Monday, December 27, 2010

Malaysia 3 - 0 Indonesia : Stadium Penuh, Peminat Bediri

Aku baru sahaja pulang dari Stadium Nasional Bukit Jalil, menyaksikan perlawanan akhie pertama bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia dimana Malaysia menang 3-0 hasil jaringan Safee Sali dan Mohd. Ashari Samsudin.

Bekalan selesa itu bakal membawa harapan cerah kepada pasukan Malaysia untuk memenangi piala Suzuki AFF di stadium Gelora Bung Karno di Indonesia. Namun itu bukanlah perkara yang aku nak ulas.

Aku ingin mengulas tentang kepenuhan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setahu aku, Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,000 orang. Ini membuatkan stadium ini stadium ke-26 terbesar di dunia.

Aku membeli tiket pada awal pagi hari Sabtu dan malam tadi aku ke Stadium. Masalahnya ketiadaan tempat duduk menyebabkan aku terpaksa berdiri sepanjang masa. Bahkan pada separuh masa pertama aku terpaksa melihat permainan dari luar tempat duduk stadium.

Setahu aku, sebanyak 70,000 keping tiket telah dijualkan untuk penyokong Malaysia manakala 15,000 tiket dikhaskan untuk penyokong Indonesia. Keseluruhan tiket adalah 85,000 orang. Persoalannya mengapakah tempat duduk penuh.

Ketika berada disana, penulis perhatikan ada satu blok akan memisahkan antara penyokong Malaysia dan Indonesia dikosongkan. Dalam pemerhatian aku, terdapat 6 blok telah dikosongkan iaitu diatas dan ditepi tempat duduk VIP dikosongkan. Manakala terdapat tiga lagi blok dikosongkan diantara tempat duduk penyokong Malaysia dan Indonesia.

Jika setiap blok itu boleh memuatkan 2,000 orang. Kira-kira 12,000 tempat duduk telah dikosongkan bagi mengelak penyokong Indonesia dan Malaysia bergaduh. Jikalau FAM benar-benar menjual 85,000 ribu tiket ini bermaksud seramai 10,000 orang tidak mempunyai tempat duduk.

Ini kerana kapasiti tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 87,000. Jumlah penonton yang hadir adalah 85,000 dan tempat duduk yang dikosongkan adalah 12,000 kerusi. Jadi sebanyak 10,000 orang tidak dapat duduk.

Persoalannya adakah pihak FAM tersalah dalam membuat kira-kira ataupun sengaja ingin meraih keuntungan lebih dengan menjual lebih tiket dari tempat duduk. Dalam masa yang sama, aku langsung tidak melihat penyokong Indonesia terpaksa mencangkung dari belakang untuk menonton permainan.

Kepenuhan tempat duduk penyokong Malaysia hinggakan penyokong Malaysia terpaksa duduk dikawasan penyokong Indonesia. Ini benar-benar terjadi hinggakan polis mengarahkan mereka supaya beredar dari situ.

Bukan 20-30 orang yang duduk dikawasan penyokong Indonesia tetapi lebih 200 orang duduk dikawasan Indonesia. Ini menunjukkan bahawa penyokong Malaysia begitu terdesak untuk mencari tempat duduk hinggakan melupakan risiko diganggu penyokong Indonesia.

Aku berfikiran tempat duduk penyokong Indonesia memang cukup malangnya ribuan penyokong Malaysia terpaksa berdiri didalam kesesakan orang ramai untuk melihat perlawanan bola sepak.

Mungkin aku patut menyalahkan diri aku sendiri kerana masuk lewat ke stadium akibat aku menunggu ketibaan Presiden FAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Tetapi jika jumlah tiket yang dikeluarkan adalah cukup-cukup. Maka tiada penyokong tidak dapat duduk.

Aku begitu berharap agar FAM mengira balik keratan tiket yang dikoyakkan ketika penonton masuk supaya memastikan adakah keratan tiket lebih dari jumlah tiket yang dijual. Jika cukup pastikan apakah masalah FAM supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Namun kekecewaan besar aku dapat diubati oleh dua perkara ketika aku berada disana. Pertama Malaysia menang besar untuk membawa bekalan selesa ke Stadium Gelora Bung Karno.

Walaupun berhimpit-himpit diantara satu sama lain. Tetapi setiap gol yang dijaringkan lebih membawa banyak kegembiraan berbanding kesakitan berdiri dan bersesak dengan orang ramai. Kemenangan itu mengubati kesusahan aku berdiri dengan orang ramai.

Keduanya tugas aku sebagai Photographer berjaya apabila kesemua gambar orang kuat bola sepak negara dapat aku tangkap. Masa ketibaan mereka aku tak dapat tangkap banyak gambar tetapi masa balik lebih longgar peraturannya.

Bodyguard-bodyguard Sultan Ahmad Shah lebih hebat mengalahkan Timbalan Perdana Menteri. Ini kerana aku lihat lebih tiga biji kereta dimuatkan hanya dengan bodyguard Sultan sahaja.

Tan Sri Muhyiddin punya bodyguard pun cukup ramai tapi aku tak kisah sangat. Tapi Sultan Pahang punya bodyguard lebih hebat berbanding Sultan yang lain pernah aku jumpa. Perkara yang aku perasan kebanyakkan bodyguard Sultan Pahang adalah perempuan.

VIP-VIP yang hadir pada malam tadi dapat aku tahu adalah Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang yang juga Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah, Setiausaha Agung FAM, Left.Jeneral ( B ) Dato' Azzudin Ahmad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek. Bekas pemimpin UMNO dan juga presiden bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga kelihatan menghadiri perlawanan akhir pertama.

Penyerang veteran negara yang juga bekas pemain Selangor, Zainal Abidin Hassan dan juga jurulatih Pahang, Dollah Saleh juga kelihatan berada di Stadium untuk menonton permainan ini.

Tan Sri Annuar Musa sungguh disanjungi oleh penyokong-penyokong Kelantan apabila membuatkan Kelantan memenangi piala Malaysia tahun ini. Sehinggakan tidak ingin beliau berundur dari jawatannya sekarang.

Penyokong-penyokong Kelantan kebanyakkan datang bersalaman dengan beliau dan memberikan sokongan terhadap beliau selain meminta mengekalkan kerusinya di KAFA. Benda yang aku terkejut sekali Tan Sri Annuar Musa memakai Porsche Panamera dengan nombor pendaftaran TAM111.

( Kereta bernombor KJ 100 aku ada lihat keretanya namun orangnya aku tak nampak )

Setakat ini sahajalah berita yang aku ingin sampaikan kepada pembaca. Lagi satu aku amat berharap supaya FAM membuat penyiasatan terhadap kekurangan tempat duduk supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen