Thursday, October 14, 2010

Ini baru Italian Job

Pada hari Rabu 23 September 2009, sebuah rompakan terbesar dalam sejarah dunia telah berlaku di Stockholm, Sweden.Jumlah kecurian yang berlaku bernilai lebih 1 billion kronor ataupun US$150,000,00 atau jika ditukar ke matawang ringgit lebih kurang Rm 465 juta.

Kejadian didalangi oleh sekumpulan perompak bersenjatakan raifal automatik dan bahan letupan.Mereka menggunakan teknik filem Hollywood sebagai modus operandi melakukan rompakan.Rompakan berlaku disebuah bangunan dimana menyimpan wang untuk dibekalkan kepada semua mesin ATM diseluruh Stockholm.

Cara mereka memasuki bangunan yang menyimpan berjuta-juta wang itu adalah dengan menggunakan helikopter dimana pencuri telah turun menggunakan tali dimana pencuri telah mendarat di tingkat atas bangunan terbabit.

Pencuri menggunakan sedikit bahan letupan bagi meletupkan bumbung bangunan terbabit.Ini memudahkan pencuri terbabit menyelinap kedalam bangunan.Bom juga dikatakan digunakan untuk memecah masuk kedalam tempat menyimpan wang.

Mereka mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mencuri wang-wang yang bernilai lebih 1 billion kronor dimana pencuri meloloskan diri juga dengan cara yang sama memasuki banguna terbabit.

Pihak berkuasa Sweden menyatakan bahawa juruterbang yang mengendalikan helikopter terbabit begitu pakar dalam menerbangkan helikopter.Ini kerana helikopter terbabit menerbangkan helikotper itu begitu rendah dalam keadaan gelap gelita.

Tindakan juruterbang terbabit juga telah menyebabkan radar pihak berkuasa Sweden tidak dapat mengesan helikopter terbabit.Polis pula tidak menggunakan sebarang bahan yang memancarkan cahaya ini kerana mereka ingin berada dalam posisi halimunan.

Ini menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui kedudukan helikopter dan mata kasar juga tidak dapat melihat helikopter terbabit dalam keadaan yang gelap gelita.Pihak berkuasa menyatakan tindakan menerbangkan helikopter begitu rendah adalah keupayaan juruterbang yang benar-benar profesional.

Helikopter yang digunakan oleh kumpulan yang merompak bangunan terbabit juga dicuri pada malam yang sama.Ini mengakibatkan pihak polis tidak menyedari helikopter itu telah dicuri.

Dalam masa yang sama, pihak polis ingin mencari alternatif bagi mengejar helikopter yang digunakan pencuri.Mereka ingin menggunakan helikopter bagi mengekori helikopter pencuri namun sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Bom telah digunakan dan diletakkan di merata-rata tempat di lapangan terbang terbabit.Implikasinya pihak polis terpaksa mengambil masa yang lama untuk mematikan bom terbabit dan ini memaksa mereka meminta bantuan udara dari airbase yang jauhnya 400 km dari Stockholm.

Yang lawaknya, bom yang telah digunakan oleh pencuri bagi melengah-lengahkan tindakan polis adalah bom tipu.Sementara hendak tunggu helikopter polis sampai, sempat kot mereka mendarat dimana-mana tempat yang dirancang.

Kumpulan terbabit juga telah menabur banyak paku besi disekitar jalan raya di Stockholm bagi menyusahkan pihak polis mengejar mereka melalui jalan darat.

Helikopter yang digunakan oleh pencuri terbabit telah dijumpai disebuah kawasan di pinggir Stockholm tiga jam kemudian. Ini kerana seorang penduduk tempatan telah menghubungi polis bagi melaporkan tentang helikopter terbabit yang mendarat.

Polis amat bertuah kerana dapat mengenal pasti kedudukan helikopter terbabit ini kerana polis tidak dapat mencarinya kerana tidak dapat dikesan oleh radar bahkan dari darat pun tidak boleh.Ini mengambil masa yang lama bagi mengesan kedudukan helikopter terbabit.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes rompakan membabitkan ratusan jutaan ringgit ini.Walaubagaimanapun, pihak polis menyatakan bahawa manusia yang mendalangi rompakan ini adalah benar-benar profesional.

Mereka juga tidak mengetahui berapa orangkah yang terlibat dalam rompakan ini namun mereka mengakui yang perompak ini mungkin mendapat latihan khas dan juruterbang yang mengendalikan helikopter terbabit adalah benar-benar profesional kerana dapat terbang dengan rendah walaupun dalam keadaan gelap.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen