Thursday, September 2, 2010

Kisah Tiga Sahabat ( 10 )

Terdapat tiga orang lelaki miskin daripada kaum bani Israil.Nama sebenarnya tidak diketahui namun masing-masing mempunyai nama samaran.Antaranya Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.

Si Sopak mendapat namanya kerana kulitnya yang bermasalah.Oleh disebabkan penyakit sopaknya, dia sering dipandang hina oleh orang ramai.Tetapi dia berangan unuk menjadi orang kaya dan sembuh dari penyakitnya.

Si Botak pula mendapat namanya oleh kepalanya yang botak tanpa sehelai rambut pun.Dia juga berangan-angan supaya kepalanya ditumbuhi rambut dan menjadi seorang yang kaya-raya.

Manakala Si Buta pula mendapat nama oleh kerana penglihatannya yang buta.Dia mengimpikan supaya matanya dapat dilihat.

Allah telah mengutuskan malaikat untuk menguji ketaqwaan mereka.Justeru itu, malaikat terbabit datang dalam bentuk manusia.

Malaikat itu pun pergi ke Si Sopak dan bertanya kepada Si Sopak " Apakah yang engkau inginkan? ''. Si Sopak pun menjawab " Kulit yang bersih dan sembuh dari penyakit yang menjijikkan pandangan orang ramai."

Lalu malaikat pun menyapu kulitnya.Lalu kulitnya berubah menjadi bersih dan mukanya berubah tampan.Si Sopak kehairanan melihat perubahan dirinya itu.

Kemudian malaikat ini pula bertanya kepada Si Sopak " Apakah harta yang ingin engkau miliki? ". Si Sopak pun menjawab dengan pantas " Unta ".

Lalu malaikat itu pun memberi Si Sopak memberikannya seekor Unta betina yang sedang bunting kepadanya.Di berdoa supaya unta itu cepat membiak.

Malaikat itu pula ke Si Botak dan bertanya soalan yang sama.Si Botak ingin melihat rambutnya tumbuh di kepala.Ini kerana orang selalu mentertawakannya oleh kerana rambutnya.Malaikat pun terus memakbulkan permintaan Si Botak itu dan bertanya tentang harta.Si Botak ingin memiliki Lembu jadi malaikat pun memberikannya juga dalam keadaan bunting.

Seterusnya malaikat terbabit bertanya kepada Si Buta.Si Buta menjawab " aku ingin agar Allah menyembuhkan mataku yang buta dan dapat melihat ".Malaikat pun mengusap mata Si Buta.Setelah itu, dia pun dapat melihat dia inginkan kambing selepas malaikat bertanya apakah harta yang ingin dimiliki.

Beberapa tahun kemudian, ternakan masing-masing membiak dan mereka telah menjadi orang kaya.Setiap haiwan ternakan mereka telah memenihi satu lembah.Kemudian datanglah malaikat dengan rupa bentuk mereka bertiga dahulu.

Malaikat pergi menemui Si Sopak yang hidup kaya raya.Malaikat pun bertanya kepada Si Sopak " Saya seorang musafir yang miskim, terkandas di dalam perjalanan.Tidak ada bekalan untuk pulang melainkan mengharapkan pertolongan Allah dan belaws kasihan darimu ".

Malaikat itu berkata lagi " Demi Allah yang telah mengurniakan tuan rupa paras yang cantik dan harta yang melimpah, semoga tuan dapat bersedekah kepada saya seekor unta supaya saya dapat meneruskan perjalanan. ''.

Namun permintaan malaikat itu yang menyamar sebagai musafir dijawab dengan angkuh oleh Si Sopak dengan berkata " Aku banyak tanggungan dan hitang yang mesti diselesaikan.Aku tidak dapat memberi apa-apa kepadamu ".

Malaikat kemudiannya berpura-pura bertanya " Rasa-rasanya saya pernah mengenali tuan.Bukankah tuan dulu seorang yang miskin dan berpenyakit sopak? Kemudian ALlah memberi tuan kekayaan?".

Si Sopak terkejut dan berbohong " AKu mewarisi kekayaan ini daripada datuk nenekku ".Malaikat itu pun berkata "Sekiranya tuan berdusta, semoga Allah mengembalikan tuan seperti asal ".

Sebaik sahaja malaikat itu melangkah pergi, Si Sopak kembali seperti bentuk dahulu dimana kulitnya menjadi sopak.Ternakannya pula mati setiap hari hingga habis kesemuanya sekali.

Seterusnya malaikat pergi menguji Si Botak dengan bentuk yang asal Si Botak.Dia pun meminta seekor kambing dari Si Botak dengan alasan yang sama.Namun Si Sopak juga memberikan alasan yang serupa seperti Si Sopak.

Maka malaikat pun berdoa supaya Si Botak dikembalikan seperti bentuk yang asal jika Si Botak berdusta.Selepas itu pun rambut Si Botak menjadi botak dan ternakannya juga mati hingga habis.

Akhir sekali dalam bentuk seorang yang buta, malaikat pergi berjumpa dengan Si Buta dan meminta seekor kambing dengan alasan yang serupa seperti sebelumnya.Namun jawapan Si Buta berbeza.

Si Buta berkata "Sesungguhnya dahulu aku adalah seorang yang buta, kemudian Allah memulihkan penglihatanku.Ambillah apa yang engkau inginkan dan tinggalah apa yang engkau tidak suka.Demi Allah, aku tidak mahu menyusahkan engkau kerana apa yang engkau ambil kerana Allah SWT.

Namun malaikat itu berkata " Peliharalah baik-baik hartamu ini.Allah telah menguji engkau dan engkau telah diredhai olehNya sedangkan kawanmu telah gagal dan dimurkai oleh Allah SWT.

Begitulah ujian Allah terhadap manusia.Tetapi manusia sering gagal dalam ujian yang berupa nikmat.Sesungguhnya beruntunglah orang yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen