Sunday, April 24, 2011

Menceroboh Istana Darul Ehsan

Ampun beribu-ribu ampun kerana hamba tidak sudah lama tidak mengupdate blog hamba ini. Bukannya sengaja hamba tidak mengupdate tetapi kerana kekangan masa hamba dan juga tiada buah fikiran yang menarik itu hamba mengarang tulisan.

Semalam hamba berhajat untuk berangkat ke rumah rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana malangnya rumah terbabit tutup jam 3.00 petang dan hamba sampai 2-3 minit lewat. Menyebabkan hamba tidak dibenarkan masuk untuk melihat perkarangan Seri Perdana.

Selepas itu, hamba bersiar-siar sekitar Putrajaya dan ke tempat-tempat yang menarik antaranya Istana Melewati dan Shangri-La hotel . Tetapi tiada angle-angle menarik untuk hamba mengambil gambar jadi impian hamba terkubur disitu.

Selepas itu, hamba ternampak sebuah singgahsana yang terletak di tepi tasik dimana istana itu mempunyai bendera Negeri Selangor, maka hamba pun tergerak hati untuk melihat dengan lebih dekat istana tersebut.

Hamba pun terus ke sana dan melihat pemandangan depan istana Darul Ehsan itu. Dari situ hamba melihat pegawai istana sedang memerhatikan hamba maka hamba pun lari ke belakang unuk menceroboh istana tersebut.

Bawah inilah gambar-gambar yang sempat hambar ambil ketika mence
roboh istana tersebut ;





















































































































Hamba sebenarnya tak ceroboh cuma mengambil gambar sahaja di Istana Darul Ehsan nieh... Susah nak masuk Istana ni sebab banyak guard dok jaga sekeliling tembok istana ini. Sekali dia ketik, tak mahu rasa dah...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen