Sunday, December 19, 2010

Wikileaks : Dipuji atau Dicaci

Wikileaks yang ditubuhkan pada tahun pada 4 Oktober 2006 telah diasaskan oleh Julian Assange yang kini dibicarakan diatas kes rogol di London. Persoalannya kini adakah pendedahan yang dibuat Julian Assange ini patut dipuji atau disanggah.

Umum mengetahui bahawa Wikileaks telah mendedahkan beratus ribu dokumen perang mereka di Afghanistan. Kini mereka telah mendedahkan pula dokumen sulit dari seluruh kedutaan Amerika di dunia.

Pendedahan yang dibuat Wikileaks telah mengejutkan ramai pihak terutamanya Amerika Syarikat apabila dokumen yang disimpan rapi dapat diakses oleh hanya seorang askar Amerika Bradley Manning yang hanya mempunyai pangkat Private Kelas Pertama.

Persoalan samaada dokumen yang didedahkan Wikileaks benar atau sebaliknya sudah dijawab oleh Amerika dengan kata Hillary Clinton yang menyatakan Wikileaks adalah seorang penceroboh. Tindakan mahkamah London terhadap Julian Assange sekali lagi menjadi bukti yang mereka ingin menutup mulut Assange.

Antara dokumen yang didedahkan oleh Wikileaks adalah pelulusan dana perang ke Afghanistan berjumlah Rm 118.4 billion. Selain itu, Wikileaks juga memaparkan dokumen perang di Iraq dimana mereka telah membunuh lebih 200 orang awam ketika membuat sekatan disana.

Matlamat mereka untuk menutup kem tahanan perang di Iraq juga adalah satu penipuan dimana Wikileaks menyatakan bahawa selepas menjajah Iraq, terdapat banyak kes seksaan dan deraan dilakukan tentera Iraq namun tidak diendahkan AS.

Wikileaks juga melaporkan bahawa angka orang awam yang mati di Iraq ditangan mereka jauh lebih tinggi daripada dinyatakan di media. Mereka menyatakan bahawa lebih 100,000 orang awam terbunuh di Iraq sejak Mac 2003.

Raja Abdullah dari Arab Saudi didedahkan telah meminta AS supaya mengebom Iran untuk menghentikan program nuklear Iran. Selain berkata " Potong sahaja kepala ular itu " merujuk kepada Ahmadinejad.

Diplomat-diplomat Singapura pula menyatakan bahawa Malaysia mempunyai masalah kerana pemimpin di Malaysia kurang cekap. Mereka juga menggangap Najib seorang yang oportunis dan akan mengambil kesempatan untuk mengkritik Singapura.

Mereka juga menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra adalah seorang pemimpin yang korup bersama pemimpin yang lain termasuk dari Pembangkang. Putera Mahkota Thai juga dianggap sebagai tidak matang dan senang dipengaruhi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak terlepas dari terkena tempias apabila perisik Singapura memberitahu perisik Australia yang Anwar Ibrahim benar-benar terlibat dalam kes liwatnya.

Reaksi dari segala pendedahan yang dibuat itu amat banyak dan ada mengambilnya dengan sikap positif ada yang mengkritiknya. Presiden Venezuela Hugo Chavez, menyatakan bahawa Hillary Clinton supaya letak jawatan dan perlu bertanggungjawab terhadap pendedahan tersebut. Selain itu beliau memuji Wikileaks terhadap keberaniannya.

Terdapat berbagai reaksi positif terhadap tindakan Wikileaks dari Presiden Brazil, Luiz Lula da Silva. Selain Ecuador ingin menjemput Assange kenegaranya selain diberi perlindungan. Dmitry Medvedev, Presiden Rusia pula menyokong usaha Assange selain mengutuk AS dengan berkata " Tiada Kebebasan Bersuara di Barat ".

AS pula lebih cenderung mengutuk tindakan Assange yang dikatakan telah mengucar-kacirkan dunia dengan pendedahan tersebut selain diikuti kritikan oleh negara-negara sekutu Amerika Syarikat.

Persoalannya adakah Wikileaks ini membawa kebaikan terhadap dunia ataupun mendatangkan keburukant terhadap masyarakat dunia. Dengan beranggapan bahawa dunia lebih baik tanpa rahsia adalah salah.

Ini kerana tindakan sedemikian telah menimbulkan ketegangan terhadap negara-negara serantau. Seperti pendedahan dimana Singapura mengutuk Malaysia dengan menyatakan Malaysia mempunyai pemimpin yang lemah.

Wikileaks pula bakal menyebabkan Amerika Syarikat berada dalam ancaman apabila dokumen sulit di Afghanistan didedahkan dimana puak Taliban akan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi untuk tujuan dalang pengintipan.

Pendedahan Wikileaks juga telah membuka mata rakyat China dimana parti Komunis China telah menggodam laman web google yang dikepalai oleh orang nombor lima.Ini bakal menjejaskan hubungan China.

Selepas ini Wikileaks berjanji akan mendedahkan pula dokumen-dokumen sulit tentang penyelewangan agensi-agensi bank di Amerika. Ini mungkin bakal menjejaskan stabiliti kewangan dunia.

Julian Assange selepas dibebaskan dengan ikat jamin yang tinggi telah menyelar syarikat-syarikat bank seperti paypal, visa dan sebagainya kerana menggantung aktiviti pendermaan duit dari masyarakat dunia.

Tatkala AS bergelut untuk menutup pembocoran maklumat oleh Wikileaks dengan menggunakan penggodam-penggodam yang menggangu pelayanan web Wikileaks terdapat kewujudan lima lagi sekutu Wikileaks iaitu Openleaks, Brussel Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.

Ini bakal lagi menganggu kestabilan dunia terutamanya kedudukan Amerika Syarikat yang terancam terhadap tindakan-tindakan jenayah yang disembunyikan oleh mereka sendiri. Perkara ini mungkin bakal menggangu hubungan dengan negara lain.

Membocorkan maklumat rahsia kepada umum bagi penulis adalah tidak bagus dan patut dielakkan. Ia mungkin bakal membawakan kehancuran terhadap sesebuah negara oleh kerana rahsia yang terdedah.

Contohnya penulis mendedahkan maklumat pertahanan negara kepada umum. Ia mungkin bakal membuatkan rakyat berasa megah namun jika difikirkan balik kita memberitahu kelemahan kita.

Namun bukan semua rahsia begitu seperti dikatakan oleh Wikileaks. Sesetengah rahsia yang menunjukkan kesalahan ataupun jenayah memang patut didedahkan supaya pihak yang terlibat dapat menerima balasan.

Malaysia bukan sumber maklumat Wikileaks apabila langsung tiada pendedahan dibuat mengenai hubungan Malaysia-Amerika Syarikat. Cuma Singapura sahaja yang mempunyai hubungan sehingga dapat didedahkan Wikileaks.

Negara harus bernasib baik kerana Wikileaks hanya mendedahkan dokumen-dokumen sulit yang berkaitan dengan Amerika dari kabel-kabel Amerika sahaja. Jadi negara tidak berada dalam keadaan bahaya kerana Malaysia bukan sasaran Wikileaks.

Tetapi Malaysia harus berhati-hati terhadap kesemua dokumen sulit kerajaan supaya disimpan di tempat yang selamat. Dokumen milik AS yang dikawal rapi pun dapat ditembusi Wikileaks apatahlagi Malaysia.Ini menunjukkan bahawa kawalan keselamatan di Malaysia lebih baik dari AS.

Pandangan anda mungkin lain-lain. Ada yang memuji Wikileaks kerana mendedahkan kebenaran ada juga yang mencaci Wikileaks kerana kerana mendedahkan kesalahan. Ia terpulang kepada anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen