Friday, January 28, 2011

Maksud Perkataan Ang Pau

Pada awal pagi 1136, sekumpulan manusia dari arah laut datang mendarat di negeri Kedah. Ketika itu tiada siapa menyambutnya, hanya segelintir orang-orang mereka sahaja menyambut kedatangan Merong Mahawangsa.

Selepas beberapa bulan Merong Mahawangsa mengumpul pengaruh, Merong Mahawangsa membentuk sebuah kerajaan di Kedah. Pembentukan kerajaan Kedah telah mendapat sambutan hebat dari rakyat negeri Kedah.

Dek kerana ingin menjaga kepentingan dan survival Kesultanan Kedah, Merong Mahawangsa bertukar memeluk Islam dari agama asalnya agama Hindu. Merong Mahawangsa memeluk agama Islam kerana ada ura-ura penduduk Islam di negeri Kedah akan menggulingkannya.

Oleh kerana itu, Merong Mahawangsa pun memeluk agama Islam.

Pada keesokan harinya iaitu pada 23 Ogos 1137, Merong Mahawangsa berangkat menaiki kapal untuk ke China berjumpa dengan Maharaja China. Dikatakan mereka sampai di China pada 25 Disember 1137 dan tujuan Merong Mahawangsa ke China adalah kerana ingin menyambut tahun baru dengan maharaja China.

Sebenarnya pada ketika muda, Maharaja China pada ketika itu dihantar ke Palembang untuk belajar memperbaiki kapal. Bapa kepada Maharaja China ketika ini sebenarnya mahu anaknya berjaya dalam kehidupan dan membantu rakyat. Disebabkan itulah Maharaja China dihantar belajar ilmu perkapalan di Palembang.

Maharaja China ketika itu ditempatkan dalam kelas pelajar-pelajar yang dikhaskan. Kerana bapa kepada Merong Mahawangsa yang juga pemerintah Palembang mengetahui asal usul Maharaja China itu.

Jadi disitulah mereka berdua berkenalan diantara anak raja China dan anak raja Srivijaya. Mereka mempunyai kehidupan bersama pada masa muda. Itulah sebab Merong Mahawangsa begitu rapat dengan Maharaja China.

Ketika Merong Mahawangsa sampai ke China, mereka disambut meriah oleh Maharaja China. Sebanyak 1136 das tembakan meriam dilepaskan menandakan kedatangan rakan baik Maharaja China. 1136 das tembakan juga meraikan pembentukan kerajaan Kedah oleh Merong Mahawangsa.

Ketika berada disana, mereka banyak menghabiskan masa bersama. Bahkan Maharaja China juga menghidangkan makanan terhebat di istana iaitu Char Kuey Teow oleh chef tersohor dari sana. Bahkan mereka dijamu dengan air teh cina yang benar-benar special dibuat khas oleh Maharaja China kepada Merong Mahawangsa menunjukkan bertapa baiknya persahabatan diantara negara China dan Kedah.

Pada 5 Januari, genap 10 hari Merong Mahawangsa membuat lawatan rasmi ke Tanah Besar China. Sebelum berangkat pulang menaiki kapal, Merong Mahawangsa bisik ke telinga Maharaja China dan berkata '' Tahun baru lepas ini, Lu datang Kedah pula ''.

Selesai perkataan itu tanpa sempat Maharaja China membalas Merong Mahawangsa sudah melangkah menaiki kapal. Pergilah dengan sedihnya Merong Mahawangsa dari Tanah Besar China ke negerinya Kedah.

Selepas sampai ke Kedah pada 3 April di Kedah. Rakyat Kedah membuat satu persiapan rapi untuk menyambut raya Aidilfitri. Maklumlah Sultan Kedah pun akan menyambut raya Aidilfitri juga.

Tetapi masalahnya 3 April iaitu ketika Merong Mahawangsa sampai ke Tanah Airnya bersamaan 24 Ramadhan. Sultan Kedah ketika itu masih lagi dalam proses mengenal Fardu Ain. Buku PAFA pun kira tak lepas lagi.

Sepanjang perjalanan dari China, Merong Mahawangsa langsung tidak berpuasa kerana tidak tahu ketika itu bulan Ramadhan. Sepatutnya terdapat seorang guru agama akan menemani Merong Mahawangsa ke China namun disebabkan ingin menyambut kelahiran anaknya bersama isteri ke-4nya jadi Guru itu tidak ikut serta.

Setelah genap 30 hari puasa, akhirnya tiba saat yang ditunggukan oleh seluruh umat Islam ketika itu. Pagi Raya selepas sahaja Merong Mahawangsa breakfast bersama jemaah menteri dan kesemua pegawai kerajaan mereka bertolak ke masjid.

Ketika itu, tiada lagi BMW,Bentley,Rolls Royce dan sebagainya. Sultan menaiki kereta lembu ataupun pada zaman kini dipanggil Lamboghini. Perdana Menteri pula menaiki kereta kuda manakala yang lain menunggang harimau.

Sampai sahaja di Masjid, Merong Mahawangsa terus masuk ke masjid sambil diiringi oleh jemaah menteri. Berjalan terus ke depan dan Merong Mahawangsa pun duduk di tepi sekali dimana sejadahnya bewarna kuning.

Selepas sahaja sembahyang raya disitu, Ribuan jemaah masjid berasak-asak ke hadapan untuk bersalaman dengan Sultan mereka. Dalam masa yang sama Merong Mahawangsa memberi sedikit wang kepada rakyat mereka sebagai duit raya.

Selepas itu, Merong Mahawangsa pun pulang ke istana untuk menyantap ketupat rendang, dodol dan makanan yang sewaktu dengannya. Tiba-tiba salah seorang PA Merong Mahawangsa bergegas berjumpa Merong Mahawansa dan memulakan perbualan ;

PA Sultan : Tuanku, Maharaja China On The Way nak datang sini.

Sultan Kedah : Apa depa nak buat dekat sini ?

PA Sultan : Dalam surat ini ( surat dari Maharaja China ) kata lawatan balas Tahun Baru.

Sultan Kedah : Tahun Baru ??? Ni baru 4 bulan ja...buat pa dia mai sini.

PA Sultan : Patik pun tak tau awat... Kalendar apa la depa guna...

Perdana Menteri menyampuk " Ampun Tuanku, Depa guna kalendar Cina rasanya ". Merong Mahawangsa pun sedar yang Maharaja Cina buat lawatan balas untuk Tahun Baru Cina. Jadi Merong Mahawangsa pun perintah supaya buat persiapan rapi untuk menyambut kedatangan Maharaja China.

" Nak suruh depa balik, depa dah separuh jalan dah takkan nak suruh balik kot. Buat ja la sambutan untuk depa '' kata Merong Mahawangsa dalam hatinya.

Merong Mahawangsa mengumpulkan segala kelengkapannya untuk menyambut Maharaja China. Selain itu, Merong Mahawangsa pun menitahkan supaya bagitau semua orang kampung untuk menghadiri acara kedatangan Maharaja China.

Pada hari kedatangan Maharaja China yang juga sama dengan Tahun Baru Cina telah disambut meriah. Dari situlah bermulanya perkataan Ang Pau yang diguna pakai sehingga kini.

Ketika Perdana Menteri duduk untuk menunggu ketibaan Maharaja China bersama-sama dengan Merong Mahawangsa, Terdapat seorang menteri berkata kepada Perdana Menteri ;

Menteri : Dato Perdana Menteri, kita ni sambut raya kita bagi duit...

Perdana Menteri : Haa...Awat kalau kita bagi duit masa raya

Menteri : Dato pi la mintak duit

Perdana Menteri : Laa...Che' pulak kena pi mintak... Ang la pi pow Maharaja China tuh

Menteri : Laa...saya pulak...Dato la pi

" Woihh...Apa 'Ang Pow-Ang Pow'... Diam!!! Maharaja nak mai dah " sampuk Merong Mahawangsa. Merong pun berdiri untuk menyambut ketibaan Maharaja China.

Ketika ketibaan, Merong Mahawangsa pun bersalaman dan berpelukan dengan Maharaja China. Dalam masa yang sama dia memperli Perdana Menteri dengan berkata " Ang Pow la ". Itu menyebabkan Maharaja China tanya apa dia tuh ?

Merong Mahawangsa pun yang tengah panik nak jawab berkata " Ohh...Org Cina sini kata Ang Pow tuh duit yang bagi orang masa Tahun Baru Cina ". Maharaja China pun berkata " Ooo...Dia ka, dekat sana orang panggil sedekah saja... Nanti balik China boleh suruh depa panggil sedekah duit ni 'Ang Pow'. "

Jadi dari situlah bermulanya penggunaan Ang Pow di seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan kesilapan Sultan Kedah ( Merong Mahawangsa ) yang menjemput Maharaja China menyambut tahun baru di Kedah.

Disebabkan salah faham apabila Sultan Kedah tidak memberi maklumat secara terperinci menyebabkan Maharaja China confused sama ada Tahun Baru yang disebut Sultan Kedah adakah mengikut Islam, Kristian mahupun masyarakat Cina.

***

Ang/Hang - Dalam bahasa Utara bermaksud Kau
Pow - Bermaksud meminta duit dalam bahasa lainnya
Contohnya '' Kau pergi la pow budak tu ''
Pi - Pergi
Che' - Saya dalam bahasa Utara

**

Ini hanyalah rekaan semata-mata dan langsung tidak ada kena mengena dengan sejarah asalnya. Mana ada time tuh mereka makan Char Kuey Teow ? Meriam masa itu pun rasanya tak wujud lagi.

*

Akhir Sekali Penulis ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA MASYARAKAT CINA SELURUH DUNIA".

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen