Friday, September 17, 2010

Alasan Osama langgar WTC ( 9/11 )

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI

Alhamdulillah, kita selamat menjalani ibadah puasa dengan baik dan disambut pula dengan syawal yang tiba.Aku nak minta maaflah kalau bahasa di dalam blog aku ini agak kasar.Merapu, mencarut ataupun lain-lain perkara yang menyinggung pembaca.

Satu lagi aku nak minta maaf sebab lambat ucap Selamat Hari Raya dan juga tak update blog agak lama sampai ada complain.Aku beraya dekat utara tanah air jadi lambat sikit nak sampai ke kediaman rasmi aku ini.

Jadi topik utama aku pada hari ini adalah tentang peristiwa Al-Qaeda melanggar World Trade Centre pada 11 September 2001 dimana artikel ini berkisarkan peristiwa itu.Sepatutnya pun 11 September yang lepas aku post artikel ini.Disebabkan raya jadi aku tangguh pada hari ini.

Hari Raya Eidulfitri pada tahun ini adalah satu hari sebelum sebelum ulangtahun runtuhnya World Trade Centre ( WTC ) iaitu pada 10 September.Manakala ulangtahun peristiwa 9/11 adalah 11 September.

Perkara ini telah menimbulkan kerisauan para ulama' dan penduduk Islam yang berada di US yang menganggap mereka menyambut perayaan Aidilfitri sebagai menyambut ulangtahun peristiwa perlanggaran WTC.

Dan baru-baru ini timbul oleh paderi dari sebuah gereja di Florida, US telah merancang untuk membakar Al-Quran sempena upacara memperingati serangan 11 September.Ini berikutan oleh kerana pembinaan masjid baru di tapak ground zero berhampiran bangunan WTC yang runtuh.

Perkara ini menyemarakkan lagi semangat Islamophobia di kalangan rakyat-rakyat US.Sambutan ulangtahun memperingati mangsa di US dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menghina Islam.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini aku telah terbaca sebuah buku dimana aku dapati alasan pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden menyerang Pentagon dan WTC pada 11 September 2001.

Berikut adalah ucapan Osama Bin Laden...

" Peristiwa-peristiwa yang telah mempengaruhi saya secara berkesan ialah peristiwa yang telah pun berlaku pada 1982, serta peristiwa-peristiwa yang berikutan dengannya, apabila AS telah membenarkan pihak Israel menyerang Lebanon dengan bantuan Armada Keenam Amerika Syarikat. Mereka telah memulakan dengan tembakan peluru meriam dan ramai orang yang telah pun terbunuh dan tercedera, sementara yang lain-lainnya telah diperlakukan secara yang kejam dan membuatkan mereka melarikan diri. Saya masih lagi ingat akan adegan-adegan yang menyayatkan hati - darah mengalir, kaki dan tangan telah pun tercerai-berai, mayat-mayat kaum wanita dan kanak-kanak bergelimpangan ; kemusnahan kediaman-kediaman di merata-rata tempat, bangunan-bangunan tinggi telah pun menyembah bumi menghempap ke atas penghuni-penghuninya, bom-bom terus menghujani tanpa belas kasihan ke atas kediaman-kediaman kami. Ia seolah-olah seperti seekor buaya menelan seorang anak, dan anak itu tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menangis. Tetapi adakah sang buaya itu memahami sebarang bahasa selain daripada senjata api? Seluruh dunia telah lihat dan mendengarnya, tetapi tidak ada pun sebarang tindakan balas. "

" Ketika keadaan-keadaan yang kritis tersebut, saya telah ditenggelami dengan perasaan terharu yang sukar untuk dihuraikan, tetapi kejadian ini telah menyentakkan suara hati saya yang sungguh kuat untuk menolak ketidakadilan dan melahirkan satu keazaman yang kukuh untuk menghukum para penindasnya. Semasa saya terlihat kepada menara-menara yang telah ditumbangkan di Lebanon, saya telah dilanda dengan idea untuk menghukum para penindasnya dalam keadaan yang sama juga dan berhajat untuk memusnahkan menara-menara di AS, bagi membolehkan mereka merasai apa yang kami telah pun rasai dan untuk menghalang mereka daripada membunuh terus kanak-kanak dan kaum-kaum wanita. Pada hari tersebut, saya telah menjadi kian yakin bahawa ketidakadilan dan pembunuhan yang telah dirancang ke atas kanak-kanak dan kaum-kaum wanita adalah merupakan prinsip yang telah pun bertapak di kalangan pihak orang Amerika, malah perasaan 'ketakutan' itu adalah ( sebenarnya bermaksud ) 'kebebasan' dan 'demokrasi', manakala mereka telah memanggil para penentangan sebagai 'terorisme' dan 'reaksioner'. Pendirian Ameriika untuk ketidakadilan dan melaksanakan sekatan ke atas berjuta-juta rakyat, telah mengakibatkan kematian yang begitu ramai, seperti Bush yang senior telah lakukan, menyebabkan pembunuhan secara beramai-ramai ke atas kanak-kanak di Iraq, ( keadaan yang terburuk ) yang pernah sejarah manusia ketahui. Ia dilakukan terus dengan menggugurkan berjuta-juta paun bom-bom dan bahan-bahan letupan ke atas jutaan para kanak-kanak di Iraq sekali lagi, seperti yang telah dilakukan oleh Bush Junior, bertujuan untuk menyingkirkan seorang agennya yang lama dan untuk melantik agennya yang baru bagi menolongnya mencuri minyak di Iraq, dan melakukan lain-lain lagi perkara yang teruk. "

" Berlatarbelakangkan kesemua inilah maka bayang-bayang yang sama dengan 11 September itu telah mula terjelma sebagai tindak balas terhadap ketidakadilan-ketidakadilan yang dahsyat itu. Adakah seorang lelaki itu dipersalahkan untuk melindungi dirinya? Dan adakah mempertahankan diri sendiri dan menghukum pihak yang jahat, sebiji mata dibalas dengan sebiji mata juga - itu patut dikeji sebagai terorisme? Meskipun sekiranya ia merupakan satu tindakan terorisme yang keji, kami tidak ada pun pilihan yang lainnya. Ini adalah mesej yang kami telah cuba salurkan kepada anda, dengan perkataan-perkataan dan tindakan-tindakan, lebih daripada sekali pada tahun-tahun sebelum 11 September. Perhatikanlah , kiranya anda boleh, di dalam temuramah saya bersama dengan Scott di dalam majalah Times pada 1996, dan Peter Arnett daripada CNN pada tahun 1997, dan kemudiannya dengan John Wiener ( tidak diketahui dari media mana ) pada tahun 1998 ; perhatikanlah, kiranya anda boleh, dalam tindakan-tindakan kami di Nairobi dan di Tanzania juga di Aden, dan perhatikanlah di dalam temuramah saya bersama-sama dengan Abd Al-Bari Atwab dan di dalam temu ramah saya dengan Robert Fisk. Yang terakhirnya itu adalah daripada kalangan anda sendiri, daripada golongan yang seagama dengan anda, dan saya menggangap dirinya sebagai tidak berpihak. "

Apa yang ingin dinyatakan oleh Osama bin Laden terhadap dunia adalah persoalan dimana mengapakah dahulunya tindakan-tindakan yang dibuat oleh US terhadap dunia tidak dianggap keganasan.

Mengebom kubu pertahanan rakyat Iraq pada zaman pemerintahan Saddam Hussein telah mengorbankan berjuta-juta rakyat Iraq yang berlindung di kubu terbabit.Adakah ia satu keganasan?

Menggugurkan bom ke Hiroshima dan Nagasaki ketika era perang kedua yang menyebabkan berjuta rakyat Jepun mati.Jika hidup pun mereka cacat dan anak mereka mengalami kecacatan semenjak lahir.Bukankah ia satu keganasan?

Bersubahat bersama Israel menyerang Palestin yang membunuh beribu orang awam yang tidak berdosa adalah melanggar persidangan konvensyen Geneva.Tidakkah kira sebagai satu keganasan terhadap rakyat awam.

Lebih tiga juta rakyat Vietnam tidak bersalah telah dibunuh semasa perang menentang Komunis di sana.Namun adakah mereka berjaya mengalahkan Komunis? Tidak! Dan adakah tiga juta rakyat Vietnam yang mati itu tidak dibunuh oleh tentera yang mengganas.

Tindakan mereka menganggap agama Islam adalah sebuah agama yang mengamalkan keganasan adalah salah sama sekali.Islam tidak mengamalkan keganasan kerana membunuh orang awam.

Dan jika benar dakwaan mereka sekalipun, adakah wajar mereka juga menyatakan bahawa agama Kristian juga mengamalkan keganasan begitu juga dengan Yahudi yang membunuh orang awam di Palestin.

Dari situlah wujudnya satu pandangan buruk terhadap Islam.Semangat Islamophobia yang diperbesar-besarkan pada masa ini adalah satu benda yang telah menyedarkan 1.5 billion umat Islam.

Dimana sebuah professor telah menyatakan bahawa menyemarakan lagi Islamophobia telah menyedarkan umat Islam dimana tindakan Osama Bin Laden itu patut dilakukan memandangkan apa yang Barat lakukan terhadap Islam.

+++

Kelmarin dulu aku balik dari AS ( Alor Star ) menuju Kuala Lumpur dan diantara masa aku balik tu aku terjumpa sebuah kereta yang amat-amat jarang dijumpai di tempat-tempat awam.Kepunyaan kerabat diraja Johor agaknya mungkin juga Sultan Johor.

Kereta jenama Cadillac model Escalade telah aku jumpai di Sungai Perak sedang diiringi sebuah kereta Proton Perdana bernombor JH5 dan dua buah kereta polis Waja.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen