Friday, February 4, 2011

Petrol Murah, Rakyat Senang???

Harga minyak di pasaran global semakin lama semakin meninggi. Tambahan pula baru-baru ini rusuhan telah berlaku di Mesir untuk menggulingkan presiden Hosni Mubarak hasi kesan penggulingan presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali.

Harga minyak naik melebihi US$ 100 telah menyebabkan harga minyak RON 97 di Malaysia naik Rm 2.30 kepada Rm 2.40. Ini berikutan kebimbangan konflik di Mesir dimana Terusan Suez di Mesir membawa 2.4 juta tong minyak setiap hari.

Walaubagaimanapun, harga minyak RON 95 di Malaysia masih kekal Rm 1.80 seliter. Pada akhir-akhir ini, penulis melihat banyak barangan di Malaysia naik ataupun mengikut istilah media massa dipanggil 'Pemotongan Subsidi'.

Antara barangan harian di Malaysia yang naik adalah harga LPG ( Liquid Petroleum Gas ) dimana naik sebanyak Rm0.10 dari Rm1.75 kepada Rm1.85. Harga gula ditingkatkan Rm0.25 dari Rm1.45 kepada Rm1.70. Ini berikutan kerajaan memotong subsidi terhadap barangan tersebut.

Alasan pemotongan subsidi gula di Malaysia disebabkan kerajaan ingin mengurangkan sebanyak Rm 103 billion dalam tempoh 5 tahun. Harga gula dinaikkan wajar bagi mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman untuk mengelakkan kemudaratan kepada orang ramai.

Manakala tentang kenaikan harga LPG, sebenarnya kerajaan masih lagi menanggung subsidi LPG. Tahukah anda bahawa berapa harga gas LPG tanpa subsidi? Rm 45.61 adalah harga LPG tanpa subsidi. Kerajaan menanggung Rm 24.61 bagi 12 kg LPG.


Jadi kenaikan harga 10 sen bagi setiap kilogram masih kecil berbanding tanggungan subsidi terhadap LPG. Lagipun gas LPG ini bukannya digunakan setiap hari oleh pengguna. Mengikut fakta, Malaysia merupakan negara yang paling banyak kebergantungannya kepada subsidi.

Pada tahun 2009 sahaja, kerajaan negara Malaysia telah membelanjakan sebanyak Rm 74 billion untuk subsidi kepada rakyat. Ia bersama dengan lebih 50% jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar ( KDNK ) Malaysia.

Dalam masa yang sama, ada segolongan manusia merungut kenaikan harga barangan harian ini membebankan mereka. Kerajaan diminta mengekalkan subsidi bagi meringankan beban mereka.

Tetapi ini bakal menjejaskan tujuan mengurangkan sebanyak Rm 107 bilion. Adakah kerajaan patut mengurangkan kos perbelanjaan lain seperti kos pembangunan sesebuah tempat semata-mata untuk mengekalkan subsidi?

Penulis mengambil contoh harga minyak di Brunei. Brunei merupakan negara pengeluar minyak yang agak besar. Harga minyak di Brunei adalah sebanyak Rm 1.18 dan kurang Rm 0.62 dari harga minyak di Malaysia.

Adakah dengan harga minyak di Brunei meringankan beban rakyat di Brunei. Bagi penulis memang meringankan beban ini kerana setahu penulis, tiada pun manusia yang hidup merempat di Brunei.

Kebanyakkan rakyat Brunei hidup senang tetapi tidak kaya dan jurang hidup diantara yang kaya dan miskin amat rendah. Mengikut IMF ( International Monetary Fund ataupun Tabung Kewangan Antarabangsa ) Brunei merupakan negara ke-5 terkaya didunia dengan pendapatan perkapita mereka sebanyak Rm 141,000.

Simpanan wang kerajaan Brunei boleh dikira banyak walaupun penulis tidak mengetahui berapakah jumlah simpanan Brunei. Namun mengikut pengetahuan penulis, Brunei adalah sebuah negeri yang kaya.

Ini berikutan Sultannya, Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai lebih 7000 kereta mewah. Dilaporkan Sultan Brunei mempunyai lebih 600 buah kereta Rolls Royce dan mempunyai 450 Ferrari selain mempunyai lebih 100 biji Koenigsegg.

Antara kereta mewah yang dimiliki oleh Sultan Brunei adalah Lamborghini, Porsche, Maybach, Bentley, McLaren, Aston Martin, Jaguar, Bugatti dan berbagai lagi kereta mewah.

Selain itu, hadiah-hadiah yang diberi kepada anaknya seperti sebuah Airbus beharga Rm300 juta ataupun jet peribadinya yang bersalut emas.

Kontroversi adik kepada Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah ataupun dikenali sebagai Playboy Prince ( Putera Playboy ) yang menyonglap Rm 51.2 billion dari wang kerajaan ketika menjadi menteri kewangan menunjukkan bahawa Brunei mempunyai kewangan yang kukuh.

Selain itu, dilaporkan bahawa sebelum disaman oleh kerajaan Brunei, purata perbelanjaan setiap hari oleh Putera Jefri Bolkiah adalah Rm1.7 juta. Putera Jefri juga dikatakan mempunyai lebih 2000 kereta mewah.

300 buah lukisan bernilai tinggi telah dibida oleh Putera Jefri dimana kos kesemuanya tidak diketahui tetapi dianggarkan bernilai berbillion ringgit. Lima buah bot peribadi mewah dan sembilan jet peribadi menunjukkan bahawa Brunei mempunyai wang.

Adakah Brunei merupakan negara yang maju?

Jawapan dari penulis tidak! Ini kerana setahu penulis, tiada sebuahpun bangunan pencakar lagi di Brunei. Tiada pun bangunan-bangunan yang menarik. Semuanya cuma cukup-cukup makan saja.

Dari pemerhatian penulis, ini kerana Brunei sebuah negara yang cukup kaya tetapi tidak tahu buat apa dengan duit. Rakyat mereka semua hidup senang, jadi tidak perlu mereka melabur banyak untuk menarik pelancong kenegara mereka.

Di Malaysia, rakyatnya 28 juta manakala di Brunei, rakyatnya hanya ada 400 ribu. Disitu kita dapat melihat bertapa kayanya mereka dengan kewangan mereka. Tetapi Malaysia negara yang sedang membangun.

Maksud pembangunan disini adalah membangunkan sebuah lagi generasi dengan hidup yang senang. Mewujudkan peluang pekerjaan, memberikan pulangan yang mencukupi kepada penduduk.

Jika kita menurunkan harga minyak iaitu mengekalkan subsidi, kemungkinan pada masa hadapan generasi seterusnya tidak dapat kemudahan yang sepatutnya mereka dapat. Malaysia bukannya sebuah negara yang cenderung kepada satu bahagian saja.

Penulis mengambil contoh seperti Indonesia, Kerajaan Indonesia telah memperuntukkan berbillion-billion ringgit khasnya untuk pertahanan. Tetapi kita lihat rakyatnya, kebanyakkan mengemis di jalanan.

Rakyat juga perlu bersiap sedia supaya tidak terlalu mengharapkan kerajaan memberi subsidi kepada mereka. Kerana kos subsidi setiap tahun akan bertambah dan jika ini diteruskan, kemungkinan besar tiada projek lain bakal dibangunkan.

Contohnya wang hasil penjimatan subsidi kerajaan mungkin boleh dilaburkan untuk menambah wang untuk pinjaman PTPTN atau perlaksanaan klinik-klinik bergerak diseluruh Malaysia. Ini lebih berbaloi dari terus memberikan subsidi.

Datuk Seri Idris Jala, penasihat ekonomi kepada kerajaan Malaysia menyatakan bahawa Malaysia akan terus bangkrap jika subsidi terus diberi kepada rakyat Malaysia yang semakin hari semakin bertambah.

Bagaimanapun, kadangkala pembangunan-pembangunan yang tidak bermanfaat patut dielakkan. Contohnya pembinaan Menara 100 Tingkat yang menelan belanja berbilion ringgit. Penulis lebih berat menerimanya kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapat modalnya balik.

Penulis lebih berharap rakyat diutamakan seperti membuat tebatan banjir dinegeri-negeri yang selalu dilanda banjir antaranya Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu dan Johor. Ini kerana selepas ini kerajaan tidak perlu membelanjakan wang ringgit untuk memberi bantuan.

Jadi kesimpulannya bagi penulis adalah wajar kerajaan mengurangkan subsidi kepada rakyat bagi mengimbangi bajet terhadap aspek lain. Selain itu wang itu dapat digunakan dengan lebih efektif kepada orang-orang yang betul memerlukan.

Contohnya jika subsidi terhadap minyak dikurangkan, golongan-golongan yang miskin yang tidak mempunyai kenderaan boleh dibantu dengan cara lain. Kerana masih banyak lagi penduduk miskin tegar di Malaysia yang sedang dihapuskan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen