Monday, May 2, 2011

Konspirasi Amerika bunuh Osama


Disahkan oleh Al-Qaeda bahawa Osama bin Laden terbunuh dalam serangan yang dilakukan komando khas pasukan SEAL. Kematian Osama telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan kematian Osama sejurus operasi itu.

Kematian Osama pada mulanya masih dianggap sebagai satu propaganda ini kerana dakwaan bahawa Osama sudah mati sudah berkali-kali dilaporkan tetapi tiada pengesahan namun selepas pengesahan Al-Qaeda telah mematikan hujah bahawa pengumuman Obama satu pembohongan.

Osama dibunuh apabila unit khas SEAL menggempur kediamannya di Abbottabad menyebabkan lima orang terbunuh termasuk Osama, seorang anaknya , Hamza dan juga 2 orang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai utusan Osama.

Serangan terbabit juga menyebabkan dua orang tercedera dan salah seorangnya adalah isteri ke-5 Osama dimana kini ditahan oleh polis Pakistan.

Operasi ini yang dilaporkan terlalu rahsia telah menyebabkan pentadbiran Pakistan berang kerana operasi ini dilakukan tanpa pengetahuan mereka. Menyebabkan dua negara ini bertelagah dalam isu hak penahanan isteri Osama.

Selepas operasi itu dilancarkan, sekeping gambar dipercayai gambar Osama dibunuh telah tersebar dimana pada akhirnya disahkan bahawa gambar terbabit adalah palsu. Persoalannya adalah mengapa PENTAGON tidak memberikan kenyataan berhubung gambar terbabit.

Tetapi kemudiannya mereka menyatakan bahawa gambar kematian Osama terlalu ngeri menyebabkan AS takut akan tindak balas pelampau ataupun puak radikal Osama. Obama memutuskan agar gambar tersebut tidak diedarkan kepada umum.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad dalam kenyataannya pula menyelar tindakan yang dilakukan oleh komando SEAL apabila membunuh Osama dan pengikutnya dimana Tun Mahathir menggelarkan mereka yang terlibat adalah satu tindakan tidak bertamadun.

Ini kerana dalam rumah tersebut dipercayai hanya seorang sahaja memiliki senjata dan yang selebihnya adalah tidak memiliki senjata. Pihak SEAL rasanya tidak perlu membunuh Osama kerana dilaporkan Osama tidak memegang senjata.

Adakah suatu masalah bagi anggota yang dikatakan elit dimana mempunyai latihan khas untuk membunuh seorang lawan dimana mereka semestinya mereka tidak semahir anggota SEAL untuk menggunakan senjata.

Jika difikir secara relevan, manusia yang memegang senjata sahaja akan berada di tepi tingkap untuk menembak menggunakan senapang mereka dimana manusia yang tidak mempunyai senjata akan mencari tempat perlindungan ataupun membantu penembak memberikan peluru atau sebagainya.

Dalam konteks ini, Osama dipercayai tidak mempunyai senjata dan hanya seorang utusannya sahaja yang memegang senjata. Mustahil manusia yang memegang senjata itu tidak dibunuh oleh anggota SEAL. Tiada masalah untuk mereka menangkap Osama dalam keadaan yang masih hidup.

Dilaporkan juga bahawa Osama telah ditembak di kepala ini menunjukkan bahawa tentera AS sememangnya berniat untuk membuh Osama bukan untuk menangkap Osama jika benar mereka mencari maklumat dalam kempen ''War on Terror''. Sesungguhnya tindakan tentera AS adalah amat tidak bertamadun sekali.

Sedarkah anda bahawa beberapa hari sebelum operasi ini diumumkan, Wikileaks ada mengeluarkan fail dari Teluk Guantanamo dimana mempunyai maklumat-maklumat yang diambil oleh tahanan disana.

The militant group al-Qaeda claims to have nuclear weapons and did not hesitate to use them if their leader, Osama bin Laden captured or killed by the United States. Not yet known exactly where al-Qaeda’s nuclear weapons are stored, but are found in Europe.

This was revealed by the results of interrogations of al-Qaeda prisoners at Guantanamo who leaked secret data on the site Leaks, WikiLeaks, as reported by the pages of The Telegraph, Monday, April 25, 2011.

Nuclear al-Qaeda terror conveyed by Khalid Sheikh Mohammed, the operational commander of al-Qaeda who were detained at Guantanamo and will stand trial this year for his role as the mastermind of the attacks 11 September 2001. He said that they had a hidden nuclear facility somewhere in Europe.

Muhammed said that they would detonate it if Osama bin Laden captured or killed. He explained that al-Qaeda will launch an attack “nuclear hell” in the entire world if that happened.

This is not an empty threat, according to the WikiLeaks documents, U.S. intelligence has revealed nuclear experiments purchase of raw materials by al-Qaeda. It is estimated that this militant group also has the uranium, forming the main ingredient of nuclear power.

Muhammed also reveals that al-Qaeda had planned a massive assault on the major countries in Asia, Africa, USA, and England. Most of the planners attack has the now become the prisoners at Guantanamo.

“The prisoners have various plans for attacks against U.S., allies, and various interests around the world. They plan to make U.S. citizens suffer, especially in economic terms, which will also change the order of U.S. political policies,” said Muhammed.

WikiLeaks documents are distributed in the pages of The Telegraph, Washington Post, and several major daily of the world has revealed the results of interrogations at Guantanamo for more than 10 years consisting of thousands of documents.

Guantanamo prison opened in January 2002 in a U.S. military base in Cuba. In this prison was detained hundreds of suspected terrorists without first undergoing court proceedings. Because the methods of interrogation which was considered cruel, prison is reaping a lot of criticism.

President Barack Obama in his presidential election campaign had promised to close Guantanamo. However, until now he has not been able to do it - http://icwnews.com/hot-news/1790/wikileaks-al-qaida-has-nuclear-weapons.html

Antara yang menarik perhatian penulis adalah petikan Muhammed said that they would detonate it if Osama bin Laden captured or killed. He explained that al-Qaeda will launch an attack “nuclear hell” in the entire world if that happened.

Kandungan fail ini amat menarik perhatian apabila salah seorang suspek yang ditangkap AS di Teluk Guantanamo telah menyatakan bahawa jika Osama bin Laden terbunuh atau ditangkap, Al-Qaeda akan melancarkan nuklear diseluruh pelosok dunia.

Ini mungkin kebetulan ataupun sudah dirancang dimana artikel ini diterbitkan pada 25 April, 2011. Apakah maksud yang tersirat dalam artikel ini dari Teluk Guantanamo.

Adakah penangkapan Osama ini akan menyebabkan perang nuklear berlaku apabila pengikut Al-Qaeda menyatakan bahawa mereka akan melancarkan nuklear untuk membentuk neraka nuklear didunia ini.

Mungkinkah ini salah satu cara mereka untuk memusnahkan negara-negara Islam yang tidak sehaluan dengan mereka seperti Iran. Kemungkinan juga mereka akan menyerang Iran dengan alasan Iran menyimpan senjata nuklear ataupun bersubahat dengan Al-Qaeda.

Tindakan sedemikian telah dilakukan oleh Amerika Syarikat di Iraq dimana AS mendakwa bahawa Saddam menyimpan Weapon Mass Destruction ( WMD ) ataupun Senjata Pemusnah Besar-besaran namun apabila diperiksa tuduhan itu salah sama sekali.

Selepas pembunuhan Osama bin Laden, harga minyak mentah telah menurun dengan alasan ancaman Al-Qaeda telah terhapus ( lain bagi Malaysia menaikkan harga minyak RON 97, 20 sen ).

Ini secara tak langsung bakal mengukuhkan lagi ekonomi Amerika yang telah merudum apabila krisis ekonomi 2007. Serangan di Libya dimana AS cuma mengambil alih pentadbiran Libya juga adalah salah satu tindakan AS untuk mengukuhkan ekonominya apabila menggunakan pemberontak Libya sebagai barisan utama.

Perkara ini terbukti apabila Barat telah menghantar bekalan makanan selain kelengkapan-kelengkapan perubatan terhadap pemberontak. Sementara tuduhan menyatakan bahawa Gaddafi membunuh orang awam suatu tidak boleh diterima apabila rakyat Libya telah dihantar ke pusat pemindahan yang selamat.

Selain itu, penulis mengesyaki bahawa Presiden Barack Obama terdesak untuk mempertahankan jawatannya apabila selebriti terkenal yang juga Billionaire hartanah, Donald Trump telah mula berkempen bagi merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Tindakan ini bagi mengelakkan kontroversi yang telah didedahkan oleh Donald Trump yang mempertikaikan kerakyatan Obama sebagai rakyat Amerika Syarikat dengan mengeluarkan surat beranak Obama. Mengikut perlembagaan AS, sesiapa yang lahir di AS sahaja layak menjadi Presiden.

Satu perkara lagi tentang pembunuhan Osama adalah kerana Obama tidak dapat menunaikan janji pilihanraya yang lepas dimana Obama berjanji untuk menutup kem penahanan Teluk Guantanamo yang menangkap sesiapa sahaja yang dipercayai pengganas.

Pembunuhan Osama dilaporkan salah satu punca maklumatnya adalah salah seorang pengganas yang ditangkap didalam tahanan Teluk Guantanamo. Ini agak membuatkan rakyat AS berfikir bahawa jika Teluk Guantanamo ditutup maka Osama tidak mati ini kerana sumber maklumatnya dari sana.

Ini menunjukkan bahawa Obama terdesak untuk terus menduduki jawatan Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua. Sejurus kematian Osama, populariti Obama meningkat 9% dari 47 % ke 56% .

Begitu juga dengan George W. Bush apabila sokongan terhadapnya oleh rakyat AS meningkat selepas penangkapan Saddam Hussein menyebabkan George W. Bush layak memegang sepenggal lagi jawatan Presiden Amerika.

Jadi pembunuhan Osama bin Laden sedikit sebanyak telah membantu kempen Barack Obama dalam misinya untuk memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua.

Sedikit sebanyak operasi ini yang mengorbankan Osama telah menguntungkan Amerika dari segi ekonominya dimana harga minyak menurun dan juga kepada Obama ia satu cara kempen untuk meningkatkan sokongan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen