Monday, January 3, 2011

Karam Singh Walia diserang




Video ini dirakam oleh pihak-pihak tertentu yang penulis tidak tahu siapakah perakam kepada video ini. Adakah orang awam yang lepak direstoran mamakkah ataupun salah seorang antara samseng-samseng Melayu.

Menurut apa yang penulis perhatikan, Karam Singh Walia yang juga wartawan TV3 telah mengeluarkan ucapan yang berunsur perkauman iaitu mengatakan bahawa orang Melayu bukan dari Malaysia dan juga Indonesia.

Orang-orang Melayu yang naik berang dengan ucapan Karam Singh Walia itu menyerangnya di sebuah restoran dimana penulis sendiri tak tahu dimanakah tempatnya. Orang-orang Melayu yang berlagak samseng ini menyuruh Karam Singh Walia ( KSW ) meminta maaf.

KSW bersetuju untuk meminta maaf kepada mereka ini. Namun apa yang menyedihkan adalah apabila orang Melayu yang menyuruh meminta maaf ini berlagak samseng ataupun berkelakuan biadap.

Setahu penulis, orang Melayu ini dari dahulu lagi terkenal dengan budaya sopan santun selain jarang membuat kecoh. Tetapi contoh yang ditunjukkan oleh orang Melayu yang berlagak samseng ini adalah sesuatu yang amat memalukan orang Melayu apabila memainkan isu perkauman.

Memang kata-kata KSW '' Tidak berasal dari Malaysia dan juga tidak berasal dari Indonesia '' telah mengecewakan aku sebagai seorang Melayu. Ini kerana pelaku ini adalah seorang yang mempunyai nama yang baik.

Tetapi penulis lebih kecewa dan sedih dengan segelintir masyarakat Melayu yang berlagak samseng untuk menjadi hero. Penulis bukanlah menyokong tindakan KSW ini bahkan penulis mengecam tindakan KSW.

Tetapi jika hendak menyuruh orang meminta maaf adalah satu tindakan biadap apabila terpekit-pekit seperti anjing. Selain membawa kawan untuk memprovok selain sengaja membuatkan orang sakit hati.

Cara orang-orang Melayu itu berkata pun amat biadap dengan menggunakan kata-kata hinaan terhadap KSW seperti '' mabuk tak sedar diri ''. Adakah ini adab atau cara bagi seseorang yang ingin menyuruh orang meminta maaf.

Bawa kawan ramai-ramai penulis sendiri pun tak tahu apa sebabnya. Kawan itu pula pun menjerit-jerit dan sengaja memprovokasi KSW. Penulis tertanya tak ada etika untuk duduk bercakap supaya menyuruh meminta maaf dengan elok.

Apa tindakkan mencarut itu adalah sesuatu yang baik ? Penulis pun boleh suruh si pecakap yang mencarut itu minta maaf dekat orang Melayu oleh kerana orang yang mencarut itu bangsa Melayu dan sudah semestinya orang Melayu mungkin akan terkena tempias bak kata pepatah, '' disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga ''.

Penulis memuji tindakan KSW yang sehingga akhir tidak mengeluarkan kata-kata kesat seperti Melayu yang berlagak nak jadi hero Melayu tetapi tak cukup jantan. Satu lagi penulis percaya yang KSW tidak mengatakan perkataan ''lancau'' dan ''sakai''.

Penulis tahu reaksi orang yang dituduh melakukan perkara yang tidak dilakukan bagaimana. Mereka akan berasa begitu marah malahan penulis sendiri pernah maki orang yang menuduh aku bercakap sedangkan aku tidak bercakap.

Kalau tidak percaya boleh tanya ahli Psikologi.

Samseng Melayu itu pesan dekat KSW supaya jaga mulut padahal diri sendiri tak sedar diri mengucapkan perkataan-perkataan yang hina. Sepatutnya kalau hendak meminta orang minta maaf perlulah bercakap secara elok.

Sebenarnya penulis merasakan perkara seperti ini tidak perlu terjadi. Bahkan pernah dulu ada seorang pemimpin di Pulau Pinang mengatakan bahawa orang Cina di Malaysia adalah pendatang asing.

Pemimpin itu dibuang dari jawatannya? Persoalannya mengapakah masa KSW saja mereka tunjuk hero memaksa KSW meminta maaf. Time Namewee yang menghina lagu 'Negaraku' tidak pula tunjuk lagak pergi ramai-ramai nak suruh pergi minta maaf.

Adakah kerana KSW ini India dan Namewee itu Cina? Nampak sangat bahawa ada agenda tersediri untuk menjatuhkan nama KSW ini. Orang seperti ini yang berkelakuan seperti ini tidak layak nak pergi minta maaf.

Macam mana nak nasihat orang kalau diri sendiri pun tak ada kredibiliti.

Akhir kata penulis ingin menyatakan kekesalan terhadap tindakan Karam Singh Walia dan berasa begitu kecewa dan sedih kepada orang Melayu yang berkelakuan kurang ajar dan mengeluarkan kata-kata kesat.

'' Sebab pulut santan binasa, sebab mulut perut binasa ''

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen