Friday, June 24, 2011

Analisis Bersih 2.0

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih ) sebagai tanda protes dan menuntut pilihanraya yang Bersih diadakan pada pilihanraya depan.

Bersih yang dianggotai oleh tiga tunjang utama iaitu Suara Rakyat Malaysia ( Suaram ), Women's Development Collective ( WDC ) Writers Alliance for Media Independence ( WAMI ) akan melakukan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pada perhimpunan yang lepas di Dataran Merdeka, 10 November 2007 telah disertai oleh 100,000 orang walaupun ia tidak mendapat permit.

Bersih menuntut lapan perkara utama iaitu dengan
  • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan
  • Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda
  • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara
  • Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia
  • Memberi minimum 21 hari berkempen bagi Pilihanraya Umum bagi menjelaskan manifesto mereka
  • Memperkukuhkan institusi awam seperti institusi kehakiman, peguam negara, SPRM, polis dan sebagainya
  • Menghentikan korupsi termasuk pembelian undi
  • Menghentikan politik kotor
Ini adalah antara tuntutan yang diminta oleh Bersih kepada kerajaan. Kebanyakkan mempertikaikan langkah ketika pengundian seperti penggunaan dakwat kekal dan memansuhkan undi pos. Manakala dua lagi tuntutan adalah sewaktu berkempen iaitu penyemakan daftar pemilih dan akses media yang adil kepada semua pihak.

Pertama sekali penulis ingin mengatakan bahawa tuntutan-tuntutan yang diminta oleh Bersih ini boleh dikatakan relevan ini kerana ia boleh membawakan ia ke sebuah reformasi sistem pilihanraya yang lebih telus.

Malangnya pihak Bersih tidak mendapat cukup bukti yang pilihanraya yang telah diadakan lalu adalah tidak adil dan bersih, ini kerana pada pilihanraya yang lepas Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan lima buah kerajaan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan juga Kelantan.

Relevannya tuntutan ini tidak ditunaikan apabila pihak Bersih berjaya membuktikan bahawa pilihanraya yang telah diadakan selama ini tidak adil dan telus. Ini boleh dilihat pada pilihanraya 2008 dimana Barisan Nasional kalah 58 kerusi parlimen dan membuatkan Pakatan Rakyat berjaya menidakkan majoriti 2/3 di Parlimen oleh Barisan Nasional dengan jumlah kerusi 83.

Bahkan pada pilihanraya kecil Pakatan Rakyat telah menang 4 daripada 6 pilihanraya kecil yang diadakan di peringkat parlimen dimana hanya tewas di Hulu Selangor dan Batu Sapi dan menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Sibu.

Manakala di peringkat DUN pula Barisan Nasional hanya memenangi 6 kerusi dari 10 pilihanraya kecil DUN dimana BN menang di Kerdau, Batang Ai, Bagan Pinang, Galas, Tenang dan Merlimau.

Pakatan Rakyat pula menang di DUN Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir. Jika dicampur kesemua pilihanraya iaitu sebanyak 16 pilihanraya, Pakatan Rakyat menang 8 kerusi pilihanraya kecil dan Barisan Nasional menang 8 kerusi.

Ini menunjukkan proses demokrasi di negara Malaysia berlaku dengan adil dan tiada tanda jelas yang menunjukkan bahawa proses di negara kita ini berat sebelah. Bertentangan dengan di Mesir dimana presidennya menang dengan undi memihaknya lebih 90%. Ia merupakan satu penipuan yang jelas terancang kerana tiada kerajaan didunia yang boleh dapat sokongan 90%.

Tuntutan yang diminta oleh Bersih relevan malangnya dengan mengatakan bahawa proses Demokrasi di Malaysia tidak adil adalah tidak relevan sekaligus tidak layak mereka untuk melakukan reformasi pilihanraya.

Jika dianalisis, tuntutan yang pertama mereka untuk menyemak semula daftar pengundi bagi mengelakkan kecacatan atau ketempangan dapat terus memastikan pilihanraya dijalankan dengan sempurna.

Malangnya rasa tiada kes-kes serius yang melibatkan daftar pengundi yang salah seperti mempunyai ramai pengundi disatu-satu alamat. Dimana-mana negara kecacatan seperti ini pasti berlaku cuma patut diminimumkan kecacatan sebegini.

Bab pengundi hantu ini sebenarnya bukanlah sebuah isu yang besar sebenarnya. pengundi hantu ini bermaksud pengundi yang tidak pernah nampak di kawasan itu tiba-tiba mengundi dikawasan tersebut.

Sebenarnya ia bukan merupakan sebuah kesalahan rasa penulis alamat di kad pengenalan mereka memang benar dikawasan tempat mereka membuang undi. Pengundi selalunya dibawa oleh pihak yang bertanding dari luar untuk mengundi mereka di kawasan yang lain.

Contohnya, Kawasan A dimenangi oleh Parti A, dan Kawasan B dimenangi oleh Parti B. Maka untuk memenangkan kawasan A adalah dengan mengimport pengundi dari kawasan B ke kawasan A dengan menukarkan alamat di kad pengenalan. Maka mereka inilah dikategorikan sebagai pengundi hantu.

Bagi pengundi hantu ini bukanlah satu kesalahan tetapi ia satu strategi pihak bertanding untuk memenangi semaksimum yang boleh kerusi yang mereka bertanding. Jadi ia bukanlah satu kesalahan kerana jumlah yang mengundi tetap sama dan pengundi tetap memilih parti yang sama.

Ia juga boleh mengekang cubaan sesetengah pihak yang memberi kad pengenalan kepada warga asing seperti rakyat Thailand untuk mengundi. Perkara ini dikhabarkan pernah berlaku di Perlis, Kelantan dan Kedah tetapi tiada bukti yang boleh menyatakan kebenarannya.

Berpuluh tahun dahulu di Sabah tidak salah penulis Malaysia telah mengupah warga Filipina dan Indonesia untuk mengundi bagi mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan yang sedia ada tetapi ini juga hanya cerita-cerita penulis dengar.

Permintaan yang kedua juga telah dibuktikan keberkesanannya dinegara-negara lain seperti Indonesia dengan mencelup jari kedalam dakwat hitam yang bertahan selama tiga hari. Ini bermaksud setiap pengundi boleh mengundi sekali sahaja.

Di Malaysia perkara ini tidak dipratikkan kerana rakyat kita 10% dari keseluruhan rakyat Indonesia dimana ia amat-amat menyusahkan rakyat kita dengan tangan hitam yang mungkin akan membuatkan pengundi tidak dapat mengambil air sembahyang.

Indonesia menggunakan sistem penggunaan dakwat kekal ini adalah kerana rakyatnya begitu banyak maka mungkin peratusan kecacatan di Indonesia lebih tinggi dari Malaysia dimana tidak mempengaruhi keputusan sesuatu pilihanraya.

Walaubagaimanapun, ia boleh dipertimbangkan kerana pernah dibangkitkan isu ketika dahulu dimana terdapat negeri telah melewatkan waktu akhir membuang undi kerana didakwa menunggu rombongan bas dari negeri lain untuk membuang undi. Maka apa yang ingin dikatakan adalah pengundi tersebut telah membuang undi dua kali di dua negeri berbeza.

Kesahihannya tidak dapat dibuktikan.

Seterusnya pemansuhan undi pos juga ada asasnya kerana pihak pembangkang selalu mengatakan bahawa undi pos hampir keseluruhannya memihak kepada kerajaan. Ini kerana hampir keseluruhannya adalah polis dan anggota tentera selain petugas pilihanraya.

Di blog rasmi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ada menyatakan bahawa anggota tentera pernah memangkah Barisan Nasional kerana pegawainya memerhatikan mereka dari belakang.

Maka disebabkan itulah kadang-kadang undi pos ini dikatakan tidak adil kerana perkara seperti ini. Ada juga yang menyatakan bahawa ketika proses menghantar undi ke pusat pengiraan mereka membuang undi-undi yang memangkah pembangkang.

Juga tidak diketahui kesahihannya.

Akses media yang adil bagi menjelaskan manifesto parti yang bertanding kadang kala jika penulis baca balik adalah permintaan lucu bagi menambahkan lagi permintaan Bersih dari tiga ke empat.

Permintaan yang tak akan ditunaikan dan takkan diminta oleh parti yang berdiri diatas kaki sendiri kerana mana-mana pemerintah pun tidak akan bagi peluang bagi parti lawan untuk berkempen atau bersuara dimedium utama.

Tuntutan ini jika mereka di pihak kerajaan pun mereka tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku tidak kira apa laungan yang dilafazkan seperti frasa 'BEBAS BERSUARA'. Amat bertuah mereka mempunya Suara KeADILan, Harakah, Siasah dan berbagai lagi surat khabar pro mereka.

Minimum 21 hari untuk berkempen pilihanraya bagi memberikan maklumat kepada pengundi untuk menjelaskan manifesto mereka selain memberi tempoh untuk pengundi memilih calon untuk dipangkah pada hari pengundian.

Tindakan memanjangkan tempoh berkempen akan menyusahkan ramai pihak kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi akan dikeluarkan oleh SPR bagi menguruskan perjalanan pilihanraya yang selamat.

Memanjangkan tempoh berkempen sudah semestinya memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk bergerak ke seluruh pelusuk kampung untuk berkempen. Bagi BN, ia adalah perkara biasa kerana mereka mempunyai tenaga selain kewangan yang kukuh.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang dikenali seperti Barisan Nasional yang kadang-kala pemimpin lama juga turut turun padang berkempen. Ini sudah pastinya memberikan Pakatan Rakyat kelebihan untuk memperoleh undi yang tinggi tetapi kemungkinan besar BN akan mengambil pendekatan yang lain dari sistem ini.

Selain itu, terdapat kemungkinan berlaku kekacauan atau huru hara kerana tempoh berkempen terlalu lama. Mungkin juga akan berlaku unsur-unsur sabotaj diantara parti yang bertanding ketika pilihanraya tersebut.

Pegawai-pegawai polis yang bertugas juga akan terpaksa menjalankan tugas dengan lebih lama, dimana ini akan mengurangkan keberkesanan polis dalam hal yang lain. Dan sesetengah kawasan yang didapati kerusi panas, anggota polis akan diimport dari tempat lain untuk ke kawasan kerusi panas.

Memperkukuhkan institusi awam seperti SPRM, Polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan sebagainya dan menjaga hak asasi manusia selain tiada penyalahgunaan kuasa dikalangan kakitangan kerajaan.

Boleh dikatakan ia relevan tetapi penulis pasti yang kerajaan sudah pasti berusaha untuk memperkukuhkan institusi ini. Institusi seperti SRPM dan Kehakiman juga dilihat adil dan tiada tindakan yang berat sebelah berlaku.

Jika dilihat seperti perbicaraan Ketua Pembangkang dimana beliau meminta untuk menangguhkan perbicaraan kerana hal yang remeh temeh diterima. Bahkan perbicaraan tersebut dikatakan perbicaraan yang paling banyak ditangguh di dunia.

Menghentikan korupsi dan menghentikan politik kotor adalah satu permintaan yang jarang dibuat kerana mereka juga mengamalkan cara politik kotor selain salahguna kuasa. Maka adakah ia akan dituntut kerana permintaan ini seumpama '' Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus ''.

Kesimpulannya disini apa yang mereka tuntut memang tidak relevan buat masa ini kecuali supaya menyemak kembali daftar pemilih, tetapi penulis tidak merasa SPR tidak membuat kerja rumah tentang perkara ini.

Buat masa ini dengan kemenangan mereka yang amat besar pada pilihanraya lepas mungkin akan membuatkan ia sebagai satu perkara yang akan merudumkan sokongan mereka dengan tuntutan yang disertai perhimpunan haram.

Mengulas perhimpunan haram yang akan diadakan pada 9 Julai ini bertempat di Kuala Lumpur, penulis merasakan ia satu provokasi oleh pihak Bersih yang sebahagian besarnya pemimpin mereka dari pembangkang untuk membuatkan kerajaan dilabelkan sebagai ganas.

Penulis ingin menulis tentang kesan-kesan yang akan dihadapi oleh Malaysia jika Perhimpunan Haram ini terus diadakan ;

1. Negara akan mengalami kerugian hasil dari perhimpunan haram ini, ini kerana perhimpunan ini dibuat di ibu kota dimana tumpuan seluruh rakyat Malaysia serta tempat wajib datang oleh pelancong asing.

Jika diteruskan juga perhimpunan haram ini, pertama sekali kerugian oleh pemandu teksi seperti yang didakwa di media dimana sebanyak 21,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang akan menjadi mangsa oleh perhimpunan ini, dimana dianggarkan kerugian dialami mereka sebanyak Rm 3,200,000 .

Seterusnya kemungkinan pengusaha-pengusaha di tepi-tepi jalan akan mengalami tempiasnya kerana sudah pastinya mereka tidak berani untuk membuka gerai ketika gelombang kuning melanda tempat mereka.

Sudah semestinya pelancong dari luar negara yang mengetahui tentang perhimpunan yang akan berlangsung di ibu kota akan keluar dari ibu kota kecuali mereka seorang yang journalist, jika mereka beralih ke Pulau Pinang ataupun Johor Bharu ataupun mana-mana pulau itu dikira beruntung.

Tetapi jika mereka ini membatalkan hasrat melawat Malaysia dan pergi ke negara lain, ia amat merugikan negara yang terkenal dengan pusat pelancongan. Sesungguhnya jika pelancong tidak datang kemari maka hampir kesemua rakyat Malaysia terasa tempiasnya dari kedai makan, tempat penginapan, dan operasi pengakutan juga akan terjejas.

Maka ia amat merugikan negara secara langsung jika perhimpunan haram ini terus diadakan. Yang akan menjadi mangsa adalah seluruh rakyat Malaysia yang tidak dapat bersiar-siar di Kuala Lumpur selain periuk nasi sesetengah pihak akan terjejas.

2. Imej Malaysia akan terjejas dek kerana perhimpunan haram ini. Seperti biasa, media-media antarabangsa seperti CNN, BBC, AP dan juga Al-Jazeera akan menyampaikan mesej kepada dunia menyatakan bahawa Malaysia tiada satu perkara yang dilaung-laungkan iaitu '' Kebebasan Bersuara ".

Ini amat-amat memalukan dan seperti biasa, ayat-ayat yang digunakan oleh journalist adalah ayat yang menyakitkan hati dan tidak berpijak dibumi yang nyata. Seperti biasa, agensi berita seperti ini akan memburukkan-burukkan Malaysia dimata dunia seperti mengatakan bahawa kerajaan Malaysia kejam.


Perhatikan kata-kata yang dikeluarkan oleh journalist dari Al-Jazeera bernama Hamish MacDonald ketika perhimpunan Bersih pada 2007 dimana ia mengambarkan kepada dunia bahawa Malaysia telah menyembur bahan kimia kepada rakyat sendiri. Lihat sendiri tajuknya '' POLICE FIRE CHEMICALS ON THOUSANDS OF PRO-DEMOCRACY ACTIVIST IN KUALA LUMPUR ".

Itulah yang kata-kata seorang journalist untuk memburuk-burukkan Malaysia dimata dunia dengan perhimpunan seperti ini, sekali lagi mereka dapat memberitahu dunia bertapa zalimnya kerajaan Malaysia ini.

Bagi penulis ia amat-amatlah memalukan sebagai rakyat Malaysia melihat perhimpunan seperti ini yang sekali lagi memalukan Malaysia dimata dunia. Laporan-laporan tidak tepat juga akan membuatkan pelancong untuk lari dari Malaysia seperti mana yang berlaku di Thailand dimana ketika kumpulan baju merah berkampung di bandar raya Bangkok yang telah menjejaskan industri pelancongan Thailand.

3. Kumpulan-kumpulan yang hadir ke perhimpunan ini juga akan terasa kesannya iaitu mereka akan pulang dengan mata yang pedih oleh kerana terkena gas pemedih mata yang dilepaskan Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) untuk meleraikan perhimpunan ini.

Itu jika bernasib baik hanya kena gas pemedih mata, jika nasib tak baik mungkin melambung anda kerana disembur oleh Water Cannon atau Meriam Air mungkin terkena kepada sesiapa yang bernasib malang.

Jikalau nak merasa bagaimana kena dengan meriam air bolehlah dengan berdiri di depan trak FRU. Tetapi jika jatuh patah gigi jangan salahkan kerajaan aniaya rakyat sendiri.

Itu kalau bernasib malang, kalau yang jatuh ditimpa tangga lagi tak boleh bangun seperti kena balun dengan belantan oleh pihak FRU. Pasti perasaan membuak-buak rasa benci dengan kerajaan kerana pernah mengarahkan FRU untuk pukul dirinya.

4. Masalah disebabkan oleh penyertaan Pertubuhan Pribumi Perkasa ( Perkasa ) dan Pemuda UMNO Malaysia akan menambahkan lagi kerumitan ini kerana pasti jumlah manusia yang akan masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bertambah dengan pertambahan dua lagi kumpulan berpengaruh di Malaysia.

Perkara ini perlu diambil serius kerana ia boleh mencetuskan rusuhan diantara puak Bersih, Pemuda UMNO dan Perkasa. Malangnya Ketua Pemuda UMNO pergi ke Gaza mungkin lari dari demo ini.

Salah satu sebab mengapa Bersih 2.0 ini patut dielakkan kerana kemungkinan akan berlaku pertembungan diantara tiga kumpulan ini yang bakal mungkin melibatkan pertumpahan darah. Ini kerana penulis merasakan bahawa ada segelintir pihak dalam perhimpunan ini terlalu ekstrem.

Ia amat-amat membimbangkan penulis kerana perhimpunan ini disertai hampir majoritinya orang Melayu dan kemungkinan orang India akan sertai juga. Tiada NGO Cina tampil ingin menyertai perhimpunan ini.

Selamat sedikit kerana pastinya tiada rusuhan kaum bakal berlaku namun perpecahan diantara umat Islam bakal menjadi semakin dalam oleh kerana tindakan-tindakan seperti ini yang menguntungkan sesetengah pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap perpecahan orang Melayu.

5. Bandaraya KL menjadi kotor kerana perhimpunan ini selain akan meningkat kos pembersihan untuk membersihkan bandaraya. Jika perarakan itu tidak aman dan berlaku kejadian tidak diingini seperti membaling batu, pastinya ia akan lebih teruk lagi seperti pecahnya cermin tingkap kereta, tingkap bangunan dan sebagainya.

Cukuplah lima kesan yang penulis nyatakan diatas tersebut kemungkinan akan jadi pada perhimpunan kali ini.

Penulis tidak mahu cakap panjang lebar tentang pemimpinnya iaitu Ambiga Sreenevasan yang dikaitkan dengan kes murtad Lina Joy selain mendapat pengiktirafan oleh Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Terdapat juga kaitan Ambiga ini dengan pertubuhan antarabangsa yang telah menyalurkan sejumlah Rm 2,700,000 untuk menjayakan misi ini yang dinamakan National Democratic Institute dan National Endowment Democracy.



Manakala Anwar Ibrahim yang menawarkan Dato' Seri Najib supaya memberi jaminan pilihanraya yang bersih dan adil diadakan pada PRU-13 dan dia akan memujuk Ambiga supaya membatalkan perhimpunan Bersih tersebut.

Jika diikutkan dengan apa yang Dato' Seri Najib katakan dengan menyeru supaya tidak terlibat dengan perhimpunan itu dan menggesa supaya perhimpunan ini dibatalkan menunjukkan yang Anwar Ibrahim mempunyai satu benda yang Najib tidak mahu.

Tetapi Anwar inginkan sesuatu yang Najib tidak beri. Maka jika diikutkan Dato Najib akan menyambut tawaran Anwar itu untuk tidak menjayakan perhimpunan Bersih ini. Namun orang politik bukanlah seorang yang bodoh.

Jika Dato Najib memberi jaminan yang PRU-13 akan diadakan dengan Bersih. Maka apa yang akan dimaksudkan oleh rakyat adalah selama ini Pilihanraya yang diadakan adalah tidak bersih. Justeru akan menuntut satu benda lagi.

Jadi apa tindakan yang Dato Najib akan lakukan adalah tidak akan menyahut tawaran Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai pengaruh yang tinggi dalam Bersih ini bagi mengelakkan salah sangka diantara rakyat.

Kesimpulannya disini adalah perhimpunan Bersih ini diadakan adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan dimata dunia. Ini kerana Bersih juga telah mengajak kesemua rakyat kita berdemo di hadapan kedutaan Malaysia diluar negara.

Selain ia juga salah satu strategi Pakatan Rakyat berkempen bagi pilihanraya akan datang dengan berharap anggota keselamatan melakukan keganasan kepada mana-mana peserta dalam perhimpunan Bersih.

Pemerhati dan khabar angin mendakwa yang pilihanraya umum akan diadakan lewat tahun ini dan kemungkinan juga bulan 11 ini kerana Dato Najib menyukai angka 11 seperti mana Pak Lah yang memilih tarikh pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 kerana meminati angka lapan.

Budaya berdemonstrasi ini bukanlah budaya Malaysia tetapi budaya Barat. Jadi jika perkara yang tidak diingini berlaku pasti ada pihak akan bertanggungjawab. Jadi tidak perlulah sertai demo seperti ini kerana kemungkinan perkara tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen