Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Menyambut Kemerdekaan Ke-54

Seperti kebiasaanya, pada penghujung Ramadhan ini penulis akan memberikan ucapan Sambutan Hari Raya. Ini bagi menghargai pengunjung-pengunjung blog ini yang tidak henti memberikan sokongan.

Sudah hampir 3 tahun blog ini beroperasi walaupun tidak banyak perubahan, blog ini masih kekal teguh berdiri memberikan idea dan pandangan penulis. Tidak lupa juga blog ini dimana penulis berkongsi analisis dan pengalaman penulis kehulu kehilir hanya untuk berkongsi disini.

Penulis amat bertuah kerana ditanah yang tumpahnya darah penulis terus dapat menulis dek kerana kemajuan pesat Malaysia dibawah 6 pentadbiran dimana penulis merasa 3 era pemerintahan iaitu Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam tempoh 54 tahun, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang kini pesat membangun dan Inshallah dalam temph 9 tahun lagi Malaysia akan menjadi negara maju.

Kemajuan yang kita capai kini kerana mempunyai pemimpin yang cekap mentadbir dan terus mencuba untuk menambahbaikkan sistem yang ada pada hari ini.

Tunjang utama kemerdekaan dapat dikekalkan sehingga hari ini juga adalah kerana perpaduan kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India . Keakraban ikatan diantara tiga kaum ini begitu sukar dipisahkan walaupun pernah menjadi sejarah pahit pada tahun 1969 .

Perpaduan diantara kaum di Malaysia juga perlu dipelihara kerana Malaysia adalah antara negara masyarakat majmuk yang dapat hidup dengan aman damai.

Walaupun ada unsur-unsur yang cuba mengeruhkan perpaduan kaum di Malaysia. Dek kerana toleransi diantara kaum yang amat tinggi di Malaysia telah terus dapat mengekalkan keamanan di Malaysia.

Akhir kata, perpaduan kaum di Malaysia perlulah dikekalkan kerana perpecahan akan membuka peluang kepada sesetengah orang untuk mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain.

Tahun ini amat bertuah kerana kita menyambut hari Kemerdekaan sehari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mana jarang sekali berlaku dan mungkin berlaku 200 tahun sekali dimana tarikhnya begitu rapat.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini dari Alor Star untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54 kepada Rakyat Malaysia.

Monday, August 15, 2011

Mensyukuri Nikmat Allah

Air merupakan salah sebuah ciptaan yang paling berguna sejak ia diwujudkan oleh penciptanya. Dengan formula sainsnya H2O, Air juga menjadi bahan pelarut paling universal dan merupakan salah satu dari Survival Manusia.

Tanpa air, manusia boleh mati dalam tempoh tiga hari kerana dehidrasi. Setiap perlakuan kita juga menggunakan air seperti bercakap, bernafas, mengelipkan mata dan berbagai aktiviti yang kita lakukan setiap hari.

Air juga menjadi sumber untuk meneruskan kehidupan bagi semua makhluk Allah. Fakta juga
telah membuktikan bahawa air tidak boleh dihapuskan dan cuma boleh diubah bentuknya sahaja. Nikmat tuhan ini juga adalah satu-satunya benda yang boleh merubah menjadi pepejal, cecair dan gas.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Masaru Emoto dari Universiti Municipal Yokohama di Jepun, beliau mendapati bahawa terdapat perubahan pada molekul air terhadap getaran disekelilingnya.

Hasil kajiannya mendapati air yang diambil dari sungai, laut, perigi, air mata air dan berbagai lagi sumber mendapati bentuk molekulnya hampir serupa melainkan air zam zam dimana bentuknya menyerupai kristal.

Hadis berbunyi '' Air Zam Zam itu diminum untuk keperluan apa sahaja '' ( Riwayat Ibnu Majah ) jelas menunjukkan bahawa ia akan memenuhi segala keperluan kita. Jika niatnya untuk menghilangkan haus, maka hilanglah haus jika niat untuk mengisi perut yang lapar maka kenyanglah kita.

Ada juga kisah menarik mengenai air Zam Zam dimana seorang khadam di Mekah telah meminum air Zam Zam dengan tujuan mengubati matanya yang buta. Dengan izin Allah S.W.T khadam tersebuh sembuh dari butanya.

Air Zam Zam juga digunakan sesetengah orang untuk merawat pelbagai penyakit . Terdapat juga orang yang hanya meminum air Zam Zam bagi menggantikan makanan dan tidak terasa lapar.

Seperti yang penulis katakan tadi, air boleh memahami percakapan orang melalui getaran yang dihasilkan oleh suara yang telah dipindahkan melalui partikel udara ke dalam air. Mungkin disebabkan itu kita disuruh membaca doa sebelum minum .

Disebabkan itu juga ketika kita membaca surah Yaasin, digalakkan supaya diletakkan air mineral dengan penutupnya terbuka kerana dipercayai kata-kata indah dari Al-Quran itu boleh mempengaruhi peminum.

Jika diperhati di sekolah terumatanya di sekolah penulis yang majoritinya berbangsa Cina, mereka selalunya membawa botol air yang besar dan diletakkan diatas meja. Maka kata-kata yang diucapkan oleh guru itu akan diserap oleh air dan kemudiannya diminum oleh pelajar. Disitu mungkin salah satu punca utama kejayaan masyarakat Cina di negara ini.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Masaru Emoto, dimana beliau telah meminta seorang paderi untuk membaca doa disebuah empangan. Keputusannya adalah selepas dibaca doa molekul air tersebut berubah bentuk seperti kristal ( kiri ) .

Begitu juga dengan kajian yang beliau lakukan dimana menyebut perkataan
''Thank You'' dimana molekul air berubah menjadi cantik. Tetapi bila air tersebut disebut perkataan seperti '' You Fool '' maka airnya berubah menjadi hodoh ( kanan ) tidak kira dalam bahasa apapun dituturkan.

Ketika air dibacakan dengan perkataan seperti '' I want to stab you '' molekul air berubah berbentuk seperti pisau yang sedang ingin menikam.

Bukan setakat itu sahaja, malahan molekul air juga memahami maksud perkataan tersebut. Contohnya apabila disebutkan perkataan ''Adolf Hitler'' terhadap air tersebut. Ia membentuk sebuah pattern ( kiri ) yang menakutkan.

Ini membuktikan bahawa molekul air dapat memahami maksud tersirat di dalam setiap perkataan yang dikeluarkan. Semestinya perkataan ''Adolf Hitler'' dikeluarkan dengan pemikiran yang beliau seorang yang kejam.

Disebabkan itulah didalam Islam, kita diwajibkan untuk solat lima waktu sehari semalam dimana kita akan membaca ayat ke-5 Al-Fatihah '' Engkaulah sahaja ( Ya Allah ) Yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan ''.

Jelas Allah cuba memelihara kita umat manusia supaya tidak berlaku syirik dan mempercayaiNya sepenuh hati. Ini akan membuatkan kita jauh dari perlakuan yang bertentangan dengan apa yang kita katakan.

Ini kerana lebih 70% tubuh badan kita adalah air, justeru kata-kata kita setiap hari akan mempengaruhi kehidupan kita. Begitu juga dengan ayat ke-6 yang bermaksud '' Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ''. Apa yang dimaksudkannya adalah kita cuba meminta bantuan untuk diberikan petunjuk atau hidayah oleh Allah seperti yang ayat ke-5.

Begitu hebatnya susunan ayat didalam Al-Quran kerana bertepatan dengan apa yang manusia katakan dahulu. Jika seseorang itu solat penuh lima waktu, Allah telah menjaminkan hamba Allah tersebut dengan dicegahkan mereka ini dari kemungkaran.

Ini kerana kita meminta supaya kita dihindarkan dari golongan-golongan yang sesat melalui ayat terakhir surah Al-Fatihah yang bermaksud '' Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) orang yang dimurkai keatas mereka, dan bukan pula ( jalan ) orang-orang yang sesat.

Jadi ketika kita berbicara dengan seseorang, gunakanlah perkataan yang baik kerana perkataan akan membentuk sebuah emosi terhadap manusia kerana dipengaruhi oleh getaran bunyi suara tersebut yang akan diresapi oleh air didalam tubuh badan kita.

Begitu hebatnya air yang dikurniakan oleh Allah ini untuk terus membantu kita meneruskan hidup didunia. Yang menariknya, Professor Masaru Emoto juga telah membuat kajian tentang bentuk molekul air bila lagu 'Negaraku' didendangkan.




Wednesday, August 3, 2011

Pengaruh Media

Baru-baru ini Tun Mahathir telah menghentam media barat yang disifatkannya sebagai tidak jujur dan korup melalui artikel di blognya yang bertajuk " THE TELEPHONE HACKING SCANDAL II " pada 2 Ogos, 2011.

News of The World yang dimiliki oleh billionaire media terkenal, Rupert Murdoch telah angkat bungkus pada 10 Julai apabila terbukti bersalah mencuri dengar perbualan telefon beberapa orang selebriti di England.

Ketua Polis London juga dengan penuh tanggungjawab meletak jawatan kerana dipercayai orangnya telah menerima rasuah dari tabloid tersebut untuk melakukan perbuatan tersebut yang telah merosakkan imej individu dan nama tabloid setelah terbukti bersalah.

Alasan mengapa Tun Mahathir mengkritik media barat juga adalah kerana laporan mereka tidak adil terutamanya tentang hak asasi di Malaysia yang mereka sifatkan sebagai sebuah kerajaan autokratik dan mengetepikan demokrasi.

Tun Mahathir juga mengecam media barat kerana menggelarnya sebagai pengamal kronisme
dalam pentadbiran selain menggunakan badan kehakiman untuk memecat timbalannya ketika itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Semasa era pentadbiran Tun Mahathir selama 22 tahun, Tun Mahathir telah dikritik hebat oleh
media antarabangsa kerana dikatakan mengamalkan cara pemerintahan diktator. Selepas pemerintahannya, sehingga kini beliau masih tidak putus-putus dikritik kerana kesan dari pentadbirannya selain perasaan hasad dengki segelintir pemimpin Malaysia terhadap beliau.

Malahan bukan itu sahaja, terdapat dokumentari-dokumentari propaganda yang sengaja direka bagi merosakkan nama baik Tun Mahathir bagi menguntungkan segelintir pihak yang berkepentingan.

Contohnya dokumentari KHAS yang dibuat oleh siaran ABC, Foreign Correspondent dimana dengan jelas mengkritik cara pemerintahan kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Tun Mahathir.


Ia bukan sahaja mengecam Tun Mahathir yang didakwa mereka telah melakukan KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI untuk menjatuhkan timbalannya, malahan telah memberi satu gambaran Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang patut menjadi Perdana Menteri.

Itulah kekuatan pengaruh media dimana boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat yang tidak boleh beranjak dari melihat laporan media massa yang mana kebanyakkan dikuasai oleh golongan tertentu dengan kepentingan tertentu.

Contohnya Amerika Syarikat menggunakan pengaruh media yang meluas ketika melaporkan
tentang serangan oleh Al-Qaeda terhadap World Trade Center sekaligus telah menjejaskan kesucian agama Islam.


Inilah cara segelintir pihak untuk mempengaruhi lebih 3.5 bilion manusia dimuka bumi ini bagi menanam kebencian mereka terhadap Islam bagi menjejaskan penyebaran agama Islam terutamanya di Eropah.
Teknik mempengaruhi media juga telah berjaya mempengaruhi manusia tentang kekejaman Adolf Hitler terhadap Yahudi walaupun peristiwa sedemikian berlaku puluhan tahun lampau dengan ada percanggahan fakta mengenai Holocaust.

Tidak pula mereka menghebahkan tentang kekejaman rejim Khmer Rouge di Kemboja ketika pemerintahan Pol Pot yang dianggarkan membunuh lebih 2 juta penduduk Kemboja. Mungkin kerana tiada kepentingan terhadap bangsa Yahudi.

Bagaimana pula dengan cara pemerintah Idi Amin di Uganda selama 8 tahun yang telah meragut 500,000 orang manusia dari pelbagai etnik mengikut anggaran yang dikeluarkan oleh Amnesty International.

Kemungkinan laporan sedemikian tidak menguntungkan golongan-golongan berkepentingan terutamanya barat. Kebanyakkan laporan yang dikeluarkan oleh media bersifat kritikan tidak pun memuji.

Antaranya ketika perang Iraq dimana salah satu cara Amerika Syarikat melobi kuasa besar yang lain adalah melalui pendedahan media. Ini bukan sahaja dapat mempengaruhi pemimpin bahkan rakyat juga akan menyokong keputusan pemimpin tersebut.

Walaupun bukan semua negara berjaya dipengaruhi, tetapi jika majoriti negara yang bersetuju sudah dianggap berjaya.


Ketika di era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, Malaysia jarang sekali terpengaruh dengan propaganda dari Barat yang mana kebanyakkan dibawa menggunakan media. Malahan, Tun sendiri telah membuat satu Dasar yang dipanggil ''Dasar Pandang ke Timur'' dimana Malaysia menyimpan simpanan tetap negara di Jepun berbanding negara lain yang simpan di Bank of England.



Ini menunjukkan suatu keteguhan polisi dimana Malaysia tidak mengikut arus seperti negara-
negara serantau yang lain yang lebih selesa mengikut rentak Barat. Tun Mahathir juga pernah mengecam pencerobohan AS terhadap Iraq.

Baru-baru ini ketika pencerobohan tentera North Atlantic Treaty Organisation atau Organisasi Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) ke atas Libya, penulis melihat Dato' Seri Anifah Aman selaku Menteri Luar tidak mengeluarkan pendirian Malaysia terhadap pencerobohan tersebut. Sekaligus membuktikan bahawa Malaysia tidak menghalang pencerobohan tersebut.

Begitu hebat pengaruh media sehingga boleh membuatkan sebuah kerajaan kebingungan ataupun blur untuk mengeluarkan pendirian sesebuah negara. Mengapa ini berlaku?

PENGARUH MEDIA...

Masyarakat memang mudah terpengaruh dengan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media kerana media punca utama penyampaian maklumat terutamanya di Malaysia. Jika lihat, hanya terdapat tiga punca maklumat utama di Malaysia iaitu Surat Khabar, Siaran Elektronik dan Internet.

Surat Khabar di Malaysia mendapatkan sumber antarabangsa daripada agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan Assosciated Press. Kesemua ini adalah agensi yang dikuasai oleh Barat.

Sudah pastinya laporan-laporan yang ditulis tidak jujur ataupun berat sebelah seperti yang Tun Mahathir katakan tadi yang mereka laporan mereka ini tidak boleh dipercayai.

Masuk bab media televisyen yang kita lihat setiap hari jam 8 malam, anda juga boleh tanya dimanakah mereka dapat berita-berita setiap hari yang mana hanya cukup untuk satu jam.

Sama seperti yang penulis ceritakan sebelum itu, laporan media dari agensi berita milik barat jugak lah menjadi penyalur berita terhadap mereka. Sekaligus laporan antarbangsa di televisyen Malaysia juga dipetik dari agensi berita Barat.

Berapa banyak wartawan Malaysia ke luar negara untuk membuat liputan terutamanya liputan di negara-negara bergolak. Jarang sekali mereka pergi ke sana, penulis pernah lihat dua kali sahaja iaitu di Sudan oleh wartawan RTM dan misi Mavi Marmara yang disertai oleh Ashwad Ismail dari Astro Awani.

Tapi kalau diajak sertai misi Perdana Menteri ke London, Kazakhstan jenuh berebut wartawan nak ikut. Maklumlah, naik kapal terbang sekali dengan Perdana Menteri.

Bab media Internet pula begitu juga situasinya, jika tidak dipetik dari utusan online mereka petik dari malaysiatoday.com . Apakah ada laporan di Malaysia yang dipetik khas artikelnya dari sumber berita agensi sesebuah negara?

Jarang sekali, kebanyakkannya dipetik dari sumber yang biasa kita baca. Jadi dimanakah ketepatan maklumat yang kita dapat terima tanpa sebarang prejudis oleh sesetengah pihak.

Disini penulis ingin simpulkan yang maklumat yang diterima rakyat Malaysia telah dimanipulasikan oleh Barat. Disini jelas bahawa media Malaysia secara keseluruhannya dipengaruhi oleh agensi media Barat.

Jadi di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi dimana rakyat bebas bersuara, rakyat telah berjaya mempengaruhi manusia secara majoritinya sekaligus telah mempengaruhi dasar kerajaan.

Hebatkan Pengaruh Media Ini!!!

Sebenarnya bukan bab pentadbiran sahaja media dapat pengaruhi, bab sukan juga media memainkan peranan penting untuk memberikan motivasi kepada pemain negara serta penyokong.


Jika diperhatikan, semenjak skuad bolasepak Malaysia menang Piala AFF dan Sukan Sea di Laos tempohari media Malaysia telah banyak memberikan sokongan moral terhadap Malaysia. Seperti yang kita baca setiap hari, muka belakang setiap akhbar memberikan kata-kata semangat kepada Malaysia.

Sekaligus meningkatkan tekanan kepada pihak lawan dan memberikan kita sebagai rakyat Malaysia keyakinan yang pemain negara akan mempamerkan aksi terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.

Media negara juga terus menerus memberikan sokongan sehingga hari ini namun tidak lepas dari tekanan pihak media sehingga membuatkan Datuk K. Rajagobal terpaksa akur dengan segelintir pandangan.

Ada sesetengah penganalisis sukan ataupun jurnalis memberi pandangan kepada Datuk K. Rajagobal supaya menggabungkan pemain senior dan pemain mudanya. Kerana mereka memegang kepada prinsip '' Yang Terbaik, Bermain Untuk Negara ''.

Dua kali Datuk K. Rajagobal didesak untuk memasukkan pemain-pemain senior kedalam skuad kendaliannya namun ditolaknya dan masih mempercayai kemampuan pemainnya. Namun selepas kekalahan kepada Singapura ini Datuk kelihatan terbuka apabila memanggil pemain veteran seperti Mohd. Norhafiz Zamani Misbah.

Beliau juga tidak terburu-buru melakukan keputusan apabila ada suara segolongan pihak untuk meminta skuad Malaysia melantik seorang Penasihat Taktikal yang mungkin akan mengurangkan kuasanya sebagai seorang jurulatih.

Ya... Itulah hebatnya kuasa seorang penulis media yang telah mempengaruhi seorang jurulatih untuk membuat keputusan. Terdapat satu quote berbunyi lebih kurang begini '' Kini, semua orang boleh membaca tetapi hanya segelintir boleh berfikir '' penulis lupa siapakah orangnya.

Tindak tanduk manusia dipengaruhi oleh pemikiran, maka pemikiran akan berlaku bila mereka membaca dan mengadili sesuatu perkara yang mereka baca. Terdapat pemikir yang hebat tetapi terdapat juga manusia yang mengambil sesuatu perkara itu sebagai pemikiran tetap.

Contohnya ;

Akhbar anti-kerajaan berkata yang kerajaan zalim dan sebagainya. Mereka yang baca ini pun percaya walaupun mereka tidak pernah terfikir yang mereka makan semua itu hasil duit kerajaan.

Terdapat juga manusia yang mana pemikirannya tidak boleh diubah ataupun dipanggil taksub yang amat dahsyat. Mereka ini kalau bagi hujah apa pun mereka tetap betul dan lawan mereka salah. Inilah berlaku di Malaysia kerana terdapat begitu ramai orang yang taksub.

Jadi kerana seorang penulis media ini akan membuatkan jutaan rakyat Malaysia membaca tulisan mereka, jadi sekaligus ia akan mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam segenap lapisan masyarakat.

Jadi untuk mengelakkan salah faham terhadap rakyat, maka mereka terpaksa akur dengan cadangan-cadangan yang diutarakan penulis media terutamanya.

Di Indonesia, media mereka berbeza dengan di Malaysia dimana kebanyakkan medianya menghentam kerajaan. Salah satu cara mereka menghentam kerajaan ialah dengan mempertikaikan cara pentadbiran presidennya.

Terutamanya berhubung dengan Malaysia dimana hubungan tertinggi Jakarta-Kuala Lumpur
amat rapat namun hubungan rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia bagai langit dengan bumi.

Media Indonesia telah menghasut masyarakat Indonesia dengan mempertikaikan soal-soal remeh seperti budaya dan kadang-kala membuatkan rakyat Indonesia menjadi bengang dengan laporan berita seperti '' Amah Indonesia Didera '' dan sebagainya.

Sekaligus ini telah membuatkan rakyat Indonesia marah terhadap Malaysia tatkala hubungan rapat Malaysia-Indonesia. Sekaligus kerapatan Malaysia-Indonesia terganggu apabila SBY mendapat tekanan dari rakyatnya yang tidak suka cara pentadbiran Jakarta terhadap kita.

Manakala di Malaysia medianya hampir semuanya pro-kerajaan dimana tiada tempat langsung untuk pembangkang bersuara di media arus perdana. Namun 'Freedom of Voice' di Malaysia masih ada lagi dimana mereka dibenarkan menerbit akhbar seperti Harakah, Suara KeADILan, Siasah dan sebagainya.

Ini juga telah mempengaruhi rakyat Malaysia secara tak langsung. Sebenarnya media arus perdana di Malaysialah antara terhebat pengaruh paling hebat sekali didalam pemikiran rakyat Malaysia tidak termasuk yang taksub.

Kesimpulan dari keseluruhan yang penulis dapat katakan adalah jika ingin mempengaruhi minda masyarakat, haruslah menguasai media dunia. Apa yang Yahudi sedang lakukan sekarang...

BERNAMA macam tak ada fungsi dalam laporan media bagi penulis