Friday, January 28, 2011

Maksud Perkataan Ang Pau

Pada awal pagi 1136, sekumpulan manusia dari arah laut datang mendarat di negeri Kedah. Ketika itu tiada siapa menyambutnya, hanya segelintir orang-orang mereka sahaja menyambut kedatangan Merong Mahawangsa.

Selepas beberapa bulan Merong Mahawangsa mengumpul pengaruh, Merong Mahawangsa membentuk sebuah kerajaan di Kedah. Pembentukan kerajaan Kedah telah mendapat sambutan hebat dari rakyat negeri Kedah.

Dek kerana ingin menjaga kepentingan dan survival Kesultanan Kedah, Merong Mahawangsa bertukar memeluk Islam dari agama asalnya agama Hindu. Merong Mahawangsa memeluk agama Islam kerana ada ura-ura penduduk Islam di negeri Kedah akan menggulingkannya.

Oleh kerana itu, Merong Mahawangsa pun memeluk agama Islam.

Pada keesokan harinya iaitu pada 23 Ogos 1137, Merong Mahawangsa berangkat menaiki kapal untuk ke China berjumpa dengan Maharaja China. Dikatakan mereka sampai di China pada 25 Disember 1137 dan tujuan Merong Mahawangsa ke China adalah kerana ingin menyambut tahun baru dengan maharaja China.

Sebenarnya pada ketika muda, Maharaja China pada ketika itu dihantar ke Palembang untuk belajar memperbaiki kapal. Bapa kepada Maharaja China ketika ini sebenarnya mahu anaknya berjaya dalam kehidupan dan membantu rakyat. Disebabkan itulah Maharaja China dihantar belajar ilmu perkapalan di Palembang.

Maharaja China ketika itu ditempatkan dalam kelas pelajar-pelajar yang dikhaskan. Kerana bapa kepada Merong Mahawangsa yang juga pemerintah Palembang mengetahui asal usul Maharaja China itu.

Jadi disitulah mereka berdua berkenalan diantara anak raja China dan anak raja Srivijaya. Mereka mempunyai kehidupan bersama pada masa muda. Itulah sebab Merong Mahawangsa begitu rapat dengan Maharaja China.

Ketika Merong Mahawangsa sampai ke China, mereka disambut meriah oleh Maharaja China. Sebanyak 1136 das tembakan meriam dilepaskan menandakan kedatangan rakan baik Maharaja China. 1136 das tembakan juga meraikan pembentukan kerajaan Kedah oleh Merong Mahawangsa.

Ketika berada disana, mereka banyak menghabiskan masa bersama. Bahkan Maharaja China juga menghidangkan makanan terhebat di istana iaitu Char Kuey Teow oleh chef tersohor dari sana. Bahkan mereka dijamu dengan air teh cina yang benar-benar special dibuat khas oleh Maharaja China kepada Merong Mahawangsa menunjukkan bertapa baiknya persahabatan diantara negara China dan Kedah.

Pada 5 Januari, genap 10 hari Merong Mahawangsa membuat lawatan rasmi ke Tanah Besar China. Sebelum berangkat pulang menaiki kapal, Merong Mahawangsa bisik ke telinga Maharaja China dan berkata '' Tahun baru lepas ini, Lu datang Kedah pula ''.

Selesai perkataan itu tanpa sempat Maharaja China membalas Merong Mahawangsa sudah melangkah menaiki kapal. Pergilah dengan sedihnya Merong Mahawangsa dari Tanah Besar China ke negerinya Kedah.

Selepas sampai ke Kedah pada 3 April di Kedah. Rakyat Kedah membuat satu persiapan rapi untuk menyambut raya Aidilfitri. Maklumlah Sultan Kedah pun akan menyambut raya Aidilfitri juga.

Tetapi masalahnya 3 April iaitu ketika Merong Mahawangsa sampai ke Tanah Airnya bersamaan 24 Ramadhan. Sultan Kedah ketika itu masih lagi dalam proses mengenal Fardu Ain. Buku PAFA pun kira tak lepas lagi.

Sepanjang perjalanan dari China, Merong Mahawangsa langsung tidak berpuasa kerana tidak tahu ketika itu bulan Ramadhan. Sepatutnya terdapat seorang guru agama akan menemani Merong Mahawangsa ke China namun disebabkan ingin menyambut kelahiran anaknya bersama isteri ke-4nya jadi Guru itu tidak ikut serta.

Setelah genap 30 hari puasa, akhirnya tiba saat yang ditunggukan oleh seluruh umat Islam ketika itu. Pagi Raya selepas sahaja Merong Mahawangsa breakfast bersama jemaah menteri dan kesemua pegawai kerajaan mereka bertolak ke masjid.

Ketika itu, tiada lagi BMW,Bentley,Rolls Royce dan sebagainya. Sultan menaiki kereta lembu ataupun pada zaman kini dipanggil Lamboghini. Perdana Menteri pula menaiki kereta kuda manakala yang lain menunggang harimau.

Sampai sahaja di Masjid, Merong Mahawangsa terus masuk ke masjid sambil diiringi oleh jemaah menteri. Berjalan terus ke depan dan Merong Mahawangsa pun duduk di tepi sekali dimana sejadahnya bewarna kuning.

Selepas sahaja sembahyang raya disitu, Ribuan jemaah masjid berasak-asak ke hadapan untuk bersalaman dengan Sultan mereka. Dalam masa yang sama Merong Mahawangsa memberi sedikit wang kepada rakyat mereka sebagai duit raya.

Selepas itu, Merong Mahawangsa pun pulang ke istana untuk menyantap ketupat rendang, dodol dan makanan yang sewaktu dengannya. Tiba-tiba salah seorang PA Merong Mahawangsa bergegas berjumpa Merong Mahawansa dan memulakan perbualan ;

PA Sultan : Tuanku, Maharaja China On The Way nak datang sini.

Sultan Kedah : Apa depa nak buat dekat sini ?

PA Sultan : Dalam surat ini ( surat dari Maharaja China ) kata lawatan balas Tahun Baru.

Sultan Kedah : Tahun Baru ??? Ni baru 4 bulan ja...buat pa dia mai sini.

PA Sultan : Patik pun tak tau awat... Kalendar apa la depa guna...

Perdana Menteri menyampuk " Ampun Tuanku, Depa guna kalendar Cina rasanya ". Merong Mahawangsa pun sedar yang Maharaja Cina buat lawatan balas untuk Tahun Baru Cina. Jadi Merong Mahawangsa pun perintah supaya buat persiapan rapi untuk menyambut kedatangan Maharaja China.

" Nak suruh depa balik, depa dah separuh jalan dah takkan nak suruh balik kot. Buat ja la sambutan untuk depa '' kata Merong Mahawangsa dalam hatinya.

Merong Mahawangsa mengumpulkan segala kelengkapannya untuk menyambut Maharaja China. Selain itu, Merong Mahawangsa pun menitahkan supaya bagitau semua orang kampung untuk menghadiri acara kedatangan Maharaja China.

Pada hari kedatangan Maharaja China yang juga sama dengan Tahun Baru Cina telah disambut meriah. Dari situlah bermulanya perkataan Ang Pau yang diguna pakai sehingga kini.

Ketika Perdana Menteri duduk untuk menunggu ketibaan Maharaja China bersama-sama dengan Merong Mahawangsa, Terdapat seorang menteri berkata kepada Perdana Menteri ;

Menteri : Dato Perdana Menteri, kita ni sambut raya kita bagi duit...

Perdana Menteri : Haa...Awat kalau kita bagi duit masa raya

Menteri : Dato pi la mintak duit

Perdana Menteri : Laa...Che' pulak kena pi mintak... Ang la pi pow Maharaja China tuh

Menteri : Laa...saya pulak...Dato la pi

" Woihh...Apa 'Ang Pow-Ang Pow'... Diam!!! Maharaja nak mai dah " sampuk Merong Mahawangsa. Merong pun berdiri untuk menyambut ketibaan Maharaja China.

Ketika ketibaan, Merong Mahawangsa pun bersalaman dan berpelukan dengan Maharaja China. Dalam masa yang sama dia memperli Perdana Menteri dengan berkata " Ang Pow la ". Itu menyebabkan Maharaja China tanya apa dia tuh ?

Merong Mahawangsa pun yang tengah panik nak jawab berkata " Ohh...Org Cina sini kata Ang Pow tuh duit yang bagi orang masa Tahun Baru Cina ". Maharaja China pun berkata " Ooo...Dia ka, dekat sana orang panggil sedekah saja... Nanti balik China boleh suruh depa panggil sedekah duit ni 'Ang Pow'. "

Jadi dari situlah bermulanya penggunaan Ang Pow di seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan kesilapan Sultan Kedah ( Merong Mahawangsa ) yang menjemput Maharaja China menyambut tahun baru di Kedah.

Disebabkan salah faham apabila Sultan Kedah tidak memberi maklumat secara terperinci menyebabkan Maharaja China confused sama ada Tahun Baru yang disebut Sultan Kedah adakah mengikut Islam, Kristian mahupun masyarakat Cina.

***

Ang/Hang - Dalam bahasa Utara bermaksud Kau
Pow - Bermaksud meminta duit dalam bahasa lainnya
Contohnya '' Kau pergi la pow budak tu ''
Pi - Pergi
Che' - Saya dalam bahasa Utara

**

Ini hanyalah rekaan semata-mata dan langsung tidak ada kena mengena dengan sejarah asalnya. Mana ada time tuh mereka makan Char Kuey Teow ? Meriam masa itu pun rasanya tak wujud lagi.

*

Akhir Sekali Penulis ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA MASYARAKAT CINA SELURUH DUNIA".

Thursday, January 20, 2011

TUDM Bakal Tambah Jet Pejuang Super Hornet???

The Boeing Company remains hopeful concluding a deal to supply up to 18 F/A-18E/F Super Hornet strike fighter to Malaysia, which the US aircraft manufacturer has been negotiating since 2002.

Boeing Defence, Space and Security ( BDS ) President and Chief Executive Officer ( CEO ) Dennis Muilenburg said the company has submitted a proposal to Royal Malaysian Air Force ( RMAF ) for its F/A-18E/F Super Hornets, and negotiations are ongoing.

"We are hopeful that things will move forward in the near term... We can accommodate customers' delivery schedule, both near term and long term. We have demonstrated the abillity to produce the Super Hornets for multiple customers on schedule, '' he said in an interview in Kuala Lumpur recently.

He did not indicate whether Boeing Defense, Space and Security, a unit of the Boeing Company, had proposed that the RMAF buy the single-seater Super Hornet E model or the two-seater F model, although reports had suggested that up to 18 units of the two seater version were proposed. The RMAF currently operates eight earlier generation two seater F/A-18Ds and was reportedly planning to buy up to eight to 18 more aircraft before the 1997 Asian financial crisis forced a spending cut. Malaysian defence official have recently indicated that multi-role fighter purchase was back on the agenda.

Muilenburg, who is also Vice President of the Boeing Co, said the RMAF had expressed satisfaction with its fleet of eight F/A-18Ds from Boeing. " They provide tremendous ( day-night strike ) capability, reliable and the cost of maintaning the aircraft is low. I think expectation ( of the RMAF ) is to continue to operates and expand that fleet rather than replace it.

" In this regard, the Super Hornets are an attractive option because these aircraft provide interoperability with the F/A-18Ds fleet. They will have common support equipment as well as common air crew and maintenance training system."

Apart from the Super Hornets, he said Malaysia had not indicated any other aircraft procurement plans. " But as with all of our customers, we continue to provide awareness of the products that are available from Boeing. We are ready to respond if specific opportunities come forward."

- Asian Defence Journal

Tulisan diatas ini adalah petikan dari majalah Asian Defence Journal ( ADJ ) dan setahu penulis buku ini tidak dijual. Jika pergi ke kedai mana-mana pun selalunya susah untuk dapat majalah ADJ ini.

Setahu penulis, buku ini memang dicetak khas kepada orang-orang yang berkepentingan dengan tentera. Mengikut kira-kira oleh penerbit buku ADJ ini, hanya terdapat 9263 majalah dikeluarkan.

Kebanyakkannya adalah pegawai-pegawai tentera. Statistik dikeluarkan juga menyatakan bahawa 58.6 % pembaca buku ini adalah yang berkepentingan seperti Pelatih, R&D ( Research & Development ) dan sebagainya.

Yang selebihnya juga adalah golongan-golongan elit seperti menteri dan sebagainya. Statistik juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang membangunkan barangan ketenteraan juga mendapatkan buku ini. Hanya 1.4 % orang awam dapat membacanya.

Penulis tak mahu cerita tentang ADJ ini, tetapi penulis harap pembaca supaya tak perlu mencari buku ini kerana ia tidak dijual di pasaran. Penulis pun dapat hasil hantaran orang-orang tertentu yang mendapat hak membaca majalah ini.

Penulis melihat artikel ini sebagai sebuah artikel yang ingin melobi kerajaan Malaysia untuk mengambil pesawat Super Hornet yang dibina oleh Boeing Company. Respon positif dari kerajaan Malaysia mungkin menjadi sebab utama CEOnya hadir ke Malaysia untuk berbincang tentang pembelian ini.

Ucapan CEOnya itu kelihatan begitu yakin bahawa mereka dapat menjual Super Hornet dengan kata-kata bahawa mereka boleh merangka jadual penghantaran jet dalam jangka masa pendek ataupun panjang.

Pihak Boeing juga telah menyatakan bahawa kos maintenance jet-jet pejuang ini murah berbanding jika mereka menggantikan jet pejuang dengan produk yang baru. Mereka mencadangkan TUDM supaya menambah jet pejuang Super Hornet selain mempunyai kelebihan serangan waktu malam.

Dengan ada peralatan dan juga kelengkapan untuk mengendalikan pesawat Super Hornet mungkin menjadi pilihan yang baik bagi Malaysia terus menggunakan Super Hornet. Ini kerana Malaysia sudah mempunyai kepakaran yang terdahulu memandangkan Malaysia mempunyai sebuah skuadron Super Hornet F/A-18D.

Dalam masa yang sama, CEO Boeing, Dennis Muilenburg berkata '' We talked about that partnership and the relationship between the United States and Malaysia. Which is continuing ti grow in strenght. '' ketika Sidang UN di New York Disember lepas.

Adakah itu petanda-petanda hubungan baik Malaysia dan Amerika Syarikat dimana TUDM akan membeli lebih dari 8 biji Super Hornet dari US???

Thursday, January 13, 2011

Lagi Bukti Gelaran 'Datuk' boleh Dibeli

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

Artikel terdahulu : [ Klik Sini ]

Sunday, January 9, 2011

Wikileaks : Bukti US Prejudis terhadap Asia

Petikan Yahoo

TOKYO – Japanese and American officials discussed taking action to weaken a prominent anti-whaling group, with Tokyo insisting that Sea Shepherd's confrontations on the high seas actually hurt efforts to reduce whaling, U.S. diplomatic cables show.

The U.S. representative to the International Whaling Commission, Monica Medina, discussed revoking the U.S.-based conservation group's tax exempt status during a meeting with senior officials from the Fisheries Agency of Japan in November 2009, according to the documents released by WikiLeaks on Monday.

Sea Shepherd Conservation Society's yearly protest campaigns — which chase Japan's whaling fleet in boats trying to disrupt the hunt by fouling fishing lines and throwing rancid butter at whalers — have drawn high-profile donors and volunteers, and spawned the popular Animal Planet series "Whale Wars." In Japan, the harrassment is seen by some as foreign interferance in national affairs, making politicians wary of getting involved.

Action against Sea Shepherd would be a "major element" in achieving success at international negotiations on the number of whales killed each year, the cables cite the director general of Japan's fisheries agency, Katsuhiro Machida, as saying.

Referring to Sea Shepherd, Medina said "she believes the USG (U.S. government) can demonstrate the group does not deserve tax exempt status based on their aggressive and harmful actions," according the cables.

Paul Watson, founder of Sea Shepherd, said Japan has previously pressured foreign governments to take action against the group, such as revoking the registration of its ships. He said the organization had last been audited about two years ago, which is before the exchanges detailed in the cables.

"We have had our tax status since 1981, and we have done nothing different since then to cause the IRS (Internal Revenue Service) to change that," he told The Associated Press by telephone from his ship.

The diplomatic cables, posted on WikiLeaks' secret-sharing website early Monday but dated Jan. 1, show Japanese officials repeatedly told U.S. counterparts the group's actions were making whaling a political issue and hurting any chance of a compromise on the numbers of whales killed each year.

Sea Shepherd vessels are currently chasing Japan's whaling fleet in the Antarctic Ocean in the hopes of interrupting its hunt, which kills up to 1,000 whales annually and typically lasts from December to February.

Japan hunts whales under the research exemption to a 1986 worldwide ban on commercial hunts. Critics say there is no reason to kill the animals, and the research program amounts to commercial whaling in disguise because surplus meat from the hunt is sold domestically.

Protest ships harass the whaling fleet, and clashes between the sides often take place. On Saturday, Watson said that whalers had shot water cannons at anti-whaling activists nearby.

Last January, a Sea Shepherd boat was sunk after its bow was sheared off in a collision with a whaling vessel and a New Zealand protestor was later arrested after he boarded a Japanese whaling ship. He was taken to Tokyo and later deported.

The cables are dated before an International Whaling Commission meeting last year that was seen as a major chance to end a decades long stalemate. They show the U.S. worked with Japan in late 2009 to reach a deal on the issue, calling it an "irritant" in international relations.

The meeting ended without a major agreement.

"Action on the SSCS (Sea Shepherd Conservation Society) would be a major element for Japan in the success of the overall negotiations," a Japanese official said, according to one cable.

Watson said Monday that his group was against anything less than a complete stop to Japan's whaling program in Antarctica. The activists hope to block whaling activities for the Japanese fleet so it incurs deep financial losses.

"I don't think a solution is going to come through politics, it's going to come through economics," Watson told The Associated Press by telephone from his ship while pursuing the Japanese fleet.


Petikan diatas diambil dari Yahoo.com beberapa minggu yang lalu dimana artikel yang dikeluarkan oleh laman pembocor rahsia maklumat US, Wikileaks. Laporan diatas menunjukkan bahawa pegawai US sedang berbincang tentang aktiviti pemburuan ikan Paus di Jepun.

Dalam tulisan diatas, menunjukkan pegawai diplomat US dan Jepun berbincang tentang tindakan terhadap kumpulan yang menangkap ikan Paus di perairan Laut Selatan. Sea Shepherd Conservation Society mengecam tindakan kumpulan yang memburu ikan Paus.

Sepanjang bulan satu 2010, siaran televisyen National Geographic melalui dokumentari Whale War telah menayangkan kisah pemburu ikan Paus Jepun. Penyiaran ini sengaja dilakukan untuk memalukan Jepun.

Kisah konflik diantara Sea Shepherd Consevartion Society ( SSCS ) telah lama berlarutan sejak berpuluh tahun dahulu. Ia bermula apabila kapal SSCS mengejar kapal pemburu ikan paus Jepun kerana merasakan tindakan pemburu ikan paus Jepun adalah salah disisi undang-undang.

Tatkala itu, pihak kerajaan Jepun pula mempertahankan orangnya kerana mendakwa yang tindakan menangkap ikan Paus Jepun adalah untuk tujuan penyelidikan. Pihak keselamatan laut Jepun bertindak agresif terhadap aktivis SSCS ketika mereka mengejar kapal Jepun.

Masalah dikatakan bermula apabila dunia tidak mengetahui berapa banyakkah ikan Paus yang telah ditangkap Jepun. Ini menyebabkan sebahagian pertubuhan pemuliharaan laut mengambil tindakan dengan sendirinya seperti dilakukan SSCS.

Amerika Syarikat pada lewat tahun 2007 ada meminta supaya Jepun tidak memburu ikan paus lagi. Kumpulan pecinta alam, Greenpeace juga menprotes tindakan Jepun dengan mengejar kapal pemburu ikan Paus.

Greenpeace mendakwa bahawa Jepun telah memburu hampir 1000 ikan termasuk spesis ikan terancam seperti ikan Paus Kelasa dan ikan Paus Sirip.

Media massa juga selalu mengeluarkan laporan terhadap aktiviti pemburuan ikan paus haram di Jepun. Malah terdapat laporan pada hujung tahun 2009 dimana aktivis pemuliharaan hidupan liar bertempur dengan pemburu ikan Paus Jepun.

Aktivis pemuliharaan Sea Shepherd menggunakan laser untuk menghalang kapal Jepun daripada mendekati mereka sementara pemburu ikan Paus Jepun melontarkan botol yang mempunyai bau busuk.

Mengikut laporan antarabangsa, aktiviti menangkap ikan Paus telah dibenarkan atas alasan penyelidikan namun pada tahun 1986 aktiviti itu diharamkan. Namun masih ada segelintir nelayan memburu ikan paus untuk dibuat hidangan.

Kerajaan Australia pimpinan Kevin Rudd pada tahun lepas telah mengecam tindakan Jepun yang terus mempertahankan aktiviti pemburuan ikan Paus. Kevin Rudd mengatakan bahawa kerajaan Australia akan membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa The Hague jika kerajaan Jepun tidak menghentikan aktiviti pemburuan ikan Paus.

New Zealand juga menyokong tindakan itu dimana Menteri Luar New Zealand berkata '' Perbincangan diplomatik berkemungkinan selesai dalam beberapa minggu sahaja. Kita akan tahu tidak lama lagi sama ada kejayaan boleh diperoleh dengan cara ini '' sambil menegaskan bahawa mereka akan membawa ke The Hague jika tiada persetujuan.

Namun tahukah anda bahawa di Feroe Island, Denmark terdapat satu aktiviti yang diadakan setiap tahun dimana mereka akan membunuh beratus-ratus ikan dolphin. Kebanyakkan penyertaan disertai oleh golongan muda.

Golongan muda menyertai aktiviti ini atas alasan untuk menunjukkan kematangan mereka dengan membunuh ikan dolphin. Namun kebanyakkan mereka hanya menonton kekejaman manusia terhadap ikan dolphin ini.

Walaupun ikan dolphin ini berada dalam ancaman kepupusan, namun kerajaan Amerika Syarikat tidak menghebahkan berita tentang ini dan langsung tidak mengecam pembunuhan ikan dolphin yang berlaku di Denmark.

Ini jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat mengamalkan prejudis terhadap negara-negara Asia.








Monday, January 3, 2011

Karam Singh Walia diserang




Video ini dirakam oleh pihak-pihak tertentu yang penulis tidak tahu siapakah perakam kepada video ini. Adakah orang awam yang lepak direstoran mamakkah ataupun salah seorang antara samseng-samseng Melayu.

Menurut apa yang penulis perhatikan, Karam Singh Walia yang juga wartawan TV3 telah mengeluarkan ucapan yang berunsur perkauman iaitu mengatakan bahawa orang Melayu bukan dari Malaysia dan juga Indonesia.

Orang-orang Melayu yang naik berang dengan ucapan Karam Singh Walia itu menyerangnya di sebuah restoran dimana penulis sendiri tak tahu dimanakah tempatnya. Orang-orang Melayu yang berlagak samseng ini menyuruh Karam Singh Walia ( KSW ) meminta maaf.

KSW bersetuju untuk meminta maaf kepada mereka ini. Namun apa yang menyedihkan adalah apabila orang Melayu yang menyuruh meminta maaf ini berlagak samseng ataupun berkelakuan biadap.

Setahu penulis, orang Melayu ini dari dahulu lagi terkenal dengan budaya sopan santun selain jarang membuat kecoh. Tetapi contoh yang ditunjukkan oleh orang Melayu yang berlagak samseng ini adalah sesuatu yang amat memalukan orang Melayu apabila memainkan isu perkauman.

Memang kata-kata KSW '' Tidak berasal dari Malaysia dan juga tidak berasal dari Indonesia '' telah mengecewakan aku sebagai seorang Melayu. Ini kerana pelaku ini adalah seorang yang mempunyai nama yang baik.

Tetapi penulis lebih kecewa dan sedih dengan segelintir masyarakat Melayu yang berlagak samseng untuk menjadi hero. Penulis bukanlah menyokong tindakan KSW ini bahkan penulis mengecam tindakan KSW.

Tetapi jika hendak menyuruh orang meminta maaf adalah satu tindakan biadap apabila terpekit-pekit seperti anjing. Selain membawa kawan untuk memprovok selain sengaja membuatkan orang sakit hati.

Cara orang-orang Melayu itu berkata pun amat biadap dengan menggunakan kata-kata hinaan terhadap KSW seperti '' mabuk tak sedar diri ''. Adakah ini adab atau cara bagi seseorang yang ingin menyuruh orang meminta maaf.

Bawa kawan ramai-ramai penulis sendiri pun tak tahu apa sebabnya. Kawan itu pula pun menjerit-jerit dan sengaja memprovokasi KSW. Penulis tertanya tak ada etika untuk duduk bercakap supaya menyuruh meminta maaf dengan elok.

Apa tindakkan mencarut itu adalah sesuatu yang baik ? Penulis pun boleh suruh si pecakap yang mencarut itu minta maaf dekat orang Melayu oleh kerana orang yang mencarut itu bangsa Melayu dan sudah semestinya orang Melayu mungkin akan terkena tempias bak kata pepatah, '' disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga ''.

Penulis memuji tindakan KSW yang sehingga akhir tidak mengeluarkan kata-kata kesat seperti Melayu yang berlagak nak jadi hero Melayu tetapi tak cukup jantan. Satu lagi penulis percaya yang KSW tidak mengatakan perkataan ''lancau'' dan ''sakai''.

Penulis tahu reaksi orang yang dituduh melakukan perkara yang tidak dilakukan bagaimana. Mereka akan berasa begitu marah malahan penulis sendiri pernah maki orang yang menuduh aku bercakap sedangkan aku tidak bercakap.

Kalau tidak percaya boleh tanya ahli Psikologi.

Samseng Melayu itu pesan dekat KSW supaya jaga mulut padahal diri sendiri tak sedar diri mengucapkan perkataan-perkataan yang hina. Sepatutnya kalau hendak meminta orang minta maaf perlulah bercakap secara elok.

Sebenarnya penulis merasakan perkara seperti ini tidak perlu terjadi. Bahkan pernah dulu ada seorang pemimpin di Pulau Pinang mengatakan bahawa orang Cina di Malaysia adalah pendatang asing.

Pemimpin itu dibuang dari jawatannya? Persoalannya mengapakah masa KSW saja mereka tunjuk hero memaksa KSW meminta maaf. Time Namewee yang menghina lagu 'Negaraku' tidak pula tunjuk lagak pergi ramai-ramai nak suruh pergi minta maaf.

Adakah kerana KSW ini India dan Namewee itu Cina? Nampak sangat bahawa ada agenda tersediri untuk menjatuhkan nama KSW ini. Orang seperti ini yang berkelakuan seperti ini tidak layak nak pergi minta maaf.

Macam mana nak nasihat orang kalau diri sendiri pun tak ada kredibiliti.

Akhir kata penulis ingin menyatakan kekesalan terhadap tindakan Karam Singh Walia dan berasa begitu kecewa dan sedih kepada orang Melayu yang berkelakuan kurang ajar dan mengeluarkan kata-kata kesat.

'' Sebab pulut santan binasa, sebab mulut perut binasa ''

Sunday, January 2, 2011

Jenis-Jenis Pintu Kereta

Penulis ingin mengucapkan kepada pembaca Selamat Tahun Baru 2011 semoga tahun ini memberikan anda semangat untuk meneruskan kehidupan dengan berjaya.

Tengok penulis punya tajuk macam tak betul saja, namun itulah tajuk penulis pada hari ini akan membicarakan tentang Jenis-jenis Pintu Kereta. Bagi seorang peminat kereta, setiap aspek tentang sesuatu benda akan diteliti.

Salah satu perkara yang penulis teliti adalah jenis pintu kereta. Terdapat beberapa jenis pintu kereta antaranya Regular Door ataupun pintu kereta biasa.

Regular Door ini memang senang kita lihat oleh kerana tahap keselamatannya yang tinggi selain cara menggunakannya begitu ringkas. Ini kerana pintu ini hanya perlu ditarik atau ditolak sahaja oleh penumpangnya.

Ciri keselamatan yang berada pada pintu jenis ini adalah bila pintu terbuka ketika kenderaan masih berjalan. Pintu itu akan dirempuh dengan angin menyebabkan pintu ini akan terus tertutup.

Jenis pintu ini memang senang ditemui dan hampir kebanyakkan kereta biasa akan menggunakan pintu ini yang mudah dan ringkas tetapi daya bukaannya lebih kurang 50 darjah.

Seterusnya pintu menggelongsor ataupun dalam Bahasa Inggeris dipanggil Sliding Door. Pintu jenis ini selalunya terdapat pada kenderaan yang panjang seperti van, bas mini dan MPV.

Antara sebab-sebab pintu ini digunakan pada kenderaan panjang adalah kerana ia menjimatkan ruang pintu untuk dibuka. Jika dibuka, pintu ini akan menggelongsor kebelakang membuatkan lebih senang keluar dengan bukaan yang luas.

Ia juga digunakan mungkin atas faktor meletakkan barangan yang besar di dalam kenderaan menyebabkan ia mudah untuk memasukkan barang selain kenderaan yang besar selalunya dikaitkan dengan pengguna yang bertubuh besar.

Pintu menggelongsor juga tidak menggangu orang lain jika kita buka pintu seperti dihentian bas. Apabila pintu ini dibuka ia akan ke belakang jadi penunggu tidak akan berasa terganggu. Antara kenderaan yang menggunakan pintu jenis ini adalah Toyota Alphard.

Suicide Door atau dalam Bahasa Malaysianya boleh dipanggil '' Pintu Bunuh Diri '' ataupun '' Pintu Berani Mati '' ( betol ker ) selalunya terdapat didalam kenderaan-kenderaan mewah yang jarang kita jumpai.

Sebab apa mereka panggil Suicide Door adalah kerana pintu ini agak berbahaya jika berlaku insiden yang tidak diingini. Contohnya bila pintu kereta ini terbuka, walaupun bukaanya kecil tetapi ia akan membawa bencana yang lebih besar.

Ini kerana apabila kenderaan sedang bergerak dengan laju, angin akan bertembung dengan pintu ini membuatkan pintu ini buka sehingga rapat. Berbeza dengan Regular Door dimana ia akan tertutup kembali.

Kelebihan kereta yang menggunakan pintu jenis ini adalah kerana ketika mereka memasuki ke dalam kereta, mereka tidak boleh masuk dengan bergaya berjalan terus dan duduk berbeza dengan pintu biasa dimana pengguna perlu masuk dari tepi.

Terdapat juga beberapa kelemahan pada pintu seperti ini, contohnya apabila anda buka pintu dalam masa kereta sedang berjalan, sejurus kereta itu berhenti pintu itu akan menghentam masuk balik. Ia akan berbahaya jika pengguna ingin keluar pada waktu tersebut.

Lagi satu kelemahan pintu jenis ini adalah apabila hendak tutup pintu, ini kerana bila pintu terbuka penumpang terpaksa bangun untuk menutup kembali pintu ini kerana pemegangnya berada di depan ini kerana jika ditarik dari belakang ia agak berat.

Namun biasanya ada orang akan tutup pintu seperti pemandu tetapi jika kenderaan yang hanya mempunyai dua pintu, ia ada satu butang yang perlu ditekan dimana pintu akan secara automatiknya tertutup mengikut sistem Rolls Royce Phantom Coupe ( gambar ).

Seterusnya adalah pintu jenis Scissor Door atau Pintu Gunting juga dikenali sebagai Pintu Lambo. Pintu ini selalu digunakan pada kenderaan-kenderaan dua pintu ataupun kereta sport.

Kelebihan kereta yang mempunyai pintu Lambo ini adalah mengurangkan ruang untuk membuka pintu ini membuatkan pemandu senang nak parking kereta. Selain tidak menggangu orang lain ketika buka pintu.

Kelemahan kereta ini juga kadang-kala susah untuk membuka dan menutup pintu ini. Selain itu, pintu ini lebih mahal dari pintu biasa selain susah untuk dicari. Jika mempunyai parking lot bawah tanah yang mempunyai ketinggian terhad boleh menyukarkan pintu ini dibuka ini kerana kemungkinan ia akan tersangkut.

Daya bukannya selalunya lebih dari 90 darjah dimana membuatkan pemandu mudah keluar. Sesetengah pintu kenderaan dapat dibuka sehingga 130 darjah. Antara kereta yang menggunakan pintu ini adalah Lamboghini Diablo,Countach,Murcielago,Gallardo dan Reventon selain kereta sport yang lain.

Antara pintu kenderaan yang paling berjaya sekali adalah pintu Gull-Wing. Pintu ini yang pertama digunakan untuk kereta adalah Mercedes Benz 300-SL dimana pintu ini akan naik keatas seperti sayap.

Pintu ini selalunya akan merangkumi dengan bumbung kereta sekali untuk membukanya. Pintu jenis ini susah dibuka jika diletakkan bersebelahan kereta lain kerana ia memakan banyak ruang ketika membuka.

Bukaannya pula luas ini kerana keseluruhan pintu akan berada diatas membuatkan pemandu dapat keluar dengan selesa.Namun jika diletakkan ditempat bawah tanah pintu ini akan sangkut pada bumbung jika ketinggiannya rendah.

Perkataan Gull-Wing ini diambil dari burung Gull dari keluarga Laridae. Sayap burung ini diambil untuk membuat kereta Mercedes Benz 300-SL pada tahun 1952 dan pada tahun 2010 Mercedes Benz mengeluarkan Mercedes Benz SLS AMG dimana menggunakan pintu Gull-Wing juga.