mengenai air Zam Zam dimana seorang khadam di Mekah telah meminum air Zam Zam dengan tujuan mengubati matanya yang buta. Dengan izin Allah S.W.T khadam tersebuh sembuh dari butanya.

Air Zam Zam juga digunakan sesetengah orang untuk merawat pelbagai penyakit . Terdapat juga orang yang hanya meminum air Zam Zam bagi menggantikan makanan dan tidak terasa lapar.

Seperti yang penulis katakan tadi, air boleh memahami percakapan orang melalui getaran yang dihasilkan oleh suara yang telah dipindahkan melalui partikel udara ke dalam air. Mungkin disebabkan itu kita disuruh membaca doa sebelum minum .

Disebabkan itu juga ketika kita membaca surah Yaasin, digalakkan supaya diletakkan air mineral dengan penutupnya terbuka kerana dipercayai kata-kata indah dari Al-Quran itu boleh mempengaruhi peminum.

Jika diperhati di sekolah terumatanya di sekolah penulis yang majoritinya berbangsa Cina, mereka selalunya membawa botol air yang besar dan diletakkan diatas meja. Maka kata-kata yang diucapkan oleh guru itu akan diserap oleh air dan kemudiannya diminum oleh pelajar. Disitu mungkin salah satu punca utama kejayaan masyarakat Cina di negara ini.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Masaru Emoto, dimana beliau telah meminta seorang paderi untuk membaca doa disebuah empangan. Keputusannya adalah selepas dibaca doa molekul air tersebut berubah bentuk seperti kristal ( kiri ) .

Begitu juga dengan kajian yang beliau lakukan dimana menyebut perkataan
''Thank You'' dimana molekul air berubah menjadi cantik. Tetapi bila air tersebut disebut perkataan seperti '' You Fool '' maka airnya berubah menjadi hodoh ( kanan ) tidak kira dalam bahasa apapun dituturkan.

Ketika air dibacakan dengan perkataan seperti '' I want to stab you '' molekul air berubah berbentuk seperti pisau yang sedang ingin menikam.

Bukan setakat itu sahaja, malahan molekul air juga memahami maksud perkataan tersebut. Contohnya apabila disebutkan perkataan ''Adolf Hitler'' terhadap air tersebut. Ia membentuk sebuah pattern ( kiri ) yang menakutkan.

Ini membuktikan bahawa molekul air dapat memahami maksud tersirat di dalam setiap perkataan yang dikeluarkan. Semestinya perkataan ''Adolf Hitler'' dikeluarkan dengan pemikiran yang beliau seorang yang kejam.

Disebabkan itulah didalam Islam, kita diwajibkan untuk solat lima waktu sehari semalam dimana kita akan membaca ayat ke-5 Al-Fatihah '' Engkaulah sahaja ( Ya Allah ) Yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan ''.

Jelas Allah cuba memelihara kita umat manusia supaya tidak berlaku syirik dan mempercayaiNya sepenuh hati. Ini akan membuatkan kita jauh dari perlakuan yang bertentangan dengan apa yang kita katakan.

Ini kerana lebih 70% tubuh badan kita adalah air, justeru kata-kata kita setiap hari akan mempengaruhi kehidupan kita. Begitu juga dengan ayat ke-6 yang bermaksud '' Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ''. Apa yang dimaksudkannya adalah kita cuba meminta bantuan untuk diberikan petunjuk atau hidayah oleh Allah seperti yang ayat ke-5.

Begitu hebatnya susunan ayat didalam Al-Quran kerana bertepatan dengan apa yang manusia katakan dahulu. Jika seseorang itu solat penuh lima waktu, Allah telah menjaminkan hamba Allah tersebut dengan dicegahkan mereka ini dari kemungkaran.

Ini kerana kita meminta supaya kita dihindarkan dari golongan-golongan yang sesat melalui ayat terakhir surah Al-Fatihah yang bermaksud '' Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) orang yang dimurkai keatas mereka, dan bukan pula ( jalan ) orang-orang yang sesat.

Jadi ketika kita berbicara dengan seseorang, gunakanlah perkataan yang baik kerana perkataan akan membentuk sebuah emosi terhadap manusia kerana dipengaruhi oleh getaran bunyi suara tersebut yang akan diresapi oleh air didalam tubuh badan kita.

Begitu hebatnya air yang dikurniakan oleh Allah ini untuk terus membantu kita meneruskan hidup didunia. Yang menariknya, Professor Masaru Emoto juga telah membuat kajian tentang bentuk molekul air bila lagu 'Negaraku' didendangkan.




No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen