Friday, June 3, 2011

Kemegahan Rolls Royce

Sempena ulang tahun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud penulis mendoakan supaya SPB dipanjangkan usia.

Penulis amat sedih kerana pada semalam penulis tidak dapat bersama-sama mereka ke Dataran Merdeka untuk melihat istiadat mengarak panji-panji yang di-Pertuan Agong oleh Angkatan Tentera Malaysia kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Ketika melihat berita di Astro Awani, penulis perasan bahawa SPB Yang Di-Pertuan Agong tidak menaiki kereta Maybach seperti kebiasaannya, namun Baginda menaiki kereta yang penulis percaya Rolls Royce Phantom bewarna silver.

Ini bermaksud kereta Rasmi Yang DiPertuan Agong adalah Rolls Royce Phantom

Penulis percaya kerana melihatkan pintu belakang Rolls Royce tersebut dimana ia dibuka kebelakang ataupun dipanggil suicide door ( Jenis-jenis Pintu Kereta ) dimana ia diguna pakai Rolls Royce buat kereta Phantom dan Ghost.

Jadi dimanakah kereta hitamnya itu, adakah Baginda malu dengan kritikan sesetengah rakyat jelata yang mempertikaikan kredibiliti kereta Maybach Baginda tersebut yang dikatakan low class dan di negara lain kereta tersebut dibuat teksi.

Penulis pada hari ini ingin menulis perihal Rolls Royce yang mendapat publisiti dari pengerusi Kesejahteraan Insan Tanah Air ( KITA ) Kedah yang menawarkan Rolls Royce Silver Spur kepada sesiapa saja yang dapat menjumpai lelaki mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pada pilihanraya umum Sarawak dahulu Rolls Royce sekali lagi mendapat publisiti meluas apabila pihak pembangkang mengatakan bahawa Tan Sri Taib Mahmud memiliki puluhan buah kereta Rolls Royce dan mempersoalkan sumber kewangannya.

Pihak pro-kerajaan pula menempelak pihak pembangkang yang memainkan isu itu dan mengatakan bahawa kereta Rolls Royce milik Ketua Menteri Sarawak itu hanya kereta yang patut diletakkan di muzium.

Dalam kes ini, yang pertama kereta Rolls Royce sememangnya mempunyai nilai yang tinggi, penulis amat mahir dalam bab ini kerana bapa kepada penulis adalah sebuah penjual kereta antik dan selalu menjual kereta Rolls Royce.

Dakwaan mengatakan bahawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud memiliki puluhan buah kereta Rolls Royce boleh dikatakan benar kerana umum mengetahui bahawa Taib Mahmud sudah 30 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Beliau juga didakwa mempunyai kekayaan yang terlebih banyak hasil syarikat-syarikat yang dipegang anaknya dan dikatakan mempunyai saham di sebuah bank.

Sebuah Rolls Royce Silver Spur sama seperti yang Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim baru sahaja penulis menjualnya, kereta ini dikeluarkan pada tahun 1982 dan dijual dengan harga Rm 170,000 kepada seseorang di Johor.

Bab kata kereta itu patut berada di muzium sememangnya menunjukkan pihak yang mengatakan perkara berkenaan sebagai seorang yang buta kereta. Rolls Royce masih relevan dibawa dijalan-jalan raya dan ia sesuatu yang amat membanggakan.

Penulis tidak hairan jika Tan Sri Taib Mahmud mempunyai banyak buah Rolls Royce jika beliau memang seorang penggemar kereta ataupun seorang collector barangan antik.

Bab mainteinance Rolls Royce memang mahal, terutamanya alat gantinya yang sukar didapati dan sesetengah barang terpaksa dibawa masuk dari luar negara menggunakan e-bay. Kerana jarang anda alat ganti Rolls Royce terumatanya kereta Rolls Royce yang lama.

Interior dalamnya dari dahulu hingga kini akan berasaskan kayu dan jika diperhatikan, kayunya berkilat dan cantik. Selalunya jika hendak menyelenggara interior Rolls Royce seperti kayu tersebut, ia akan dihantar ke Bangkok, Thailand kerana disana sahaja terdapat benda untuk membuat balik kayu.

Sementara itu, caj bagi cukai jalan kenderaan ini pula sememangnya tinggi kerana CC enjinnya amat besar, kebanyakkan tidak kira yang baru ataupun yang lama enjinnya lebih 6 liter. Cuma Rolls Royce IV sahaja 5.7 liter.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari artikel penulis yang terdahulu tentang Cukai jalan Rolls Royce diartikel bertajuk '' Roadtax Rolls Royce " dimana menunjukkan bahawa sebuah Rolls Royce Silver Cloud III berharga Rm16,000.

Lagi benda yang penulis perasan ketika menaiki Rolls Royce adalah anda akan berasa berada tinggi ketika duduk diatas kusyen Rolls Royce. Anda sepatutnya akan nampak benda yang pemandu kereta nampak.

Selain itu, jika anda berada di dalam Rolls Royce anda akan berasa sunyi sepi sebaik sahaja anda menutup pintu kereta anda. Ini kerana interior dalaman Rolls Royce dibuat khas untuk menjadi kalis bunyi bagi keselesaan penumpang yang ingin tidur lena tanpa ganguan bunyi.

Bapa penulis pernah menaiki Rolls Royce Ghost berharga Rm2.08 juta baru-baru ini dan dia katakan bahawa kelajuan Rolls Royce memang agak cantik dan tidak berat mungkin berikutan enjinnya yang besar.

Katanya ada skrin di tengah-tengah dashboard dimana jika anda memandu Rolls Royce, anda boleh lihat kereta anda dari langit. Apa yang dimaksudkannya adalah Rolls Royce boleh mendapat signal dari satelit. Jadi jika terjadi kehilangan maka tiada masalah untuk mencari balik Rolls Royce tersebut.

Malah sistem tersebut juga boleh memudahkan anda untuk parking kereta. Ini kereta sistem tersebut bakal membantu anda mengesan jarak dari kereta belakang dan dari kereta depan. Ini banyak membantu orang kaya meletakkan kenderaan dengan mudah dan selamat.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen