Wednesday, March 23, 2011

ASEAN Memang tak Relevan

Pada bulan Januari lepas Dato' Sri Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia pernah mengemukakan cadangan untuk membida Piala Dunia FIFA pada tahun 2030 bersama dengan negara Asia Tenggara yang lain.

Cadangannya itu walaubagaimanapun menimbulkan berbagai-bagai reaksi dari semua pihak. Antaranya pasukan tuan rumah dimana selalunya satu pasukan sahaja diberi kelayakan untuk masuk Piala Dunia tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.

Respon dari persoalan itu menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek menyatakan kemungkinan kesemua negara Asia Tenggara akan bergabung tenaga didalam satu pasukan.

Tetapi bagi penulis ia agak tidak relevan kerana tiadanya chemistry ataupun persefahaman diantara pemain bola sepak pasukan negara dengan beberapa pasukan dari negara yang lain. Ini mungkin akan membantutkan kemaraan pasukan terbabit dalam Kejohanan tersebut.

Lainlah jika kesemua 23 pemain ini bersama-sama berlatih disatu padang, mungkin boleh dengan syarat, pendedahan diberikan dalam tempoh masa yang panjang untuk membuatkan mereka benar-benar serasi.

Bagi penulis jika Malaysia ingin membida Kejohanan Piala Dunia 2030, Malaysia tidak perlu mengajak negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura,Indonesia,Brunei,Filipina ataupun Vietnam kerana Malaysia boleh menganjurkannya sendiri.

Mengapa penulis berkata begitu?

Yang Pertama adalah kerana kecukupan tenaga kerja untuk melaksanakan tugas seperti ini. Malaysia pada masa ini mempunyai 27 juta tenaga kerja. Dalam tempoh 20 tahun rasanya populasi rakyat Malaysia akan melebihi 30 juta orang.

Rasanya untuk menganjurkan kejohanan seperti Piala Dunia ini, tenaga kerja perlu mencukupi untuk melicinkan perjalanan kejohanan tersebut. Rasanya tidak susah untuk Malaysia mencari 10,000 orang untuk bertugas dengan syarat bagi elaun dan bagi la sekali dalam 64 perlawanan setiap petugas tengok perlawanan secara percuma.

Di Afrika Selatan, mereka mengerah 70,000 buruh untuk melakukan tugasan seperti membina bangunan ataupun sebagainya. Rasanya di Malaysia infrastruktur dah cukup cuma sedikit baik pulih perlu dilakukan.

Kedua adalah kerana keluasan tanah Malaysia yang tidak terlalu besar mungkin memudahkan pergerakan pasukan-pasukan yang bertanding ke destinasi lain untuk dituju. Malah jalan-jalan di Malaysia amat baik jadi tak perlu mereka berbelanja lebih untuk naik kapal terbang.

Keluasan Malaysia juga mungkin memudahkan Malaysia untuk menambah pendapatan kesemua tempat di Malaysia kerana saiz Malaysia yang kecil. Ini akan mengembirakan kesemua penduduk di Malaysia untuk tengok perlawanan dan berniaga.

Penulis boleh memberi contoh agihan tempat untuk setiap kumpulan, contohnya ;

Bukit Jalil, Selangor - Kumpulan A
Shah Alam - Kumpulan B
Pulau Pinang - Kumpulan C
Pahang - Kumpulan D
Johor - Kumpulan E
Terengganu - Kumpulan F
Sarawak - Kumpulan G
Sabah - Kumpulan H

Ini pendapat penulis dimana Malaysia dapat mengagihkan perlawanan setiap kumpulan disesebuah tempat yang bakal membuatkan kesemuanya untung. Tetapi penulis lebih mementingkan aspek prasarana di Malaysia.

Contohnya pada sukan Olimpik di Beijing, dimana mereka telah mengkhaskan sebuah lorong yang hanya boleh dilalui oleh atlit-atlit dan petugas media sahaja. Rasanya perkara ini boleh dilakukan Malaysia dalam tempoh 20 tahun lagi.

Stadium amat-amat perlu dibaiki kerana kebanyakkan stadium-stadium di Malaysia tidak mempunyai kemudahan yang selengkapnya. Seeloknya perkara seperti ini perlu diperbaiki bagi keselesaan penonton.

Contohnya adalah kemudahan tandas dimana umum mengetahui bahawa tandas di Malaysia amatlah kotor, jadi perkara ini perlu dibereskan secepat mungkin dan tindakan drastik perlu diambil untuk menjaga kebersihan tandas.

Perkara-perkara yang kurang perlu diperbaiki supaya sempurna untuk mengelakkan mendapat malu.

Bab tempat latihan pasukan bola sepak yang bertanding disini rasanya tidak perlu risau kerana tempat latihan selalunya tidak memerlukan kemudahan yang tinggi. Cukup sekadar rumput yang hijau dan tiang gol yang kuat untuk mereka membuat latihan.

Dekat Malaysia ini tiada masalah untuk membuat latihan kerana setiap sekolah di Malaysia juga mempunyai padang yang sama keluasannya seperti padang stadium. Tidakpun setiap daerah ada stadium-stadium kecil yang boleh digunakan untuk latihan.

Hotel-hotel di Malaysia memang selesa dan tidak ada sebarang masalah untuk pasukan bola sepak yang bertanding untuk merungut dan rasanya ia cukup untuk menampung kedatangan jutaan peminat bola sepak seluruh dunia termasuk media.

Banyak homestay yang haram bakal wujud ketika itu rasanya tidak ada sebarang kesulitan yang dialami oleh pihak media, peminat bola sepak untuk bersama-sama menonton perlawanan Piala Dunia.

Kemudahan pengakutan di Malaysia juga pada ketika ini hanya perlu diperbaiki, tetapi 2030 rasanya teksi di Malaysia tidak gunakan Proton Saga sebagai teksi bahkan mungkin akan menggunakan kenderaan buatan luar jadi pengakutan bukan satu gangguan.

Mengapa Malaysia perlu menjemput negara-negara ASEAN lain untuk bersama-sama menganjurkan FIFA Piala Dunia sedangkan kita sendiri boleh melakukannya. Tidakkah ia menyusahkan dari segi pengakutan.

Kalau kata Malaysia tidak cukup duit dan merasakan penganjuran Piala Dunia ini sesuatu yang merugikan amatlah salah. Ini kerana jika hendak belanja US$ 1 bilion ataupun Rm 3 bilion bukanlah satu beban bahkan ia rezeki kerana pulangannya pasti tinggi.

Bayangkan Malaysia akan dibanjiri pelancong dan pelancong akan membeli makanan, menggunakan pengakutan, menyewa tempat tidur dan membeli belah ia bagaikan satu limpahan rezeki.

Tidak termasuk hak penyiaran yang akan dibayar kepada syarikat yang berhak menyiarkan Piala Dunia. Pastinya beratus juta dari seluruh negara yang akan membayar kepada syarikat milik Malaysia.

Memang patut Sepp Blater mengatakan cadangan tersebut tidak relevan kerana ia memang tidak relevan dan menyusahkan. Malah beliau berkata penganjuran Jepun dan Korea pada tahun 2002 itu adalah yang terakhir negara menganjurkan secara bersama.

Harap Dato' Seri Sepp Blater agar dapat menimbangkan pembidaan jika Malaysia teringin untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA suatu ketika nanti.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen