Wednesday, August 11, 2010

Yahudi Memeluk Islam ( 1 )

Suatu hari Sayidina Umar ke Rasulullah untuk bertemu dengan baginda.Tujuannya adalah membincangkan tentang agama dan juga masyarakat.

Tiba-tiba seorang lelaki Yahudi bernama Saad bin Syaanah datang ke rumah baginda dengan keadaan terburu-buru.Apabila tiba di hadapan rumah Saad berdiri bercekak pinggang dan memandang rasulullah dengan keadaan marah.

"Masuklah dahulu, wahai Saad" kata Rasulullah kepadanya namun Saad bertindak tanpa dugaan apabila meragut kain yang berada di leher Rasulullah secara kasar hingga meninggalkan bekas pada leher baginda.

"Hoi keturunan Abdul Mutalib. Memang engkau daripada keturunan orang-orang yang suka menangguhkan hutang! Cepat, Jelaskan semua hutangmu!" kata Said kepada Rasulullah untuk meminta hutang.

Sayidina Umar yang berada di situ juga naik angin apabila nabi telah dicaci hamun oleh Saad menyebabkan beliau terus menenking lelaki Yahudi dengan berkata ;

"Wahai Saad! Mengapa begitu celupar mulutmu, sekali lagi kau menghina Rasulullah, aku akan pancung lehermu? kata Sayidina Umar.

Tetapi Saad tidak takut akan ugutan yang dilemparkan oleh Sayidina malahan Saad mencabar Sayidina Umar.

Saad berkata kepada Sayidina " Ini adalah urusanku dengan Rasulullah. Pergilah engkau dari sini".

Sambil itu Rasulullah tersenyum melihat mereka berdua namun baginda tahu bahawa Sayidina Umar membelanya adalah kerana amat sayang kepadanya dan terus berkata " Wahau Umar, bersabarlah".

Sayidina Umar membalas " Wahai kekasih Allah, saya tidak sanggup engkau diperlakukan begitu rupa. Kalau engkau benarkan, biarlah saya tamatkan riwayatnya di sini juga, " dengann nada yang marah.

"Aku dan dia sememangnya ada urusn hutang, Usahlah kau mencampurinya. Adalah lebih baik sekiranya engkau meminta aku membayar hutangnya dan menasihatinya agar meminta hutangnya secara baik, bukankah begitu?" kata Rasulullah

Tambahnya lagi " Sebenarnya aku masih mempunyai tiga hari untuk menjelaskan hutangnya. Tetapi tidak mengapalah." berkata lagi " Bayarlah hutangku itu dengan menambahkan lagi 20 gantang gandum.Biar kemarahannya hilang,".

Sayidina tersedar bahawa 20 gantang gandum itu adalah untuk menutup kekasarannya yang dilakukan terhadap Saad tadi.

"Cepatlah Umar, pulanglah ke rumahmu! Lakukan yang sebaiknya kerana ia adalah urusan manusia dan Akhirat.Apakah yang ditunggu lagi?" tanya Rasulullah terhadap Sayidina Umar.

Sayidina Umar pun melangkah pergi namun Saad menghalangnya dari terus berlalu dan berkata " Nanti dahulu, wahai Umar.Semua yang aku lihat ini adalah tanda-tanda kenabian. Aku telah melihat tanda-tanda itu pada wajah Rasulullah,".

Sayidina Umar hairan dan melontarkan soalan kepada Saad " Apakah maksudmu? ".

"Sebenarnya aku ingin menguju adakah baginda orang yang penyantun dan pemaaf sebagaimana yang diceritakan oleh orang.Benarah tanda-tanda kenabian itu telah jelas" dan selepas itu Saad pun mengucap dua kalimah syahadah dengan rasa penuh gembira.

"Syukurlah kepada Allah kerana petunjuk dan hidayah datang daripadaNya.Umar, lihatlah telah bertambah lagi seorang hamba Allah yang memeluk Islam.Semoga ALlah memberkati hidup kita" kata Rasulullah.

Dengan berkat kesabaran Rasulullah dan ketaatan Sayidina Umar keapda baginda telah melembutkan seorang Yahudi untuk memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen