Wednesday, September 22, 2010

Dajjal Manusia atau Jin?

Tatkala hangat perdebatan diantara blogger-blogger yang menyatakan bahawa Dajjal adalah bentuk ideologi aku pula timbul persoalan adakah Dajjal itu manusia ataupun jin?

Aku pun buka balik sebuah buku yang aku baca suatu ketika dahulu dan mencari maklumat dari internet.Dan dibawah ini adalah apa hadis-hadis yang aku dapati dari internet tentang Dajjal ;

" Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
( Riwayat At-Tarmizi )

“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)

“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)

Tetapi berdasarkan hadis yang pertama, aku berasa pelik jika Dajjal itu manusia mengapakah Dajjal boleh hidup sehingga ke hari ini.Tidakkah Dajjal itu telah hidup 1400 tahun yang dahulu.

Mengikut ayat-ayat diatas, Dajjal telahpun dilahirkan di dunia ini.Ini disebabkan kebanyakkan hadis nabi menulis perkataan 'keluar' bukannya 'lahir'.

"...seandainya dia ( Dajjal ) KELUAR sedangkan aku berada di kalangan kamu, maka akulah akan berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat Islam. Dan jika dia ( Dajjal ) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri ( bertanggungjawab untuk melawannya ) dan Allah adalah sebagai penolong kamu sekalian" hadis sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umammah.

Jadi disini menunjukkan bahawa Dajjal sudah pun lahir namun tidak keluar lagi.Persoalannya masih lagi tidak terjawab adakah Dajjal itu manusia ataupun jin.

Aku berfikir adakah jin lahir dari perut ibu jin? Aku turun ke bawah mencari sebuah buku yang aku beli berkaitan jin.Namun gagal dalam usaha mencari kembali buku tersebut untuk dibuat rujukan.Internet sumber alternatif...

"Iblis tidak pula diceritakan samada terdapat yang jantan ke atau betina. Cara pembiakan golongan Iblis pula lagi mudah. Asalkan paha kanan dan paha kiri tersentuh, maka akan terkeluarlah sebanyak 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu pula ada 33 pasang benih. Setiap pasang benih itu pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri maka akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Kematian Iblis ditangguhkan sehingga ke hari kiamat. "

dari blog www.keep-it-in-mind.blogspot.com

Jadi...

Eh...Terjatuh sebuah buku dari rak buku...Dan sebuah buku "Kisah-kisah Benar JIN" telah aku dapat dimana ada di dalam bilik aku sendiri.

Disini aku petik sebuah ayat Ishak dari Abu Rauq dari Ikrimah dari Ibnu Abbas r.a berkata " Allah menciptakan pemimpin jin dari nyah api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru saja diciptakan itu : "Mintalah sesuka hatimu".Maka jin pun berkata: " Aku berdoa ( meminta ) agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh melihat; Aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi; dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati.''

Disini dinyatakan bahawa jin diperbuat daripada api dan seperti juga Dajjal, jin tidak akan mati hingga hari kiamat dan frasa '' aku berdoa ( meminta ) agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh melihat '' bermakna jin dapat melihat kita tetapi kita tidak dapat melihat jin.

Persoalannya masih tidak dapat dirungkai.Adakah jin mempunyai perut untuk menyimpan anak dalam kandungan.Tetapi aku dapat satu bukti kemungkinan jin mempunyai perut berdasarkan pandangan ulama' yang berkata " Sesungguhnya jin itu makan dan minum. Perbuatan-perbuatan ini tidak bertentangan dengan kehalusan tubuh mereka."

Lagi satu persoalan timbul...Jika jin makan dan minum, dimanakah jin menyimpan makanan tersebut.Adakah makanan tersebut hangus terbakar oleh kerana jin diperbuat daripada api.Tiada jawapan yang aku temui samaada jin mempunyai perut atau tidak.

Namun jika diperhatikan sekali lagi pada sebuah petikan dari blog keep it in mind, diakhirnya berbunyi '' maka akan keluar seperti terdahulu ''.Menurut Ishak dari Abu Rauq dari Ikrimah dari Ibnu Abbas r.a, pada awalnya ia bertulis '' Allah menciptakan pemimpin jin dari nyah api... ".

Mungkin itu adalah maksud perkataan-perkataan terakhir dalam blog keep it in mind dimana jin itu dilahirkan sepertimana Allah mencipta pemimpin jin yang terdahulu.Itu mungkin jawapan yang kita cari. ( Jangan tanya macam mana Allah cipta jin )

Ini membuktikan bahawa Dajjal bukanlah berasal dari keturunan jin.

Mungkin aku telah membuat salah kerana tidak mengkaji siapakah ibu dan ayah Dajjal.Ayat-ayat yang seterusnya mungkin mematikan persepsi Dajjal itu adalah manusia.

" Ayahnya seorang lelaki yang bertubuh tinggi, berdaging ( gempal ), hidung yang panjang, seakan-akan paruh burung. Ibunya seorang yang bertubuh besar, tangan yang panjang dan mempunyai payudara besar. ".
( Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Abu Bakar )

Mengikut pendapat para ulama' menyatakan bahawa ibu Dajjal adalah manusia yang luar biasa dan menurut mereka lagi bapa Dajjal adalah dari keturunan jin.Ia disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Bakar a.s. " Orang tua Dajjal tidak pernah mendapat anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari kedua pasangan itu seorang lelaki yang bermata satu, berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya. Ketika matanya tertidur, hatinya terjaga ".

Andaikan yang ibu bapa Dajjal berkahwin pada umur 25 tahun.Kemudiannya tidak mendapat anak selama 30 tahun.Ini menunjukkan yang Dajjal dilahirkan ketika umur ibu bapa mereka lebih 50 tahun.

Sesuatu yang pelik dimana ibu bapa mereka tidak mendapat anak sewaktu muda.Sedangkan sepatutnya waktu muda adalah masa paling sesuai mendapat anak.Tetapi Dajjal lahir selepas ibu bapanya berusia 50 tahun.

Ia mungkin menandakan bahawa Dajjal itu adalah jin bukannya manusia.Jin diperbuat daripada api dan perjanjian jin dengan tuhan telah dipersetujui dimana nyawa makhluk jin dipanjangkan hingga hari kiamat.

Namun ada hadis lagi telah membuatkan aku agak pening untuk memikirkan samaada Dajjal jin atau manusia.Berikut adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan disampaikan dari Fatimah binti Qais ;

" Tatkala sudah habis eddahku, aku mendengar suara pemanggil yang ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W., untuk memanggil orang ramai dengan seruan, 'Marilah berkumpul untuk mengerjakan sembahyang'. Lalu aku pun pergi ke masjid dan bersembahyang bersama Rasulullah S.A.W. Aku berada di saf para wanita dan duduk berhampiran bahagian belakang para makmum lelaki. Sebaik sahaja selesai Rasulullah S.A.W. sembahyang, baginda terus naik ke mimbar sambil tersenyum lantas berkata:

" Hendaklah masing-masing kamu duduk di tempat sembahyangmu".Kemudian baginda bersabda, " Tahukah kamu mengapa aku kumpulkan kamu semua? " Sahabat menjawab " Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Lalu baginda bersabda: " Sesungguhnya demi Allah, aku tidak menghimpunkan kamu semua kerana mengharapkan sesuatu ataupun takutkan sesuatu tetapi aku menghimpunkan kamu kerana Tamim Ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang menemuiku dan menyatakan keislamannya dan berbaiah kepadaku. Dia telah menceritakan kepadaku suatu cerita yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu berkenaan dengan Al-Masih Ad-Dajjal.

Beliau bercerita kepadaku bahawa pada suatu ketika, beliau pernah mengharungi lautan bersama-sama 30 orang lelaki dari kabilah Lakhm dan Juzdam.Lalu mereka dipukul dan dilambung ombak yang besar selama satu bulan sehingga akhirnya mereka bertemu dengan sebuah pulau yang ada di tengah-tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau tersebut dengan menaiki perahu kecil.

Sebaik sahaja mereka naik ke pulau tersebut, mereka sangat terkejut kerana didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya, sehingga mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Lalu mereka berkata : " Apakah kamu ini? " Binatang itu menjawab " Akulah pengintip rahsia ( Jassasah ). " Mereka bertanya: " Pengintip apa? " Binatang itu menjawab lagi : " Tak usah kamu bertanya lagi.Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara ( tempat pertapaan ) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu".

Apabila binatang itu menyebut seseorang, kami lalu meninggalkannya kerana boleh jadi ia adalah syaitan betina. Kami segera berangkat menuju ke biara itu. Tiba-tiba di dalamnya kami menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kakinya dan lututnya diikat dengan besi hingga kedua buku lalinya.

Kemudian kami bertanya kepadanya: "Makhluk apakah kamu ini? " Dia menjawab " Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku, Bahkan kamu pula siapa? " Kami menjawab: " Kami adalah dari bangsa Arab.Kami belayar di dalam laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak besar selama satu bulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu ini.

Lalu kami menaiki perahu kami dan memasuki pulau ini. Kami sangat terkejut apabila kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga kami tidak dapat mengecam mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.

Apabila kami bertanya kepadanya, " Siapa kamu? " Dia menjawab " Akulah pengintip rahsia ( Jassasah ) . " Kami bertanya lagi: " Pengintip apa? " Dia menjawab : " Sudahlah pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara ( tempat pertapaan ) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua ". " Mendengar perkataannya tadi kami merasa takut dan kami segera menuju ke sini.Kami sangkakan syaitan betina. "

Setelah mendengar perkataan kami tadi, lelaki yang dirantai itu pun bertanya : " Cuba ceritakan padaku tentang kurma di Baisan. " Kami menjawab: " Tentang apa yang mahu kamu tanyakan? " Lelaki itu berkata : " Aku mahu tahu apakah ia masih berbuah? ". Kami menjawab: " Ya! la masih berbuah. " Lalu dia berkata : " Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. "

Lelaki itu bertanya lagi : " Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah? " Kami menjawab : " Tentang apa yang kamu tanyakan? " Ia berkata lagi : " Apakah ia masih ada air?" Kami menjawab : " Airnya masih banyak. " Lalu dia berkata : " Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering. "

Kemudian dia bertanya pula: " Bagaimana dengan mata air Zughar?" Kami menjawab : " Tentang apa yang kamu tanyakan?" Dia berkata : " Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka?" Kami menjawab : " Ya, airnya masih banyak dan penduduk yang berada di sekitarnya masih menggunakan mata air untuk tanaman mereka. "

Kemudian dia bertanya lagi : " Bagaimanakah nabi orang-orang ummiyyin. " Apakah yang dikerjakannya? " Kami menjawab : " Dia telah lahir di Makkah dan telah berhijrah ke Yathrib ( Madinah ). " Dia bertanya pula : " Apakah orang-orang Arab memeranginya? " Kami menjawab : " Ya, mereka memeranginya. " Dia bertanya lagi : " Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka? " Kami menjawab : " Dia telah banyak memperolehi kemenangaan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya. " Dia bertanya pula : " Sesungguhnya itu yang terjadi? " Kami menjawab : " Ya, sungguh itulah yang telah terjadi. "

Dia berkata : " Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik. Maka sekarang ini aku mahu memberitahu kamu semua, siapa sebenarnya aku. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku akan keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehingga tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah ( Madinah ). Kedua kota itu diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya. "

Berkata Fatimah binti Qais : Lalu Rasulullah S.A.W mengehentak tongkatnya seraya bersabda : " Inilah Thayyibah! Inilah Thayyibah! Inilah Thayyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua? " Sahut para sahabat : " Benar, wahai Rasulullah! ".

Lalu nabi S.A.W menambah lagi : " Sesungguhnya cerita Tamim Ad-Dari ini bersesuaian dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu sekalian terutama tentang keistimewaan Makkah dan Madinah. Ketahuilah! Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman. Sesungguhnya ia berada di arah Timur. ( sambil baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah Timur ). " Kata Fatimah : " Maka itulah yang aku hafal dari Rasulullah S.A.W ".

Kenapa di dalam hadis ini Dajjal disebut sebagai 'seseorang'.Bagi aku 'seseorang' adalah dikhususkan kepada manusia sahaja bukannya jin.Bahkan lebih baik hadis itu menggunakan 'makhluk' untuk merujuk kepada Dajjal.

Kemungkinan juga Tamim Ad-Dari telah melakukan kesilapan ketika menceritakan perihal ini kepada Rasulullah.Ataupun kita boleh katakan bahawa Tamim Ad-Dari menipu Rasulullah ketika berucap.

Tetapi mustahil bagi seorang rasul seperti Rasulullah tidak mengetahui ia adalah sebuah penipuan.Nabi dan Rasul adalah antara makhluk yang terpandai sekali di dalam dunia ini melainkan Allah.

Jadi disini terdapat sedikit percanggahan hadis-hadis untuk menyelesaikan persoalan ini.Adakah Dajjal seorang manusia ataupun jin.Mustahil nabi Muhammad S.A.W. ingin mengelirukan umatnya di kemudian hari.

Sebelum itu, aku ingin menambah sedikit bab kelahiran jin, dimana aku telah mendapat bukti baru bahawa jin juga hamil seperti manusia.Namun tempoh kehamilan jin lebih panjang dari manusia iaitu 15 bulan.

Jin perempuan juga menyusui bayinya seperti juga manusia.Tetapi masa menyusukan bayi sama juga dengan usia manusia di bumi mati.Bayi jin tidak bergerak dan bersuara ketika berada di dalam keadaan bayi.

Ini membuktikan bahawa di dalam dunia jin juga, terdapat jantina lelaki dan perempuan dan sekaligus menolak dakwaan diatas tadi.Ini menguatkan lagi spekulasi yang menyatakan bahawa Dajjal itu jin.

Berikut adalah hadis-hadis mengenai rupa bentuk Dajjal :

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)

“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)

“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)

Jika Dajjal ini keluar suatu hari nanti, adakah Dajjal akan keluar dengan rupa paras yang menjijikan seperti diatas? Bagi aku kemungkinan Dajjal akan keluar dengan bentuk fizikal yang begitu.

Tetapi apakah rupa bentuk Dajjal jika Dajjal sudah pun keluar dari tempat Dajjal dirantai di sebuah pulau? Ingatkah bahawa Dajjal pernah berkata kepada Tamim Ad-Dari " Rasanya sudah hampir diizinkan aku akan keluar ''.

Bagi aku, apa ayat-ayat yang Dajjal keluarkan itu amat perlu diteliti.Ini kerana selepas 1400 tahun takkan dikatakan bahawa hampir ataupun dekat.Masa 1400 tahun bagi aku amat lama untuk Dajjal keluar.

Kemungkinan juga yang Dajjal telah pun keluar dari tempat pengurunganya.Tetapi bentuk Dajjal bukan seperti yang dinyatakan di hadis yang diatas.Ini kerana jika Dajjal berketurunan jin, tiada masalah untuk menukarkan dirinya seperti apa yang dia kehendaki.

Kata-kata Dajjal sebuah ideologi dimana Dajjal boleh menyebarkan maklumat sepantas kilat, bergerak seperti angin, membelah gunung ganang, pembohongan Dajjal dipercayai dan sebagainya bagi aku bukannya ideologi.

Jika benar Dajjal itu seekor jin, tiada masalah untuk menyebarkan fitnah kepada orang-orang lain kerana kemungkinan Dajjal menyamar sebagai manusia.Jin juga bergerak dengan pantas dan Dajjal boleh membelah gunung dan ganang dan pembohongannya dipercayai mungkin kerana ilmunya yang tinggi.

Di dalam dunia jin, terdapat tiga golongan jin iaitu jin terbang ke langit, jin berupa anjing hitam dan juga jin berupa seekor ular.Di dalam golongan jin yang pertama iaitu jin terbang ke langit.Terdapat petikan Quran berbunyi ;

" Dan sesungguhnya kami ( jin ) telah mencuba mengetahui ( rahsia ) langit. Maka kami mendapati langit itu penuh dengan penjagaan yang ketat dan panah-panah api. Sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk mendengarkan secara sembunyi ( berita-beritanya ). Tetapi sekarang siapa saja mencuba mendengarkan secara sembunyi, tentu akan mendapat panah yang mengintai ( untuk membakarnya ). "
( Al-Jin 8-9 )

Ayat di atas ini sekaligus telah lagi menguatkan lagi teori aku dimana menyatakan bahawa Dajjal adalah seorang jin.Ilmu-ilmunya yang telah diintainya lebih seribu tahun dahulu telah menunjukkan dia begitu berilmu.

Usia hidupnya yang panjang memberi kelebihan kepada Dajjal untuk lebih mengenali lagi secara rapat tentang ilmu dunia.Tambahan lagi ibu Dajjal berketurunan Yahudi di mana penganutnya antara terpandai di dunia.

Kesimpulannya ialah disini aku telah merasakan bahawa Dajjal adalah seekor jin berdasarkan kajian yang aku buat berdasarkan hadis yang kadang-kala menyusahkan lagi kajian yang aku lakukan ini.

Namun aku berharap supaya jangan mempercayai tulisan aku ini bulat-bulat ini kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesilapan.Kemungkinan juga teori ini satu kesilapan bagi aku dan ambil teori aku ini sebagai satu pengetahuan.

1 comment:

  1. jika anda ingin mengatahui dengan lebih lanjut rujuk buku "al khuyat al khafiyyah baina al masikh ad adajjal wa asrar muthalllat bermuda wa al atbaq at tairah"(dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda) karya mihammad isa dawud...kajian dari segi dalil quran sunnah itjmak naskah lama dan baru serta kajian2 ilmiah barat....

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen