Saturday, March 12, 2011

Kawalan Tentera bila Pemimpin Bertemu

Pagi 31 Ogos 2012

Sebuah kereta Jaguar berhenti dihadapan tempat masuk di Dataran Parlimen dan pintu belakangnya dibuka oleh seorang anggota polis yang bertugas. Diekori oleh beberapa kereta seperti BMW dan Mercedes.

Berkibar megah bendera negara masing-masing yang diletakkan disebelah kiri bonet menunggu masa untuk menghantar bos-bos mereka untuk menghadiri Sambutan Kemerdekaan kali ke-54 di Dataran Parlimen.

Selepas kesemua duta ini meninggalkan kenderaan, tiba pula sebuah kereta Proton Perdana bewarna hitam sambil tertera sebuah tanda di plat kenderaan menunjukkan tanda bintang yang membawa maksud kenderaan itu dinaiki oleh seorang jeneral askar.

Selepas lebih 10 buah kereta yang membawa jeneral askar ini beredar selepas menurunkan jeneral-jeneral ini, tiba pula sebuah rombongan diiringi oleh Unit Tindakan Khas Polis, dimana mengiringi Ketua Polis Negara.

Selepas itu beberapa buah kenderaan juga diiringi polis sampai ke bahagian pintu masuk utama di Dataran Parlimen menunjukkan bahawa kesemua pegawai-pegawai tertinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia sudah sampai.

Sebuah motosikal tidak dilengkapi oleh pasukan khas telah mengiringi sebuah kenderaan iaitu kenderaan yang dinaiki oleh Ketua Setiausaha Negara sampai. Seterusnya kelihatan sebuah lagi rombongan sedang bergerak ke pintu utama.

Kereta dan motosikal polis yang dinaiki anggota polis ini telah membawa sekumpulan jemaah menteri untuk masuk ke kawasan tempat duduk jemaah menteri di Dataran Parlimen tempat dimana berlangsungnya Sambutan Kemerdekaan.

Kemudian sebuah lagi rombongan kenderaan bergerak ke pintu utama dengan diiringi begitu ramai anggota polis, ada yang menaiki kereta polis, ada juga yang motosikal polis ada juga yang menaiki superbike.

Menandakan Timbalan Perdana Menteri sudah sampai dan lebih kurang 5-6 orang berjalan pantas dari belakang kereta rasmi TPM pantas menunggu TPM untuk keluar dari keretanya. Ternyata mereka itu pegawai khas TPM kerana mengiringi TPM keluar dari keretanya.

Terdengar kuat bunyi siren polis menandakan ketibaan seorang lagi pemimpin tertinggi negara iaitu Perdana Menteri apabila melihat kereta Perdananya yang panjang dimana direka khas untuk dinaiki Perdana Menteri Malaysia.

Turut sama anggota-anggota keselamatannya yang sentiasa mengiringi PM kemana saja PM pergi. Kebanyakkan mereka berbadan tegas memakai baju batik ketika mengiringi PM untuk menuggu ketibaan Seri Paduka Baginda.

Setelah Rolls Royce Phantom bewarna perak sampai sahaja, salah seorang pegawai yang bertugas membuka pintu kereta ke belakang dan keluarlah Agong yang disambut PM. Perdana Menteri mengangkat sembah sebelum bersalaman dengan Baginda diikuti TPM.

Diiringi oleh polis, mereka kemudiannya berjalan ke tempat duduk masing-masing untuk melihat pertunjukan Kemerdekaan yang ke-54.

Tiba-tiba seluruh kawasan itu digegarkan dengan bunyi letupan bom yang telah meletup betul-betul dibawah kerusi yang diduduki PM. Letupan itu telah mengorbankan kesemua hadirin yang berada berdekatan tempat letupan.

Antara yang terkorban adalah Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Ketua-ketua Polis Negara, Jeneral-jeneral Askar, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Setiausaha Negara dan kesemua pemimpin yang hadir.

Turut terkorban adalah kesemua duta,diplomat,pesuruhjaya tinggi, kaunselor yang hadir pada Sambutan. Kontijen-kontijen yang membuat pertunjukan juga mati akibat letupan bom itu. Yang terselamat pun yang berada jauh dari tempat duduk VIP.

Setelah beberapa bulan siasatan dilakukan, pihak polis telah dapat mengenal pasti dalang disebalik kejadian ini. Ia didalangi oleh sekumpulan manusia yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Perdana Menteri.

Kemahiran membuat senjata ini juga mungkin dibeli ataupun dipelajari dari pakar-pakar membuat bom dari luar. Sekumpulan manusia yang ditangkap atas kejadian itu turut menyatakan bahawa mereka disuruh untuk meletakkan bom oleh individu dari negara luar.

Itu imaginasi aku sahaja apakah akan terjadi jika perkara seperti ini benar-benar terjadi. Tidak kelam kabutkah negara kerana kehilangan kesemua pemimpin dalam sekelip mata. Siapa yang bakal bagi arahan untuk negara selepas ini.

Ketua-ketua polis yang hadir ketika hari kejadian juga terbunuh, siapakah yang akan memberi arahan untuk polis-polis yang bertugas kerana ketua mereka berebut-rebut untuk mengisi kekosongan jawatan tertinggi.

Begitu juga dengan tentera, apabila kesemua jeneral askar yang hadir terbunuh, askar-askar akan menurut perintah siapa untuk bertindak. Colonel-colonel juga sedang berebut-rebut untuk menjadi Panglima Perang.

Rakyat mesti berasa terancam apabila kesemua pemimpin mereka hilang dengan sekelip mata. Sudah pasti mereka mengunci pintu tingkap rumah mereka dah berada dirumah sepanjang hari kerana takut keadaan diluar sana.

Sudah pasti lebuhraya di seluruh Lembah Klang menjadi lenggang kerana tiada siapa ingin keluar rumah sekaligus telah melumpuhkan urusan diseluruh Malaysia menyebabkan Malaysia mengalami kerugian.

Bayangkan jika perkara seperti diatas benar-benar berlaku. Akibat-akibatnya cukup seperti yang dinyatakan diatas yang mungkin juga akan menyebabkan kemasukan kuasa luar yang ingin mengambil kesempatan terhadap kekacauan dinegara ini.

Semestinya anggota-anggota elit negara kita mengambil inisiatif untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Penulis yakin bahawa anggota keselamatan negara pasti sudah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan pemimpin negara kita.

Kemungkinan seperti ini boleh terjadi jadi tidak mungkin mereka mengambil remeh hal seperti dinyatakan diatas. Pihak inteligen negara pasti dan mengesan pelan-pelan yang akan membinasakan negara seperti andaian penulis diatas tadi.

Penulis sendiri pernah melihat anggota keselamatan negara ini bertugas untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. Tidak salah penulis pada tahun 2009 sambutan diadakan di Dataran Parlimen oleh kerana penularan H1N1 .

Ketika itu, sambutan kemerdekaan dilakukan dengan kecil-kecilan tanpa ada iklan untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia memenuhi perkarangan parlimen untuk melihat acara sambutan kemerdekaan.

Penulis kesana awal pagi kerana penulis yakin bahawa penulis tidak dapat masuk kesana jika datang lewat kerana memang kebanyakkan yang hadir adalah tetamu jemputan. Bahkan tempat duduk pun terhad saja.

Disebabkan penulis sampai pada awal pagi dimana suasana masih gelap lagi, Penulis masih mengingati bahawa beberapa orang sedang menyelak kerusi yang dibalut dengan kain untuk memastikan tiada benda yang terancam.

Ini menunjukkan mereka melakukan tugas mereka untuk memastikan keselamatan kesemua pemimpin yang akan hadir ketika itu.

Malah penulis masih teringat bahawa ada sumber menyatakan bahawa setiap kali pemimpin-pemimpin negara berhimpun ataupun seorang pemimpin dari luar hadir terutamanya pemimpin negara kuasa besar ke Malaysia untuk melakukan lawatan di negara ini membuat kawalan dari seluruh negara.

Mereka mengatakan bahawa bila pemimpin bertemu, tidak kira besar atau kecil tetapi boleh menggugat ketenteraman awam, bahkan jika Perhimpunan Agung UMNO di PWTC pun kawalan keselamatan tahap maksimum dibuat.

Antaranya tidak salah penulis adalah dengan melayarkan kapal-kapal ketengah-tengah laut untuk mengelakkan ancaman asing. Mengapa mereka meletakkan kapal-kapal perang mereka ke tengah-tengah laut?

Ini kerana jika peluru berpandu telah dilancarkan dari sebuah kapal yang berada di perairan negara dan telah dituju destinasinya tempat pemimpin berhimpun. Hancur sebuah kerajaan dengan sekelip mata.

Ada juga dengar cakap bahawa mereka kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan pasukan tentera negara lain untuk memastikan keselamatan pemimpin kita.

Malahan sistem radar negara berada didalam kedudukan on stand by untuk memastikan bahawa tiada apa-apa benda yang mencurigakan terbang diatas ruang udara Malaysia. Aset tentera lain seperti jet pejuang juga berada dikedudukan berjaga-jaga jika bila ada pertemuan pemimpin.

Ini semua untuk memastikan keselamatan para pemimpin Malaysia selamat dan tiada ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

Apa yang penulis tulis diatas adalah mengikut apa yang penulis dengar sahaja. Terpulanglah kepada pembaca untuk mempercayai atau tidak.

2 comments:

  1. wow jangan lah tulis Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mangkat bang. tak sedap dengar. cakap je

    ReplyDelete
  2. Imaginasiii... Ketika itu, DYMM YDP Agong, Sultan Kedah... Sultan saya juga

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen