Monday, October 18, 2010

Perang Iraq-Kuwait - Mengapa Saddam langgar Kuwait ?


Pada 2 Ogos 1990, jam 2 pagi di Iraq, Askar Republik Iraq telah menyerang Kuwait menggunakan empat divisyen tentera mereka sambil disokong oleh berbagai helikopter milik Iraq seperti Mil Mi-24, Mil Mi-8, Mil Mi-17 dan Bell 142. Dua skuadron jet pejuang milik Iraq juga dihantar untuk menyerang Kuwait.

Serangan ini dilancarkan oleh presiden Iraq ketika itu era pemerintahan Saddam Hussein.Ini kerana sebelum itu, Iraq telah meminjam sejumlah US$ 80 billion ( Rm 250 billion ) dari Kuwait untuk menampung kos perbelanjaan perang.

Perang ini menyebabkan Iran kehilangan lebih kurang 1 juta askar dan dianggarkan 300,000 askar Iraq telah mati ketika perang dari tahun 1980 - 1988 itu.

Perang ini juga telah menyebabkan kedua-dua negara telah mengalami kerugian yang amat teruk.Iran dan Iraq dikatakan telah mengalami kerugian lebih US$ 500 billion dan disebabkan itulah Iraq meminjam wang dari Kuwait.

Selain itu, Iraq telah menuduh Kuwait telah mencuri minyak dari kawasan mereka sebanyak US$2,4 billion ( Rm 6,48 billion ). Kuwait pula menuduh Iraq menggali telaga minyak di wilayah Kuwait.

Dalam pertikaian itu, negara-negara arab yang lain didalam OPEC telah ingin menyelesaikan kemelut ini.Sehari sebelum serangan pula di Jeddah, Arab Saudi, kedua-dua negara mengadakan pertemuan tetapi persidangan tersebut berakhir dalam tempoh masa dua jam sahaja.

Ia berakhir oleh kerana Kuwait enggan menyerahkan wilayahnya yang dikehendakinya.OPEC juga telah cuba menyelamatkan situasi tersebut melalui rundingan namun ia gagal yang diselesaikan.


Jadi pada keesokan paginya, Saddam Hussein telah mengerahkan tenteranya untuk menyerang Kuwait.Pada ketika itu, Iraq mempunyai lebih 1 juta orang askar manakala Kuwait mempunyai 20,000 orang askar sahaja.

Iraq juga mempunyai 5,500 buah kereta kapal tatkala Kuwait hanya mempunyai 275 buah kereta kebal. Iraq juga memiliki sejumlah 513 jet pejuang sementara itu Kuwait 36 buah jet pejuang sahaja.

Setelah Saddam berjaya menumbangkan tentera Kuwait, Saddam telah menubuhkan "Kerajaan Sementara Kuwait Merdeka " yang disokong oleh golongan revolusi Kuwait dan juga pegawai kanan tentera Kuwait.

Dalam masa yang sama, banyak negara yang tidak mengiktiraf kerajaan Kuwait dibawah pentadbiran Saddam ini.Termasuklah Malaysia.Negara-negara barat juga tidak mengiktiraf disamping mengutuk serangan tersebut bahkan sekutu rapat Iraq, Perancis juga mengutuk serangan terbabit.

Pada 10 September pada tahun yang sama, dunia Islam telah mengadakan persidangan di Makkah bagi menyelesaikan masalah ini. Persidangan ini telah bersepakat menyatakan bahawa Iraq bersalah dan meminta supaya berundur dari Kuwait.

Sebenarnya salah satu sebab mengapa presiden Iraq, Saddam Hussein menyerang Kuwait adalah kerana Saddam sudah tidak mahu berkawan lagi dengan Amerika Syarikat.

Jika dilihat pada suatu ketika dahulu, hubungan diplomatik diantara Amerika Syarikat-Iraq memang baik.Hinggakan dalam perang Iran-Iraq pun salah seorang negara yang membantu Iraq adalah Amerika Syarikat.


Selain itu, juga dalam masa pemerintahan Saddam Hussein, Amerika Syarikat juga banyak menjual senjata perang kepada Iraq. Namun Iraq lebih cenderung membeli peralatan dari Perancis.

Harus juga diingatkan bahawa Perancis dan Amerika Syarikat adalah rakan baik. Malahan hubungan telah berlaku lebih 300 tahun yang lalu pada zaman revolusi Perancis lagi.

Pada pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 telah mendapat tentangan keras dari Perancis yang boleh dikatakan mempunyai hubungan dua hala yang amat rapat dengan Iraq.

Iraq juga pernah membeli senjata kimia dan juga senjata biologi dari Amerika Syarikat. Berbagai senjata dijual kepada kerajaan yang dipimpin oleh Saddam Hussein untuk memenuhi permintaan Saddam.

Antara sebab-sebab lain Saddam Hussein menyerang Kuwait adalah Saddam hendak menaikkan harga minyak yang akan mengkucar-kacirkan dunia. Saddam telah menyuruh negara OPEC mengurangkan pengeluaran minyak.


Antara negara pengeluar minyak terbesar ketika itu adalah Kuwait jadi dengan menyuruh Kuwait mengurangkan pengeluaran minyak.Secara tidak langsung pasaran harga minyak akan naik.

Seminggu sebelum serangan Iraq terhadap Kuwait, OPEC telah menyatakan bahawa Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu ( UAE ) telah berjanji akan mengehadkan pengeluaran minyak mereka sekurang-kurangnya 1.5 juta tong.

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan Saddam Hussein yang berniat mengenakan Amerika Syarikat dengan menaikkan harga minyak.Namun Kuwait berdegil dan tidak mengikut arahan Saddam menyebabkan Iraq menyerang Kuwait.

Hubungan diantara Iraq dan Kuwait baik sekali, jika tidak mengapa ketika perang menentang Iran.Bahkan mengapa dalam banyak-banyak negara mengapa Kuwait yang Iraq yakini bakal membantu Iraq menaikkan harga minyak.

Namun Kuwait mungkin telah mengkhianati Iraq kerana mereka enggan mengurangkan pengeluaran minyak.Jadi cara Saddam Hussein mengenakan Amerika Syarikat dengan menyerang Kuwait.

1 comment:

Dipersilakan Komen