Sunday, February 27, 2011

Krisis Libya : Muammar Gaddafi Takkan Berundur

Penulis sudah lama mengikuti perkembangan krisis di Libya dimana ia adalah kesan daripada Domino Effect ataupun Wind Of Change tentang kebangkitan negara-negara Arab yang bermula dari Tunisia, Algeria, Jordan, Oman, Yemen, Mesir, Bahrain seterusnya ke Libya.

Mengikut pengamatan penulis, Muammar Gaddafi adalah seorang pemimpin yang sangat hebat pada masa ini. Kehebatannya tidak dapat ditandingi oleh Yasser Arafat, Fidel Castro mahupun Hosni Mubarak yang baru sahaja tumbang beberapa hari lepas.

Jika anda pernah membaca sejarah Muammar Gaddafi, Gaddafi adalah seorang manusia yang telah menyelamatkan Arab dari dijajah oleh Amerika Syarikat. Seorang penggerak revolusi diseluruh Arab.

Gaddafi juga adalah salah seorang manusia yang begitu berani menentang Amerika Syarikat dengan sendirinya walaupun tidak mendapat sokongan negara kuasa-kuasa besar. Antara tindakannya yang paling lantang adalah mempertikaikan kuasa VETO oleh Amerika,Perancis, Rusia, Great Britain dan China.

Mengapakah Gaddafi begitu lantang bersuara tanpa rasa takut akan kehilangan kuasanya?

Jika dilihat pada sejarah Libya dan Gaddafi, kita dapat lihat bahawa Amerika Syarikat sebuah negara kuasa besar pernah menyerang Libya pada tahun 1986 hinggakan anak Gadaffi terbunuh tetapi Gaddafi masih kekal teguh berdiri di Libya.

Jika negara-negara lain diserang oleh Amerika Syarikat, pastinya hancur berkecailah negaranya dengan pemimpinnya lari ke luar negara. Penulis ambil contoh Iraq yang telah dibom Saddam Hussein hinggakan ribuan rakyat Iraq terbunuh.

Akhirnya Saddam Hussein ditangkap oleh Amerika Syarikat untuk dihukum gantung. Mereka menuduh Saddam mempunyai senjata pemusnah besar-besaran dan menggunakan senjata kimia untuk membunuh Puak Kurdis yang menentang Saddam.

Jika difikirkan balik, siapakah yang menghantar senjata pemusnah ini kepada Iraq?

Jawapannya Amerika Syarikat sendiri, pada perang Iraq dan Iran, Mustahil Russia yang menjual senjata pemusnah kepada Iraq kerana Russia adalah sekutu kuat Iran ketika itu jadi tiada lain tiada bukan Amerika Syarikatlah yang menjual senjata ini kepada Iraq.

Berbalik kepada Libya, Libya adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak dan menganggotai OPEC dan boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang kaya tetapi disebabkan tiada sokongan negara-negara kuasa besar mereka tidak maju.

Kebanyakkan sekutu-sekutu rapat Muammar Gaddafi adalah negara-negara yang pernah mendapat bantuan darinya. Kerana Gaddafi adalah seorang yang dikagumi negara luar kerana banyak membantu negara luar seperti Zimbabwe.

Menyentuh tentang bab pemimpin kanan ataupun orang kuat Gaddafi berpaling tadah adalah perkara biasa didalam politik. Bila keadaan huru hara dan mereka memikirkan bahawa Gaddafi tidak mungkin akan memerintah lagi dengan secepat mungkin mereka meletak jawatan.

Tindakan ini pertama adalah kerana mereka ingin menyelamatkan diri mereka daripada terus menjadi salah seorang yang bakal terkena tempias kemarahan rakyat terhadap Gaddafi. Tindakan ini bakal membuatkan menteri Gaddafi yang berpaling tadah ini bakal dipandang tinggi.

Seterusnya adalah kemungkinan menteri Gaddafi ini ingin menjadi wira sepanjang masa ataupun dipanggil Hero All The Time. Mereka ini adalah golongan manusia yang gila kuasa dan tidak patut diterima sebagai pemimpin.

Penulis mengambil contoh adalah salah seorang pemimpin kanan Gaddafi yang telah dilantik sebagai pemerintah sementara untuk sebuah wilayah yang dikuasai oleh puak pemberontak. Ini menunjukkan bahawa mereka berubah arah mengikut masa yang sesuai.

Menteri Gaddafi ini tidak mempunyai sebuah perjuangan tetap untuk membela rakyat Libya. Bagi penulis pemimpin seperti ini tidak boleh diharap langsung. Mereka mengambil kesempatan yang ada untuk menjadi seorang yang dihormati.

Kebanyakkan orang-orang kepercayaan Gaddafi yang telah meletak jawatan mungkin disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap Gaddafi yang memerintah Libya semenjak sekian lama tanpa ada sedikit perubahan.

Tetapi dimata rakyatnya sendiri memang Gaddafi bukanlah seorang insan bermakna tetapi dimata pemimpin-pemimpin luar negara Gaddafi boleh dikategorikan sebagai seorang penyelamat Arab dari terus dijajah Amerika Syarikat untuk mengambil hasil bumi Arab yang kaya dengan minyak.

Bahkan rakan-rakan sejawatannya dari negara telah menghantar bantuan kepada Libya sebagai sokongan moral kepada Gaddafi dan kerajaannya terus berkuasa di Libya. Ini menunjukkan bahawa mereka masih mengangkat Gaddafi sebagai seorang pemimpin yang tersohor.

Orang-orang Gaddafi yang telah meletak jawatan tadi seperti biasa adalah kerana masa mereka sudah tiada. Hanya untuk menjadi hero sahaja jika kembali ke negara asal dan mengatakan mereka adalah salah seorang penggerak meruntuhkan rejim Gaddafi.

Antara manusia-manusia yang menunjukkan protes kepada Gaddafi adalah duta Libya ke Liga Arab, duta Libya ke PBB, duta Libya ke UNESCO, duta Libya ke Kesatuan Eropah, Duta Libya ke Australia, Bangladesh, Canada, China, India, Indonesia, Poland, Portugal, Somalia, Amerika Syarikat.

Lagi bukti yang penulis ingin beri kepada pembaca tentang duta-duta Libya ini adalah penipu adalah kata-kata Mohammed Shalgham duta Libya ke PBB yang berkata '' PBB tolong selamatkan Libya. Tolong cegah pertumpahan darah, tolong cegah pembunuhan orang tidak bersalah. Kami meminta satu resolusi yang tegas, segera dan berani dari anda semua. "

Ucapan Mohammed Shalgham rakan baik Gaddafi dari muda ini menunjukkan bahawa dia cuba ingin menjadi hero kepada rakyat-rakyat Libya. Mengikut pemikiran penulis, Shalgham akan kembali ke Libya menjadi pemimpin sementara Libya selepas kejatuhan kerajaan Gaddafi dan mendapat sokongan PBB.

Ini kerana yang pertama adalah kerana pada masa kini di Libya, tiada seorang pun menjadi kepala pemprotes untuk ketua puak pemberontak ini memberontak di Libya. Jadi mereka ini yang mempunyai pengaruh ataupun nama bakal mencuba nasib menjadi hero.

Keduanya adalah kerana dia meminta bantuan PBB untuk menyelamatkan Libya dari berlakunya pertumpahan darah. Sebarang tindakan di PBB sudah semestinya Amerika Syarikat terlibat sama. Jika PBB membawa masuk sukarelawannya ke Libya sudah semestinya mendapat restu Amerika Syarikat. Manusia yang bertanggungjawab di Libya mestilah dipilih berdasarkan orang mereka juga.

Tentang laporan-laporan media yang menyatakan bahawa rejim Gaddafi telah membunuh ribuan rakyat Libya adalah tidak dapat disahkan kerana Gaddafi telah menyekat saluran komunikasi di Libya sekaligus merencatkan perjalanan informasi kepada dunia.

Mengikut ucapan yang diberikan oleh Seif Al Islam, anak kepada Muammar Gaddafi, tentera-tentera Libya tidak membunuh orang awam tetapi hanya memusnahkan tempat simpanan senjata sahaja.

Rakyat Libya yang memberontak tidak seperti digembar gemburkan oleh media yang dikatakan telah menguasai lebih dari separuh Libya. Jika perkara ini berlaku, sudah pastinya kerajaan Libya tidak boleh berbuat apa-apa seperti memberi arahan kerana seluruh Libya dikuasai pemberontak.

Pemerintah-pemerintah tentera yang dilaporkan oleh media sudah berpaling tadah dengan tidak menyokong Libya mungkin satu penipuan yang dilakukan oleh media Barat untuk memburukkan imej Gaddafi.

Jika benar hanya askar-askar elit Libya sahaja yang benar-benar setia kepada Gaddafi, sudah semestinya mereka tewas di tangan askar Libya yang sudah berpaling tadah. Ini kerana askar Libya dianggarkan mempunyai lebih 100,000 orang.

Dan mengikut laporan media antarabangsa askar-askar Libya yang masih setia iaitu askar elit Libya hanya mempunyai askar sekitar 5,000 orang. Ini menunjukkan bahawa jika benar ramai askar Libya turun menentang kerajaan Libya, mustahil Gaddafi masih selesa berkampung di Tripoli tanpa gusar akan serangan musuh.

Gaddafi juga berani berkata kepada penyokongnya untuk membuka gudang senjata kepada penyokong-penyokongnya adalah satu hanya satu ugutan Tripoli kepada pemberontak yang memberontak di Libya.

Adakah Gaddafi cukup berani mengambil risiko untuk memberikan senjata kepada orang awam untuk menentang pemberontak jika benar rakyat Libya sudah tidak menyokong Gaddafi. Tidakkah Gaddafi terfikir bahawa kemungkinan orang-orang yang mereka berikan senjata itu bakal menentangnya kembali.

Sudah pastinya manusia-manusia yang akan Gaddafi berikan mereka senjata ini adalah pengikut yang setia kepadanya. Cuma adakah Gaddafi akan memberikan senjata itu kepada pengikutnya untuk menentang musuh.

Sudah tentunya tidak kerana mereka mempunyai tentera yang ramai untuk menghalang pemberontak ini terus memberontak. Mengapa Gaddafi tidak gunakan tentera adalah kerana Gaddafi takut untuk membunuh rakyatnya sendiri.

Gaddafi menuduh bahawa Al-Qaeda adalah dalang kepada pemberontak di Libya ini. Kata-kata Gaddafi boleh dipercayai ini kerana Gaddafi dahulunya salah seorang penggerak revolusi bawah tanah seperti Al-Qaeda.

Gaddafi mungkin sudah nampak kehadiran Al-Qaeda 10 batu lebih awal yang mungkin dihantar oleh Amerika Syarikat untuk mengeruhkan lagi situasi di Libya. Al-Qaeda seperti biasa akan menjadi alasan Amerika untuk menceroboh Libya dalam kempen " War of Terror " di Libya.

Amerika Syarikat dan Barat mengambil tindakan mengecam Muammar Gaddafi secepat mungkin antara kata-kata Obama adalah meminta Gaddafi meletak jawatan kerana sudah tidak mendapat sokongan rakyat.

Obama berkata sedemikian kerana berpegang kepada prinsip jika seorang pemimpin membunuh rakyatnya untuk memerintah. Itu menunjukkan bahawa pemimpin itu sudah kehilangan sokongan dari rakyat.

Tetapi prinsip Obama itu sebenarnya salah kerana Muammar Gaddafi membunuh pemberontak yang telah memberontak sama seperti Saddam Hussein membunuh puak Kurdis yang telah menentangnya.

Amerika Syarikat selepas itu membuat mesyuarat khas bagi membincangkan krisis di Libya ini. PBB dan Kesatuan Eropah telah bersepakat untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Libya sama seperti berlaku di Iran.

Tindakan ini sekaligus menunjukkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kepentingan dalam Libya terutamanya dengan pemberontak yang menentang Gaddafi. Tindakan Obama yang terlalu mengambil berat terhadap rakyat Libya yang mati ini jelas menunjukkan pentadbiran double standard dan tidak mengambil kisah tentang protes di Mesir.

Apakah akan terjadi kepada Libya pada masa akan datang?

Penulis mempunyai beberapa teori iaitu yang pertama jika pemberontak di Libya masih enggan menyerah kalah, perang saudara pasti akan berlaku dimana penyokong pro-Gaddafi sudah pastinya membunuh penentang mereka.

Keduanya adalah kerajaan Gaddafi berjaya menangani konflik ini bakal tidak menjejaskan apa-apa kuasa Gaddafi. Gaddafi sudah memerintah Libya selama 40 tahun jadi Gaddafi sudah semestinya mengetahui selok belok rakyat Libya.

Bagaimana Gaddafi ingin mengawal pemberontak ini adalah dengan mengerahkan semua pasukan tenteranya untuk menghalang pemberontak ini terus melakukan pemberontakan. Tindakan ini mungkin berjaya jika puak pemberontak bersetuju berhenti menentang kerajaan.

Teori seterusnya adalah rejim Gaddafi akan tumbang dengan syarat pertumpahan darah bakal berlaku dahulu. Perkara ini amat sukar dan amat rumit untuk dilaksanakan oleh puak pemberontak ini kerana puak pemberontak perlu berdepan dengan tentera Libya dahulu.

Gaddafi hendak tumbang itu agak sukar, jika ia pun rejim Gadaffi tumbang dengan-dengan Gaddafi sekali mati ini kerana Gadaffi bukannya seorang manusia yang lembut. Gadaffi tetap mempunyai prinsip dan prinsipnya bukan senang untuk diubah.

Bukan mudah untuk menumbangkan manusia seperti Gaddafi ini. Di Iraq, dari George H.W. Bush hingga George W. Bush iaitu dua generasi Amerika baru dapat menggulingan Saddam Hussein.

Di Libya, Amerika Syarikat pernah mengebom Tripoli hingga anak Gaddafi sendiri mati tetapi Gaddafi tidak gentar dan masih berdiri teguh memerintah Libya untuk lebih 20 tahun. Adakah suatu masalah bagi Gaddafi untuk menyelesaikan masalah Gaddafi dengan pemberontak ini. Sebuah negara kuasa besar mengebom negerinya masih Gaddafi boleh memerintah inikan pula puak-puak yang menentangnya. Rasanya bagi Gaddafi ia bukan masalah besar.

Teori terakhir penulis adalah kemasukan negara kuasa besar sudah semestinya Amerika Syarikat. Tetapi teori ini mungkin tidak berhasil kerana kebanyakkan rakyat Libya tidak akan menerima Amerika Syarikat.

Yang pertama, Libya telah diperintah oleh seorang pemimpin selama 40 tahun dan pemimpinnya itu memang anti-Amerika. Penulis yakin 90% bahawa rata-rata rakyat Libya pun benci akan Amerika Syarikat.

Mungkin jika perkara ini berlaku, Muammar Gaddafi akan kembali mendapat sokongan dari rakyatnya kerana rakyat Gaddafi takut diperintah oleh Amerika Syarikat. Mereka mungkin lebih rela berada dibawah rejim pemerintahan Gaddafi.

Kesimpulan penulis adalah puak pemberontak ini akan terus memberontak tetapi peluang untuk puak pemberontak ini untuk menjatuhkan kerajaan Gaddafi adalah amat sukar sekali kerana Gaddafi bukanlah seperti Hosni Mubarak di Mesir ataupun Zine Al Abidine di Tunisia.

Gaddafi boleh berdiri dengan sendirinya tanpa ada bantuan dari negara-negara Barat malahan banyak membantu negara-negara jirannya. Sikap berdikari kerajaan Gaddafi ini bakal menyusahkan kuasa luar untuk masuk campur ke dalam urusan dalaman Libya.

Jika difikirkan balik, puak pemberontak ini memberontak tanpa ada sebab yang kukuh, jika di Tunisia mungkin boleh dikatakan ada sebab oleh kerana kadar inflasi yang tinggi selain tiada hak kebebasan bersuara.

Di Mesir juga begitu rakyat ke jalanan untuk menjatuhkan Hosni Mubarak yang dikatakan membalun duit rakyat berbilion-bilion dolar selain krisis ekonomi di Mesir yang kian meruncing mungkin dijadikan isu.

Tetapi di Libya tiada apa yang ingin disuarakan oleh pemberontak ini yang hanya bangun memberontak untuk menjatuhkan Gaddafi. Siapa yang menghasut pemberontak ini untuk memberontak sudah semestinya Amerika.

* Teringat ketika penulis berada di Masjid Besi, seorang rakyat Libya datang bersalaman dengan penulis sambil bertanya adakah lelaki yang sedah berucap ( ketika itu DS Jamil Khir Baharom ) itu adalah Agong. Penulis menerangkan kepada lelaki Libya itu sambil menyatakan bahawa lelaki yang duduk di atas kerusi kuning itu adalah Agong. Dia berbisik sekali lagi kepada penulis dan berkata kepada penulis menyatakan bahawa Sultan Mizan agak muda. Mungkin kerana Muammar Gaddafi sudah tua mereka fikir kita pun seperti mereka juga.

Tuesday, February 15, 2011

Gambar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011 di Putrajaya

Gambar Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah dinaikkan kedalam blog ini di [ sini ]

Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H bersamaan 2011M.

Pagi tadi, awal-awal pagi lagi penulis sudah keluar dari rumah untuik bersama-sama menyambut Maulidur Rasul di Putrajaya dimana Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan menyempurnakannya di Masjid Besi ataupun Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jadual bermula pada jam 7.30 pagi dimana kesemua lebih 10,000 peserta yang menyertai perarakan berarak dari Masjid Putra ke Masjid Besi dimana mereka perlu berjalan 2.2 km untuk sampai ke Masjid Besi.

Perarakan diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar ( B ) Dato' Seri Jamil Khir Baharom diikuti oleh 10,000 peserta terdiri dari kakitangan kerajaan, badan berkanun, badan swasta dan juga badan bukan kerajaan ( NGO ).

Tema Maulidur Rasul pada kali ini seperti tahun lepas, 1Malaysia 1Ummah bagi mengalakkan perpaduan diantara orang Islam. Turut Hadir pada majlis ini adalah Perdana Menteri bersama isterinya dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Sejurus tamat perarakan Maulidur Rasul dari Masjid Putra ke Masjid Besi, Hampir kesemua kontijen menunggu masa untuk masuk kedalam dewan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesulitan dimana mereka menggambil masa yang lama untuk masuk ke dalam dewan masjid kerana mereka perlu membuka kasut.

Bayangkan, hanya kesemua 10,000 peserta berjalan menuju kearah yang sama tatkala masa itu sudah menunjukkan jam 8.15 pagi. Lagi 15 minit TPM bakal sampai menyebabkan keadaan semakin sukar dikawal.

Ini berikutan peserta-peserta yang mengikuti perarakan ini berhenti duduk akibat terlalu lama menunggu selain terdapat peserta yang keluar barisan untuk menggambil gambar. Tindakan ini membuatkan jalan untuk kepintu utama masjid sesak.

Pada jam 8.30 pagi, keadaan masih lagi sesak dan bilangan peserta yang masuk terlalu sedikit bahkan masih ada lagi peserta yang berbaris dari hujung untuk menuggu giliran dipanggil masuk. Ini menyebabkan ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan sesak sekaligus menunjukkan bertapa meriahnya sambutan Maulidur Rasul kali ini.

Ini berikutan beribu-ribu peserta masih ada dijalanan untuk menunggu masa untuk masuk tetapi kerana keadaan sesak. Ia agak menyusahkan para petugas masjid yang terpaksa memohon bantuan tambahan untuk mengawal keadaan di karpet merah akibat terlampau ramai manusia.

15 minit kemudian, Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Masjid Besi sambil disambut TS Muhyiddin dan juga DS Jamil Khir ditemani beberapa rakan oleh pihak agama Islam.

Tepat jam 9.00 pagi, dari jauh sudah nampak Maybach Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agong diiringi polis telah sampai dimana disambut oleh semua pemimpin tertinggi negara. Tuanku terus masuk kedalam dewan untuk menyempurnakan majlis.

Sebelum Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan menyempurnakan majlis, Dato'Seri Jamil Khir Baharom memberi kata aluan-aluan sambil memperli tetamu lain yang hadir. Dia kata apa, itu antara orang-orang yang dengar saja tahu.

Selepas menyempurnakan majlis diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran oleh Naib Johan Tilawah Al-Quran musim keberapa penulis sudah lupa. Dan diikuti pula penyampaian hadiah tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Selepas tamat pemberian anugerah Maulidur Rasul, hadirin dan tetamu jemputan dihiburkan dengan nyanyian dan puisi oleh bekas peserta program realiti 'Adik-Adikku' di TV1. Selepas tamat sahaja program itu Dato' Seri Najib mengiringi Yang Dipertuan Agong berangkat pulang.

Dato' Seri Najib selepas itu masuk kedalam masjid pula untuk bersarapan pagi mungkin bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum beliau berdua turun ketingkat bawah untuk merasmikan Program " Jelajah Silaturrahim Thailand dan Kawthaung, Myanmar '' oleh YADIM.

Tamat merasmikan program tersebut Y.A.B Perdana Menteri berangkat pulang diikuti oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan pulang selepas Muhyiddin pulang diikuti Mejar Jamil Khir Baharom dan Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.

Turut hadir pada majlis pagi ini adalah Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Kelihatan juga Panglima Angkatan Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Para diplomat,caunselor,pesuruhjaya tinggi dan duta juga berada disana bersama-sama meraikan Maulidur Rasul.

*** Nak tengok lagi gambar Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan menyusul

Tuesday, February 8, 2011

George Soros Beri Sokongan Kepada ElBaradei

Beberapa hari lepas penulis telah menulis tentang krisis di Mesir dimana penulis telah menyatakan bahawa ElBaradei salah seorang penggerak utama protes menentang Hosni Mubarak. Dalam masa sama terdapat berbagai post yang berkaitan diterbitkan oleh blogger-blogger yang lain.

Antaranya tulisan blog ibnuyaacob.com, nusanaga.com dan penembak-tepat.blogspot.com. Kebanyakkan tulisan sependapat dengan tulisan penulis. Penulis mendapat sedikit lagi bukti dari blog-blog yang lain menyatakan bahawa ElBaradei adalah rakan baik George Soros seorang penyangak matawang.

Di dalam blog ibnuyaacob terdapat satu perenggan bertulis

" Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission. "

Ini seterusnya membuktikan bahawa ElBaradei dan George Soros pernah berkomunikasi di dalam International Crisis Group. Satu organisani yang dipelopori oleh Yahudi. Seterusnya menguatkan lagi hujah yang mengatakan ElBaradei ada salah seorang pemimpin yang ditaja Amerika dan Israel.

Penulis sudah berkali-kali mengkritik George Soros dengan tulisan-tulisan sebelumnya. George Soros adalah punca permasalahan di Malaysia dan Tun Mahathir juga mengecam sekeras-kerasnya terhadap Soros.

Penulis kerap kali mengingatkan bahawa Yahudi memang langsung tidak boleh dipercayai. Bahkan Adolf Hitler membunuh Yahudi di Jerman atas sebab Yahudi bakal merosakkan Jerman pada waktu itu.

Hampir 100 tahun yang lalu pun sudah ada manusia yang nampak bahawa Yahudi bukanlah manusia yang boleh dibuat kawan. Tidak silap penulis, di dalam Al-Quran pun ada tulisan mengatakan bahawa Yahudi kerap berbohong tiap kali berniaga.

Penulis sempat mencari info tentang International Crisis Group dimana tugas mereka adalah menyelesaikan masalah di dunia. Walaubagaimanapun, ia telah dipengaruhi oleh golongan elit yang berkepentingan.

Apa yang penulis perasan adalah salah seorang anggota ICG adalah Shimon Peres, Presiden Israel. Ingat tugas mereka adalah untuk menyelesaikan masalah dunia jadi tidakkah ini salah satu dari misi mereka menyelesaikan masalah dunia.

Israel dan Mesir salah sebuah negara yang begitu akrab dan Mesir dibawah kepimpinan Hosni Mubarak adalah tali barut Israel disana. Shimon Peres sudah semestinya risau dengan kejatuhan Hosni jika Hosni masih menjadi aset penting mereka.

Tetapi ini tidak, Shimon Peres tidak memberikan sebarang respon terhadap Hosni tatkala Presiden US, Barack Obama menggesa supaya Hosni berundur secepat mungkin dengan hormatnya.

Antara lain bukti-buktinya terdapat di blog Angin Perubahan dimana tulisannya menyatakan bahawa George Soros memberikan sokongan terbuka terhadap ElBaradei. Dalam petikan itu Soros menggesa Barack Obama supaya memberikan sokongan terhadap rakyat Mesir dimana secara tak langsung memberikan sokongan kepada ElBaradei.

Soros juga sedia menyumbang dana untuk menjatuhkan Hosni Mubarak. Ini sekaligus menunjukkan bahawa ElBaradei adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan mungkin terjadi seperti apa yang berlaku di Asia tempoh hari.

Seperti biasa, Barat akan menaikkan seorang pemimpin yang ditaja mereka menyebabkan pemimpin itu terpaksa mengikut kehendak mereka. Namun kehendak bukan hanya akan diturut setiap masa.

Contohnya boleh diambil iktibar adalah dari Indonesia, dimana Presiden Indonesia selepas Bacharuddin Habibie adalah Abdurrahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur. Gus Dur telah dipecat beberapa tahun selepas tidak lagi mahu bekerjasama dengan AS.

Sebenarnya kebanyakkan pemimpin yang naik tajaan AS tumbang di Asia kerana kebanyakkan mereka membelot. Tiada satu pun pemimpin Asia Tenggara yang naik selepas krisis tahan lebih dari 3 tahun.

Gus Dur letak jawatan pada 2001 selepas beberapa tahun memerintah. Joseph Estrada, Presiden Philipina telah meletak jawatan juga pada 2001 selepas 3 tahun memerintah. Perdana Menteri Thailand, Chuan Leekpai juga meninggalkan kerusi Perdana Menteri pada 2001.

Disebabkan Tun Mahathir terlebih dahulu sedar bahawa jika beliau dipecat Malaysia akan menjadi proksi Yahudi maka beliau terlebih dahulu memecat Dato'Seri Anwar Ibrahim sekaligus Malaysia satu-satunya negara yang terselamat kerana pemerintah yang hebat.

Mengapa aku begitu mengatakan bahawa Yahudi dan Barat bertanggungjawab terhadap krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 ini? Kerana jika pembaca perasan bahawa Singapura terselamat dari krisis ekonomi ini.

Mengapa Singapura terselamat dari krisis ekonomi ini adalah kerana mereka selesa dengan pemimpin Singapura yang terus menurut perintah Amerika. Semua rakyat Malaysia mengetahui bahawa Singapura dikelilingi negara Islam sama seperti situasi Israel. Maka teknik pemerintahannya berlandaskan pemerintahan Israel.

Jika melihat pada sejarah sebelum krisis 1997 berlaku di Asia Tenggara, Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Anwar Ibrahim sering ke luar negara untuk berjumpa dengan rakan-rakannya dari luar negara luar.

Salah seorang yang Dato' Seri Anwar Ibrahim berjumpa adalah William S. Cohen iaitu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat berbangsa yahudi yang bekerja dibawah pentadbiran Bill Clinton. Apa yang mereka bincang diluar sana sehingga ketibaan Anwar Ibrahim di US disambut dengan penuh meriah?

Tidak lupa juga rakan baik Anwar juga seorang Yahudi bernama Paul Wolfowitz yang pernah menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Paul Wolfowitz adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menggerakkan misi pencerobohan Amerika keatas Iraq.

Paul Wolfowitz juga pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Kumpulan Bank Dunia dari tahun 2005 hingga 2007. Apakah yang sedang dibincangkan mereka? Adakah untuk mencadangkan Anwar membuat pinjaman IMF yang selalu menindas peminjam.

Ramai lagi rakan-rakan mereka malah publisiti yang diberikan kepada Anwar oleh Barat amatlah besar. Kekaguman Barat terhadap Anwar ini sehingga beliau tercalon salah seorang manusia paling hebat untuk majalah Times pada tahun 2008 yang dimiliki Yahudi.

Malah Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bangganya menayangkan gambarnya bersama bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore ketika berada di London. Tanpa rasa bersalah, gambarnya itu diletakkan sebagai cover albumnya itu.

Berbalik kepada topik yang asal, publisiti yang diperoleh ElBaradei juga agak tinggi ketika ini dan mendapat sokongan dari pelbagai negara. Tindakan ini sekaligus dapat memberikan gambaran yang bagus kepada dunia tentang ElBaradei.

Di Mesir, media disana semuanya dikawal oleh kerajaan Mesir dan rakyat Mesir pun tahu bahawa media sudah tidak dipercayai. Mereka hanya boleh mendengar dari satu mulut ke satu mulut ini menyebabkan pengaruh ElBaradei semakin menaik oleh kerana kata-kata tidak memerlukan fakta yang banyak seperti bercakap.

Kepada Panglima Perang Cyber penulis ingin membangkang tulisannya sedikit didalam post bertajuk Edisi Antarabangsa : Hosni Mubarak yang diserang Wahabi, Syiah dan Barat dimana mengatakan bahawa Hosni Mubarak bukan agen Amerika.

Penulis beranggapan bahawa krisis Mesir ketika ini adalah ingin menggulingkan kawan mereka yang kini dipanggil lawan. Mungkin sudah tiba masanya seseorang itu turun dari kerusi Presiden.

Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Dato' Seri Najib Tun Razak pernah berkata pada Mesyuarat Agung UMNO dimana penyakit-penyakit parti yang memerintah nama adalah salah satunya adalah penyakit mudah lupa.

Lupa akan usaha orang lain dan mula tamak dengan kuasa dan ada juga ura-ura mengatakan bahawa Hosni Mubarak ingin menjadi Presiden Mesir seumur hidup. Tetapi agak mustahil kerana Hosni sudah berjanji akan meletak jawatan tidak lama lagi.

Spekulasi yang mengatakan bahawa anak kepada Hosni Mubarak, Gamal Mubarak bakal menggantikan ayahnya mungkin membuatkan Amerika gelisah kerana ada sebab-sebab tertentu yang kita tidak ketahui.

Seluruh dunia tahu bahawa Mesir adalah negara yang akrab dengan Israel dan selalu membantu dalam misi menghancurkan Gaza. Antaranya adalah penutupan sempadan Gaza-Rafah yang menyebabkan barangan dari luar tidak dapat masuk ke Gaza.

Gaza juga telah dikepung oleh Israel dari Darat, Laut mahupun udara pertolongan Mesir adalah amat besar untuk menyekat bekalan makanan terhadap Gaza. Peletupan terowong-terowong tikus dari Gaza ke Mesir juga salah satu bukti bahawa Mesir serius dalam membantu Israel menghalang kemasukan senjata ke Gaza.

Jadi mana mungkin Hosni Mubarak seorang yang anti-Amerika. Tindakan-tindakannya yang terdahulu membuktikan bahawa Hosni adalah pro-Amerika selain kebanyakkan rundingan damai ditaja Mesir selalunya tidak tercapai dek kerana tiada persefahaman.

Saturday, February 5, 2011

Krisis Mesir : ElBaradei agen Amerika

Empat belas tahun dahulu di Asia Tenggara, hampir kesemua negara di Asia Tenggara mengalami krisis kewangan. Antara yang paling teruk terjejas adalah Indonesia, Filipina dan Thailand tetapi Malaysia adalah negara yang paling sedikit impaknya.

Ia berikutan seorang lelaki Yahudi bernama George Soros yang merosakkan hampir semua negara Asia Tenggara. Matawang Malaysia ketika itu turun mendadak dari Rm 2.50 kepada Rm 4.10 setiap dolar Amerika.

Indonesia juga antara teruk terjejas, sebelum krisis kewangan Asia pada 1997, setiap dolar Amerika bersamaan dengan 2,380 rupiah turun kepada 14,150 rupiah selepas krisis yang dicipta oleh George Soros ini.

Thailand juga mengalami kemerosotan kewangan akibat George Soros apabila wang Bahtnya jatuh sehingga 41 baht bagi satu dolar Amerika. Sebelum krisis, tukaran wang Thailand ialah 24.5 baht.

Tukaran wang Peso Filipina juga tidak terkecuali, ini apabila harga satu dolar Amerika yang sebelum ini berharga 26.3 peso turun kepada 42 peso. Ini menunjukkan satu peningkatan harga wang Amerika akibat kejatuhan harga wang negara.

Disebabkan itu Presiden Republik Indonesia ketika itu, Bacharuddin Jusuf Habibie telah dipersalahkan atas kesusutan harga matawang rupiah. Kerusi Presiden Indonesia pun diganti oleh Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur.

Di Manila Filipina, Fidel V.Ramos telah dipertanggungjawabkan akibat kemerosotan ekonomi Filipina. Fidel V.Ramos yang juga Presiden Filipina ketika itu digulingkan oleh rakyat Filipina dan diganti oleh Joseph Estrada.

Perdana Menteri Thailand ketika itu yang juga bekas Jeneral tentera, Jeneral Chavalit Yongchaiyudh juga digulingkan atas alasan kegawatan ekonomi. Seorang lelaki bernama Chuan Leekpai mengambil alih tampuk pemerintahan Thailand.

Ini semua angkara seorang lelaki bernama George Soros dari Amerika berbangsa Yahudi ini. Dihantar oleh Amerika ke Asia untuk merosakkan ekonomi Asia sekaligus menggulingkan orang nombor satu tiap-tiap negara yang menyebabkan peralihan kuasa.

Seperti yang penulis tulis didalam artikel ''Malaysia Hampir Lingkup Angkara Yahudi'' kesemua penggantinya adalah agen Amerika bagi menguasai blok Asia Tenggara. Namun hanya Malaysia sahaja yang terselamat dari peralihan kuasa ini.

Ia disebabkan kehebatan Tun Dr.Mahathir mengawal ekonomi selain terlebih dahulu memecat Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu dijawat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini ketua pembangkang di Parlimen Malaysia.

Apa kaitannya dengan Krisis di Mesir ?

Baiklah kita lihat krisis di Mesir ketika ini kelihatan sama tekniknya cara untuk menggulingkan kerajaan. Tetapi cara strategi yang mereka lakukan adalah sedikit berbeza dan dimulai di Tunis, Tunisia.

Ia bermula apabila seorang lelaki bernama Mohamed Bouazizi seorang penggangur yang sedang mencari kerja pada pagi 4 Januari 2011. Disebabkan kecewa tidak mendapat kerja, Mohamed Bouazizi membakar dirinya untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Tunisia yang memerintah yang telah membuatkan ramai orang menggangur.

Protes untuk menggulingkan Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali telah digerakkan sejak 18 Disember 2010. Namun semangat baru telah datang berikutan seorang lelaki membakar diri 4 Januari 2011.

Ini menyebabkan lebih ramai lagi memprotes Ben Ali supaya turun dari jawatan Presiden Tunisia. Semenjak Zine El Abidine menjadi presiden sejak 1987, rakyat Tunisia berkata tiada sebarang pembangunan dilakukan oleh Ben Ali.

Kerajaan pimpinan Ben Ali bertambah teruk dengan pengganguran yang semakin bertambah selain didakwa kerajaannya Korupsi ataupun mengamalkan rasuah. Ben Ali juga dituduh tidak mengamalkan kebebasan bersuara ataupun dipanggil ''Freedom Of Speech''.

Krisis inflasi makanan di Tunisia yang semakin membarah juga antara salah satu sebab mengapa rakyat Tunisia turun ke jalanan memprotes Ben Ali. Keadaan hidup rakyat Tunisia yang semakin susah juga menyebabkan beliau digulingkan.

Pada 14 Januari 2010, selepas 24 tahun memerintah Tunisia, Presiden Zine El Abidine Ben Ali akhirnya lari ke Arab Saudi menunjukkan bahawa protes oleh rakyat Tunisia bukannya sia-sia sahaja.

Tetapi selepas pemergian Ben Ali dalam kerajaan Tunisia. Mohamed Ghannouchi pula mengambil alih pemerintahan Tunisia. Rakyat Tunisia masih lagi memberontak dan tidak puas hati apabila Ghannouchi membariskan kabinet yang kebanyakkannya kroni Ben Ali.

Disebabkan itu, sekali lagi peralihan kuasa dilakukan dan Fouad Mebazza mengambil alih jawatan Presiden Tunisia sekaligus menghentikan protes di jalanan pada 27 Januari 2011. Ini menunjukkan kuasa rakyat yang dapat menggulingkan sebuah pemimpin yang bermula dari seorang lelaki.

Selepas kebangkitan rakyat Tunisia menjatuhkan sebuah kerajaan. Rakyat Mesir pula memberontak di jalanan semenjak 25 Januari 2011. Pemberontakan rakyat Mesir atas usaha menggulingkan Presiden Mesir, Hosni Mubarrak yang memerintah Mesir semenjak 1981.

Dalam masa tunjuk perasaan berlaku di Mesir, jiran kepada Mesir iaitu Jordan, Raja Abdullah II ( gambar atas ) yang juga Raja Jordan telah mengambil keputusan memecat Perdana Menteri Jordan ketika itu Samir Rifai ( gambar tengah ) dan digantikan oleh bekas tentera.

Major Jeneral Marouf al-Bakhit ( gambar bawah ) telah digantikan tempatnya sebagai Perdana Menteri Jordan oleh Raja Abdullah bagi mengelakkan demonstrasi oleh rakyat Jordan akibat inflasi makanan yang makin lama makin meninggi.

Algeria ketika ini masih lagi berlangsungnya protes bagi menggulingkan kerajaan Algeria. Protes yang hari ini masuk hari ke-37 telah masih lagi mencapai satu persepakatan diantara Penyokong anti-kerajaan dan kerajaan.

Walaubagaimanapun, kerajaan Algeria bersedia menarik balik perintah berkurung yang dikuatkuasakan sejak 1992. Pembangkang Algeria mendakwa perintah berkurung itu dilaksanakan bagi mengelak parti pembangkang Algeria berkempen.

Selain itu, kerajaan Algeria juga menjanjikan lebih hak kebebasan bersuara untuk parti pembangkang bagi meredakan demonstrasi. Tetapi mereka masih lagi tidak berganjak untuk meneruskan usaha menjatuhkan kerajaan Algeria.

Berbalik kepada tajuk yang asal tentang krisis di Mesir, semenjak pemerintahan Hosni Mubarak semenjak 30 tahun dahulu, rakyat Mesir menyatakan bahawa Hosni Mubarak mengamalkan dasar pemerintahan kuku besi.

Hosni Mubarak juga terkenal dengan dasar luar yang amat berat sebelah kepada barat seperti menutup sempadan Palestin dan sebagainya. Kerajan Mesir dibawah Hosni lebih cenderung bekerjasama dengan Israel untuk memperlingkupkan Palestin.

Semenjak protes yang bermula 25 Januari 2011, seramai lebih 3000 orang dilaporkan cedera akibat rusuhan di seluruh Mesir. Lebih 300 orang dilaporkan mati semenjak hari rusuhan itu antaranya disebabkan penyokong Hosni yang menembak penunjuk perasaan anti-Hosni.

Polis Mesir dianggarkan telah menangkap lebih 1000 orang sejak tunjuk perasaan ini bermula 25 Januari 2010. Namun tangkapan yang dibuat ini masih lagi tidak meredakan kemarahan rakyat terhadap Hosni.

Dalam masa yang sama, muncullah seorang hero bernama Mohammed El Baradei yang juga menggerakkan protes besar-besaran terhadap Hosni Mubarak. Tetapi tidak diberitahu latar belakang El Baradei.

Mohamed ElBaredei dilahirkan di Cairo, Mesir pada tahun 17 Jun 1942. Belajar di Universiti Cairo dan Graduate Institute of International and Development Studies dengan mengambil jurusan perundangan.

Selepas itu, El Baradei ke New York University untuk meneruskan pengajiannya. Selepas tamat mengajar, El Baradei telah berkerja dengan Kementerian Perhubungan Luar Mesir pada tahun 1964.

Dalam masa yang sama juga, Mohamed El Baradei menjadi ketua kepada misi tetap Mesir ke Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dalam hal berkaitan politik dan hal penyeludupan senjata haram.

Pada tahun 1974 hingga 1978, El Baradei menjadi pembantu khas kepada Kementerian Luar. Selepas itu, pada tahun 1980 El Baradei menjadi ahli senior dalam Program Perundangan Antarabangsa oleh PBB.

Elbaradei menjawat jawatan staf kanan dalam Sakreteriat IAEA ( International Atomic Energy Agency ) pada tahun 1984. Dan pada tahun 1993 hingga 1997 El Baradei menjawat jawatan Penolong Ketua Pengarah Hubungan Luar.

Selepas itulah nama terkenal apabila menjadi Ketua Pengarah IAEA pertama beragama Islam yang datangnya dari Mesir. El Baradei menjadi pengarah pada 1 Disember 1997 selepas tamatnya penggal Hans Blix dari Sweden.

Nama El Baradei menjadi sebutan akhbar-akhbar dan media massa apabila IAEA menjadi orang tengah untuk meminta Iran menghentikan program nuklearnya atas arahan Amerika Syarikat dan barat.

El Baradei juga pada penggal keduanya salah seorang manusia yang bertanggungjawab menyiasat tentang senjata pemusnah Iraq apabila AS menceroboh Iraq dengan alasan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.

Pada akhir-akhir penggal pentadbiran El Baradei akan tamat, Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang menentang tindakan El Baradei untuk bertanding menjawat jawatan pengarah IAEA untuk penggal seterusnya .

Pada lewat November 2009, ElBaredei telah melepaskan jawatannya apabila tidak terpilih untuk menjadi pengarah IAEA. Dan pada protes Mesir 2011, Beliau menjadi salah seorang penggerak utama protes itu.

Sebab pertama mengapa aku kata El Baradei ini seorang agen Amerika Syarikat adalah disebabkan waktu menjadi pegawai khas Kementerian Luar Mesir, pada tahun 1974 hingga 1978.

Jika beliau seorang yang menentang Hosni Mubarak, mana mungkin El Baradei bakal bekerja dibawah Hosni dimana beliau mendapat jawatan pegawai khas di Kementerian Hubungan Luar Mesir. Ini menunjukkan bahawa beliau juga salah seorang pengikut Hosni Mubarak.

Menjadi pembantu khas Kementerian Hubungan Luar bukanlah satu kerja mudah. Bekerja di Kementerian Luar itu mungkin dengan melakukan polisi-polisi Mesir tentang hubungan luar mereka terhadap negara-negara jiran.

Kedua adalah kerana keahliannya di dalam American Society of International Law ( ASIM ). Ia diasaskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1906 untuk mengkaji tentang perundangan.

Kebanyakkan ahli-ahli ASIM ini adalah golongan-golongan elit antaranya Peguam Negara, ahli akademik, wakil kerajaan dan berbagai lagi. Ini menunjukkan ASIM ini mempunyai kepentingan sesebuah kerajaan.

Ketiga, El Baradei menjadi orang Islam pertama dari kalangan bangsa Arab untuk menjadi Ketua Pengarah IAEA. Didalam Seramai 4 pengarah sebelum El Baradei menjadi pengarah IAEA dan kesemuanya dari Barat beragama Kristian.

Umum mengetahui bahawa barat mempunyai satu prejudis terhadap Islam tambahan lagi terhadap negara-negara Arab. Mengapa El Baradei dari negara Mesir ini terpilih sebagai Ketua Pengarah IAEA.

Jika ingin mengambil seorang Islam untuk menjaga sebuah agensi yang begitu rumit selalunya mereka tidak mengharap orang Arab untuk menjaganya. Persoalan mengapa mengambil El Baradei dari Mesir bukannya ahli-ahli dari negara lain. Contohnya Malaysia?

Keempat, El Baradei mengikut kehendak Amerika apabila menguatkuasakan tindakan mengehadkan penggunaan nuklear dunia selari dengan Amerika Syarikat yang tidak mahu negara-negara lain mempunyai loji nuklear.

Kelima, Semasa menjawat jawatan pengarah IAEA pada penggal kedua, El Baradei salah seorang manusia yang ditugaskan untuk mencari bukti tentang tuduhan Amerika Syarikat yang mengatakan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.

Ini salah satu program yang dirancang oleh Amerika Syarikat kepada IAEA untuk menyuruh mereka mencari bukti di Iraq bagi menutup kesilapan Amerika Syarikat menceroboh Iraq. Ini salah satu tindakan yang mana menunjukkan El Baradei boneka Amerika.

Keenam, El Baradei salah seorang yang menggerakkan kempen untuk memaksa Iran menghentikan program nuklearnya. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa IAEA bukanlah sebuah badan bebas.

Ketujuh, Tidak meneruskan penggal El Baradei sebagai seorang pengarah di IAEA. Jika dilihat kebanyakkan pengarah IAEA memegang jawatan lebih 3 penggal tetapi mengapa El Baradei berhenti apabila mengecamnya.

Ini kerana Amerika Syarikat sudah merancang untuk melakukan protes besar-besaran terhadap Hosni Mubarak di Mesir memandangkan El Baradei orang Mesir. Jadi beliau berpotensi untuk menjadi pemimpin memandangkan beliau sudah lama berkhidmat untuk dunia.

Mengapa Mereka Ingin Menjatuhkan Hosni Mubarak?

Kemungkinan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak semakin lama semakin degil dengan enggan mematuhi kehendak barat dan Israel. Mereka memerlukan reformasi bagi mengekalkan pengaruh Barat di dalam Mesir.

Lihat persamaan diantara krisis Mesir kini dan Krisis Asia Tenggara tempoh hari. Terdapat persamaan iaitu seorang pemimpin jatuh dan seorang lagi pemimpin yang mereka pilih. Jika kita perhatikan, El Baradei bukanlah seorang yang banyak menentang kerajaan Hosni.

Pada akhir-akhir ini sahaja El Baradei keluar ke jalanan untuk bersama-sama berdemo dengan penunjuk perasaan yang lain selain meraih populariti sebagai seorang pemimpin yang sama-sama menentang Hosni.

Ini sangat menunjukkan sikap hipokrit El Baradei terhadap Hosni. Mereka sama-sama berdemo hanya untuk menjadi Presiden Mesir. El Baradei juga menawarkan diri untuk menjadi Presiden sementara Mesir selepas perletakan jawatan Hosni.

Sekaligus menunjukkan terdapat muka baru bakal naik. Media antarabangsa yang kebanyakkannya dimiliki oleh Amerika juga mengutuk Hosni dan meminta Hosni mendengar suara rakyat. Ini menunjukkan bahawa protes itu disokong oleh kerajaan Amerika.

Amerika juga meminta supaya Mesir memberikan hak kebebasan kepada wartawan dan media disana untuk melaksanakan tugas mereka selain mengatakan tindakan itu melanggar etika kewartawanan. Sekaligus menunjukkan bahawa Amerika ingin menyampaikan kepada dunia tentang keburukan Hosni walaupun harga minyak mereka tidak sampai seringgit.

Polisi Mesir selepas ini jika El Baradei menjadi Presiden bagi penulis tidak akan berubah. Ini kerana ia hanya bersifat sementara dan kemungkinan kemusnahan akan lagi teruk berlaku di Mesir.

Ini hanyalah teori penulis sahaja, terpulang kepada pembaca untuk mempercayainya ataupun tidak. Bagi penulis, dunia penuh dengan konspirasi yang sudah dirancang, tidak mustahil apa yang penulis katakan ini benar-benar berlaku.

Friday, February 4, 2011

Petrol Murah, Rakyat Senang???

Harga minyak di pasaran global semakin lama semakin meninggi. Tambahan pula baru-baru ini rusuhan telah berlaku di Mesir untuk menggulingkan presiden Hosni Mubarak hasi kesan penggulingan presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali.

Harga minyak naik melebihi US$ 100 telah menyebabkan harga minyak RON 97 di Malaysia naik Rm 2.30 kepada Rm 2.40. Ini berikutan kebimbangan konflik di Mesir dimana Terusan Suez di Mesir membawa 2.4 juta tong minyak setiap hari.

Walaubagaimanapun, harga minyak RON 95 di Malaysia masih kekal Rm 1.80 seliter. Pada akhir-akhir ini, penulis melihat banyak barangan di Malaysia naik ataupun mengikut istilah media massa dipanggil 'Pemotongan Subsidi'.

Antara barangan harian di Malaysia yang naik adalah harga LPG ( Liquid Petroleum Gas ) dimana naik sebanyak Rm0.10 dari Rm1.75 kepada Rm1.85. Harga gula ditingkatkan Rm0.25 dari Rm1.45 kepada Rm1.70. Ini berikutan kerajaan memotong subsidi terhadap barangan tersebut.

Alasan pemotongan subsidi gula di Malaysia disebabkan kerajaan ingin mengurangkan sebanyak Rm 103 billion dalam tempoh 5 tahun. Harga gula dinaikkan wajar bagi mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman untuk mengelakkan kemudaratan kepada orang ramai.

Manakala tentang kenaikan harga LPG, sebenarnya kerajaan masih lagi menanggung subsidi LPG. Tahukah anda bahawa berapa harga gas LPG tanpa subsidi? Rm 45.61 adalah harga LPG tanpa subsidi. Kerajaan menanggung Rm 24.61 bagi 12 kg LPG.


Jadi kenaikan harga 10 sen bagi setiap kilogram masih kecil berbanding tanggungan subsidi terhadap LPG. Lagipun gas LPG ini bukannya digunakan setiap hari oleh pengguna. Mengikut fakta, Malaysia merupakan negara yang paling banyak kebergantungannya kepada subsidi.

Pada tahun 2009 sahaja, kerajaan negara Malaysia telah membelanjakan sebanyak Rm 74 billion untuk subsidi kepada rakyat. Ia bersama dengan lebih 50% jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar ( KDNK ) Malaysia.

Dalam masa yang sama, ada segolongan manusia merungut kenaikan harga barangan harian ini membebankan mereka. Kerajaan diminta mengekalkan subsidi bagi meringankan beban mereka.

Tetapi ini bakal menjejaskan tujuan mengurangkan sebanyak Rm 107 bilion. Adakah kerajaan patut mengurangkan kos perbelanjaan lain seperti kos pembangunan sesebuah tempat semata-mata untuk mengekalkan subsidi?

Penulis mengambil contoh harga minyak di Brunei. Brunei merupakan negara pengeluar minyak yang agak besar. Harga minyak di Brunei adalah sebanyak Rm 1.18 dan kurang Rm 0.62 dari harga minyak di Malaysia.

Adakah dengan harga minyak di Brunei meringankan beban rakyat di Brunei. Bagi penulis memang meringankan beban ini kerana setahu penulis, tiada pun manusia yang hidup merempat di Brunei.

Kebanyakkan rakyat Brunei hidup senang tetapi tidak kaya dan jurang hidup diantara yang kaya dan miskin amat rendah. Mengikut IMF ( International Monetary Fund ataupun Tabung Kewangan Antarabangsa ) Brunei merupakan negara ke-5 terkaya didunia dengan pendapatan perkapita mereka sebanyak Rm 141,000.

Simpanan wang kerajaan Brunei boleh dikira banyak walaupun penulis tidak mengetahui berapakah jumlah simpanan Brunei. Namun mengikut pengetahuan penulis, Brunei adalah sebuah negeri yang kaya.

Ini berikutan Sultannya, Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai lebih 7000 kereta mewah. Dilaporkan Sultan Brunei mempunyai lebih 600 buah kereta Rolls Royce dan mempunyai 450 Ferrari selain mempunyai lebih 100 biji Koenigsegg.

Antara kereta mewah yang dimiliki oleh Sultan Brunei adalah Lamborghini, Porsche, Maybach, Bentley, McLaren, Aston Martin, Jaguar, Bugatti dan berbagai lagi kereta mewah.

Selain itu, hadiah-hadiah yang diberi kepada anaknya seperti sebuah Airbus beharga Rm300 juta ataupun jet peribadinya yang bersalut emas.

Kontroversi adik kepada Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah ataupun dikenali sebagai Playboy Prince ( Putera Playboy ) yang menyonglap Rm 51.2 billion dari wang kerajaan ketika menjadi menteri kewangan menunjukkan bahawa Brunei mempunyai kewangan yang kukuh.

Selain itu, dilaporkan bahawa sebelum disaman oleh kerajaan Brunei, purata perbelanjaan setiap hari oleh Putera Jefri Bolkiah adalah Rm1.7 juta. Putera Jefri juga dikatakan mempunyai lebih 2000 kereta mewah.

300 buah lukisan bernilai tinggi telah dibida oleh Putera Jefri dimana kos kesemuanya tidak diketahui tetapi dianggarkan bernilai berbillion ringgit. Lima buah bot peribadi mewah dan sembilan jet peribadi menunjukkan bahawa Brunei mempunyai wang.

Adakah Brunei merupakan negara yang maju?

Jawapan dari penulis tidak! Ini kerana setahu penulis, tiada sebuahpun bangunan pencakar lagi di Brunei. Tiada pun bangunan-bangunan yang menarik. Semuanya cuma cukup-cukup makan saja.

Dari pemerhatian penulis, ini kerana Brunei sebuah negara yang cukup kaya tetapi tidak tahu buat apa dengan duit. Rakyat mereka semua hidup senang, jadi tidak perlu mereka melabur banyak untuk menarik pelancong kenegara mereka.

Di Malaysia, rakyatnya 28 juta manakala di Brunei, rakyatnya hanya ada 400 ribu. Disitu kita dapat melihat bertapa kayanya mereka dengan kewangan mereka. Tetapi Malaysia negara yang sedang membangun.

Maksud pembangunan disini adalah membangunkan sebuah lagi generasi dengan hidup yang senang. Mewujudkan peluang pekerjaan, memberikan pulangan yang mencukupi kepada penduduk.

Jika kita menurunkan harga minyak iaitu mengekalkan subsidi, kemungkinan pada masa hadapan generasi seterusnya tidak dapat kemudahan yang sepatutnya mereka dapat. Malaysia bukannya sebuah negara yang cenderung kepada satu bahagian saja.

Penulis mengambil contoh seperti Indonesia, Kerajaan Indonesia telah memperuntukkan berbillion-billion ringgit khasnya untuk pertahanan. Tetapi kita lihat rakyatnya, kebanyakkan mengemis di jalanan.

Rakyat juga perlu bersiap sedia supaya tidak terlalu mengharapkan kerajaan memberi subsidi kepada mereka. Kerana kos subsidi setiap tahun akan bertambah dan jika ini diteruskan, kemungkinan besar tiada projek lain bakal dibangunkan.

Contohnya wang hasil penjimatan subsidi kerajaan mungkin boleh dilaburkan untuk menambah wang untuk pinjaman PTPTN atau perlaksanaan klinik-klinik bergerak diseluruh Malaysia. Ini lebih berbaloi dari terus memberikan subsidi.

Datuk Seri Idris Jala, penasihat ekonomi kepada kerajaan Malaysia menyatakan bahawa Malaysia akan terus bangkrap jika subsidi terus diberi kepada rakyat Malaysia yang semakin hari semakin bertambah.

Bagaimanapun, kadangkala pembangunan-pembangunan yang tidak bermanfaat patut dielakkan. Contohnya pembinaan Menara 100 Tingkat yang menelan belanja berbilion ringgit. Penulis lebih berat menerimanya kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapat modalnya balik.

Penulis lebih berharap rakyat diutamakan seperti membuat tebatan banjir dinegeri-negeri yang selalu dilanda banjir antaranya Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu dan Johor. Ini kerana selepas ini kerajaan tidak perlu membelanjakan wang ringgit untuk memberi bantuan.

Jadi kesimpulannya bagi penulis adalah wajar kerajaan mengurangkan subsidi kepada rakyat bagi mengimbangi bajet terhadap aspek lain. Selain itu wang itu dapat digunakan dengan lebih efektif kepada orang-orang yang betul memerlukan.

Contohnya jika subsidi terhadap minyak dikurangkan, golongan-golongan yang miskin yang tidak mempunyai kenderaan boleh dibantu dengan cara lain. Kerana masih banyak lagi penduduk miskin tegar di Malaysia yang sedang dihapuskan.