Saturday, October 9, 2010

Lawatan ke Rumah Amal Limpahan Kasih

Petang tadi, aku baru sahaja balik dari lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke Rumah Amal Limpahan Kasih.Pada mulanya aku fikir rumah Amal ini adalah rumah warga emas namun ketika sampai di sekolah kawan aku memberitahu bahawa rumah ini menempatkan anak yatim.

Jam 8.00 pagi sepatutnya kesemua peserta yang mengikuti lawatan ini sudah perlu berhimpun disekolah, namun aku 7.50 pagi baru bangun oleh kerana panggilan rakan aku yang ingin tahu bahawa aku sudah bangun atau belum.

Tetapi oleh kerana kelewatan aku, bas yang sepatutnya bergerak jam 8.00 pagi tidak bergerak dan ramai peserta yang sudah menghantar borang tidak hadir menyebabkan guru yang bertugas telah melewatkan waktu bas bertolak oleh kerana menunggu mana-mana peserta yang lewat.

Namun dari 55 orang yang menghantar borang menyertai lawatan ini, hanya 44 orang sahaja yang sampai.Sebanyak 12 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan menyertai rombongan ke rumah Amal Limpahan Kasih ini.

Bas yang aku naiki bertolak agak lewat iaitu hampir pukul 9 dan sampai lebih kurang pukul 10 pagi.Rumah Amal Limpahan Kasih ini terletak di Kampung Sri Aman,Puchong, Selangor.

Kami telah disambut oleh seorang wakil dari Rumah Amal Limpahan Kasih ( RALK ) ini bernama Encik Zawawi Ramli.Beliau telah menerangkan beberapa perkara tentang rumah yang diuruskannya ini.

Katanya rumah ini beroperasi pada tahun 2007 dan pada tahun 2010 rumah RALK ini telah mempunyai lebih 70 orang anak yatim.Kebanyakkan mereka ( anak yatim ) ini berasal dari sekitar kawasan ini tetapi yang paling jauh katanya dari Kuala Kangsar,Perak.

Terdapat asrama untuk mereka semua ini dan mereka diasingkan mengikut usia.Asrama lelaki juga tidak berada di Sri Aman hanya asrama perempuan sahaja berada disini.Mereka semua ini terdiri dari usia 8 bulan hingga 16 tahun.

Tentang Sumber Kewangan RALK pula, dana mereka diperolehi dari 4 aspek iaitu penjualan kain-kain baju, penjualan pokok bunga dan juga cafe.Mereka juga mendapat penajaan dari syarikat yang menawarkan diri memberi wang.

Katanya lagi pada bulan puasa dan Aidilfitri ini RALK ini amat mendapat perhatian.

Disana sebanyak 44 orang peserta yang mengikuti lawatan ini diberikan tugas.Kesemua kami ( lelaki ) telah ditugaskan untuk menyusun balik baju distor yang berterabur.Ini kerana selepas ini baju ini akan diambil dan diletakkan ditempat lain.



Banyak baju-baju yang elok seperti Calvin Klein dan seluar Levi's berada disitu.

Sementara 32 pelajar perempuan yang mengikuti dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana satu kumpulan membersihkan nurseri bunga.Kumpulan yang lagi satu tidak salah aku menyusun perpustakaan manakala sebuah lagi kumpulan aku tak tahu tugasannya.

Selepas kerja kami telah selesai, kami berehat di khemah berhampiran kantin dimana kami dijamu dengan air sirap.Boleh tahan juga sirap disitu.Walaubagaimanapun kami tidak dihidangkan dengan makanan.





Pelajar perempuan yang menyertai berpeluang melihat asrama perempuan ini kerana asrama perempuan berada disitu juga manakala pelajar lelaki hanya lepak minum air berhampiran di kantin RALK ini.

Lebih kurang jam 11.30 cikgu dari sekolah aku telah menyumbangkan wang tunai kepada RALK ini.Sebelum balik jam 12.00 tengah hari kami sempat bergambar bersama penghuni RALK tersebut.





*** Cikgu aku berfikiran menyatakan bahawa kesemua 55 orang pelajar yang menghantar borang menyertainya namun hanya 44 orang yang hadir.Ini menyebabkan cikgu kami telah rugi sebuah bas.

Sebuah bas boleh membawa 40 orang dan peserta yang mengikuti 44 orang.Jadi lebih baik sewa sebuah bas sahaja namun disebabkan cikgu kami telah menyewa dua buah bas, bas kami yang dinaiki 12 orang pelajar lelaki kosong cuma dipenuhkan oleh guru yang mengikuti lawatan ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen