Saturday, September 4, 2010

Perang Asia Tak Mustahil Tercetus

Kemungkinan juga tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta mungkin telah didalangi oleh pihak tertentu untuk melakukan kembali tindakan menukar pemimpin seperti dilakukan pada tahun 1997.

Ini mungkin kaedah baru untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada di sesebuah negara dan diganti oleh kerajaan yang menyebelahi mereka.Dalang disebalik demonstrasi di kedutaan Malaysia dikatakan didalangi oleh parti politik berhaluan kiri.

Ia bertujuan untuk merenggangkan hubungan kedua-dua negara supaya agenda-agenda jahat mereka dapat dicapai.Seterusnya dapat meruntuhkan kerajaan pimpinan Susilo yang dibayangi masalah rasuah.

Sementara Malaysia pula tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Indonesia dan lebih selesa dengan sikap tak banyak cakap.Ini mungkin tidak ingin terperangkap dalam provokasi yang dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia.

Ada juga ura-ura bahawa Indonesia sedang melakukan latihan ketenteraan pada waktu-waktu yang genting seperti ini.Walaubagaimanapun, maklumat ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Namun persoalannya mengapa pihak tentera Malaysia telah mengetatkan sempadan Malaysia-Indonesia di Malaysia Timur.Adakah terdapat ancaman dari pihak Tentera Nasional Indonesia ataupun BENDERA yang membawa buluh runcing sebagai senjata?

( Konflik Thailand-Kemboja )

Beralih ke Bangkok, Thailand juga mempunyai masalah diplomasi dengan negara jirannya iaitu Kemboja.Masalah yang menimpa Thailand dan Kemboja telah disebabkan oleh sebuah kuil purba yang telah dibina pada abad ke-11.

Krisis berlaku apabila kuil purba ini telah diputuskan oleh PBB menjadi milik Kemboja menyebabkan Thailand tidak berpuas hati dengan keputusan itu lalu mengerahkan askar mereka untuk menjaga sempadan di kuil purba tersebut.

Ini menyebabkan kerajaan Kemboja juga menghantar lebih 1000 anggota tentera untuk berkawal di kawasan sekitar kuil dan sempadan mereka.Insiden tembak menembak diantara askar kedua-dua buah negara banyak kali berlaku tetapi tiada tindakan susulan dari mana-mana negara.

Permasalahan di antara Bangkok-Phnom Penh tidak terhenti disitu sahaja.Timbul sebuah lagi masalah dimana Kemboja telah melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi.

Keputusan itu dilihat sebagai provokasi oleh pihak Thailand oleh kerana Thaksin kini berdepan dengan dakwaan rasuah di Thailand.Dan pada masa yang sama Kemboja tidak mahu bekerjasama dengan Thailand mengekstradisi Thaksin ke Thailand.

Tindakan ini sekali lagi telah mengugat hubungan diantara kedua-dua negara ini.Tetapi selepas Thaksin Shinawatra meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi Kemboja hubungan mereka semakin baik.

( Konflik Filipina-MILF )

Filipina pula bergelut dengan serangan gerila Moro Islamic Liberation Front ( MILF ) Barisan Pembebasan Islam Moro dimana sehingga kini rundingan Filipina dan MILF tidak pernah mencapai kata putus.

Gerila ini juga telah menjadi salah satu ancaman perang terhadap Filipina dimana aktiviti MILF pada akhir-akhir ini semakin aktif.Walaubagaimanapun sehingga kini tiada sebarang serangan dilakukan.

Namun pada suatu ketika dahulu pasukan gerila MILF telah berlakunya satu penculikan dimana salah seorang penculik yang telah dilarikan oleh MILF bersama geng Abu Sayyaf ini adalah warga Amerika Syarikat.

Penculikan ini telah menggemparkan dunia dan rundingan kerajaan Filipina dan MILF yang dilakukan pada waktu itu ketika era pemerintahan Gloria Macapagal Arroyo telah gagal.Ini menyebabkan mereka menggunakan kekerasan untuk membebaskan mangsa yang telah diculik.

Operasi ini telah mendapat bantuan oleh pihak Amerika Syarikat, kebetulan kapal perang mereka berada di perairan Asia Tenggara ini menyebabkan mereka membantu tentera Filipina menumpaskan MILF.

Masalah pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro ini boleh dikategorikan sebagai ancaman bagi pihak Filipina.Ini mungkin menyebabkan campur tangan pihak Amerika Syarikat atas kata-kata "War On Terror''.

( Konflik Korea Selatan-Korea Utara )

Jika kita keluar dari Asia Tenggara pula kita akan melihat krisis berlaku diantara Korea Selatan dan Korea Utara dimana hubungan mereka telah begitu tegang oleh kerana kontroversi kapal Korea Selatan yang karam.

Korea Selatan mendakwa Korea Utara menembak kapal perangnya yang sedang berada di sempadan perairan Korea Utara.Peristiwa ini telah menyebabkan Korea Selatan mengisytiharkan perang terhadap Korea Utara.

Kemungkinan juga tindakan ini telah dirancang oleh Amerika Syarikat oleh kerana Korea Utara sedang berusaha menyiapkan program nuklearnya yang telah mendapat tentangan kuat dari Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat juga banyak melakukan provokasi terhadap Korea Utara dengan melakukan latihan ketenteraan bersama dengan Korea Selatan.Tindakan selanjutnya sudah mesti diambil Amerika untuk menggagalkan usaha Korea Utara membina nuklear.

( Konflik Iran-China/Israel )

Sementara di Iran pula menuduh China sebagai dalang di sebalik kempen anti-Iran yang telah dilakukan sejak sekian lama oleh kerana program nuklear Iran yang telah dikecam keras oleh Amerika dan Israel.

Pada masa yang sama Iran mendakwa China banyak melobi untuk melakukan sekatan ekonomi terhadap Iran berikutan program nuklear yang mengancam keamanan rantau Asia Tengah berikutan oleh ketenteraan Iran yang hebat.

Israel juga banyak memainkan peranan menghentikan program nuklear Iran dimana telah menggugat keselamatan negara mereka.Selain itu, Israel juga risau akan Iran yang seringkali mencipta dan mengeluarkan barang ketenteraan mereka seperti jet pejuang dan kapal selam.

Ini juga membawa Mesir ke dalam kancah peperangan kerana Mesir adalah sekutu rapat Israel dan kemungkinan juga Mesir bakal mengerahkan ketenteraanya untuk membantu Israel kerana Mesir mempunyai hubungan baik dengan Israel.

( Konflik Turki-Israel )

Insiden Mavi Marmara telah menyebabkan hubungan Turki dan Israel renggang dan Turki sedang mengkaji balik hubungan dua hala mereka.Walaubagaimanapun, Turki tidak berpotensi untuk terjun ke kancah peperangan.

Penarikan askar-askar Amerika Syarikat di Iraq mungkin disebabkan ingin meletakkan askar-askar terbabit ke tempat lain pula untuk memenuhi agenda Amerika yang ingin menjadi hero.

( Konflik Afghanistan-Amerika Syarikat/NATO )

Kita lihat pula di Afghanistan, dibawah kempen "War On Terror" Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau North Atlantic Treaty Organization ( NATO ) telah melakukan aktiviti ketenteraan di Afghanistan.

Operasi yang dilancarkan sejurus serangan September Eleventh ini adalah untuk menghapuskan puak pengganas seperti Al-Qaeda dan Taliban.Taliban dan Al-Qaeda masih tidak dihapuskan meskipun sejumlah 100,000 askar dari pelbagai negara telah dihantar kesana.

Afghanistan mengalami situasi perang yang panjang ini kerana pada tahun 1992 Afghanistan telah terlibat dalam perang Sivil hingga tahun 2001.Kemudiannya Amerika Syarikat masuk mencari anggota Al-Qaeda dan Taliban sehingga menyebabkan lebih 30,000 orang awam mati.

Agak pelik tentera Amerika yang dikatakan tercanggih di dunia masih tidak boleh menjejaki kumpulan pengganas yang hanya menggunakan senjata buatan sendiri.Satelit pengintip berharga beratus juta US juga bagai tidak menjalankan tugas.

Kemungkinan juga kemasukan tentera US dan NATO ke Afghanistan adalah untuk mengawal pemerintahan di Afghanistan.Jika dilihat US telah memberikan berbillion-billion wang kepada Afghanistan untuk membentuk pasukan tentera mereka sendiri.

( Presiden Cuba, Fidel Castro yang anti-Amerika baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan dimana beliau mengesyaki bahawa Osama dan sekutunya adalah agen CIA.Ini disokong oleh dokumen yang didedahkan oleh Wikileaks. )

Tindakan US ini mungkin akan menyebabkan Afghanistan terhutang budi terhadap mereka.Justeru mereka akan mengikut kata-kata US dalam urusan pentadbiran dalaman Afghanistan.

( Konflik dalaman Kyrgystan )

Kyrgystan juga mengalami suasana kacau bilau apabila presidennya Kurmanbek Bakiyev telah menaikkan kos sara hidup rakyat dan masalah ekonomi Kyrgystan yang semakin meruncing.Ini menyebabkan tunjuk perasaan telah diadakan di Bishkek yang membabitkan 5000 orang penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan terbabit telah menyebabkan presiden Kurmanbek Bakiyev tumbang sekaligus menimbulkan situasi kelam kabut di Kyrgystan.Seramai lebih 50 orang mati dan lebih 1000 cedera akibat rusuhan.

Amerika Syarikat boleh melibatkan diri bila-bila masa ini kerana Amerika Syarikat mempunyai kepentingan di Kyrgystan.Ini kerana Amerika Syarikat mempunyai dua pangkalan tentera di Kyrgystan.

Presiden Kurmanbek Bakiyev ketika era pemerintahannya telah membenarkan pangkalan tentera US itu terus beroperasi.Ini menimbulkan kesangsian terhadap masyarakat oleh tindakan Bakiyev dan parti politik berhaluan kiri.

Bakiyev mungkin sekali bakal meminta pertolongan US untuk kembali menduduki kerusi presiden Kyrgystan selepas hidup dalam buangan di Belarus.US boleh mempertimbangkan untuk membantu Bakiyev menjatuhkan kerajaan yang sedia ada sambil melakukan pemilihan sekali lagi oleh kerana Bakiyev mempunyai sokongan kuat dari penduduk Selatan Kyrgystan.

( Konflik Rusia-Georgia )

Hubungan diantara Rusia dan Georgia tegang semenjak 1990 lagi.Namun pada akhir-akhir ini hubungan diplomatik kedua-dua negara semakin meruncing dengan krisis-krisis yang melanda mereka.

Antaranya adalah insiden serangan tiga buah helikopter yang didakwa milik Rusia dimana telah menyerang sebuah kawasan bernama Abkhazia yang ketika itu berada dibawah naungan Georgia.

Abkhazia adalah tempat dimana penduduk ditempat itu menuntut kuasa autonomi sendiri.Rusia dituduh mengembom sebuah perkampungan yang telah merosakkan sebuah sekolah dikawasan itu.

Siasatan dilakukan namun tiada sebarang keputusan yang tepat siapakah dalang yang melakukan tindakan ini.Namun PBB menyatakan bahawa helikopter datang dari arah utara ( Rusia ) namun tidak menafikan penglibatan Georgia.

Selain itu, insiden perluru berpandu dilepaskan di wilayah Georgia juga telah menghangatkan lagi hubungan dua pihak.Ini disebabkan Georgia menuduh Rusia telah melancarkan misil dari jet pejuangnya ke kawasan Tsitelubani.

Menteri Dalam Negeri Georgia mendakwa bahawa dua buah pesawat Sukhoi milik Rusia telah memasuki ruang udara Georgia pada 7 Ogos.Jet Sukhoi milik Rusia itu kemudiannya melancarkan misil ke perkampungan Tsitelubani namun misil gagal meletup.

Siasatan antarabangsa telah dilakukan dan mereka menyatakan bahawa terdapat sebuah jet pejuang dari utara Georgia ( Rusia ) memasuki ruang udara Georgia.Bercanggah dengan dakwaan menteri Georgia.

Pada April 2008, Georgia dan Rusia sekali lagi mengalami konflik dimana sebuah pesawat tanpa pemandu ( UAV ) milik Georgia telah ditembak jatuh pada kawasan berkonflik Abkhazia.Georgia mendakwa Russia telah menembak UAV mereka.

Tindakan ini telah menyebabkan perjanjian gencatan senjata dibatalkan.Sehari selepas itu Georgia telah mengeluarkan rakaman dimana mereka mendapati bahawa jet MiG-29 milik Rusia telah menembak jatuh UAV mereka.

Peperangan diantara Georgia dan Rusia mungkin berlaku ini kerana masalah diplomatik kedua-dua negara sudah banyak kali timbul.Antaranya adalah penglibatan Rusia dalam perang merebut wilayah diantara Georgia-Ossetia Selatan.

Kemungkinan juga Georgia mendapat sokongan dari Amerika Syarikat manakala Rusia anti-Amerika ini kerana suatu ketika dahulu Amerika menjadi salah sebuah negara yang merancang perpecahan Kesatuan Soviet.

Kesatuan Soviet yang ketika itu menjadi kuasa dunia telah dihancurkan oleh Amerika apabila telah menyebabkan Kesatuan Soviet kehilangan 17 kawasan yang membentuk 17 negara.Hubungan Rusia-Amerika memang begitu renggang semenjak dahulu lagi ditambah kes beberapa agen KGB ditangkap di US.

( Konflik Pakistan-India )

Hubungan dua hala Pakistan-India tegang selepas berlakunya insiden serangan di Mumbai yang telah mengorbankan 175 orang termasuk termasuk sembilan penyerang.Manakala 308 orang awam dilaporkan cedera.

India menuduh militan dari Pakistan telah terlibat dalam serangan di India tersebut.Ini menyebabkan hubungan mereka renggang oleh kerana penglibatan militan Lashkar e-Taiba di Pakistan.

Kemungkinan juga India bakal berperang dengan militan-militan pengganas ini dan memasuki wilayah Pakistan jika insiden seperti ini berulang.Ini kerana kepentingan India semestinya perlu dijaga oleh Pakistan namun keadaan dilihat sebaliknya.


( Konflik Israel-Lebanon )

Salah satu ancaman perang bagi pihak Israel adalah Lebanon.Banyak serangan-serangan yang dilakukan oleh pihak Lebanon melalui Hizbullah yang telah menyerang Israel.Hizbullah yang pro kemerdekaan Palestin banyak membantu Hamas menyerang Israel.

Walaubagaimanapun peperangan diantara Israel-Lebanon sudah kerap kali berlaku.Dan paling terbaru adalah perselisihan sempadan dimana telah mengorbankan satu askar Israel dan tiga askar Lebanon.

Insiden ini berlaku apabila berlaku percanggahan kawasan memisahkan Lebanon dan Israel.Ini menyebabkan Lebanon menghantar pasukan bersenjatanya menembak pasukan pertahanan Israel.

Jika peperangan benar-benar berlaku di seperti dinyatakan diatas.Ia bakal melibatkan hampir separuh bumi Asia akan terlibat dalam peperangan.Sekaligus akan merosakkan pasaran ekonomi Asia.

Jika peperangan ini dimenangi oleh negara-negara proksi Amerika, ini bakal menyebabkan blok terkuat negara terkuat di dunia jatuh di tangan US terutamanya di Asia Tenggara yang berpotensi menjadi penggerak ekonomi.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen