Tuesday, February 15, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H bersamaan 2011M.

Pagi tadi, awal-awal pagi lagi penulis sudah keluar dari rumah untuik bersama-sama menyambut Maulidur Rasul di Putrajaya dimana Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan menyempurnakannya di Masjid Besi ataupun Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jadual bermula pada jam 7.30 pagi dimana kesemua lebih 10,000 peserta yang menyertai perarakan berarak dari Masjid Putra ke Masjid Besi dimana mereka perlu berjalan 2.2 km untuk sampai ke Masjid Besi.

Perarakan diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar ( B ) Dato' Seri Jamil Khir Baharom diikuti oleh 10,000 peserta terdiri dari kakitangan kerajaan, badan berkanun, badan swasta dan juga badan bukan kerajaan ( NGO ).

Tema Maulidur Rasul pada kali ini seperti tahun lepas, 1Malaysia 1Ummah bagi mengalakkan perpaduan diantara orang Islam. Turut Hadir pada majlis ini adalah Perdana Menteri bersama isterinya dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Sejurus tamat perarakan Maulidur Rasul dari Masjid Putra ke Masjid Besi, Hampir kesemua kontijen menunggu masa untuk masuk kedalam dewan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesulitan dimana mereka menggambil masa yang lama untuk masuk ke dalam dewan masjid kerana mereka perlu membuka kasut.

Bayangkan, hanya kesemua 10,000 peserta berjalan menuju kearah yang sama tatkala masa itu sudah menunjukkan jam 8.15 pagi. Lagi 15 minit TPM bakal sampai menyebabkan keadaan semakin sukar dikawal.

Ini berikutan peserta-peserta yang mengikuti perarakan ini berhenti duduk akibat terlalu lama menunggu selain terdapat peserta yang keluar barisan untuk menggambil gambar. Tindakan ini membuatkan jalan untuk kepintu utama masjid sesak.

Pada jam 8.30 pagi, keadaan masih lagi sesak dan bilangan peserta yang masuk terlalu sedikit bahkan masih ada lagi peserta yang berbaris dari hujung untuk menuggu giliran dipanggil masuk. Ini menyebabkan ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan sesak sekaligus menunjukkan bertapa meriahnya sambutan Maulidur Rasul kali ini.

Ini berikutan beribu-ribu peserta masih ada dijalanan untuk menunggu masa untuk masuk tetapi kerana keadaan sesak. Ia agak menyusahkan para petugas masjid yang terpaksa memohon bantuan tambahan untuk mengawal keadaan di karpet merah akibat terlampau ramai manusia.

15 minit kemudian, Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Masjid Besi sambil disambut TS Muhyiddin dan juga DS Jamil Khir ditemani beberapa rakan oleh pihak agama Islam.

Tepat jam 9.00 pagi, dari jauh sudah nampak Maybach Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agong diiringi polis telah sampai dimana disambut oleh semua pemimpin tertinggi negara. Tuanku terus masuk kedalam dewan untuk menyempurnakan majlis.

Sebelum Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan menyempurnakan majlis, Dato'Seri Jamil Khir Baharom memberi kata aluan-aluan sambil memperli tetamu lain yang hadir. Dia kata apa, itu antara orang-orang yang dengar saja tahu.

Selepas menyempurnakan majlis diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran oleh Naib Johan Tilawah Al-Quran musim keberapa penulis sudah lupa. Dan diikuti pula penyampaian hadiah tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Selepas tamat pemberian anugerah Maulidur Rasul, hadirin dan tetamu jemputan dihiburkan dengan nyanyian dan puisi oleh bekas peserta program realiti 'Adik-Adikku' di TV1. Selepas tamat sahaja program itu Dato' Seri Najib mengiringi Yang Dipertuan Agong berangkat pulang.

Dato' Seri Najib selepas itu masuk kedalam masjid pula untuk bersarapan pagi mungkin bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum beliau berdua turun ketingkat bawah untuk merasmikan Program " Jelajah Silaturrahim Thailand dan Kawthaung, Myanmar '' oleh YADIM.

Tamat merasmikan program tersebut Y.A.B Perdana Menteri berangkat pulang diikuti oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan pulang selepas Muhyiddin pulang diikuti Mejar Jamil Khir Baharom dan Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.

Turut hadir pada majlis pagi ini adalah Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Kelihatan juga Panglima Angkatan Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Para diplomat,caunselor,pesuruhjaya tinggi dan duta juga berada disana bersama-sama meraikan Maulidur Rasul.

*** Nak tengok lagi gambar Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan menyusul

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen