Friday, April 1, 2011

Serangan Libya : Pentagon amalkan Sistem Double Standard

Sudah lebih sebulan pemberontakan berlaku di Libya tetapi pemberontak di Libya masih gagal dalam usaha menggulingkan pemerintah mereka, Muammar Gaddafi. Berbeza dengan negara-negara yang lain hanya memerlukan beberapa hari sahaja seperti di Mesir dimana Presiden Hosni Mubarak hanya bertahan 16 hari sahaja kebangkitan rakyat.

Manakala Zine El Abidine Ali Presiden dari Republik Tunisia hanya bertahan selama 26 hari selepas demonstrasi oleh rakyat Libya yang menyebabkan Zine El Abidine Ali terpaksa lari dari negaranya untuk menjamin keselamatannya.

Libya negara yang mempunyai simpanan minyak yang terbesar di Afrika dan yang ke-9 terbesar di dunia telah diserang oleh tentera bersekutu dan kemudiannya diajak negara-negara Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) untuk menyertai serangan keatas Libya.

Dengan menggunakan alasan sebagai melindungi rakyat Libya yang didakwa diserang oleh Gaddafi, sejajar dengan Resolusi 1973 Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam di Libya.

Operasi yang dinamakan 'Operation Odyssey Dawn' ini bermula pada 19 Mac apabila tentera-tentera bersekutu melepaskan lebih 100 biji peluru berpandu Tomahawk kearah pangkalan tentera milik penyokong Gaddafi.

Pada hari yang berikutnya serangan demi serangan terus dilakukan bagi melumpuhkan sistem pertahanan udara tentera Libya bagi membolehkan pemberontak meneruskan misi mereka menawan bandar-bandar strategik seperti Sirte dan Ras Lanuf.

Namun selepas kemaraan mereka ke bandar Ras Lanuf itu tentera yang taat kepada pemerintah Libya kembali merampas Ras Lanuf dari pemberontak yang dipercayai Al-Qaeda bagi mengelakkan mereka terus mara ke tempat penyokong Gaddafi berhimpun.

Tindakan pemberontak yang dipercayai kebanyakkannya adalah askar Gaddafi yang berpaling tadah ini diragui kerana serangan-serangan yang dilakukan oleh pihak Gaddafi begitu senang untuk menghambat mereka keluar dari kota yang mereka kuasai.

Sekaligus menunjukkan bahawa mereka ini tidak mempunyai sistem pertahanan yang kukuh selain tidak mempunyai perancangan yang baik untuk meneruskan pemberontakan mereka bagi menggulingkan Gaddafi.

Jelas perkara ini tidak semestinya berlaku kepada tentera-tentera Gaddafi yang masih lagi mampu bertahan walaupun diserang dari udara dan pemberontakan dari darat. Jika benar pemberontak adalah askar yang berpaling tadah, mustahil tiada pelan untuk serangan. Serangan yang dilakukan oleh pemberontak ini menunjukkan mereka ini menggunakan teknik perang gerila.

Kata-kata Muammar Gaddafi kemungkinan ada benarnya kerana jika benar rakyat mahu menggulingkan rakyat, tidak perlu kuasa luar masuk campur hal ehwal dalaman Libya dimana boleh diibaratkan mencurah minyak kedalam bara api.

Jika kita lihat kembali di Mesir tidak ramai rakyatnya mati kerana mereka benar-benar berdemonstrasi menunjukkan ketidakpuasanhati mereka terhadap pemimpin mereka menyebabkan Hosni Mubarak melarikan diri begitu juga dengan situasi di Tunisia.

Tindakan Gaddafi masih mengekalkan tampuk pemerintahannya adalah untuk mengelakkan perpecahan berlaku kerana beliau percaya bahawa beliau seorang sahaja manusia yang dapat mengelakkan Libya berpecah belah yang bakal mencetuskan perang saudara.

Tentera Gaddafi yang diserang oleh dua pihak walaubagaimanapun tidak berdepan masalah dan masih dapat mengekalkan penguasaan mereka di wilayah yang mereka sedang kuasai sambil menghambat keluar pemberontak dari kota mereka.

Pemberontak Libya yang dikatakan Al-Qaeda telah mengelirukan mata dunia dengan menangkap beberapa duta dari negara Barat bagi mengelakkan mereka dituduh ditaja oleh negara-negara Barat untuk menjatuhkan Gaddafi.

Kesediaan barat untuk memberikan senjata kepada pemberontak bagi menghalang tentera Gaddafi dari terus menguasai Libya pasti mempunyai agenda tertentu seperti menjatuhkan Muammar Gaddafi dari terus menjadi pemimpin Libya ataupun membolot hasil minyak Libya.

Media negara ini baru-baru ini melaporkan bahawa pemberontak yang menentang Gaddafi telah menawarkan gencatan senjata kepada Muammar Gaddafi dengan syarat Gaddafi perlu mengundurkan kesemua askarnya dari semua bandar dan menghormati hak rakyat Libya.

Walaubagaimanapun kerajaan Gaddafi berkata bahawa tawaran itu tidak ikhlas kerana Gaddafi terlebih dahulu menawarkan gencatan senjata tetapi pihak pemberontak tidak mempedulikan tawaran Gaddafi tersebut.

Alasan NATO dan Amerika Syarikat dimana serangan dilakukan ke atas Libya adalah untuk menjamin keselamatan orang awam jelas tidak dapat diterima sama sekali ini kerana perkara yang sama berlaku di Bahrain.

Namun tiada apa-apa tindakan diambil oleh Amerika Syarikat bahkan membenarkan tentera jiran untuk datang menghalang demonstrasi yang diadakan oleh rakyat Bahrain. Pembunuhan berlaku di merata-rata tempat bahkan di hospital sendiri kerana menentang kerajaan.

Gambar-gambar ganas oleh tentera-tentera Bahrain terhadap kebangkitan rakyat boleh dilihat di blog Faisal Tehrani [ klik sini ].

Sudah terang lagi bersuluh tentang ketidakadilan Amerika Syarikat kepada dunia. Namun apa tindakan diambil oleh pemimpin-pemimpin dunia yang lain, ada yang mengambil sikap berdiam diri ada juga yang mengambil sikap berkecuali.

Sepatutnya jika benar Amerika Syarikat ingin menjadi polis dunia yang adil bukan masa ini untuk mereka menunjukkan terhadap dunia bahawa mereka pencinta keamanan tetapi pada serangan Zionis terhadap Gaza lagi, namun apakah yang mereka lakukan?

Tidakkah anda lupa bahawa Israel terbukti menggunakan Phosphorus Putih terhadap orang awam di Gaza bagi membunuh orang awam. Tahukah Phosphorus putih itu asap putih yang keluar selepas letupan bunga api dimana boleh membawa maut kepada sesiapa yang terhidu namun tiada tindakan diambil.

Justeru ia jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Barat mempunyai kepentingan tertentu dalam sesuatu misi yang mereka lakukan bukan untuk menyelamatkan rakyat Libya yang diserang.

Malah alasan sedang menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan 1976 itu bagai satu helah Barat untuk menceroboh Libya bagi menggulingkan Muammar Gaddafi kerana laporan mengatakan bahawa orang awam dan kanak-kanak juga terkena bedilan tentera Barat.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa Barat tidak ikhlas untuk menyelamatkan orang awam tetapi lebih kepada menghancurkan pertahanan Libya yang setia kepada Gaddafi.

Setiap hari kita dimomokan oleh media Malaysia dimana mereka sendiri menggunakan media barat sebagai medium untuk menyampaikan kepada rakyat Malaysia telah ditipu dimana Gaddafi dilabelkan sebagai pemimpin yang diktator.

Moussa Koussa baru-baru ini telah berpaling tadah apabila meletak jawatan sebagai Menteri Luar dan telah lari ke Britain bagi membantu Britain menyiasat kes pengeboman Lockerbie yang dikatakan didalangi oleh Gaddafi.

Namun perkara ini rasanya tidak menjadi masalah yang besar kepada Gaddafi kerana sebelum ini dikatakan ramai pemimpin Libya telah berpaling tadah tetapi tiada sebarang kelemahan dapat dilihat hasil dari mereka yang membelot.

Pemerhatian penulis tentang krisis di Libya ini amat memeningkan kepala penulis untuk meletakkan kesimpulan dari serangan NATO dan serangan pemberontak terhadap Muammar Gaddafi.

Penulis berpendapat bahawa serangan NATO ini sebenarnya ingin memusnahkan keseluruhan tentera Gaddafi bagi memberi laluan kepada pemberontak mengambil alih pentadbiran Libya secara keseluruhan.

Secara tidak langsung jika perkara ini benar-benar berlaku pemberontak akan terhutang budi terhadap Barat dan seperti biasa, Libya akan menjadi salah satu lagi negara proksi Amerika Syarikat.

Sudah tentunya peluang sebegini tidak dilepaskan oleh Barat kerana Libya kaya dengan minyak, jika Barat dapat menawan Libya kemungkinan besar ekonomi Amerika yang sedang merosot dapat diselamatkan selain mereka dapat mengawal harga minyak mentah di pasaran global.

Penulis berpendapat jika NATO dan pemberontak bekerjasama dan mereka tidak menumpaskan Gaddafi ia satu kemenangan besar buat Gaddafi kerana dapat terus mengekalkan kuasanya sebagai pemimpin Libya.

Cuma ada beberapa perkara sahaja yang dapat menjatuhkan Muammar Gaddafi dari terus menjadi pemimpin Libya iaitu dengan terus membunuh Gaddafi dan yang kedua dengan kuasa ketenteraan.

Tetapi jika Barat kalah dengan cara menggunakan kuasa ketenteraan mereka, bermaksud cuma dengan tindakan membunuh Gaddafi sahaja dapat menjatuhkan beliau kerana sudah banyak kali Libya diserang tetapi Gaddafi kekal kukuh ditempatnya.

Kesimpulannya disini adalah jika tentera Barat berjaya melumpuhkan sistem ketenteraan Gaddafi dan menghalang Gaddafi menguasai bandar di Libya, bermakna pemberontak akan menang tetapi jika NATO tidak berjaya menghancurkan sistem pertahanan Libya, pemberontak akan terus dihambar keluar dari Libya.

1 comment:

  1. kalau sudah DAJJAL mesti tolong cucu cicit DAJAL ZIONIST.
    KITA islam TIDAK BERSATU DAN INI LAH JADI NYA...
    PERINGATAN DARI AL QURAN DAN HADIS NABI SUDAH TERNYATA DAN TERBUKTI..
    WASSALAM

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen