Friday, December 10, 2010

Pengalaman Meneroka Selatan Thailand

Maaf kerana blog ini tidak berupdate lebih dari sebulan .Sebabnya satu adalah tak ada bahan cerita yang menarik dan satu lagi sebab adalah kerana penulis pergi bercuti. Jadi tulisan penulis kali ini berkisar tentang pengalaman cuti penulis di Selatan Thailand.

Penulis bertuah kerana dapat pergi menaiki kereta jadi penulis dapat melihat keadaan di Selatan Thailand. Penulis bergerak dari pintu sempadan Wang Kelian, Perlis untuk masuk ke Siam. Dari sana penulis dapat melihat rumah-rumah mereka.

Kebanyakkan rumah yang penulis lihat semuanya rumah batu. Seingat penulis disana penulis tidak melihat sebarang rumah papan.Melihat kepada ekonomi penduduk Selatan Thailand rasanya hidup mereka tidak ubah seperti hidup rakyat kita.

Setiap rumah yang penulis lihat mesti ada sebuah pikap. Kenderaan yang penduduk sana pakai hampir 90% pikap. Penulis tidak tahu mengapa mereka menggunakan pikap untuk bergerak. Jika hendak dikatakan bentuk muka bumi mereka berbukit bukau, rasanya semuanya ok sahaja.

Nak Kata mereka kerja angkut buah durian dari dusun takkan sampai kesemua penduduk kutip buah durian. Mungkin itulah kenderaan untuk bekerja, beriadah dan sebagainya. Kalau adapun kereta kebanyakkan Honda Civic.

* Tapi tidak diubahsuai dengan bodykit Mugen ataupun diconvert Type R

Keadaan jalan raya yang penulis lalui boleh dikatakan baik kerana jalannya pun bertar selain ada line tengah dijalan. Jalan raya disana tidaklah berliku-liku jadi tidak memeningkan pengguna lebuh raya.

Cuma jalan disana begitu mengikuti bentuk muka bumi setempat. Ia tidak rata seperti jalan di negeri kita, jalan disana agak beralun. Lagi satu yang nak komen tentang ketiadaan lampu jalan disana. Kalau adapun lampu jalan itu warna putih seperti lampu rumah bukannya lampu jalan yang bewarna jingga seperti dinegara kita.

Penduduk-penduduk di Selatan Thailand majoritinya beragama Islam. Menurut salah seorang peniaga disana, lebih 60% penduduk di Selatan Thailand beragama Islam. Jadi tiada masalah untuk mencari kedai makan di Selatan Thailand.

Cuma masalah komunikasi menjadi masalah utama untuk memesan makanan. Disebabkan masalah itu penulis terpaksa minum air kosong yang disediakan dengan menggunakan cawan besi seperti tentera untuk minum.

Pesan dua Tom Yam tiga telur dadar tetapi diberi telur mata kerbau yang kurang masak dan juga 10 nasi kosong bayaran 500 baht. Kira Rm50lah hanya pesan itu sahaja. Air penulis dan rakan penulis minum air kosong sahaja.

** Memang kena katok dengan Siam

Kalau sudah masuk waktu solat di Selatan Thailand tiada masalah untuk bersolat. Ini kerana mengikut pemerhatian penulis hampir setiap 2-3 kilometer sudah semestinya ada sebuah masjid.

Masjid taklah uzur mana setakat ada kubah kira oklah. Namun pada waktu balik, penulis sempat singgah di sebuah masjid disana dan sempat menunaikan solat Asar dimasjid tersebut.



Ketika mengambil air wuduk keadaan air boleh dikatakan jernih dan selepas penulis mengambil wuduk disana penulis masuk ke dalam masjid. Penulis hanya melihat sekumpulan 4-5 orang sedang mendengar ceramah mungkin dari seorang tok guru.

Dalam masjid, penulis melihat lantai disana kosong sahaja.Cuma lantai dan hanya beberapa sejadah sahaja berada disatu longgokkan dimana penulis mengambil sejadah itu untuk bersembahyang.

Di dalam masjid tersebut hanya ada tirai dimana untuk memisahkan kaum perempuan bersembahyang. Penulis memikirkan bagaimana keadaan masjid-masjid yang penulis lihat sepanjang perjalanan. Adakah lebih teruk atau sebaliknya.

Patutlah rakyat Selatan Thai tidak suka akan pemerintahan kerajaan Siam sekarang ini. Ini kerana mereka mungkin membina masjid. Tetapi kemudahan di dalam masjid pakat-pakat beli sendiri rasanya.

Tetapi di Krabi, penulis lihat sebuah masjid yang seingat penulis ia masjid daerah Krabi. Masjid disitu dua tingkat dan lihat memang agak terjaga. Cuma sebelah sana sahaja yang mungkin tiada kemudahan.

Setahu penulis, masjid-masjid di Malaysia semua pasti penuh dengan sejadah hingga tak tahu lantai masjid warna apa. Selain itu kipas bahkan air-cond pun ada dimasjid kita. Alangkah bertuahnya kita hidup di Malaysia.

Penulis tidak beritahu lagi sebenarnya mana destinasi yang penulis tujui. Penulis sebenarnya menuju ke Phuket untuk bercuti. Tetapi naik kereta sebab ramai saudara-mara nak ikut. Lebih murah bukan selain dapat melihat cara hidup orang Siam.

Dalam perjalanan disana penulis merasakan bahawa pemandu-pemandu kita yang membawa kereta supaya berhati-hati. Ini kerana dalam perjalanan disana, pemandu lihat sebuah trak membawa kereta telah mengalami perkara yang jarang berlaku. Iaitu kereta diatas trak tergolek ke jalan.

Masa perjalanan balik pula penulis lihat trelar terbalik jadi bagi penulis ini menunjukkan sikap kerakusan pemandu-pemandu Siam membawa kereta. Rasanya pemandu di Malaysia lebih berwibawa.

Perkara yang penulis perasan ketika disana adalah hampir kesemua rumah disana menggunakan parabola sebagai alat menonton TV. Mereka tidak menggunakan belanga seperti di negara kita tetapi penulis ada melihat rumah yang memakai belanga ataupun dalam bahasa betulnya penulis pun tak tahu.

*** Di Malaysia tidak dibenarkan pakai parabola. Kalau tidak Astro tak boleh cari makan

Bekalan air bersih disana boleh dikatakan baik namun agak keruh dan bewarna kuning sedikit. Tidaklah teruk mana tapi baik dari sikit dari air di sebuah negeri di negara kita.

Belum sampai ke Phuket penulis singgah ke Phangga. Dari sana penulis ke sebuah pulau yang dinamakan pulau James Bond memandangkan filem The Man With the Golden Gun pernah difilemkan disini.

Sebenarnya pulau ini tiada apa pun cuma ada sebuah batu yang dinamakan Ko Tapu dimana sebuah batu tiba-tiba berada ditengah-tengah laut. Tinggi batu ini kira-kira 20 meter dan lebarnya mengikut wiki 4 meter.

Disana terdapat sebuah perkampungan orang Islam dimana keseluruhan penduduk diperkampungan itu adalah Muslim. Penulis melihat ia sebagai sebuah penempatan atas air ditengah-tengah laut Andaman.

Penulis ke pulau terbabit menggunakan bot yang disediakan disana. Pada mulanya, pemilik bot terbabit menawarkan 7000 baht untuk satu perjalanan.Tetapi selepas tawar menawar dapat hanya 3500 baht.

Itu untuk satu kapal dimana saudara-mara penulis semuanya ada 10 orang. Jadi sila pastikan supaya sesiapa yang hendak kesana dapat harga terendah untuk seorang penumpang.

Sebelum itu penulis sebenarnya di Krabi semalam, ini kerana keletihan akibat membawa kereta walaupun penulis sebenarnya tak bawa pun kereta dari sempadan hingga ke Krabi lebih 300 km. Disana hotel tidaklah sehebat mana tetapi cukup sekadar bermalam.

Selepas melihat keindahan-keindahan alam semula jadi di Krabi, penulis meneruskan perjalanan ke Phuket pula yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ini kali kedua penulis menjejakkan kaki di Phuket selepas pada beberapa tahun lepas penulis pernah datang kesini bersama konvoi kereta antik bersama Allahyarham Tan Sri Basir Ismail, pengasas Nationwide Express.

Penulis tak ada aktiviti disana jadi penulis hanya bersiar-siar seorang diri Patong Beach. Disana penulis melihat sebuah komplek membeli belah yang agak besar. Penulis yang tidak membawa kamera tidak dapat merakamkan gambar disana.

Selepas itu penulis berjalan pula di sebuah lorong yang dinamakan Bang-la Road. Disana penulis berjalan berseorangan juga kerana malas untuk menunggu bapa penulis yang berjalan lambat dan kadang-kadang ambil masa tengok barang.

Ketika puas berjalan dalam perjalanan hendak balik ke hotel penulis Hard Rock Cafe, Phuket. Tetapi ketika meneruskan perjalanan untuk pulang ke hotel penulis sekali lagi terserempak dengan Hard Rock. Ehh...Bukan Hard Rock tapi Rock Hard.

Ketika malam, penulis sebelum tidur keluar sekali lagi ke depan dari hotel tempat penulis menginap. Disana penulis kagum melihat sekumpulan pemandu Tuk-Tuk bermain sepak takraw.

Ini benda yang agak aneh di tengah bandar yang maju masih ada orang bermain sepak takraw. Penulis melihat kesemuanya boleh main mungkin memang budaya mereka mengisi masa lapang dengan bermain sepak takraw.

**** Tidak kisahlah Malaysia kalah Takraw di China ketika menentang Thailand

Harga minyak di Thailand memanglah amat-amat mahal. Harga untuk seliter Petrol RON 95 berharga 36.31 baht lebih kurang Rm3.60 . RON 91 juga mahal iaitu 31.82 baht kira-kira Rm3.10 .

Beruntung kita hidup di Malaysia sebab harga minyak di Malaysia bagi RON 95 hanya Rm.190 sahaja. Manakala harga RON 97 di negara kita hanya Rm2.30 bagi seliter petrol. Ini menunjukkan harga petrol dinegara kita lebih baik.

Baik kerr... Sepanjang lebih 500 km bergerak dari sempadan Malaysia hingga ke Phuket. Malahan balik dari Phuket haram satu tol pun penulis tak nampak. Sebenarnya harga minyak mereka mahal memang kena sebab mereka tidak ada tol. Kita dari Perlis hingga KL 500 km kena bayar tak salah Rm50 juga untuk tol.

Balik pula masa berada di Krabi, aku sempat bersiar-siar di tepi pantai di Krabi. Kelihatan ramai tourist yang hampir kesemuanya dari Eropah berada disitu. Penulis ketika masuk kesebuah kedai terlihat pistol berada diatas meja.

Orang Perlis, Kedah kalau nampak pistol dekat Siam tak perlu takut sebab sudah tahu itu pistol tipu ataupun orang Utara panggil pistol itu pistol tembak cicak. Penulis pun tak tahu sebab apa mungkin dulu mereka guna untuk tembak cicak rasanya.

Malahan Brass Knuckle penulis tak berapa pasti dalam Bahasa Malaysia orang panggil apa pun ada dijual disebuah kedai disana. Bukan setakat itu sahaja malahan pisau lipat dengan bentuk yang unik pun dijual. Kalau nak pukul orang disana penuh dengan barangan yang sesuai.


Benda yang menjadi kebanggaan penulis, tak bangga pun sebenarnya adalah ramai penyokong Everton disana. Penulis yang meminati pasukan Everton sungguh teruja apabila melihat hampir keseluruhan pub dan kedai disana melihat perlawanan Everton ketika itu.

Ketika tertanya-tanya mengapa ramai peminat
Everton disana penulis tersedar ketika di pub ada sebuah pub tertulis Chang Pub . Chang Beer adalah penaja pasukan Everton dan Chang Beer juga berasal dari Thailand jadi secara tak langsung ia seperti kita berbangga dengan Mercedes GP Petronas di F1.

Setakat ini sahaja penulis dapat gambarkan pengalaman penulis berkunjung ke Phuket menggunakan kereta. Memang tidak dinafikan lagi yang Phuket sememangnya pulau yang amat indah.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen