Wednesday, December 29, 2010

Lagi Peminat Mengeluh Stadium Penuh

Tidak dapat tempat duduk dalam stadium

SELURUH rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan 3-0 pasukan bola sepak kebangsaan ke atas Indonesia dalam pertandingan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Ahad lalu. Syabas dan tahniah diucapkan.

Saya merupakan antara puluhan ribu penyokong yang hadir ke Stadium Nasional dengan harapan besar untuk memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan. Namun apa yang mengecewakan ialah tempat duduk yang disediakan di dalam stadium tidak mampu menampung para penyokong yang hadir.

Terdapat ribuan penyokong terpaksa berdiri di laluan masuk ke tempat duduk di seluruh bahagian stadium disebabkan kesemua tempat duduk di semua tingkat telah dipenuhi. Ada juga antara mereka terpaksa duduk di lantai luar kawasan yang dikhaskan.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Berapa banyak tiket yang diperuntukkan sebenarnya untuk perlawanan tersebut? Adakah pihak pengurusan Stadium Nasional tidak membuat perhitungan sewajarnya?

Saya kira pihak stadium telah tersilap membuat perhitungan dan perkara ini telah membuatkan ribuan penyokong terpaksa berpuas hati duduk di tangga-tangga dan kaki-kaki lima stadium. Terdapat begitu banyak kerusi kosong yang menjadi pembahagi antara penyokong Malaysia dan Indonesia yang tidak dipenuhi atas faktor keselamatan.

Syukur tidak ada insiden buruk yang berlaku. Namun, dengan jumlah penonton yang melebihi kapasiti sebenar stadium, tidak mustahil sesuatu musibah boleh berlaku. Saya dapati jambatan yang menghubungkan dua bahagian di Stadium Nasional juga dipenuhi dengan para penyokong dan perkara ini sangat berbahaya.

HANIF MOHSEIN MOHD. FAUZI

( UTUSAN MALAYSIA )

Monday, December 27, 2010

Malaysia 3 - 0 Indonesia : Stadium Penuh, Peminat Bediri

Aku baru sahaja pulang dari Stadium Nasional Bukit Jalil, menyaksikan perlawanan akhie pertama bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia dimana Malaysia menang 3-0 hasil jaringan Safee Sali dan Mohd. Ashari Samsudin.

Bekalan selesa itu bakal membawa harapan cerah kepada pasukan Malaysia untuk memenangi piala Suzuki AFF di stadium Gelora Bung Karno di Indonesia. Namun itu bukanlah perkara yang aku nak ulas.

Aku ingin mengulas tentang kepenuhan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setahu aku, Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,000 orang. Ini membuatkan stadium ini stadium ke-26 terbesar di dunia.

Aku membeli tiket pada awal pagi hari Sabtu dan malam tadi aku ke Stadium. Masalahnya ketiadaan tempat duduk menyebabkan aku terpaksa berdiri sepanjang masa. Bahkan pada separuh masa pertama aku terpaksa melihat permainan dari luar tempat duduk stadium.

Setahu aku, sebanyak 70,000 keping tiket telah dijualkan untuk penyokong Malaysia manakala 15,000 tiket dikhaskan untuk penyokong Indonesia. Keseluruhan tiket adalah 85,000 orang. Persoalannya mengapakah tempat duduk penuh.

Ketika berada disana, penulis perhatikan ada satu blok akan memisahkan antara penyokong Malaysia dan Indonesia dikosongkan. Dalam pemerhatian aku, terdapat 6 blok telah dikosongkan iaitu diatas dan ditepi tempat duduk VIP dikosongkan. Manakala terdapat tiga lagi blok dikosongkan diantara tempat duduk penyokong Malaysia dan Indonesia.

Jika setiap blok itu boleh memuatkan 2,000 orang. Kira-kira 12,000 tempat duduk telah dikosongkan bagi mengelak penyokong Indonesia dan Malaysia bergaduh. Jikalau FAM benar-benar menjual 85,000 ribu tiket ini bermaksud seramai 10,000 orang tidak mempunyai tempat duduk.

Ini kerana kapasiti tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 87,000. Jumlah penonton yang hadir adalah 85,000 dan tempat duduk yang dikosongkan adalah 12,000 kerusi. Jadi sebanyak 10,000 orang tidak dapat duduk.

Persoalannya adakah pihak FAM tersalah dalam membuat kira-kira ataupun sengaja ingin meraih keuntungan lebih dengan menjual lebih tiket dari tempat duduk. Dalam masa yang sama, aku langsung tidak melihat penyokong Indonesia terpaksa mencangkung dari belakang untuk menonton permainan.

Kepenuhan tempat duduk penyokong Malaysia hinggakan penyokong Malaysia terpaksa duduk dikawasan penyokong Indonesia. Ini benar-benar terjadi hinggakan polis mengarahkan mereka supaya beredar dari situ.

Bukan 20-30 orang yang duduk dikawasan penyokong Indonesia tetapi lebih 200 orang duduk dikawasan Indonesia. Ini menunjukkan bahawa penyokong Malaysia begitu terdesak untuk mencari tempat duduk hinggakan melupakan risiko diganggu penyokong Indonesia.

Aku berfikiran tempat duduk penyokong Indonesia memang cukup malangnya ribuan penyokong Malaysia terpaksa berdiri didalam kesesakan orang ramai untuk melihat perlawanan bola sepak.

Mungkin aku patut menyalahkan diri aku sendiri kerana masuk lewat ke stadium akibat aku menunggu ketibaan Presiden FAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Tetapi jika jumlah tiket yang dikeluarkan adalah cukup-cukup. Maka tiada penyokong tidak dapat duduk.

Aku begitu berharap agar FAM mengira balik keratan tiket yang dikoyakkan ketika penonton masuk supaya memastikan adakah keratan tiket lebih dari jumlah tiket yang dijual. Jika cukup pastikan apakah masalah FAM supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Namun kekecewaan besar aku dapat diubati oleh dua perkara ketika aku berada disana. Pertama Malaysia menang besar untuk membawa bekalan selesa ke Stadium Gelora Bung Karno.

Walaupun berhimpit-himpit diantara satu sama lain. Tetapi setiap gol yang dijaringkan lebih membawa banyak kegembiraan berbanding kesakitan berdiri dan bersesak dengan orang ramai. Kemenangan itu mengubati kesusahan aku berdiri dengan orang ramai.

Keduanya tugas aku sebagai Photographer berjaya apabila kesemua gambar orang kuat bola sepak negara dapat aku tangkap. Masa ketibaan mereka aku tak dapat tangkap banyak gambar tetapi masa balik lebih longgar peraturannya.

Bodyguard-bodyguard Sultan Ahmad Shah lebih hebat mengalahkan Timbalan Perdana Menteri. Ini kerana aku lihat lebih tiga biji kereta dimuatkan hanya dengan bodyguard Sultan sahaja.

Tan Sri Muhyiddin punya bodyguard pun cukup ramai tapi aku tak kisah sangat. Tapi Sultan Pahang punya bodyguard lebih hebat berbanding Sultan yang lain pernah aku jumpa. Perkara yang aku perasan kebanyakkan bodyguard Sultan Pahang adalah perempuan.

VIP-VIP yang hadir pada malam tadi dapat aku tahu adalah Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang yang juga Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah, Setiausaha Agung FAM, Left.Jeneral ( B ) Dato' Azzudin Ahmad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek. Bekas pemimpin UMNO dan juga presiden bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga kelihatan menghadiri perlawanan akhir pertama.

Penyerang veteran negara yang juga bekas pemain Selangor, Zainal Abidin Hassan dan juga jurulatih Pahang, Dollah Saleh juga kelihatan berada di Stadium untuk menonton permainan ini.

Tan Sri Annuar Musa sungguh disanjungi oleh penyokong-penyokong Kelantan apabila membuatkan Kelantan memenangi piala Malaysia tahun ini. Sehinggakan tidak ingin beliau berundur dari jawatannya sekarang.

Penyokong-penyokong Kelantan kebanyakkan datang bersalaman dengan beliau dan memberikan sokongan terhadap beliau selain meminta mengekalkan kerusinya di KAFA. Benda yang aku terkejut sekali Tan Sri Annuar Musa memakai Porsche Panamera dengan nombor pendaftaran TAM111.

( Kereta bernombor KJ 100 aku ada lihat keretanya namun orangnya aku tak nampak )

Setakat ini sahajalah berita yang aku ingin sampaikan kepada pembaca. Lagi satu aku amat berharap supaya FAM membuat penyiasatan terhadap kekurangan tempat duduk supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, December 23, 2010

Pengendali akaun Sultan Yang Setan sudah ditangkap


Pengendali akaun Sultan Yang Setan ( SYS ) telah ditangkap oleh Polis diRaja Malaysia pada 29 November lalu 27 hari selepas aku menyiarkan artikel bertajuk " Kewujudan Akaun 'Sultan Yang Setan' di Facebook ".

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata lelaki tersebut berumur 40 tahun diberkas di ibu negara pada 29 November. Lelaki itu mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

Aku ingin mengucapkan tahniah kepada pengendali akaun SYS atas kebodohannya yang memikirkan bahawa dia pandai. Ini kerana dengan tindakannya yang menggunakan line orang lain dapat mengelak dia dikesan pihak berkuasa.

Malangnya anggapannya tenyata salah apabila polis dapat mengenalpasti identiti lelaki 40 tahun ini. Ini berikutan kata-kata polis yang berbunyi '' ...berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menggunakan capaian internet di rumah ''.

Aku begitu kesian terhadap pengendali SYS ini ataupun lebih baik dia panggil diri dia 'Saya Yang Setan' yang amat bodoh ketika memikirkan sesuatu perkara. SYS ini ingat dirinya tidak dapat dicari jika menggunakan internet orang lain.

SYS ini fikir diri dia itu cukup pandai apabila menggunakan wireless rumah orang. Tetapi ternyata polis lebih pandai dari disangkakan SYS ini yang berfikiran '' Aku guna orang punya internet... Kalau Polis dapat tangkap pun yang kena tangkap tuan internet tu bukan aku ".

Tetapi aku yakin yang polis lebih cekap apabila mengetahui tuan internet itu bukan SYS sebenar. Jadi aku rasa polis ke rumah sebelah ( mungkin tempat SYS ditangkap adalah di kawasan perumahan ) untuk mencari SYS yang bodoh ini.

Lagi satu terbukti yang SYS ini adalah seorang pencuri apabila menggunakan wireless orang lain tanpa keizinan. Walaupun tindakan kelihatan bijak namun sebenarnya SYS ini bodoh yang amat. Aku rasa SYS ini buka internet tiap-tiap hari di tempat yang sama saja dengan menggunakan wireless orang.

Namun apakan daya kalau bodoh tetap bodoh jugak... Kalau SYS ini buka setiap kali di tempat lain confirm yang polis tak dapat kesan tapi dia buka di tempat yang sama tiap-tiap hari walaupun menggunakan internet orang lain.

Aku pernah tulis artikel pasal tentang SYS lepas itu si SYS ini link post aku ke akaunnya. Pakat-pakat dok hantar komen mengutuk aku ja dengan puak-puaknya. Macam-macam SYS ni kata dekat aku tapi aku relax ja.

Aku benar-benar terkena dengan SYS ini yang tulis artikel bagai berada diluar negara. Tapi sebenarnya duduk dekat KL juga tapi guna line orang, patut berani sebab mencuri tapi akhirnya tumpas jugak.

Memang aku nak kata PADAN MUKA dengan SYS ini yang umurnya sudah 40 tahun tapi berfikiran bodoh dan langsung tak alert kepada apa yang aku tulis. Aku dah bagi hint dah yang SYS ini akan kena tangkap tapi apahal la bangang sangat si SYS ini tapi ambil berat.

Aku tulis '' Kalau malas nak buat laporan polis silakan sebar-sebarkan supaya ada hero-hero yang 'PERKASA' akan membuat laporan polis. Oii... Tak nampak ka apa aku tulis... terang-terang tulis tapi berlagak pandai akhirnya padan muka tidur atas lantai sejuk.

Aku nak mintak kepada SB-SB yang dok jaga Sang Setan tu supaya tunjuk artikel ini dekat Sang Setan tu. Kalau dak pon kirim salam ja kata dekat Sang Setan tu '' Oii...Pendekar Bentan...Tak Cukup Jantan kaa...Sampai curi line orang... ".

Pendekar Bentan konon...Pembunuh Sultan Mahmud padahal nak main internet pun guna line orang.. Gambar Profil pun dok letak gambar orang lain ada hati kata keturunan Pendekar Bentan... Nie bukan Pendekar Bentan... Nie PENDEKAR PONDAN!!!

Aku baca Berita Harian kata pengendali SYS ini adalah salah seorang ahli parti politik Islam. Faham-faham la apa parti politik Islam dekat Malaysia... Ahlinya sanggup hina sultan... Memang tak payah mengaku Melayu la...

Sunday, December 19, 2010

Wikileaks : Dipuji atau Dicaci

Wikileaks yang ditubuhkan pada tahun pada 4 Oktober 2006 telah diasaskan oleh Julian Assange yang kini dibicarakan diatas kes rogol di London. Persoalannya kini adakah pendedahan yang dibuat Julian Assange ini patut dipuji atau disanggah.

Umum mengetahui bahawa Wikileaks telah mendedahkan beratus ribu dokumen perang mereka di Afghanistan. Kini mereka telah mendedahkan pula dokumen sulit dari seluruh kedutaan Amerika di dunia.

Pendedahan yang dibuat Wikileaks telah mengejutkan ramai pihak terutamanya Amerika Syarikat apabila dokumen yang disimpan rapi dapat diakses oleh hanya seorang askar Amerika Bradley Manning yang hanya mempunyai pangkat Private Kelas Pertama.

Persoalan samaada dokumen yang didedahkan Wikileaks benar atau sebaliknya sudah dijawab oleh Amerika dengan kata Hillary Clinton yang menyatakan Wikileaks adalah seorang penceroboh. Tindakan mahkamah London terhadap Julian Assange sekali lagi menjadi bukti yang mereka ingin menutup mulut Assange.

Antara dokumen yang didedahkan oleh Wikileaks adalah pelulusan dana perang ke Afghanistan berjumlah Rm 118.4 billion. Selain itu, Wikileaks juga memaparkan dokumen perang di Iraq dimana mereka telah membunuh lebih 200 orang awam ketika membuat sekatan disana.

Matlamat mereka untuk menutup kem tahanan perang di Iraq juga adalah satu penipuan dimana Wikileaks menyatakan bahawa selepas menjajah Iraq, terdapat banyak kes seksaan dan deraan dilakukan tentera Iraq namun tidak diendahkan AS.

Wikileaks juga melaporkan bahawa angka orang awam yang mati di Iraq ditangan mereka jauh lebih tinggi daripada dinyatakan di media. Mereka menyatakan bahawa lebih 100,000 orang awam terbunuh di Iraq sejak Mac 2003.

Raja Abdullah dari Arab Saudi didedahkan telah meminta AS supaya mengebom Iran untuk menghentikan program nuklear Iran. Selain berkata " Potong sahaja kepala ular itu " merujuk kepada Ahmadinejad.

Diplomat-diplomat Singapura pula menyatakan bahawa Malaysia mempunyai masalah kerana pemimpin di Malaysia kurang cekap. Mereka juga menggangap Najib seorang yang oportunis dan akan mengambil kesempatan untuk mengkritik Singapura.

Mereka juga menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra adalah seorang pemimpin yang korup bersama pemimpin yang lain termasuk dari Pembangkang. Putera Mahkota Thai juga dianggap sebagai tidak matang dan senang dipengaruhi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak terlepas dari terkena tempias apabila perisik Singapura memberitahu perisik Australia yang Anwar Ibrahim benar-benar terlibat dalam kes liwatnya.

Reaksi dari segala pendedahan yang dibuat itu amat banyak dan ada mengambilnya dengan sikap positif ada yang mengkritiknya. Presiden Venezuela Hugo Chavez, menyatakan bahawa Hillary Clinton supaya letak jawatan dan perlu bertanggungjawab terhadap pendedahan tersebut. Selain itu beliau memuji Wikileaks terhadap keberaniannya.

Terdapat berbagai reaksi positif terhadap tindakan Wikileaks dari Presiden Brazil, Luiz Lula da Silva. Selain Ecuador ingin menjemput Assange kenegaranya selain diberi perlindungan. Dmitry Medvedev, Presiden Rusia pula menyokong usaha Assange selain mengutuk AS dengan berkata " Tiada Kebebasan Bersuara di Barat ".

AS pula lebih cenderung mengutuk tindakan Assange yang dikatakan telah mengucar-kacirkan dunia dengan pendedahan tersebut selain diikuti kritikan oleh negara-negara sekutu Amerika Syarikat.

Persoalannya adakah Wikileaks ini membawa kebaikan terhadap dunia ataupun mendatangkan keburukant terhadap masyarakat dunia. Dengan beranggapan bahawa dunia lebih baik tanpa rahsia adalah salah.

Ini kerana tindakan sedemikian telah menimbulkan ketegangan terhadap negara-negara serantau. Seperti pendedahan dimana Singapura mengutuk Malaysia dengan menyatakan Malaysia mempunyai pemimpin yang lemah.

Wikileaks pula bakal menyebabkan Amerika Syarikat berada dalam ancaman apabila dokumen sulit di Afghanistan didedahkan dimana puak Taliban akan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi untuk tujuan dalang pengintipan.

Pendedahan Wikileaks juga telah membuka mata rakyat China dimana parti Komunis China telah menggodam laman web google yang dikepalai oleh orang nombor lima.Ini bakal menjejaskan hubungan China.

Selepas ini Wikileaks berjanji akan mendedahkan pula dokumen-dokumen sulit tentang penyelewangan agensi-agensi bank di Amerika. Ini mungkin bakal menjejaskan stabiliti kewangan dunia.

Julian Assange selepas dibebaskan dengan ikat jamin yang tinggi telah menyelar syarikat-syarikat bank seperti paypal, visa dan sebagainya kerana menggantung aktiviti pendermaan duit dari masyarakat dunia.

Tatkala AS bergelut untuk menutup pembocoran maklumat oleh Wikileaks dengan menggunakan penggodam-penggodam yang menggangu pelayanan web Wikileaks terdapat kewujudan lima lagi sekutu Wikileaks iaitu Openleaks, Brussel Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.

Ini bakal lagi menganggu kestabilan dunia terutamanya kedudukan Amerika Syarikat yang terancam terhadap tindakan-tindakan jenayah yang disembunyikan oleh mereka sendiri. Perkara ini mungkin bakal menggangu hubungan dengan negara lain.

Membocorkan maklumat rahsia kepada umum bagi penulis adalah tidak bagus dan patut dielakkan. Ia mungkin bakal membawakan kehancuran terhadap sesebuah negara oleh kerana rahsia yang terdedah.

Contohnya penulis mendedahkan maklumat pertahanan negara kepada umum. Ia mungkin bakal membuatkan rakyat berasa megah namun jika difikirkan balik kita memberitahu kelemahan kita.

Namun bukan semua rahsia begitu seperti dikatakan oleh Wikileaks. Sesetengah rahsia yang menunjukkan kesalahan ataupun jenayah memang patut didedahkan supaya pihak yang terlibat dapat menerima balasan.

Malaysia bukan sumber maklumat Wikileaks apabila langsung tiada pendedahan dibuat mengenai hubungan Malaysia-Amerika Syarikat. Cuma Singapura sahaja yang mempunyai hubungan sehingga dapat didedahkan Wikileaks.

Negara harus bernasib baik kerana Wikileaks hanya mendedahkan dokumen-dokumen sulit yang berkaitan dengan Amerika dari kabel-kabel Amerika sahaja. Jadi negara tidak berada dalam keadaan bahaya kerana Malaysia bukan sasaran Wikileaks.

Tetapi Malaysia harus berhati-hati terhadap kesemua dokumen sulit kerajaan supaya disimpan di tempat yang selamat. Dokumen milik AS yang dikawal rapi pun dapat ditembusi Wikileaks apatahlagi Malaysia.Ini menunjukkan bahawa kawalan keselamatan di Malaysia lebih baik dari AS.

Pandangan anda mungkin lain-lain. Ada yang memuji Wikileaks kerana mendedahkan kebenaran ada juga yang mencaci Wikileaks kerana kerana mendedahkan kesalahan. Ia terpulang kepada anda sendiri.

Friday, December 10, 2010

Pengalaman Meneroka Selatan Thailand

Maaf kerana blog ini tidak berupdate lebih dari sebulan .Sebabnya satu adalah tak ada bahan cerita yang menarik dan satu lagi sebab adalah kerana penulis pergi bercuti. Jadi tulisan penulis kali ini berkisar tentang pengalaman cuti penulis di Selatan Thailand.

Penulis bertuah kerana dapat pergi menaiki kereta jadi penulis dapat melihat keadaan di Selatan Thailand. Penulis bergerak dari pintu sempadan Wang Kelian, Perlis untuk masuk ke Siam. Dari sana penulis dapat melihat rumah-rumah mereka.

Kebanyakkan rumah yang penulis lihat semuanya rumah batu. Seingat penulis disana penulis tidak melihat sebarang rumah papan.Melihat kepada ekonomi penduduk Selatan Thailand rasanya hidup mereka tidak ubah seperti hidup rakyat kita.

Setiap rumah yang penulis lihat mesti ada sebuah pikap. Kenderaan yang penduduk sana pakai hampir 90% pikap. Penulis tidak tahu mengapa mereka menggunakan pikap untuk bergerak. Jika hendak dikatakan bentuk muka bumi mereka berbukit bukau, rasanya semuanya ok sahaja.

Nak Kata mereka kerja angkut buah durian dari dusun takkan sampai kesemua penduduk kutip buah durian. Mungkin itulah kenderaan untuk bekerja, beriadah dan sebagainya. Kalau adapun kereta kebanyakkan Honda Civic.

* Tapi tidak diubahsuai dengan bodykit Mugen ataupun diconvert Type R

Keadaan jalan raya yang penulis lalui boleh dikatakan baik kerana jalannya pun bertar selain ada line tengah dijalan. Jalan raya disana tidaklah berliku-liku jadi tidak memeningkan pengguna lebuh raya.

Cuma jalan disana begitu mengikuti bentuk muka bumi setempat. Ia tidak rata seperti jalan di negeri kita, jalan disana agak beralun. Lagi satu yang nak komen tentang ketiadaan lampu jalan disana. Kalau adapun lampu jalan itu warna putih seperti lampu rumah bukannya lampu jalan yang bewarna jingga seperti dinegara kita.

Penduduk-penduduk di Selatan Thailand majoritinya beragama Islam. Menurut salah seorang peniaga disana, lebih 60% penduduk di Selatan Thailand beragama Islam. Jadi tiada masalah untuk mencari kedai makan di Selatan Thailand.

Cuma masalah komunikasi menjadi masalah utama untuk memesan makanan. Disebabkan masalah itu penulis terpaksa minum air kosong yang disediakan dengan menggunakan cawan besi seperti tentera untuk minum.

Pesan dua Tom Yam tiga telur dadar tetapi diberi telur mata kerbau yang kurang masak dan juga 10 nasi kosong bayaran 500 baht. Kira Rm50lah hanya pesan itu sahaja. Air penulis dan rakan penulis minum air kosong sahaja.

** Memang kena katok dengan Siam

Kalau sudah masuk waktu solat di Selatan Thailand tiada masalah untuk bersolat. Ini kerana mengikut pemerhatian penulis hampir setiap 2-3 kilometer sudah semestinya ada sebuah masjid.

Masjid taklah uzur mana setakat ada kubah kira oklah. Namun pada waktu balik, penulis sempat singgah di sebuah masjid disana dan sempat menunaikan solat Asar dimasjid tersebut.



Ketika mengambil air wuduk keadaan air boleh dikatakan jernih dan selepas penulis mengambil wuduk disana penulis masuk ke dalam masjid. Penulis hanya melihat sekumpulan 4-5 orang sedang mendengar ceramah mungkin dari seorang tok guru.

Dalam masjid, penulis melihat lantai disana kosong sahaja.Cuma lantai dan hanya beberapa sejadah sahaja berada disatu longgokkan dimana penulis mengambil sejadah itu untuk bersembahyang.

Di dalam masjid tersebut hanya ada tirai dimana untuk memisahkan kaum perempuan bersembahyang. Penulis memikirkan bagaimana keadaan masjid-masjid yang penulis lihat sepanjang perjalanan. Adakah lebih teruk atau sebaliknya.

Patutlah rakyat Selatan Thai tidak suka akan pemerintahan kerajaan Siam sekarang ini. Ini kerana mereka mungkin membina masjid. Tetapi kemudahan di dalam masjid pakat-pakat beli sendiri rasanya.

Tetapi di Krabi, penulis lihat sebuah masjid yang seingat penulis ia masjid daerah Krabi. Masjid disitu dua tingkat dan lihat memang agak terjaga. Cuma sebelah sana sahaja yang mungkin tiada kemudahan.

Setahu penulis, masjid-masjid di Malaysia semua pasti penuh dengan sejadah hingga tak tahu lantai masjid warna apa. Selain itu kipas bahkan air-cond pun ada dimasjid kita. Alangkah bertuahnya kita hidup di Malaysia.

Penulis tidak beritahu lagi sebenarnya mana destinasi yang penulis tujui. Penulis sebenarnya menuju ke Phuket untuk bercuti. Tetapi naik kereta sebab ramai saudara-mara nak ikut. Lebih murah bukan selain dapat melihat cara hidup orang Siam.

Dalam perjalanan disana penulis merasakan bahawa pemandu-pemandu kita yang membawa kereta supaya berhati-hati. Ini kerana dalam perjalanan disana, pemandu lihat sebuah trak membawa kereta telah mengalami perkara yang jarang berlaku. Iaitu kereta diatas trak tergolek ke jalan.

Masa perjalanan balik pula penulis lihat trelar terbalik jadi bagi penulis ini menunjukkan sikap kerakusan pemandu-pemandu Siam membawa kereta. Rasanya pemandu di Malaysia lebih berwibawa.

Perkara yang penulis perasan ketika disana adalah hampir kesemua rumah disana menggunakan parabola sebagai alat menonton TV. Mereka tidak menggunakan belanga seperti di negara kita tetapi penulis ada melihat rumah yang memakai belanga ataupun dalam bahasa betulnya penulis pun tak tahu.

*** Di Malaysia tidak dibenarkan pakai parabola. Kalau tidak Astro tak boleh cari makan

Bekalan air bersih disana boleh dikatakan baik namun agak keruh dan bewarna kuning sedikit. Tidaklah teruk mana tapi baik dari sikit dari air di sebuah negeri di negara kita.

Belum sampai ke Phuket penulis singgah ke Phangga. Dari sana penulis ke sebuah pulau yang dinamakan pulau James Bond memandangkan filem The Man With the Golden Gun pernah difilemkan disini.

Sebenarnya pulau ini tiada apa pun cuma ada sebuah batu yang dinamakan Ko Tapu dimana sebuah batu tiba-tiba berada ditengah-tengah laut. Tinggi batu ini kira-kira 20 meter dan lebarnya mengikut wiki 4 meter.

Disana terdapat sebuah perkampungan orang Islam dimana keseluruhan penduduk diperkampungan itu adalah Muslim. Penulis melihat ia sebagai sebuah penempatan atas air ditengah-tengah laut Andaman.

Penulis ke pulau terbabit menggunakan bot yang disediakan disana. Pada mulanya, pemilik bot terbabit menawarkan 7000 baht untuk satu perjalanan.Tetapi selepas tawar menawar dapat hanya 3500 baht.

Itu untuk satu kapal dimana saudara-mara penulis semuanya ada 10 orang. Jadi sila pastikan supaya sesiapa yang hendak kesana dapat harga terendah untuk seorang penumpang.

Sebelum itu penulis sebenarnya di Krabi semalam, ini kerana keletihan akibat membawa kereta walaupun penulis sebenarnya tak bawa pun kereta dari sempadan hingga ke Krabi lebih 300 km. Disana hotel tidaklah sehebat mana tetapi cukup sekadar bermalam.

Selepas melihat keindahan-keindahan alam semula jadi di Krabi, penulis meneruskan perjalanan ke Phuket pula yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ini kali kedua penulis menjejakkan kaki di Phuket selepas pada beberapa tahun lepas penulis pernah datang kesini bersama konvoi kereta antik bersama Allahyarham Tan Sri Basir Ismail, pengasas Nationwide Express.

Penulis tak ada aktiviti disana jadi penulis hanya bersiar-siar seorang diri Patong Beach. Disana penulis melihat sebuah komplek membeli belah yang agak besar. Penulis yang tidak membawa kamera tidak dapat merakamkan gambar disana.

Selepas itu penulis berjalan pula di sebuah lorong yang dinamakan Bang-la Road. Disana penulis berjalan berseorangan juga kerana malas untuk menunggu bapa penulis yang berjalan lambat dan kadang-kadang ambil masa tengok barang.

Ketika puas berjalan dalam perjalanan hendak balik ke hotel penulis Hard Rock Cafe, Phuket. Tetapi ketika meneruskan perjalanan untuk pulang ke hotel penulis sekali lagi terserempak dengan Hard Rock. Ehh...Bukan Hard Rock tapi Rock Hard.

Ketika malam, penulis sebelum tidur keluar sekali lagi ke depan dari hotel tempat penulis menginap. Disana penulis kagum melihat sekumpulan pemandu Tuk-Tuk bermain sepak takraw.

Ini benda yang agak aneh di tengah bandar yang maju masih ada orang bermain sepak takraw. Penulis melihat kesemuanya boleh main mungkin memang budaya mereka mengisi masa lapang dengan bermain sepak takraw.

**** Tidak kisahlah Malaysia kalah Takraw di China ketika menentang Thailand

Harga minyak di Thailand memanglah amat-amat mahal. Harga untuk seliter Petrol RON 95 berharga 36.31 baht lebih kurang Rm3.60 . RON 91 juga mahal iaitu 31.82 baht kira-kira Rm3.10 .

Beruntung kita hidup di Malaysia sebab harga minyak di Malaysia bagi RON 95 hanya Rm.190 sahaja. Manakala harga RON 97 di negara kita hanya Rm2.30 bagi seliter petrol. Ini menunjukkan harga petrol dinegara kita lebih baik.

Baik kerr... Sepanjang lebih 500 km bergerak dari sempadan Malaysia hingga ke Phuket. Malahan balik dari Phuket haram satu tol pun penulis tak nampak. Sebenarnya harga minyak mereka mahal memang kena sebab mereka tidak ada tol. Kita dari Perlis hingga KL 500 km kena bayar tak salah Rm50 juga untuk tol.

Balik pula masa berada di Krabi, aku sempat bersiar-siar di tepi pantai di Krabi. Kelihatan ramai tourist yang hampir kesemuanya dari Eropah berada disitu. Penulis ketika masuk kesebuah kedai terlihat pistol berada diatas meja.

Orang Perlis, Kedah kalau nampak pistol dekat Siam tak perlu takut sebab sudah tahu itu pistol tipu ataupun orang Utara panggil pistol itu pistol tembak cicak. Penulis pun tak tahu sebab apa mungkin dulu mereka guna untuk tembak cicak rasanya.

Malahan Brass Knuckle penulis tak berapa pasti dalam Bahasa Malaysia orang panggil apa pun ada dijual disebuah kedai disana. Bukan setakat itu sahaja malahan pisau lipat dengan bentuk yang unik pun dijual. Kalau nak pukul orang disana penuh dengan barangan yang sesuai.


Benda yang menjadi kebanggaan penulis, tak bangga pun sebenarnya adalah ramai penyokong Everton disana. Penulis yang meminati pasukan Everton sungguh teruja apabila melihat hampir keseluruhan pub dan kedai disana melihat perlawanan Everton ketika itu.

Ketika tertanya-tanya mengapa ramai peminat
Everton disana penulis tersedar ketika di pub ada sebuah pub tertulis Chang Pub . Chang Beer adalah penaja pasukan Everton dan Chang Beer juga berasal dari Thailand jadi secara tak langsung ia seperti kita berbangga dengan Mercedes GP Petronas di F1.

Setakat ini sahaja penulis dapat gambarkan pengalaman penulis berkunjung ke Phuket menggunakan kereta. Memang tidak dinafikan lagi yang Phuket sememangnya pulau yang amat indah.