Tuesday, May 10, 2011

Gambar 125 Tahun Inovasi Mercedes-Benz

Mercedes Benz SLS AMG GullWing adalah salah kereta paling berjaya pernah direka Mercedes


Sebuah kereta ini berharga Rm1,999,999


Salah satu kebanggaan kereta ini adalah pintunya dimana jika diangkat ia membentuk seperti sayap



Sebuah kereta SLS AMG yang dicat warna chrome

Interior dalam SLS AMG ini yang kelihatan serba mewah


Saiz enjinnya sebesar 6208 CC dan mempunyai kuasa kuda sebanyak 572 kuasa


Mercedes 600 yang penulis perasan hanya ada satu di Malaysia


Pandangan dari belakang Mercedes 600


Ruang belakang yang agak luas mengikut pemerhatian penulis


Papan Pemuka


Sebuah limosine yang diambil dari model W140






Mercedes SLR ini dikeluarkan dengan kerjasama McLaren

Harga bagi sebuah Mercedes SLR ini lebih Rm2,000,000

Tempat duduk yang kemas kelihatan penuh dengan ciri keselesaan


Interior dalaman SLR

Saiz CC ini kereta ini adalah 5.4 liter dan mempunyai 617 kuasa kuda


Pandangan dari hadapan S 350 L



Harga Rm835,888,000 sebuah S 350 L


Kereta milik Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong model S500 L
Harganya dianggarkan lebih kurang Rm1,100,000




Mempunyai reka bentuk yang serupa namun C 300 ini tidak mempunyai bonet belakang

Mercedes C 300 Estate pada asalnya adalah C 300 tetapi model ini diwagonkan

Pandangan dari hadapan SL300 yang berharga lebih Rm800,000

SL 300 ini mempunyai 231 kuasa kuda dengan CC sebesar 3.0litre



SUV ML 350 yang diupgrade dengan AMG

Harga sebuah SUV ini berharga Rm 555,880


Pandangan dari belakang ML 350






Mercedes 300 SL GullWing



Mercedes W111 yang dikeluarkan pada tahun 1963








Mercedes W113 telah dikeluarkan oleh pada tahun 1963




Mercedes W128 yang dikeluarkan pada tahun 1959



Monday, May 9, 2011

125 Tahun Inovasi Mercedes Benz

Pada 8 Mei, 2011 Mercedes Benz telah mengadakan sambutan ulangtahun penubuhan Mercedes di Palace of Gorden Horses Mines Wonderland dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Penulis turut serta ke sambutan tersebut dimana menampilkan kereta-kereta Mercedes sepanjang zaman.

Mercedes Benz yang ditubuhkan 125 tahun dahulu, pada tahun 1886 oleh Karl Benz dan Gottlieb Daimler dibantu oleh Wilhelm Maybach di Mannheim, Jerman.

Ratusan buah kereta keluaran Mercedes mengambil bahagian dalam concours, syaratnya mengikut pemerhatian penulis adalah kereta-kereta Mercedes model lama, model baru kebanyakkan hanya dipamerkan sebagai salah satu cara promosi.

Antara kenderaan yang paling menarik perhatian penulis ketika kesana adalah Mercedes-Benz SLR McLaren yang harga asasnya lebih kurang Rm1.2 juta. Kereta tersebut ketika dipamerkan masih diletakkan trade plate bermaksud masih belum didaftarkan.

Salah sebuah kereta yang paling berprestij yang pernah dibina oleh Mercedes-Benz iaitu Mercedes 600 telah dipamerkan diconcours tersebut. Kereta ini pernah dipakai oleh selebriti-selebriti terkenal dari serata dunia antaranya Hugh Hefner ( tauke majalah playboy ), John Lennon ( ahli kumpulan The Beattle ), Elvis Presley, Rowan Atkinson ( Mr. Bean ), Fidel Castro ( bekas pemerintah Cuba ), Pol Pot ( diktator Kemboja ), Kim Jong-il ( pemerintah agung Korea Utara ), Saddam Hussein ( Perdana Menteri Iraq ) dan Sukarno ( bekas Presiden Indonesia ).

Mengikut pengalaman yang penulis lalui, kereta Mercedes 600 di Malaysia penulis hanya jumpa sebuah sahaja dan Mercedes tersebut adalah yang penulis lihat di concours ini. Sebenarnya sudah beberapa kali penulis melihat Mercedes 600 ini kerana penulis pernah bersama-sama mengikuti konvoi kereta klasik dan pemilik kereta ini terlibat.

Gambar selebihnya penulis akan menerbitkan sebuah lagi artikel penuh dengan gambar