Sunday, July 24, 2011

Sikap Pemain bolasepak Inggeris di Malaysia

Baru-baru ini penulis telah menyaksikan perlawanan persahabatan Malaysia yang menentang Arsenal pada 13 Julai. Penulis mendapatkan tiket Rm108 di Rock Corner, The Curve, Damansara walaupun penulis boleh membelinya di Subang Parade, Subang Jaya.

Pada 21 Julai pula penulis sekali hadir ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan diatara Malaysia dan Chelsea dimana sekolah penulis dikhabarkan mendapat 6000 keping tiket percuma dimana pihak pentadbiran sekolah telah mengagih-agihkan tiket kepada sekolah.

Pada 13 Julai, penulis bersama dua orang lagi rakan penulis menonton perlawanan tersebut di gate hijau menghadap ke Grandstand. Hampir penuh tempat duduk disitu dan kebanyakkan yang dapat view menarik menduduki tempat duduk seawal jam 6 petang.

Selesai perlawanan yang menyaksikan Harimau Malaya dibedil empat kali oleh The Gunners, penulis seperti biasa ke tempat tumpuan ramai iaitu di Main Entrance Stadium tersebut. Ramai sekuriti tersebut memberitahu bahawa pemain-pemain bolasepak Arsenal tidak akan keluar ke situ.

Walaubagaimanapun penulis tahu akan perkara itu, malahan laluan mana yang mereka guna untuk masuk dan keluar ke stadium pun penulis tahu. Selepas kesemua dif-dif jemputan balik, penulis pun menceroboh kedalam stadium.

Begitu juga pada 21 Julai dimana penulis telah masuk setelah The Blues membenar skuad Malaysia hanya 1-0. Kemungkinan disebabkan kekukuhan benteng pertahanan negara yang sukar digugat bahkan jaringan gol oleh Didier Drogba pun telah mencetuskan kontroversi oleh peminat dimana mengatakan bahawa bola berada diatas garisan.

Penulis sekali lagi masuk menceroboh ke dalam stadium.

Bagaimana penulis ceroboh adalah hak pelan penulis jadi tidak molek penulis dedahkan.

Penulis terus ke bilik persalinan pemain Arsenal, dan penulis terkejut apabila melihat bilik persalinan mereka begitu bersepah. Selepas itu penulis lihat pula bilik persalinan skuad negara dimana 5 kali lebih bersih ataupun Bersih 5.0 dari Arsenal.

Ruang bilik persalinan pemain Arsenal ketika di Malaysia dimana pintu aisnya tidak ditutup


Pandangan dari luar bilik persalinan pemain Arsenal di Bukit Jalil yang kelihatan kotor

Gambar dari luar bilik persalinan pemain Malaysia yang lebih kemas dari pemain Arsenal

Itu adalah gambar bilik persalinan pemain Arsenal di Bukit Jalil, walaupun mereka menang tetapi tindak tanduk mereka jelas menampakkan yang mereka ini bukan seorang yang mementingkan kebersihan selepas digunakan berbanding Malaysia.

Bagi penulis, ia adalah sikap buruk dan pemain negara seharusnya tidak perlu untuk mengikut sikap mereka yang tidak membersihkab bilik persalinan mereka selepas digunakan. Maksud penulis bukanlah untuk menyapu bersih tetapi buanglah ditempat yang sepatutnya bukan begitu.

Kepada penyokong kelab bolasepak Arsenal, supaya melihat dari perspektif lain tentang sikap pemain Arsenal yang begitu teruk walaupun mempunyai Aaron Ramsey yang dikatakan tampan oleh penyokong kelab Arsenal ( sememangnya wanita ).

Nasib baik Cesc Fabregas tidak datang jika datang alamatnya lagi penatlah cleaner Bukit Jalil itu untuk membersihkan kotoran yang ditinggalkan oleh pemain Arsenal.

Penulis juga sempat membawa balik cenderahati dari pemain Arsenal dimana penulis membawa balik botol minuman bertenaga oleh pemain Arsenal dimana botolnya sukar dicari di Malaysia. Malahan penulis yakin yang ia tiada dalam pasaran Malaysia dan kemungkinan besar ia dibawa dari England.

Milik Siapa Air tersebut mungkin penulis boleh hantar ke makmal forensik untuk mencari DNA pemain Arsenal tersebut.

Seterusnya pada 21 Julai sekali lagi penulis menceroboh masuk ke bilik persalinan pemain Chelesa dimana penulis perhati yang bilik persalinan mereka lebih bersih dari Arsenal dan kotor sedikit dari bilik persalinan pemain Malaysia. Tetapi penulis masih menggangap sebagai satu perbuatan tidak bertamadun

Sebelum itu penulis sempat keliling padang untuk mencari bola yang jatuh di longkang Stadium, malangnya tiada sebuah pun bola terdapat dalam longkang tersebut, kemungkinan kerana penulis lewat masuk ke dalam padang.

Kerana kekecewaan, penulis lari berjumpa dengan skuad pembantu pasukan Chelsea dimana penulis sempat bersembang dengan mereka. Penulis sempat bertanya kepada salah seorang skuad tersebut yang manakah perlawanan yang paling sukar buat Chelesa dalam jelajah ke Asia.

Beliau berkata '' Setiap perlawanan mempunyai suasana yang berbeza, sebab itu mungkin Chelsea hanya dapat satu gol ''.

Tujuan penulis bertemu mereka adalah untuk meminta sebarang peralatan latihan dengan harapan mereka memberi bola kepada kami. Seperti dijangka, mereka tidak memberi dan berkata peralatan mereka akan dibawa ke Bangkok dan seterusnya ke China.

Hanya bendera Chelsea sahaja penulis dan rakan penulis dapat. Sempat juga berjenaka dan bergambar dengan mereka sebelum pergi ke bilik persalinan Chelsea.

Berikut adalah gambar penulis ambil ketika di dalam bilik persalinan Chelsea ;


Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh pemain Chelsea selepas berentap dengan Malaysia


Kemungkinan kerana kecewa dengan keputusan yang perolehi, mereka melepaskan geram di dalam bilik persalinan mereka


Botol plastik air mineral bersepah dilantai bilik persalinan pemain Chelsea

Itulah perangai pemain bola sepak Inggeris yang kita agung-agungkan sangat. Tiada apa yang apa yang lain pada mereka hanya kepandaian mengawal bola diatas padang saja. Tidak perlulah kita mengkagumi mereka dan hanya perlu ambil sudut positif pada diri mereka sahaja seperti kesungguhan bekerja mereka.

Gambar-gambar penuh kontroversi ini mungkin akan menyebabkan pengawal-pengawal di Bukit Jalil mengambil tindakan drastik untuk menyekat perkara ini seperti berulang dimana ia sekaligus memburukkan nama kelab-kelab England.

Namun niat penulis bukan untuk mengaibkan mereka cuma untuk memberi kebenaran kepada orang ramai tentang sikap pemain bola sepak Inggeris yang amat memalukan. Pastinya penulis akan di'ban' dari masuk ke Stadium.

Disini penulis ingin dedahkan gambar kereta milik pegawai eksekutif Kumpulan Naza iaitu Dato SM Faisal SM Nasimuddin dimana beliau adalah salah seorang peminat Kelab Chelsea yang penulis rakam ketika berada di Stadium.

Beliau dirakam ketika pulang selepas menonton perlawanan diantara Malaysia dan Chelsea pada malam berkenaan.

Gambar tersebut menunjukkan bahawa Dato SM Faisal ( berbaju biru ) sedang masuk kedalam sebuah kereta Ferrari 458 Italia yang dihantar oleh seorang pemandunya ( berbaju hitam ) dengan no. pendaftaran G1M 10.

Sudah pastinya ini menunjukkan bahawa Dato SM Faisal seorang pendukung Gagasan 1 Malaysia jika dilihat dari no. platnya. Tambah cantik gambar itu belakangnya terdapat pondok polis tertulis 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2 comments:

  1. bilik persalinan pasukan malaysia memang la bersih je kalau team datang cuma bawak pisang, air n sandwich je. selalu kalau team luar ni hotel tempat dieorg menginap ni siap follow sampai changing room dan serve bagai dgn makanan, sabun mandi dll.. kadang kesian je tgk team malaysia yg datang lawan team luar ni dah macam anak tiri je kalau dibandingkn dgn team lawan..

    ReplyDelete
  2. mat salleh dan mat hitam memang pengotor busuk ,,itu pengalaman aku dengan mereka semasa belajar dahulu

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen