Friday, December 23, 2011

Bahaya Dakyah Pembangkang

Baru-baru ini gempar insiden biadap seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) Adam Adli yang telah menurunkan bendera Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO di PWTC.

Perbuatan biadap tersebut telah dikecam keras oleh akar umbi UMNO terhadap Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik ( Bebas ) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM ) bersama 300 mahasiswa yang lain.

Tindakan tersebut dilakukan untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa pelajar sudah tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan meminta Akta Universiti Kolej Universiti ( AUKU ) dimansuhkan.

Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar membawa masuk ideologi-ideologi politik kedalam kampus untuk disemai dan disebarkan kepada pelajar-pelajar yang lain. Khususnya ideologi anti-kerajaan akan disebarkan kepada pelajar yang lain.

Bagi yang tidak tahu, Akta ini digubal pada 27 April 1971 bagi mengekang dan menghalang pelajar dari menjadi ahli parti politik ataupun ahli kesatuan pekerja ataupun penggabungan antara badan-badan pelajar.

Pada tahun 1975, Akta ini dipinda oleh kerana demonstrasi yang dilancarkan oleh penuntut Universiti Malaya terhadap kematian di Baling yang didakwa mati akibat kebuluran kerana ketidakcukupan makanan.

Salah seorang protester yang terlibat ketika itu adalah Ketua Pembangkang kini, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang ketika itu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) bersama rakan-rakannya yang lain dan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah berkata yang Angkatan Belia Islam Malaysia ini dinamakan sempena namanya iaitu Anwar Bin Ibrahim. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan bahawa pengasas ABIM terdiri dari beberapa orang bukan sahaja Anwar Ibrahim.

Proses peningkatan Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia boleh dikatakan amat menggagumkan. Hanya dalam tempoh 10 tahun Anwar Ibrahim berjaya naik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 sebagai Menteri Kewangan.


Semasa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, Anwar Ibrahim pada mulanya enggan bertanding kerana menghormati Tun Ghaffar Baba sebagai Timbalan Presiden. Namun dalam masa yang sama Anwar Ibrahim melobi sehingga mendapat hampir keseluruhan sokongan dari bahagian.
Menyebabkan Anwar Ibrahim secara automatiknya menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir berkeyakinan Anwar Ibrahim sebagai penggantinya sebagai Perdana Menteri kelak kerana ekonomi Malaysia meningkat lapan peratus buat lapan tahun berturut-turut sehingga Malaysia dinamakan sebagai Singa Asia.

Namun kerana ketidaksabaran Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dipecat dari kerusi Timbalan Perdana Menteri seterusnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Beliau dipecat dengan alasan salah guna kuasa dan penglibatannya dalam aktiviti homoseksual. Namun dakwaan itu bagi menyingkirkan Anwar yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir yang suatu ketika dahulu melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Konspirasi menjatuhkan Mahathir bermula apabila penyagak matawang dunia, George Soros melabur wangnya di Malaysia. Seterusnya bermulalah krisis kewangan Asia 1998 . [ klik sini ] untuk membaca konspirasi Soros.

Jadi jika Tun Dr. Mahathir tidak berjaya memulihkan ekonominya ketika itu maka secara tak langsung beliau harus bertanggungjawab dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Siapa pengantinya? Secara automatiknya Timbalan akan menjadi Perdana Menteri dan ketika itu ialah Anwar Ibrahim.

Ketika pemecatannya pada tahun 1998, demonstrasi besar-besaran diadakan di ibu kota selepas beliau dipecat dari kabinet.

Sehingga kini, boleh dikatakan Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pemimpin di Malaysia yang paling banyak mengaturkan demonstrasi menentang kerajaan di Malaysia ini. Termasuk ketika zaman menjadi pelajar, ketika dipecat, ketika perhimpunan Bersih dan sekali lagi cuba menghidupkannya pada 'Gerakan 901'.

Kembali kepada tajuk, Dakyah Pembangkang kini amat bahaya kerana pembangkang mendidik anak-anak kecil supaya membenci kerajaan dan beranggapan bahawa apa jua tindakan mereka lakukan adalah betul.

Sebaran propaganda mereka bukan dibuat diatas kertas ataupun di media massa, namun diserapkan dalam keadaan yang tertutup yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tidak hairanlah kenapa pelajar-pelajar yang aktif kebanyakkannya anti-kerajaan.

Pernah lihat pelajar-pelajar kolej yang pro-kerajaan buat perkara-perkara yang tidak elok? Amat jarang sekali kerana penyokong kerajaan bukan berada dalam pemikiran ' BN saja betul '. Tetapi berlainan dengan penyokong pembangkang yang dibrainwashkan yang ' Kerajaan salah, Mereka Betul '.

Dakyah-dakyah pembangkang ini amat dahsyat jika tidak dibendung kerana tok-tok guru PAS berada di mana jua yang menyampaikan dakyah mereka ini. Mengambil masa dari kecil sehingga dewasa, ahli PAS kebanyakkan tidak akan berubah haluan.

Mereka ini boleh dikategorikan sebagai askar-askar setia PAS yang sanggup berkorban buat Parti mereka. Oleh sebab itu, amat jarang sekali ahli PAS keluar parti menyertai UMNO, kebanyakkannya ahli PKR yang suka lompat parti.

Baru-baru ini, penulis membawa seorang teman berusia lebih kurang 18 tahun bersiar-siar di sekitar Putrajaya, tanya penulis '' kenapa Putrajaya, kenapa tidak KL '' jawabnya '' nak tengok kerajaan kita ( PAS ) nak memerintah ''. Penulis hanya tersenyum.

Ketika melalui jambatan dari Kementerian Kewangan ke Pejabat Perdana Menteri terdapat anjung-anjung yang dibina ditepi jalan, ditanya '' apa guna benda tersebut ? '' jawapan yang diberikan '' saja anjung untuk melihat tasik ''. Dia terus berkata '' saja bazir duit ''.

Dia sempat bercerita tentang Dato Seri Najib ke Makkah untuk membuat Haji tempohari yang mengatakan Dato Seri Najib takut sangat ada orang nak tembak dia ketika membuat umrah, merujuk kepada keselamatan yang diberikan kepada beliau ketika di tanah suci. Tambahya lagi '' dah la datang lewat, balik awal pulak tuh ''.

Penulis hanya tersenyum dan menyindir '' Dato Hadi Awang kalau pi pon sama jugak layanan dia '' . Dia hanya terdiam

Banyak lagi perkara yang dibualkan penulis dengannya, mereka ini amat bahaya jika dibiarkan berfikiran seperti itu kerana mungkin amat memecahbelahkan umat Islam di Malaysia ini seperti mana berlaku di Terengganu dimana sembahyang dua imam.

Perkara ini kerana terlalu taksubnya mereka terhadap pegangan mereka sehingga kebenaran yang boleh dilihat mengikut akal fikiran juga ditolak kerana pandangan tok guru mereka lain dengan kebenaran yang didedahkan.

Contoh-contoh pada masa hadapan yang akan berlaku ialah Adam Adlilah yang terlalu taksub dan amat membenci kerajaan. Perkara ini amat berbahaya terutamanya kepada pelajar kerana secara tak langsungnya akan menganggu akademik mereka.

Salah seorang pengasas AUKU, Tun Dr. Mahathir dalam temuramahnya baru-baru ini menggambarkan orang Melayu sebagai seorang yang kuat berpolitik dan tidak menumpukan sepenuhnya kepada akademik sebaliknya menghabiskan wang biasiswa kepada benda lain.

Katanya beliau lagi, perkara ini mendorong kemerosotan akademik khususnya orang Melayu kerana terlalu banyak terlibat dalam politik. Pelajar cina dan India pandai juga tapi tak terlibat dalam politik pun katanya.

Tidak dapat dinafikan yang kerajaan Malaysia juga menyampaikan propaganda-propagandanya melalui media massa dan media cetak. Namun kebanyakkan mereka tidaklah menjadi agresif seperti penyokong pembangkang.

Ini kerana pembangkang menanamkan rasa benci terhadap kerajaan dan sifat kesempurnaan pada diri mereka berlainan dengan BN yang menunjukkan kegigihan bekerja.

Penulis boleh letakkan mereka dalam tahap ekstremis kepada mereka ini kerana mereka ini telah disetkan minda mereka untuk mengikut kata ketua mereka sahaja.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim, beliau mungkin tidak mempunyai ahli yang taat kepadanya tetapi beliau mempunyai kata-kata yang membuatkan pendengar terpesona dengan ucapannya dan dapat menaikkan semangat dan api kemarahan kepada orang ramai.

Sebab itu ada segolongan manusia yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai King of Street Fighter ataupun Raja Pejuang Jalanan kerana misi-misinya tidak pernah gagal dari dahulu hingga kini.

Satu lagi acara yang akan dilakukan pada 9 Januari 2012 ini ialah 'Gerakan 901' iaitu cuba mengganggu-gugat sistem kehakiman dengan melakukan huru hara bagi mengelakkan Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman pada hari tersebut.

Buat Adam Adli, bersedialah dia menghadapi ancaman politik kerana salahnya juga sapa suruh terjun ke arena politik lepas tuh buat laporan polis. Perbuatan biadap tersebut secara tak langsung akan menghancurkan nama baiknya secara keseluruhan dengan gambar-gambar berunsur penghinaan.

Saturday, December 17, 2011

Bila Gay Terlupa Bangsa

Semalam di timelines Twitter penulis penuh tweet-tweet berkaitan pemuda Melayu dikatakan berasal dari Bukit Gantang, Perak berkahwin dengan lelaki Ireland di sana. Pemuda yang bernama Ariff Alfian Rosli ini menuntut di University College of Dublin dan mengambil jurusan perubatan di sana.

Menjadi Trends di Twitter semalam apabila perkataan Ariff Alfian antara paling banyak disebut dalam tweet-tweet rakyat Malaysia membuatkan penulis mencari fakta dan informasi tentang lelaki ini.

Perkara yang menghangatkan lagi kisah ini disebabkan tersebarnya gambar-gambarnya berkahwin dengan 'teman lelaki'nya yang bernama Jonathan. Namun yang amat memeranjatkan adalah apabila gambar pengantin bercium bersama pasangannya.

Di Malaysia, amalan-amalan songsang seperti Lesbian , Biseksual, Gay dan Transgender ( LBGT ) memang ditentang terus oleh masyarakat Malaysia yang masih lagi mengamalkan adat ketimuran.

Namun di Barat, bila amalan-amalan songsang seperti ini merebak meluas akhirnya mereka menghalalkan perkara yang mereka tahu salah kerana aktivitinya terlalu meluas.

Di dalam gambar ini, pemuda Melayu ini masih tidak lagi meninggalkan adat Melayu apabila memakai Baju Melayu lengkap bersampin serta tengkolok.

Pakaian seperti itu selalunya dipakai oleh orang Melayu ketika majlis perkahwinan ataupun untuk ke majlis-majlis rasmi ataupun untuk menyambut raya kerana ketinggian nilai Baju Melayu itu sendiri.

Malahan pada pagi raya, hampir kebanyakkan orang memakai Baju Melayu untuk bersembahyang raya dan amat jarang sekali dipakai untuk suka-suka. Baju Melayu di Malaysia amat sinonim dengan perkara keagamaan.

Namun dalam gambar diatas ini, menunjukkan bahawa Baju Melayu iaitu Persalinan rasmi orang Melayu dipakai ketika berkahwin dengan seorang lelaki.

Persoalannya disini bagaimanakah istiadat perkahwinan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki dilangsungkan. Adakah mereka memanggil 'Tok Kadi' untuk akad nikah? Ataupun menggunakan seorang paderi untuk mengahwini mereka berdua.

Jika ya paderi yang mengahwinkan mereka, adakah pemuda ini terkeluar dari Islam ? Kerana Islam secara terang-terangan mengecam akan perkara-perkara yang menentang hukum alam seperti ini.

Malahan kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang amat dashyat 1800 tahun sebelum masihi kerana ajaran songsang ini meluas dan mereka tidak kembali ke jalan yang benar selepas dinasihati oleh Baginda.

Walaupun pemuda ini masih ingin menunjukkan ciri-ciri kemelayuan di dalam majlis kahwinnya. Namun jika mengikut akidahnya pemuda ini sepatutnya sudah terkeluar dari agama Islam yang agung ini.

Ataupun pemuda ini dikategorikan sebagai golongan Musyrik iaitu melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam tetapi masih mengaku beragama Islam. Balasan orang seperti ini akan dilemparkan ke dalam neraka.

Bab Melayu pula, Melayu sebuah bangsa yang agung walaupun dijajah beratus-ratus tahun tetapi masih lagi kukuh pegangan orang Melayu dengan budaya timur. Untuk menjadi seorang Melayu bukannya senang.

Kemestiannya bapanya berbangsa Melayu tetapi di Malaysia jika ibunya berbangsa Melayu tetapi bapanya berbangsa bukan bumiputra, maka mereka akan letakkan bangsa anaknya Melayu kerana bangsa Melayu mendapat keistimewaan dalam segenap aspek.

Seperti yang penulis katakan dahulu, bangsa Melayu merupakan bangsa Islam kerana 99.9 peratus orang Melayu beragama Islam di seluruh dunia. Boleh buat research jika tak percaya kata-kata penulis kerana Melayu amat taat kepada rajanya. Jika Raja memeluk agama Islam maka rakyatnya secara automatiknya menjadi penganut agama Islam.

Dalam perlembagaan Malaysia pula menjelaskan definisi Melayu melalui Artikel 160 Perlembagaan Malaysia ( 2 ) , Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

Maka jika mengikut perlembagaan Malaysia, Ariff Alfian ini tidak boleh dikategorikan sebagai Melayu kerana tidak menepati kriteria dalam perlembagaan yang menggariskan tentang adat budaya Melayu. Malahan jika pemuda ini bukan seorang Islam secara tidak langsungnya ia bukan Melayu.

Persoalannya adakah Ariff Alfian seorang gay ini layak untuk memakai sepersalinan Baju Melayu untuk melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama dan adat Melayu.

Apa gunanya jika pandai akademik namun agama ditinggalkan kerana agamalah satu-satunya panduan hidup yang dapat digunakan sepanjang masa oleh semua manusia di atas muka bumi ini.

Perkara ini amat memalukan dan perlu dihapuskan gerakan-gerakan yang ingin mengiktiraf golongan-golongan LBGT ini di Malaysia. Malahan perlu dibuat pemulihan kepada golongan ini supaya kembali ke pangkal jalan.

Amat mengejutkan apabila salah seorang bekas pengamal Gay mendedahkan terdapat lebih kurang 30,000 Gay yang terdiri dari bangsa Melayu di Malaysia. Yang amat membimbangkan masalah makin merebak meluas.

Ini tidak termasuk golongan songsang seperti lesbian lagi. Transgender dan Bisexual tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana kebanyakkan mereka ini menyembunyikan identiti mereka ini.

Bagi penulis, perkara seperti ini akan meruntuhkan masyarakat Malaysia jika dibiarkan ia merebak dan menarik lagi manusia kepada menjadi salah seorang Gay. Didikan agama yang berterusan harus diberikan bagi mengelak perkara sedemikian berlaku kerana ia tunjang kecermelangan hidup.

Pernah sekali, rakyat Malaysia digemparkan dengan video seorang engineer berbangsa Melayu yang mengaku Gay dan akhir sekali berkata '' saya gay, saya ok ''. Ini menunjukkan golongan-golongan Gay ini bukanlah manusia cacat akademik.

Malahan di Malaysia ini terdapat pelbagai-bagai jenis manusia yang songsang bahkan ahli politik juga terlibat. Tidak hairanlah terdapat segolongan manusia yang mengikut bontot Ambiga Sreenevasan memperjuangkan kebebasan seperti ini. Bukan sahaja golongan ini malahan menentang agama. Semuanya kerana gilakan kuasa sahaja. Tidak perlu terkejut jika Ambiga ini mendapat anugerah dari Hillary Clinton kerana usaha jahatnya.

Salah seorang penghibur terhebat dunia, Sir Elton Hercules John atau lebih dikenali sebagai Sir Elton John seorang gay telah mengakibatkan fenomena berkahwin dengan pasangan sejenis merebak secara meluas.

Ini kerana beliaulah salah seorang manusia yang mendapat liputan meluas sebagai seorang gay yang berkahwin dengan pasangannya iaitu David Furnish. Bahkan Elton John pernah berkata '' I am the most well-known homosexual in the world ''.

Walaupun begitu, beliau Elton John. Penulis juga mengaggumi lagu-lagunya malahan ketika kematian mendiang Diana, Princess of Wales, Elton John diberikan penghormatan mendendangkan lagu Candle in The Wind ( Goodbye's England Rose ) pada acara penghormatan.

Antara lain lagu Elton John yang penulis gemar adalah Sacrifice, Something About The Way You Look Tonight, Your Song, Can You Feel The Love Tonight dan Sorry Seems to be the Hardest Word.

Ketika Sir Elton John mengadakan konsert di Malaysia tempohari, terdapat segolongan manusia yang mengecam kedatangan Elton John ke Malaysia yang ingin membuat persembahan di Arena of Star Genting Highlands.

Konsertnya paling murah Rm 388 ini membuatkan penulis tak jadi pergi .

Akhir kata, apa-apa budaya yang bertentangan dengan adat budaya Melayu tidak akan diterima di Malaysia dan harap ia akan terus tidak diterima masyarakat dunia. Jangan perjuangkan hak asasi mereka kerana suara mereka tidak akan didengar.

Monday, December 12, 2011

Sultan Kedah akan Berangkat ke Kuala Lumpur Esok

Hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud dan Permaisurinya, Tuanku Nur Zahirah akan menamatkan tempoh lima tahun pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sambutan besar-besaran akan diadakan bagi menyambut kepulangan Sultan Mizan di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud hingga ke Istana Maziah yang dianggarkan sejauh 16.2 km.

Dijangka 15,000 rakyat Terengganu bersama-sama berhimpun di sepanjang jalan untuk menyambut kepulangan Sultan mereka. Kebanyakkan golongan terlibat adalah penjawat awam, pelajar IPTA dan juga pelajar sekolah akan berhimpun menyaksikan kepulangan Raja mereka.






Baginda akan disambut oleh kerabat diraja, para pembesar dan kenamaan negeri termasuk Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Ismail dan Menteri Besar Terengganu ketika tiba di Istana Maziah.

Pada masa yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat dari Istana Anak Bukit, Alor Star bersama Tuanku Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun akan diarak dari Istana hingga ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Acara dijangka bermula pada jam 6.45 pagi dengan keberangkatan tiba DYMM Sultan Kedah ke Istana Anak Bukit ke anjung Istana Anak Bukit diikuti bacaan doa dan laungan Azan. Seterusnya adat pertabalan Raja iaitu dendangkan nobat ''Raja Berangkat'' akan dimainkan sebelum berangkat ke Lapangan Terbang.

Sultan Kedah akan diarak sepanjang kira-kira 5 kilometer dari Istana ke Lapangan Terbang dengan menggunakan kenderaan tidak berbumbung dan dijangkakan seramai 50,000 rakyat jelata akan berhimpun di sepanjang perjalanan melihat keberangkatan Sultan Kedah ke Kuala Lumpur.

Bagi memeriahkan majlis, diempat perhentian bas di sepanjang perjalanan akan diadakan pertunjukan silat kepada orang ramai termasuk di lapangan terbang. Tuanku juga dijadualkan akan memeriksa perbarisan kehormat sebelum berangkat naik ke pesawat khasnya yang dijangkakan bertolak jam 8.10 pagi.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah kali ini akan mencipta sejarahnya tersendiri selaku Raja Muslim paling lama memerintah ketika ini dan ketiga terlama selepas Raja Bhumibol Adulyadev dan Ratu Elizabeth II akan buat pertama kalinya akan menjadi Sultan yang menjadi Agong buat kali kedua.

Sultan Kedah, sebelum ini pernah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1970-1975 bersama Permaisurinya Tuanku Hajah Bahiyah binti Tunku Abdul Rahman. Pada kali ini Tuanku Hajah Haminah Hamidun akan menjadi Permaisuri Raja.

Tuanku Sultan Kedah juga merupakan Raja yang keempat paling lama memerintah ( masih memerintah ) di Malaysia selepas Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, nenda kepada Sultan Kedah ( kini ) dan Raja Perlis, Tuanku Syed Putra ibni Syed Hassan Jamalulail.

Gelaran penuh Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billah Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah juga akan menjadi yang pertama akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Duta.

Dalam pada itu, di Istana Anak Bukit, Alor Star akan diadakan perlantikan jemaah Sultan dan kemungkinan besar akan memilih pemangku Sultan Kedah kerana Sultan Kedah menaiki takhta sebagai Agong.

Dijangkakan, Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia, Tunku Annuar ibni Almarhum Sultan Badlishah akan dilantik sebagai Pemangku Sultan mengetepikan Raja Muda Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Malik kerana dilaporkan kurang sihat.

Patik sebagai rakyat Kedah yang lahir di Kedah menyembah tahniah kepada Kebawah Duli kerana panjang umur dan menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 dan dijangka akan mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan di Istana Negara esok.

Sembah Takzim patik berikan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin kerana berjaya menjalankan tugas sebagai Ketua Negara Malaysia dengan penuh dedikasi selama tempoh pemerintahannya 5 tahun.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan diisi oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V esok menggantikan Sultan Kedah yang menaiki takhta.

Daulat Tuanku !

Monday, December 5, 2011

Mesej Berantai ... Ketakutan atau Kebodohan

Hampir setiap orang di Malaysia mempunyai perkakasnya sendiri untuk berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan paling meluas ketika ini selain daripada telefon bimbit adalah jaringan internet yang membolehkan komunikasi meluas tanpa sempadan.

Dalam kesibukan berkomunikasi, ada segolongan manusia yang terpedaya dengan mesej berantai ataupun dipanggil 'chain message'. Mesej berantai ini telah menjalar di Malaysia sebelum wujudnya telefon lagi.


Ketika zaman dahulu juga surat berantai disebarkan di masjid dan surau kononnya untuk menunaikan tanggungjawab. Contohnya surat yang dikatakan dari penjaga makam Rasulullah S.A.W

SURAT DARI ARAB SAUDI
(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
Assalamualaikum. Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia) Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
a) Isteri tidak mendengar suami
B) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala. Pesanan Hamba ini
a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
B) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuk.
c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan
d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.

UNTUK MAKLUMAT 1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.

4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.

6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya. Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan
disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.

Ini adalah salah satu mesej berantai yang pernah singgah ke wall facebook penulis, namun penulis buat tak endahkan saja kerana penulis tahu ia dihantar bukannya kerana ingin berkongsi maklumat tetapi kerana ugutan '' ... kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka '' jika tidak disebarkan atau diedarkan.

Ada juga yang hantar dekat telefon bimbit bagi sepotong dua ayat yang dikatakan ayat mukjizat dan dikehendaki untuk forward kepada sepuluh orang rakan. Ugutnya lagi jika tidak hantar, bencana akan ditimpa dalam 24 jam.

Penulis hanya tersenyum dan tahu ia hanya SMS bodoh yang penulis takkan membazirkan Rm1.00 untuk forward. Pertama kerana penulis tidak tahu kesahihan dan kedua penulis takkan membuang masa melakukan perkara sedemikian rupa.

Bab-bab agama boleh tahan lagi, yang paling melucukan tetapi kadang-kala merimaskan penulis tentang budak yang bunuh ibu dan bapa dia dan akhir sekali jika tidak diletakkan ke 10 gambar berlainan di laman yang lain. Budak ini akan menghantui anda.

Penulis terfikir kenapa terlampau bodoh manusia ada di muka bumi ini sehingga percaya kepada perkara seperti ini yang tak masuk akal. Jika orang kampung mungkin boleh dimaafkan tetapi orang yang moden dan tahu membezakan baik buruk.

Lebih malang lagi, mesej itu diletakkan dibawah gambar seorang pemilik kereta vintaj dan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Berapa banyak yang chain message penulis pernah terima pun penulis tidak tahu kerana terlalu banyak. Dalam 14 tahun lebih penulis hidup di muka bumi, tidak pernah sekali pun penulis hantar mesej berantai kepada sesiapa.

Jika hendak dikongsi kesemua mesej berantai memang banyak dan hanya membazir masa pembaca sahaja. Sekarang ini penulis ingin melihat dari sudut yang berlainan kenapa ada orang percaya mesej ini.

Kebanyakkan yang penulis lihat golongan manusia yang suka menghantar mesej berantai ini ialah golongan manusia yang jenis tidak berpengetahuan ataupun senang kali manusia yang agak-agak bodoh dalam kalangan rakan penulis.

Manusia seperti ini kebanyakkannya penakut dan jenis tidak berpendirian. Hanya tahu ikut cakap orang sahaja dan boleh diperibahasakan seperti 'katak bawah tempurung'.

Kedua penulis fikirkan kerana ketakutan dan kepercayaan mereka terhadap sesuatu mesej tersebut. Mereka ini sesungguhnya senang terdedah kepada fitnah-fitnah. Mesej ini akan membuatkan mereka terfikir, '' hantar ja la, bukan susah pon ''.

Pemikiran sempit manusia seperti ini harus dielakkan kerana dikhuatiri terjebak dalam fitnah. Penulis mengkaji perkara ini dan dalam sebuah laman web menyatakan bahawa supaya tidak mempercayai apa-apa mesej berantai kerana ia mungkin membawa kepada perbuatan khurafat seterusnya murtad.

Disini jelas bahawa mesej ini suatu pembohongan dan perkara seperti ini tidak wajar dilakukan walaupun mesej yang dihantar itu mempunyai pengertiannya. Jangan memaksa orang untuk menghantar tetapi ajaklah mereka menghantar.

Semoga pembaca tidak membazirkan duit ataupun masa menghantar mesej-mesej seperti ini kecuali jika ia bermaklumat dan atas kemahuan anda sendiri.

Thursday, November 24, 2011

Polis = Korup ?

Baru-baru ini Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj bertitah dalam ucapannya ketika merasmikan Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Shah Alam berasa dukacita dengan sesetengah pihak di negeri ini yang mengkritik Polis Diraja Malaysia.

Titahnya '' Beta berasa dukacita kerana ada segolongan rakyat di negeri ini suka mengkritik dan mencaci pihak polis yang sedang menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.'' Titahnya lagi '' Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan dengan arahan-arahan yang diberi oleh pihak polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara. ''

Itu adalah antara titah Sultan Selangor yang dukacita dengan segelintir pihak di Malaysia yang selalu mengkritik dan mencaci pihak polis serta berdegil kerana tidak mengikut arahan pihak polis untuk menjaga keamanan.

Di Malaysia, pihak polis sering kali dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan polis. Itu adalah perkara yang digambarkan tentang pihak polis secara amnya di Malaysia.

Namun dalam masa yang sama, apa-apa hal berkaitan permasalahan dilaporkan kepada pihak polis dengan harapan mendapat khidmat polis. Tanpa sebarang ganjaran oleh rakyat, polis melakukan dengan penuh dedikasi kepada rakyat.

Contohnya setiap pagi ketika hendak pergi kerja di kawasan-kawasan padat di Kuala Lumpur sudah semestinya pihak polis akan menghantar sekurang-kurangnya seorang pegawai polis trafik untuk melancarkan lalu lintas.

Adakah anda berterima kasih ?

Setiap petang ketika anda semua balik dari kerja, sudah semestinya anda melihat pegawai polis trafik berdiri sambil menghayunkan tangannya.

Adakah anda berterima kasih ?

Kadang kala ketika lewat malam ternampak polis meronda di kawasan kejiranan anda jam 3.00 pagi yang sepatutnya anda tidur.

Adakah anda berterima kasih ?

Apa kata kalau saya kata yang pihak polis boleh duduk melepak di kedai mamak sambil menonton siaran langsung bola sepak England tanpa meronda. Habis sahaja waktu khidmat mereka ( shift ) mereka pulang ke balai.

Tidak !!! mereka tidak lakukan

Tulisan kali ini bukanlah propaganda PDRM untuk menaikkan imej PDRM dibawah pentadbiran Tan Sri Ismail Omar.

Tetapi ini untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang apa yang dilalui oleh pihak polis.

Masih ingatkah anda berapa tahun pihak polis menentang gerila komunis ?

Jawapannya selama 12 tahun iaitu dari tahun 1948 sebelum kemerdekaan negara dan sehingga 1960 selepas mendapat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Berapa ramaikah yang terbunuh ditembak oleh komunis?

Berapa orang pula yang cacat fizikalnya dek terkena jerangkap samar yang dipasang oleh komunis. Berapa orang pula yang kehilangan bapa mereka di medan perang meninggalkan isteri dan anaknya yang masih belum mengerti apa-apa di rumah.

Tiada siapa yang ingat jasa-jasa ini.

Berapa orang yang masih mengingati tragedi berdarah di Bukit Kepong dimana 27 orang mati diserang oleh segerombolan termasuk isteri anggota polis dan anak-anak mereka.

Akhirnya komunis-komunis dianggap sebagai wira negara kerana memperjuangkan kemerdekaan untuk membentuk negara komunis berbeza konsep seperti negara kita yang sekarang.

Bahkan selepas kemerdekaan pun mereka masih memberontak sehingga tahun 1989 adakah ia boleh diangga wira ataupun pengkhianat negara?

Jika tidak salah penulis, salah seorang pesuruhjaya British menyatakan akan kelewatan kemerdekaan negara yang dituntut oleh kerana pemberontakan komunis. Disini jelas pemberontakan mereka menggangu proses peralihan kuasa sepenuhnya untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu.

Masih ada lagi orang yang menggangap mereka hero...

Berapa orang lagi mengingati peristiwa berdarah apabila organisasi militan Al-Maunah yang melarikan senjata api di Kem Batallion 304 Rejimen Askar Wataniah sebelum menyembunyikan diri sambil mengagih-agihkan senjata api yang dicuri di Bukit Jenalik, Sauk, Perak.

Anggota polis dan Tentera Diraja Malaysia berusaha untuk menghalang dari berlaku kejadian tidak diingini kerana mereka akan menyerang Kuala Lumpur jika Dr. Mahathir tidak meletak jawatan ketika itu.

3 kematian direkodkan oleh yang mana seorang dari penduduk kampung dan dua orang lagi polis. Mereka ini telah mengorbakan nyawa mereka untuk melindungi tanahair mereka dari ancaman.

Berapa orang ingat tentang pengorbanan polis melindungi rakyat Malaysia ?

Mungkin anda tak tahu pun apa yang terjadi pada masa itu...

Apa yang kita ingat tentang polis ???

Polis senang diberikan sogokan untuk melepaskan pesalah trafik dari disaman... Itu yang anda ingat ?

Ya ... Memang itu yang anda fikirkan tetapi tidak anda fikirkan berapa korupnya rakyat Malaysia memberikan rasuah kepada pihak polis. Mungkin sesetengah anda berkata '' polis yang mintak '' tetapi ingatlah, jika anda tidak berminat sia-sia sajalah permintaan polis tersebut.

Fikirkan masalah rakyat Malaysia yang tidak hirau memberi rasuah dan menerima rasuah. Tentang korupsi anda yang tentukan bukan pihak penerima atau pemberi.

Apa lagi yang anda ingat tentang polis

Polis salahguna kuasa... Suka pukul orang... Suka tangkap orang... Suka sumbat orang dalam ISA

Itu saja yang mereka fikirkan tentang polis sedangkan mereka ingin menghuru-harakan negara dan dalam masa yang sama polis menjalankan tugas untuk menjaga ketenteraman awam.

Mereka adalah pilihan untuk berhimpun di stadium namun mereka tidak lakukan kerana lebih selesa di tempat awam dan mengharap terdapat kematian dalam kalangan participant dan menjadikan isu bagi pilihanraya seterusnya kerana kerajaan membunuh rakyat.

Itulah mereka, nasib baik yang meninggal seorang pak cik tua yang berlari ke dalam bangunan dan ada juga lakonan-lakonan yang dibuat ketika itu untuk menunjukkan bertapa jahatnya polis dan kerajaan.

Itulah mentaliti rakyat di negara ini yang menganggap polis bukan satu agensi penguatkuasaan yang telus dek kerana segelintir pemimpin mereka ditangkap kerana melakukan kesalahan yang mana mereka terpaksa memburukkan kredibiliti untuk menyelamatkan orang yang bersalah dari dianggap bersalah oleh rakyatnya.

Fahaman tersebut yang ditanam kepada rakyat Malaysia amat berbahaya dan penulis rasakan lebih baik rakyat berasa takut dan gerun terhadap polis berbanding segolongan mereka yang terlalu berani menentang polis dan menghasut polis.

Titah baginda juga berkata yang anggota polis merupakan manusia biasa yang mempunyai perasaan dan tidak terlepas melakukan kesalahan. Maka bagi penulis tidak perlulah kita mencaci maki anggota polis tetapi kritiklah mereka ini.

Janganlah menanam rasa benci terhadap pihak polis walaupun memang tidak dinafikan ada segelintir pihak polis yang merasakan mereka berkuasa dan bertindak biadap. Laporkanlah kepada yang berkenaan.

Paling penulis ingin pesan kepada pembaca supaya janganlah memberi rasuah kepada pihak polis ataupun menawarkan rasuah kepada mereka kerana rezeki yang mereka dapat tidak halal dimakan. Pemberi rasuah juga dikira bersubahat melakukan perkara ini dan seterusnya sudah semestilah mendapat dosa dari Allah.

Ingatlah jika melakukan kesalahan mengikut peraturan dunia, maka tidaklah berdosa seperti melakukan kesalahan hukum Allah yang mengharamkan sebarang tindak tanduk rasuah.

Ingatlah kepada pembaca sekalian supaya jangan mengkritik jika tidak pernah memuji. Dan ingatlah mereka tidak dapat dipuji jika tidak pernah dikritik.

Monday, November 14, 2011

Pameran Kereta Asia Klasika & COTY di Matrade

Bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen Matrade ( MECC ) di Jalan Duta, Kuala Lumpur berlangsungnya Pameran Asia Klasika yang mana mempamerkan kereta klasik pelbagai jenama dan juga berlangsungnya Car of The Year hasil kerjasama Maybank dan New Straits Time.

Pameran Asia Klasika disini menyaksikan beberapa kereta seperti Rolls Royce, Mercedes Benz, Chevrolet, BMW, Ford, Bentley dan juga berbagai buah lagi kereta disertai pada himpunan kereta klasik terbesar di Malaysia ini.

Peserta-peserta yang menyertai Asia Klasika ini juga terdiri daripada pelbagai kalangan antaranya collector kereta antik dari serata pelusuk negara termasuk dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Chevrolet pada tahun 2011 menyambut ulang tahun ke-100 penubuhan Chevrolet yang ditubuhkan pada tahun 1901 oleh pengasasnya iaitu Louis Chevrolet bersama William Crapo Durant yang juga pengasas General Motors.

Chevrolet disini mempamerkan 6 model keretanya antaranya kereta yang dikenali hasil dari filem aksi Transformers iaitu Chevrolet Camaro.

Chevrolet Camaro ini di dalam filem aksi tersebut dipandu oleh Shia Lebeouf hero filem tersebut dan dinamakan Bumblebee bersama dengan pasukan Autobot menentang Decepticons. Filem ini diarahkan oleh Michael Bay bersama juga pengarah terkenal, Steven Spielberg.

Chevrolet Camaro ini juga dipandu oleh dua orang pegawai penyiasat dalam drama bersiri Hawaii Five-O iaitu Steve McGarrett dan juga Danny. Namun keretanya berwarna silver bukannya kuning seperti Bumblebee.

Kereta lain yang dipamerkan disini Chevrolet Corvette yang juga dipanggil Stingray. Kereta ini pada mulanya dihasilkan pada tahun 1953 dan mendapat permintaan ramai sehingga kini namun terhenti seketika untuk dua tahun 1968-1982 dan 1984-1996.

Corvette merupakan kereta sports kedua selepas Camaro yang mana tidak dipasarkan di Malaysia secara umum begitu juga dengan Camaro. Corvette ini berukuran enjinnya 6200 cc dan menggunakan enjin supercharger. Naza Quest yang merupakan pengedar rasmi Chevrolet hanya menjual Chevrolet Cruze dan Captiva sahaja.

Kereta lain yang menarik perhatian pengunjung ialah Chevrolet Suburban yang mana banyak dipakai dalam filem aksi yang melibatkan polis di Amerika. Ini kerana Chevy Suburban merupakan kereta rasmi yang dipakai oleh CIA dan FBI.

Kereta Cadillac Escalade pada mulanya diambil dari Chevrolet Suburban namun di buat semula oleh Cadillac. Walaubagaimanapun kereta ini tidak dijual di Malaysia seperti mana Chevrolet Cruze dan Captiva.

Turut dipamer bersama merupakan trak terbaru Chevrolet iaitu Chevrolet Avalanche yang mana merupakan pengganti kepada Chevrolet Colorado yang sering kali kelihatan jika anda berkunjung ke Thailand.

Namun kelainan Chevrolet ini dipanggil sebagai Sports Utility Truck bukannya Pick up seperti mana Chevrolet Colorado. Tugasnya masih sama tetapi lebih kepada mengangkut penumpang kerana ia empat pintu.

'Green Car' turut diletakkan sebagai menyambut ulang tahunnya ke-100 iaitu Chevrolet Volt yang mana menggunakan enjin hibrid yang mana boleh dibawa sejauh 379 batu jika digunakan bersama petrol. Kereta ini dijamin masih mengekalkan kualiti pemanduan dan kecekapan kawalan.

Kereta ini dianugerahkan oleh Agensi Kawalan Alam Amerika Syarikat sebagai kereta kompak kecekapan minyak paling berkesan. Chevrolet ini juga tidak berada di Malaysia untuk pasaran jualan.

Kereta lama yang menarik perhatian penulis ialah Chevrolet '69 iaitu Impala yang diberi penghargaan oleh Bos Naza untuk diberikan cendera mata kerana Chevrolet berkenaan boleh bergoyang-goyang seperti mana kita lihat di kaca televisyen. Tidak hairanlah kereta berkenaan diberikan jolokan sebagai 'Dancing Car'.

Jaguar juga menyambut ulang tahun ke-50 untuk sebuah model keretanya iaitu Jaguar E-Type yang mana dihasilkan tahun 1961 hingga 1975. Kereta ini dijual sebanyak 70,000 unit sepanjang 14 tahun penghasilannya.

Kereta ini mempunyai tiga siri yang mana siri pertama dihasilkan pada tahun 1961-1968 yang mana enjinnya terbahagi kepada dua iaitu 3.8 liter dan 4.2 liter. Siri kedua pula dihasilkan pada tahun 1969-1971 dan hanya menggunakan enjin 4.2 liter bagi semua kereta siri tersebut. Manakala yang terakhir dihasilkan 1971-1975 menggunakan 12 silinder dan berkapasiti 5.2 liter.

Kereta ini tersenarai dalam 100 kereta tercantik sepanjang zaman oleh Daily Telegraph's dan pengasas Ferrari, Enzo Ferrari memanggil kereta ini sebagai kereta tercantik pernah dibina sejurus kereta ini dikeluarkan.

Jenama kereta terhebat sepanjang zaman, Rolls Royce juga menyambut ulang tahun ke-100 kewujudan lambang kemegahan Rolls Royce iaitu Spirit of Ecstasy yang menjadi logo Rolls Royce dari dahulu hingga kini.

Lambang ini direka lapan tahun selepas pengeluaran Rolls Royce yang diilhamkan oleh Charles Rolls dan Henry Royce di England. Lambang megah inijuga dikenali sebagai Emily, Flying Lady dan Silver Lady dicipta oleh seorang pereka arca iaitu Charles Robinson Sykes.

Penciptaannya bukan suka-suka namun terdapat cerita tersembunyi di sebalik penciptaan Spirit of Ecstasy. Ia berkisarkan tentang keghairahan cinta John Walter Edward Douglas-Scott-Montagu seorang ahli politik konservatif di sana terhadap setiausahanya.

Dari situlah datangnya ilham oleh Charles Robinson Sykes yang melihat pengakhiran cinta mereka sebagai suatu simbolik oleh beliau.

Setiausahanya bernama Eleanor Velasco Thornton juga merupakan seorang model bercinta bertahun lamanya dan percintaan mereka masih lagi disembunyikan dan hanya diketahui oleh rakan terdekat sahaja.

Kereta lain yang turut menyertai bagi kategori kereta Rolls Royce adalah Rolls Royce Silver Dawn, Silver Shadow, Corniche, Camargue dan Silver Spur.

Penyokong utama Asia Klasika, Rainbird Sdn Bhd mempamerkan dua buah Rolls Royce iaitu Rolls Royce Camargue yang merupakan satu-satunya model Rolls Royce yang berada disitu dan juga Rolls Royce Silver Spur yang juga satu-satunya model tersebut di pameran ini.

Kereta yang paling menarik perhatian penulis merupakan kereta Rolls Royce Connaught Tourer yang mana dipercayai antara Rolls Royce paling lama di rantau ini. Rolls Royce ini tiba di Malaysia pada 25 Julai 1926 dan mempunyai kekuatan 20 kuasa kuda.


Mercedes Benz yang menyambut ulang tahun ke-125 tahun penubuhannya juga membuat sambutan secara kecil-kecilan disini selepas membuat himpunan kereta Mercedes di The Mines, Seri Kembangan pertengahan tahun yang lalu secara besar-besaran.

Mereka mempersembahkan sebuah kereta terbaru di bawah khemah mereka iaitu E-Class Coupe yang terbaru. Jarang dilihat di jalan raya Malaysia Mercedes ini dan kebiasannya E-Class yang banyak di jalan raya.

Dihadapan khemah Mercedes terdapat sebuah kereta Mercedes yang lama dipercayai selepas perang dunia pertama. Penulis tidak dapat mengenalpasti apakah model sebenar Mercedes ini. Diberikan penghormatan berada di hadapan Mercedes mungkin kerana ia model paling lama Mercedes.

Antara lain yang menarik perhatian penulis ialah Mercedes 240 D yang mana belakangnya sedikit kebelakang ataupun dipanggil Extended Wheelbase. Ini membuatkan ia limosin kerana sesungguhnya ruang kaki penumpang lebih luas.

Mercedes pujaan penulis tidak lain tidak bukan ialah Mercedes 600 yang digunapakai oleh orang-orang kenamaan termasuk John Lennon. Penulis pernah cerita mengenai kereta tersebut pada artikel yang lepas di Mercedes Councours di The Mines. Malahan penulis pernah menaiki kereta bersama pemilik kereta tersebut ketika ke Istana Sri Menanti.






Kereta lain Mercedes yang ingin penulis ulas ialah Mercedes 450 SL yang ditaja oleh Rainbird Sdn Bhd yang mana pernah dipandu oleh seorang pemandu amatur sehingga mencecah 200 km/j walaupun usianya hampir 31 tahun.

Volvo juga tidak melepaskan peluang untuk menyambut kelahiran sportsnya yang ke-50 tahun iaitu model P1800 yang dihasilkan semenjak tahun 1961 sehingga 1973 oleh Volvo selepas model P1900.


Model terdahulu P1900 dihasilkan hanya 2 tahun iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 yang mana dalam tempoh itu hanya 68 dihasilkan. Sebaliknya kereta P1800 ini berjaya berada di pasaran selama 12 tahun dan dilaporkan terjual sebanyak 47,000 unit.

Ini termasuk model Wagon atau dipanggil 'ES' iaitu Sports Estate yang mana menyaksikan kereta Volvo P1800 dua pintu namun panjang di belakang seperti kereta Wagon yang lain. Amat jarang untuk melihat kereta dua pintu namun Wagon.

1966 Volvo P1800 ini di New York, Amerika Syarikat terdapat sebuah kenderaan yang memasuki rekod Guinness yang mana kereta paling jauh bergerak yang mana hingga Julai 2010 ia mempunyai rekod pemanduan 2,800,000 batu .

Pemilik kenderaan tersebut, Irv Gordon mensasarkan kereta itu untuk bergerak sehingga 3,000,000 batu dan pernah menjelajah sehingga ke Kanada, Mexico hinggakan tempat kelahiran kereta berkenaan di Sweden.

Mini yang menyambut ulang tahun ke-50 yang mana mempamerkan kereta yang jarang dilihat iaitu Mini Clubman yang mana Wagon dan terdapat sebuah lagi tingkap di tingkap di tingkap belakang.

Terletak juga Mini Cooper Hatch yang terbaru yang dikeluarkan pada tahun 2007. Mini model ini juga pernah digunakan di dalam filem The Italian Job yang mana untuk mengangkut emas yang dicuri.

Mini juga mempamerkan kereta yang jarang dilihat iaitu Mini Countryman yang mana di dalam kategori Sports Utility Vehicle ( SUV ) yang mana agak tinggi. Kelihatan megah namun masih mengekalkan kecomelan Mini.

Kereta lain yang menarik minat penulis ialah Bentley Continental R-Type yang dikeluarkan pada tahun 1953 yang mana dibuat di Crewe, England. Kereta ini berkapasiti 4566 cc dan enam silinder untuk daya tujahan enjin. Penulis berpeluang melihat interior dalaman Bentley tersebut.

Melihat kedalam Bentley tersebut penulis tersenyum kerana melihat panel ataupun kawasan dashboard kedalam Bentley berkilat dan kelihatan baru. Penulis dapat menganggarkan yang pemilik Bentley ini membelanjakan lebih Rm60,000 untuk veneer sahaja.

Tidak termasuk kos membelanja untuk membuat kulit di tepi pintu kereta ( sebelah dalam ).
Seat juga kelihatan baru kulitnya yang bermakna pemiliknya Larry T.S Lim membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk bahagian dalaman sahaja. Tak tahu pula berapa puluh ribu dibelanjakan untuk membaikpulih enjin dan hal-hal lain tentang kereta ini.

Satu-satunya Lamborghini yang berada disitu, Lamboghini Countach turut mengambil bahagian yang mana merupakan kereta edisi terhad kerana Countach ini hanya dibina sebanyak 2042 unit sahaja.

Lamborghini yang ditunjukkan di dalam gambar ini merupakan Lamborghini Countach yang mempunyai 5.0 liter dan menggunakan kuasa tujahan V12 . Kereta ini dinamakan sebagai antara 10 kereta terbaik untuk tahun 70-an oleh Majalah Sports Car International.

Kereta Amerika yang lain juga tidak ketinggalan untuk mempersembahkan kehebatan mereka. Rainbird Sdn Bhd mempamerkan 4 buah Ford Mustang yang tidak pernah kelihatan di Malaysia.

Ford Mustang ini kesemuanya model yang sama namun jalur pada badan Mustang ini ada yang direka khas untuk menampakkan kemegahan American Muscle. Dikeluarkan pada tahun 1965 dan 1966 di Amerika dan steringnya sebelah kiri seperti kereta standard Amerika yang lain.

Jika masuk ke dalam Bangunan MiTI ini pula terdapat beberapa jenama kereta yang mempamerkan kereta termasuk Perodua, Proton, Toyota, Peugeot, Mercedes, Honda, Jaguar dan berbagai jenama kereta lain.

Antara kereta yang menarik minat penulis ialah hatchback terbaru Renault iaitu Renault Megane. Namun sayangnya Megane yang dipasarkan semenjak tahun 2008 ini interiornya amat simple dan tidak seperti kereta Eropah yang lain.

Proton meletakkan sebuah kereta Satria Neo Lotus yang mempunyai jalur hijau kuning dan juga sebuah lagi kereta S 2000 yang digunakan oleh Proton untuk berlumba rally. Tetapi penulis tidak berpeluang untuk melihat interior kenderaan ini.

Jam 3 petang, Presiden Kelab Diraja Kereta Klasik & Vintaj Malaysia, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Borhan merasmikan acara ini dengan memotong kek bersama penganjur Asia Klasika iaitu Andrew Suresh.

Selepas itu mereka membuat simbol perasmian dan sambutan Chevrolet 100 tahun dengan Dato Seri Tengku Adnan memicit hon pada kenderaannya yang merupakan Chevrolet paling lama di Malaysia. Beliau diberi cenderamata replika keretanya.

Sampai sini sahaja laporan penulis mengenai Pameran Kereta Klasik Asia Klasika dan Car of The Year di Pusat Pameran & Konvensyen Matrade di Jalan Duta. Semoga Pameran ini berlangsung untuk tahun hadapan.

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Assalamualaikum, rasanya masih belum terlewat bagi penulis untuk mengucapkan Selamat kepada seluruh umat Islam khususnya pembaca blog ini. Hari ini jugalah merupakan hari yang amat penting bagi umat Islam yang sedang mengerjakan rukun Haji.

Penulis yang menulis artikel ini dari kampung halaman penulis di Perlis amat berbangga kerana dapat mencapai hubungan internet dari kampung penulis ini.

Pagi raya penulis disambut meriah di Alor Star dimana penulis bersembahyang sunat Aidiladha di salah sebuah masjid tercantik di dunia, Masjid Zahir yang juga masjid utama negeri Kedah.

Turut hadir pada pagi ini merupakan Sultan Islam paling lama memerintah ketika ini, Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Sultanah Kedah. Diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak.


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan selepas bersembahyang sunat dua rakaat berkenan untuk beraya dengan jemaah masjid sambil ditemani oleh Y.A.B Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan.
Jemaah masjid yang hadir sempat bermesra dengan Tuanku Al-Sultan yang hadir lengkap berbaju Melayu bersama sampin dan songkok.

Penulis dari sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1432 hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan pembaca blog penulis ini.

Semoga raya kali ini memberi seribu pengertian kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

Friday, November 4, 2011

Konvoi Kereta Klasik & Vintaj ke Istana Besar Sri Menanti

Pada 30 Oktober 2011, penulis bersama bapa penulis ke Istana Besar Sri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Konvoi ini dirancang oleh Royal Malaysia Vintage & Classic Car Club ( Kelab Diraja Kereta Klasik & Vintaj ) atau singkatannya RMVCCC.

Pada jam 8.00 pagi hampir kesemua kereta klasik dan vintaj sudah pun berhimpun di Bangunan MCOBA ( Malay College Old Boy Assosiation ) ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Pertubuhan Budak Tua Kolej Melayu di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

Setelah kesemua siap sedia lebih kurang jam 8.30 pagi kami bertolak diiringi oleh polis untuk

mengiringi kami semua ke Seremban. Penulis sepatutnya menaiki Ford Mustang namun disebabkan ketiadaan cukai jalan kerana baru ambil dari pelabuhan kereta Ford Mustang tersebut tidak dibenarkan menyertai walaupun mempunyai trade plate.

Mungkin disebabkan platnya yang agak extreme apabila terang-terangan tertulis Texas di plat tersebut.

Penulis kemudiannya menumpang kereta rakan penulis iaitu Rolls Royce Corniche. Antara kereta lain yang menyertai konvoi ini adalah Bentley, Cadillac, Mitsuoka, Mercedes, Jaguar, Alfa Romeo, Volkswagen, Ferrari dan lain-lain.

Setelah lebih sejam perjalanan dari Bangunan MCOBA akhirnya kami sampai ke destinasi pertama kami iaitu di Tesco Seremban. Kami tiba untuk sarapan pagi bersama bersama Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tunku Munawir.

Namun disebabkan kami sampai terlebih awal dahulu makanya kami makan dahulu sementara menunggu ketibaan Yamtuan Besar. Yang seronoknya, kami makan percuma kerana Konvoi kali ini ditaja oleh Tesco.

Kami juga diberi beg untuk dibawa balik yang berisi makanan dan minuman di dalamnya. Terima Kasih Tesco kerana menaja RMVCCC untuk berkonvoi ke Istana Besar Sri Menanti.

Selepas sahaja selesai sarapan pagi, Tuanku Muhriz bersama Tunku Besar Sri Menanti, Tunku Ali Redhauddin turut bersama mencemar duli makan bersama. Sebelum itu, putera kedua Tuanku Muhriz iaitu Y.A.M Tunku Zain al-Abidin berada disitu menyambut kami semua.

DYMM Yamtuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersarapan bersama kedua-dua anaknya Y.A.M Tunku Ali dan Tunku Zain di Tesco Seremban lebih kurang jam 11.00

Kemudiannya selepas habis santapan oleh Baginda dan putera baginda, Ketua Pengarah Eksekutif Tesco Malaysia, Sunghwan Do yang turut serta melepaskan konvoi ke Istana Sri Menanti dari Tesco Seremban.

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menaiki kereta MG MGB tahun pertengahan 1960-an. Turut bersama Baginda ialah Tengku Dato' Seri Adnan Tengku Besar Burhanuddin yang merupakan Presiden RMVCCC.

Disitu bermulanya perjalanan kami ke Istana Sri Menanti yang diketuai oleh Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sambil diikuti hampir 40 buah kereta klasik dan vintaj. Jam 12.30 petang akhirnya kami sampai ke Istana Sri Menanti.

Disana kami kesemua peserta Konvoi Kereta Klasik dan Vintaj bergambar bersama dengan Tuanku Muhriz dan putera Baginda. Kemudiannya Baginda memberi sijil penyertaan kepada peserta-peserta Konvoi ini.

Tuanku Muhriz juga mengambil kesempatan untuk melihat sendiri kereta-kereta yang menyertai konvoi ini dengan sendiri sambil diiringi oleh puteranya dan juga Presiden RMVCCC untuk mengetahui lebih mendalam tentang fungsi kereta.
Antara kereta yang menarik perhatian Tuanku untuk cuba masuk ke dalam ialah kereta Cadillac De Ville Extended yang mana Tuanku sendiri masuk ke dalam mengalami sendiri suasana di dalam sebuah limosine.

Selepas selesai memberi sijil kepada kesemua peserta, Tuanku Muhriz mempelawa kesemua peserta untuk bersama-sama makan di Istana Sri Menanti. Kami menerima santapan yang enak disebelah Istana Sri Menanti walaupun penulis tidak berapa sihat ketika itu.

Setelah habis santapan tengah hari bersama Tuanku Muhriz, kami kemudiannya bersurai sambil dipelawa oleh Tuanku Muhriz supaya melawat Istana Lama Sri Menanti yang mana merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sebelum pulang para peserta bersalaman terlebih dahulu diberi peluang untuk bersalaman dengan Tuanku Muhriz sebelum peserta berangkat pulang sambil diiringi oleh polis sehingga ke tol Senawang.

Mengikut sejarah mengenai Istana ini, Istana ( Lama ) Sri Menanti dibina oleh dua pakar bina tempatan iaitu Tukang Kahar dan Tukang Taib yang bermula pembinaannya pada tahun 1902 dan disiapkan pada tahun 1908.

Istana yang setinggi 65 kaki ini mempunyai empat tingkat dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun mahupun skru . Istana ini menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar dari 1908 hingga 1931.

Yang di-Pertuan Besar yang pertama dapat merasmikan ini ialah Tuanku Muhammad. Disini juga merupakan tempat mengadap Pesuruhjaya Tinggi Sir Lawrence Gillemard yang diadakan tiga tahun sekali pada tahun 1926.

Penulis pun tidak melepaskan peluang untuk masuk melihat Istana Sri Menanti ini yang dibuka untuk orang awam . Bak kata pepatah '' Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ''.

Akhirnya kesemua pun bersurai dan penulis balik menaiki Mercedes 280 SE milik salah seorang penggemar kereta Klasik yang turut juga mempunyai sebuah Mercedes 600 yang pernah tunjukkan pada post terdahulu di Concours Mercedes.