Friday, October 22, 2010

Sultan Ismail Petra kena Ambush




Aku baru sahaja selesai menonton video rakaman dimana ayahanda kepada Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra telah dicekup oleh polis dimana aku percayai cara manusia-manusia yang pegang senapang itu adalah anggota Unit Tindakan Khas ( UTK ).

Kelihatan pada mulanya kelihatan sebuah kereta 4X4 yang benar-benar kelihatan kukuh telah menyekat sebuah kereta waja polis yang sedang mengescort bekas Sultan Kelantan.Kenderaan UTK terbabit kelihatan tidak risau dilanggar kerana yakin mereka tidak akan dilanggar dan jika dilanggar pun semestinya kereta waja milik polis terbabit hancur.

Setelah menyekat kereta waja milik polis yang menescort sultan Kelantan terbabit, mereka secara tak langsungnya telah menyekat kereta Alphard yang dinaiki sultan Kelantan terbabit dan anggota UTK didalam kereta 4X4 terbabit sudah bersedia untuk keluar.

Tanpa kita sedari sebenarnya sudah ada kereta Honda menunggu dibelakang kereta waja polis.Kereta itu juga dinaiki oleh anggota UTK dimana telah menyerbu kereta Sultan Kelantan sejurus sahaja kenderaan yang dinaiki Sultan Ismail Petra berhenti.

Mereka yang memakai topeng muka seperti Algojo itu telah menahan dan membuka pintu kenderaan Sultan Kelantan dimana turut berada disebelah Sultan Kelantan adalah Permaisurinya Tengku Anis.

Kelihatan para anggota UTK telah menjerit dan berteriak meminta pemandu dan juga kelihatan seperti pembantu sultan sedang diarahkan keluar oleh anggota UTK.Namun dipercayai mereka tidak mahu keluar menyebabkan anggota UTK bertindak kasar dengan menarik pembantu sultan terbabit keluar.

Jika diperhatikan dengan teliti, pemandu Sultan Kelantan telah ditarik keluar awal lagi sebelum pembantunya.Ini boleh dilihat dimana anggota UTK sudah memasuki kereta Alphard yang dinaiki Sultan Ismail Petra.

Range Rover kalau tidak silap aku yang dinaiki oleh anak kepada Sultan Kelantan, Tengku Fakhry Petra juga berada ditempat kejadian.Aku merasakan tempat terbabit adalah berhampiran istana Kelantan.

Dari raut wajah Tengku Fakhry Petra dimana kelihatan baginda tidak benar-benar tidak berpuas hati akan tindakan UTK terbabit.

Selepas manusia yang aku percayai pembantu Sultan Ismail Petra terbabit keluar aku yakin bahawa ada seorang lagi anggota UTK memasuki Alphard terbabit.Selepas memasuki Alphard terbabit anggota UTK terus memandu kereta Alphard terbabit ke suatu destinasi tidak diketahui.

Sebelum itu, kereta Range Rover milik Tengku Fakhry Petra telah diminta mengalihkan kenderaan.Namun beberapa saat kemudian anggota UTK menyuruh mereka memberhentikan kenderaan dan keluar.

Aku rasa tindakan terbabit hanya untuk membenarkan kereta Alphard yang sudah diambil alih oleh UTK terus berjalan keluar dari tempat terbabit.

Sebab mereka aku tak tahu...Tapi aku pernah dengar yang ada ura-ura kata Sultan Ismail Petra hendak dibawa lari ke Siam.Kemungkinan anggota UTK terbabit merampas Alphard Sultan Ismail Petra untuk mengelakkan baginda dibawa lari ke Siam.

Diakhir-akhir video ini ada kelihatan geng-geng escort Sultan Ismail Petra mengeluarkan beg dari tempat meletak barang di dalam kereta Land Rover.Ini juga mengiyakan kemungkinan mereka akan berada di tempat yang jauh.

Tapi cerita sebenarnya aku pun tidak tahu jadi aku tak mahu buat spekulasi sendiri.Mana tahu entah kena tangkap masuk ISA.Walaubagaimanapun DAULAT TUANKU

Monday, October 18, 2010

Perang Iraq-Kuwait - Mengapa Saddam langgar Kuwait ?


Pada 2 Ogos 1990, jam 2 pagi di Iraq, Askar Republik Iraq telah menyerang Kuwait menggunakan empat divisyen tentera mereka sambil disokong oleh berbagai helikopter milik Iraq seperti Mil Mi-24, Mil Mi-8, Mil Mi-17 dan Bell 142. Dua skuadron jet pejuang milik Iraq juga dihantar untuk menyerang Kuwait.

Serangan ini dilancarkan oleh presiden Iraq ketika itu era pemerintahan Saddam Hussein.Ini kerana sebelum itu, Iraq telah meminjam sejumlah US$ 80 billion ( Rm 250 billion ) dari Kuwait untuk menampung kos perbelanjaan perang.

Perang ini menyebabkan Iran kehilangan lebih kurang 1 juta askar dan dianggarkan 300,000 askar Iraq telah mati ketika perang dari tahun 1980 - 1988 itu.

Perang ini juga telah menyebabkan kedua-dua negara telah mengalami kerugian yang amat teruk.Iran dan Iraq dikatakan telah mengalami kerugian lebih US$ 500 billion dan disebabkan itulah Iraq meminjam wang dari Kuwait.

Selain itu, Iraq telah menuduh Kuwait telah mencuri minyak dari kawasan mereka sebanyak US$2,4 billion ( Rm 6,48 billion ). Kuwait pula menuduh Iraq menggali telaga minyak di wilayah Kuwait.

Dalam pertikaian itu, negara-negara arab yang lain didalam OPEC telah ingin menyelesaikan kemelut ini.Sehari sebelum serangan pula di Jeddah, Arab Saudi, kedua-dua negara mengadakan pertemuan tetapi persidangan tersebut berakhir dalam tempoh masa dua jam sahaja.

Ia berakhir oleh kerana Kuwait enggan menyerahkan wilayahnya yang dikehendakinya.OPEC juga telah cuba menyelamatkan situasi tersebut melalui rundingan namun ia gagal yang diselesaikan.


Jadi pada keesokan paginya, Saddam Hussein telah mengerahkan tenteranya untuk menyerang Kuwait.Pada ketika itu, Iraq mempunyai lebih 1 juta orang askar manakala Kuwait mempunyai 20,000 orang askar sahaja.

Iraq juga mempunyai 5,500 buah kereta kapal tatkala Kuwait hanya mempunyai 275 buah kereta kebal. Iraq juga memiliki sejumlah 513 jet pejuang sementara itu Kuwait 36 buah jet pejuang sahaja.

Setelah Saddam berjaya menumbangkan tentera Kuwait, Saddam telah menubuhkan "Kerajaan Sementara Kuwait Merdeka " yang disokong oleh golongan revolusi Kuwait dan juga pegawai kanan tentera Kuwait.

Dalam masa yang sama, banyak negara yang tidak mengiktiraf kerajaan Kuwait dibawah pentadbiran Saddam ini.Termasuklah Malaysia.Negara-negara barat juga tidak mengiktiraf disamping mengutuk serangan tersebut bahkan sekutu rapat Iraq, Perancis juga mengutuk serangan terbabit.

Pada 10 September pada tahun yang sama, dunia Islam telah mengadakan persidangan di Makkah bagi menyelesaikan masalah ini. Persidangan ini telah bersepakat menyatakan bahawa Iraq bersalah dan meminta supaya berundur dari Kuwait.

Sebenarnya salah satu sebab mengapa presiden Iraq, Saddam Hussein menyerang Kuwait adalah kerana Saddam sudah tidak mahu berkawan lagi dengan Amerika Syarikat.

Jika dilihat pada suatu ketika dahulu, hubungan diplomatik diantara Amerika Syarikat-Iraq memang baik.Hinggakan dalam perang Iran-Iraq pun salah seorang negara yang membantu Iraq adalah Amerika Syarikat.


Selain itu, juga dalam masa pemerintahan Saddam Hussein, Amerika Syarikat juga banyak menjual senjata perang kepada Iraq. Namun Iraq lebih cenderung membeli peralatan dari Perancis.

Harus juga diingatkan bahawa Perancis dan Amerika Syarikat adalah rakan baik. Malahan hubungan telah berlaku lebih 300 tahun yang lalu pada zaman revolusi Perancis lagi.

Pada pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 telah mendapat tentangan keras dari Perancis yang boleh dikatakan mempunyai hubungan dua hala yang amat rapat dengan Iraq.

Iraq juga pernah membeli senjata kimia dan juga senjata biologi dari Amerika Syarikat. Berbagai senjata dijual kepada kerajaan yang dipimpin oleh Saddam Hussein untuk memenuhi permintaan Saddam.

Antara sebab-sebab lain Saddam Hussein menyerang Kuwait adalah Saddam hendak menaikkan harga minyak yang akan mengkucar-kacirkan dunia. Saddam telah menyuruh negara OPEC mengurangkan pengeluaran minyak.


Antara negara pengeluar minyak terbesar ketika itu adalah Kuwait jadi dengan menyuruh Kuwait mengurangkan pengeluaran minyak.Secara tidak langsung pasaran harga minyak akan naik.

Seminggu sebelum serangan Iraq terhadap Kuwait, OPEC telah menyatakan bahawa Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu ( UAE ) telah berjanji akan mengehadkan pengeluaran minyak mereka sekurang-kurangnya 1.5 juta tong.

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan Saddam Hussein yang berniat mengenakan Amerika Syarikat dengan menaikkan harga minyak.Namun Kuwait berdegil dan tidak mengikut arahan Saddam menyebabkan Iraq menyerang Kuwait.

Hubungan diantara Iraq dan Kuwait baik sekali, jika tidak mengapa ketika perang menentang Iran.Bahkan mengapa dalam banyak-banyak negara mengapa Kuwait yang Iraq yakini bakal membantu Iraq menaikkan harga minyak.

Namun Kuwait mungkin telah mengkhianati Iraq kerana mereka enggan mengurangkan pengeluaran minyak.Jadi cara Saddam Hussein mengenakan Amerika Syarikat dengan menyerang Kuwait.

Thursday, October 14, 2010

Ini baru Italian Job

Pada hari Rabu 23 September 2009, sebuah rompakan terbesar dalam sejarah dunia telah berlaku di Stockholm, Sweden.Jumlah kecurian yang berlaku bernilai lebih 1 billion kronor ataupun US$150,000,00 atau jika ditukar ke matawang ringgit lebih kurang Rm 465 juta.

Kejadian didalangi oleh sekumpulan perompak bersenjatakan raifal automatik dan bahan letupan.Mereka menggunakan teknik filem Hollywood sebagai modus operandi melakukan rompakan.Rompakan berlaku disebuah bangunan dimana menyimpan wang untuk dibekalkan kepada semua mesin ATM diseluruh Stockholm.

Cara mereka memasuki bangunan yang menyimpan berjuta-juta wang itu adalah dengan menggunakan helikopter dimana pencuri telah turun menggunakan tali dimana pencuri telah mendarat di tingkat atas bangunan terbabit.

Pencuri menggunakan sedikit bahan letupan bagi meletupkan bumbung bangunan terbabit.Ini memudahkan pencuri terbabit menyelinap kedalam bangunan.Bom juga dikatakan digunakan untuk memecah masuk kedalam tempat menyimpan wang.

Mereka mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mencuri wang-wang yang bernilai lebih 1 billion kronor dimana pencuri meloloskan diri juga dengan cara yang sama memasuki banguna terbabit.

Pihak berkuasa Sweden menyatakan bahawa juruterbang yang mengendalikan helikopter terbabit begitu pakar dalam menerbangkan helikopter.Ini kerana helikopter terbabit menerbangkan helikotper itu begitu rendah dalam keadaan gelap gelita.

Tindakan juruterbang terbabit juga telah menyebabkan radar pihak berkuasa Sweden tidak dapat mengesan helikopter terbabit.Polis pula tidak menggunakan sebarang bahan yang memancarkan cahaya ini kerana mereka ingin berada dalam posisi halimunan.

Ini menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui kedudukan helikopter dan mata kasar juga tidak dapat melihat helikopter terbabit dalam keadaan yang gelap gelita.Pihak berkuasa menyatakan tindakan menerbangkan helikopter begitu rendah adalah keupayaan juruterbang yang benar-benar profesional.

Helikopter yang digunakan oleh kumpulan yang merompak bangunan terbabit juga dicuri pada malam yang sama.Ini mengakibatkan pihak polis tidak menyedari helikopter itu telah dicuri.

Dalam masa yang sama, pihak polis ingin mencari alternatif bagi mengejar helikopter yang digunakan pencuri.Mereka ingin menggunakan helikopter bagi mengekori helikopter pencuri namun sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Bom telah digunakan dan diletakkan di merata-rata tempat di lapangan terbang terbabit.Implikasinya pihak polis terpaksa mengambil masa yang lama untuk mematikan bom terbabit dan ini memaksa mereka meminta bantuan udara dari airbase yang jauhnya 400 km dari Stockholm.

Yang lawaknya, bom yang telah digunakan oleh pencuri bagi melengah-lengahkan tindakan polis adalah bom tipu.Sementara hendak tunggu helikopter polis sampai, sempat kot mereka mendarat dimana-mana tempat yang dirancang.

Kumpulan terbabit juga telah menabur banyak paku besi disekitar jalan raya di Stockholm bagi menyusahkan pihak polis mengejar mereka melalui jalan darat.

Helikopter yang digunakan oleh pencuri terbabit telah dijumpai disebuah kawasan di pinggir Stockholm tiga jam kemudian. Ini kerana seorang penduduk tempatan telah menghubungi polis bagi melaporkan tentang helikopter terbabit yang mendarat.

Polis amat bertuah kerana dapat mengenal pasti kedudukan helikopter terbabit ini kerana polis tidak dapat mencarinya kerana tidak dapat dikesan oleh radar bahkan dari darat pun tidak boleh.Ini mengambil masa yang lama bagi mengesan kedudukan helikopter terbabit.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes rompakan membabitkan ratusan jutaan ringgit ini.Walaubagaimanapun, pihak polis menyatakan bahawa manusia yang mendalangi rompakan ini adalah benar-benar profesional.

Mereka juga tidak mengetahui berapa orangkah yang terlibat dalam rompakan ini namun mereka mengakui yang perompak ini mungkin mendapat latihan khas dan juruterbang yang mengendalikan helikopter terbabit adalah benar-benar profesional kerana dapat terbang dengan rendah walaupun dalam keadaan gelap.

Saturday, October 9, 2010

Lawatan ke Rumah Amal Limpahan Kasih

Petang tadi, aku baru sahaja balik dari lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke Rumah Amal Limpahan Kasih.Pada mulanya aku fikir rumah Amal ini adalah rumah warga emas namun ketika sampai di sekolah kawan aku memberitahu bahawa rumah ini menempatkan anak yatim.

Jam 8.00 pagi sepatutnya kesemua peserta yang mengikuti lawatan ini sudah perlu berhimpun disekolah, namun aku 7.50 pagi baru bangun oleh kerana panggilan rakan aku yang ingin tahu bahawa aku sudah bangun atau belum.

Tetapi oleh kerana kelewatan aku, bas yang sepatutnya bergerak jam 8.00 pagi tidak bergerak dan ramai peserta yang sudah menghantar borang tidak hadir menyebabkan guru yang bertugas telah melewatkan waktu bas bertolak oleh kerana menunggu mana-mana peserta yang lewat.

Namun dari 55 orang yang menghantar borang menyertai lawatan ini, hanya 44 orang sahaja yang sampai.Sebanyak 12 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan menyertai rombongan ke rumah Amal Limpahan Kasih ini.

Bas yang aku naiki bertolak agak lewat iaitu hampir pukul 9 dan sampai lebih kurang pukul 10 pagi.Rumah Amal Limpahan Kasih ini terletak di Kampung Sri Aman,Puchong, Selangor.

Kami telah disambut oleh seorang wakil dari Rumah Amal Limpahan Kasih ( RALK ) ini bernama Encik Zawawi Ramli.Beliau telah menerangkan beberapa perkara tentang rumah yang diuruskannya ini.

Katanya rumah ini beroperasi pada tahun 2007 dan pada tahun 2010 rumah RALK ini telah mempunyai lebih 70 orang anak yatim.Kebanyakkan mereka ( anak yatim ) ini berasal dari sekitar kawasan ini tetapi yang paling jauh katanya dari Kuala Kangsar,Perak.

Terdapat asrama untuk mereka semua ini dan mereka diasingkan mengikut usia.Asrama lelaki juga tidak berada di Sri Aman hanya asrama perempuan sahaja berada disini.Mereka semua ini terdiri dari usia 8 bulan hingga 16 tahun.

Tentang Sumber Kewangan RALK pula, dana mereka diperolehi dari 4 aspek iaitu penjualan kain-kain baju, penjualan pokok bunga dan juga cafe.Mereka juga mendapat penajaan dari syarikat yang menawarkan diri memberi wang.

Katanya lagi pada bulan puasa dan Aidilfitri ini RALK ini amat mendapat perhatian.

Disana sebanyak 44 orang peserta yang mengikuti lawatan ini diberikan tugas.Kesemua kami ( lelaki ) telah ditugaskan untuk menyusun balik baju distor yang berterabur.Ini kerana selepas ini baju ini akan diambil dan diletakkan ditempat lain.



Banyak baju-baju yang elok seperti Calvin Klein dan seluar Levi's berada disitu.

Sementara 32 pelajar perempuan yang mengikuti dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana satu kumpulan membersihkan nurseri bunga.Kumpulan yang lagi satu tidak salah aku menyusun perpustakaan manakala sebuah lagi kumpulan aku tak tahu tugasannya.

Selepas kerja kami telah selesai, kami berehat di khemah berhampiran kantin dimana kami dijamu dengan air sirap.Boleh tahan juga sirap disitu.Walaubagaimanapun kami tidak dihidangkan dengan makanan.





Pelajar perempuan yang menyertai berpeluang melihat asrama perempuan ini kerana asrama perempuan berada disitu juga manakala pelajar lelaki hanya lepak minum air berhampiran di kantin RALK ini.

Lebih kurang jam 11.30 cikgu dari sekolah aku telah menyumbangkan wang tunai kepada RALK ini.Sebelum balik jam 12.00 tengah hari kami sempat bergambar bersama penghuni RALK tersebut.





*** Cikgu aku berfikiran menyatakan bahawa kesemua 55 orang pelajar yang menghantar borang menyertainya namun hanya 44 orang yang hadir.Ini menyebabkan cikgu kami telah rugi sebuah bas.

Sebuah bas boleh membawa 40 orang dan peserta yang mengikuti 44 orang.Jadi lebih baik sewa sebuah bas sahaja namun disebabkan cikgu kami telah menyewa dua buah bas, bas kami yang dinaiki 12 orang pelajar lelaki kosong cuma dipenuhkan oleh guru yang mengikuti lawatan ini.

Tuesday, October 5, 2010

Pencuri

Hari Ahad lepas aku mempunyai satu program Treasure Hunt anjuran rukun tetangga kejiranan rumah aku.Walaubagaimanapun, persaingan yang amat sengit telah menyebabkan aku kalah dimana lebih banyak orang dewasa berbanding aku yang antara termuda di dalam pertandingan itu.

Sebenarnya program Treasure Hunt ini ataupun kehadiran ADUN yang agak 'hot' bukanlah topik yang aku hendak ceritakan didalam artikel aku ini.Tetapi sesuatu kisah yang agak pelik dan jarang berlaku setahu aku.

...Selesai sahaja habis program Treasure Hunt lebih kurang jam 11.30 pagi aku pun balik dengan tangan kosong dimana aku tidak memenangi apa-apa hadiah mahupun lucky draw.Kawan aku Zack ( bukan nama sebenar ) begitu teruja untuk berentap dengan aku DOTA.

Jadi sebagai anak Melayu aku menyahut cabaran Zack terbabit jadi arah tuju aku adalah ke Chicken Chop ataupun nama glamornya CC a.k.a Cyber Cafe.

Setelah aku menyapu bersih hampir kesemua permainan DOTA bersama Zack aku pun nak panggil seorang member aku yang ada di CC itu juga.Ketika itulah aku sedar bahawa satu ada benda yang tak kena.

Aku meraba-raba poket aku mencari telefon bimbit aku tetapi hampa kerana tiada.Banyak tempat aku cari didalam CC itu tapi phone aku itu tak ada.Aku pun kelam kabut dan pergi ke kawan aku dibelakang aku rampas telefon dia.

Aku terus call phone aku yang begitu aku sayangi ini namun tiada jawapan.Phone aku tak off jadi aku pun call sekali lagi dan tiba-tiba ada seorang lelaki angkat.

" Dekat F&G depan EX5 sekarang " itulah jawapan lelaki tersebut jadi aku pun berlari sekuat mungkin tatkala seorang kawan aku ini mengekori aku dari belakang.Betul-betul depan F&G aku tengok tiada orang.

Jadi aku pun bercakap melalui phone aku untuk berkomunikasi dengan pencuri phone aku itu.Namun tiada aku pun dengan hampa terus meletakkan tekan butang merah di phone kawan aku.

Aku cuba sekali lagi call phone aku menggunakan phone kawan aku ini dan aku terdengar phone aku berbunyi dan ada dilantai zink dan mengambilnya.Aku pun berasa lega kerana menjumpai telefon kesayangan aku ini sebabnya phone ni tak rosak walaupun jatuh berkali-kali selain nipis dan senang dibawa.

Aku pun terfikir time bila pencuri itu mencuri telefon aku...Jadi aku mengimbas kembali memori aku...

Selepas tamat game pertama DOTA menentang Zack tiba-tiba ada seorang lelaki dari sebelah kanan dalam keadaan berdiri berkata " Jom buka game " dan tiba-tiba Zack berkata " Weh aku dah bayar nak sambung macam mana " Budak lelalki sebelah kanan pun menjawab " Cakap ja Open ".

Dalam masa yang sama aku sedang SMS kawan aku ini jadi secara tidak sedar aku letak telefon aku diatas meja.Kemungkinan yang besar telefon aku berada disebelah kiri ini kerana tangan kanan aku sedang memegang mouse sementara tangan kiri aku free jadi secara tak langsung aku akan menaip mesej menggunakan tangan kiri.

Secara tak langsung kelalaian aku meletakkan telefon diatas meja sambil bermain game telah membawa bencana yang berkesudahan dengan baik.Tekniknya aku rasa anda semua boleh faham dimana ketika anda sedang bermain ada seorang manusia bersembang dengan anda disebelah kanan.Dimana kepala anda akan mengadap manusia tersebut untuk berkomunikasi.

Dalam masa yang sama kawan kepada manusia terbabit akan mengambil telefon yang berada disebelah kiri anda.Anda semestinya tidak sedar phone anda diambil ketika bersembang dan anda meletakkan phone diatas meja disebabkan berSMS dengan kawan.Jadi anda akan menjenguk telefon apabila phone anda berdering.

Ini disokong apabila Zack ketika itu melihat aku sedang dikepung oleh sekumpulan budak tingkatan dua namun tidak mengesyaki apa-apa.Jadi aku telah dapat merungkai teknik mencuri phone di CC.

Persoalan yang masih belum dijawab adalah mengapa pencuri itu bagi balik telefon tersebut kepada aku dengan meletakkan phone terbabit ditempat lain.

Jadi aku berfikir kembali dan meneliti kata-kata Zack dimana mengatakan bahawa budak Form 2 mengepung aku jadi kemungkinan manusia yang mencuri phone aku itu mengenali aku.Tetapi kalau dia kenal aku kenapa hendak mencuri phone aku.

Baik cari mangsa lain yang lalai seperti aku juga.Lagipun kalau dia tak bagi telefon aku itu bukannya aku cam pun wajah lelaki yang sembang dengan aku itu.Tapi CC tersebut mempunyai CCTV.

Jadi nasihat abang aku kalau dapat tangkap manusia tersebut panggil member ramai-ramai pi katok ( tabuh ) ataupun dalam bahasa bakunya belasah manusia tersebut.Tetapi kesimpulan tepat mengapa pencuri terbabit menyerahkan kembali telefon aku masih belum terjawab.

Pengajarannya : Jangan meletak telefon bimbit diatas meja ketika bermain komputer dan sentiasalah berhati-hati ingat teknik mereka.

PERHATIAN