Monday, May 9, 2011

125 Tahun Inovasi Mercedes Benz

Pada 8 Mei, 2011 Mercedes Benz telah mengadakan sambutan ulangtahun penubuhan Mercedes di Palace of Gorden Horses Mines Wonderland dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Penulis turut serta ke sambutan tersebut dimana menampilkan kereta-kereta Mercedes sepanjang zaman.

Mercedes Benz yang ditubuhkan 125 tahun dahulu, pada tahun 1886 oleh Karl Benz dan Gottlieb Daimler dibantu oleh Wilhelm Maybach di Mannheim, Jerman.

Ratusan buah kereta keluaran Mercedes mengambil bahagian dalam concours, syaratnya mengikut pemerhatian penulis adalah kereta-kereta Mercedes model lama, model baru kebanyakkan hanya dipamerkan sebagai salah satu cara promosi.

Antara kenderaan yang paling menarik perhatian penulis ketika kesana adalah Mercedes-Benz SLR McLaren yang harga asasnya lebih kurang Rm1.2 juta. Kereta tersebut ketika dipamerkan masih diletakkan trade plate bermaksud masih belum didaftarkan.

Salah sebuah kereta yang paling berprestij yang pernah dibina oleh Mercedes-Benz iaitu Mercedes 600 telah dipamerkan diconcours tersebut. Kereta ini pernah dipakai oleh selebriti-selebriti terkenal dari serata dunia antaranya Hugh Hefner ( tauke majalah playboy ), John Lennon ( ahli kumpulan The Beattle ), Elvis Presley, Rowan Atkinson ( Mr. Bean ), Fidel Castro ( bekas pemerintah Cuba ), Pol Pot ( diktator Kemboja ), Kim Jong-il ( pemerintah agung Korea Utara ), Saddam Hussein ( Perdana Menteri Iraq ) dan Sukarno ( bekas Presiden Indonesia ).

Mengikut pengalaman yang penulis lalui, kereta Mercedes 600 di Malaysia penulis hanya jumpa sebuah sahaja dan Mercedes tersebut adalah yang penulis lihat di concours ini. Sebenarnya sudah beberapa kali penulis melihat Mercedes 600 ini kerana penulis pernah bersama-sama mengikuti konvoi kereta klasik dan pemilik kereta ini terlibat.

Gambar selebihnya penulis akan menerbitkan sebuah lagi artikel penuh dengan gambar

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen