Thursday, August 19, 2010

Ular Penipu ( 7 )

Muhammad bin Himyar adalah seorang pemuda yang warak.Dia rajin berpuasa dan beribadah kepada Allah siang dan malam.Segala suruhan Allah dilakukan dan larangannya ditinggalkan olehnya.

Suatu hari, Muhammad bin Himyar pergi memburu di sebuah hutan.Ketika dalam perjalanan, dia tiba-tiba dihalang oleh seekor ular hitam.Dengan rasa penuh ketakutan, ular itu merayu kepada Muhammad dengan berkata " Tolonglah aku! Ada seorang lelaki sedang mengejarku untuk membunuhku.Semoga Allah membantumu ".

Muhammad pun berasa kasihan terhadap ular hitam tersebut lalu dia tanpa berfikir panjang membuka serbannya daan menyuruh ular terbabit supaya bersembunyi di dalamnya.

Namun ular membangkang dan enggan masuk ke dalam serban itu dengan berkata " Nanti musuhku akan dapat lihat ".Lalu Muhammad pun memebuka pula tali pinggangnya dan menyuruh ular itu masuk ke jubah namun ular itu enggan bersembunyi disitu dengan alasan yang sama seperti tadi.

Muhammad pun bingung dan bertanya kepada ular itu dimanakah hendak dia bersembunyi.

Ular itu menjawab " Bukalah mulutmu supaya aku dapat bersembunyi di dalam perutmu.Aku berumpah dengan nama Allah, para malaikat dan nabi-nabi serta seluruh penduduk langit bahawa aku tidak akan membunuhmu ".

Muhammad pun mempercayai kata-kata ular tersebut lalu dibukakannya mulutnya memberi petunjuk supaya ular itu masuk ke dalam perutnya.

Tidak lama selepas itu datang seorang pemuda dengan tangannya terdapat pedang dan bertanya kepada Muhammad sama ada nampak seekor ular hitam yang lalu disini sebentar tadi.Namun Muhammad berpura-pura tidak tahu.

Ini menyebabkan Muhammad berasa bersalah oleh kerana berbohong menyebabkan dia beristighfar sebanyak 100 kali.Pemuda itupun berlalu pergi dengan tanpa syak yang buruk terhadap Muhammad.

Setelah pemuda itu pergi, Muhammad pun mengarahkan supaya ular yang berada di dalam perutnya supaya keluar dari perutnya oleh kerana pemuda yang ingin membunuhnya sudah pergi.

Namun ular itu enggan keluar dan menyuruh Muhammad supaya lihat betul-betul untuk memastikan musuhnya sudah tiada.Setelah Muhammad pasti bahawa pemuda itu tiada lalu disuruhnya sekali lagi kepada ular itu supaya keluar dari perutnya.

Tetapi kali ini ular hitam itu mendiamkan diri.Dia tetap tidak mahu keluar dari mulut Muhammad walaupun sudah disuruh Muhammad berkali-kali supaya keluar dari badannya.

" Aku tidak mahu keluar, pilihlah antara dua, sama ada hatimu akan dirobekkan atau jantungmu akan dilubangkan! " ugut ular hitam itu kepada Muhammad.

Muhammad pun terperanjat dengan kata-kata yang dilontarkan oleh ular hitam tersebut dan mengucap "Subhanallah".Begitu mudah kamu melupakan janji dan sumpahmu tanya Muhammad kepada ular terbabit.

Ular terbabit menjawab " Wahai manusia, tidakkah engkau ingat permusuhanku dengan Adam? Disebabkan olehnya, aku terpaksa keluar dari syurga.Dan mengapa pula engkau berbuat baik terhadap mahkluk yang curang dan tidak mengenang budi? ".

Oleh kerana dirinya tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana ular itu berada di dalam perutnya.Dia pasrah dan berkata kepada ular jika hendak membunuhnya, berikan dia peluang untuk menyiapkan tempat matinya.Ular itu menjawab " Terpulanglah kepadamu ".

Dengan rasa harap kepada Allah, Muhammad pun berjalan ke arah bukit dan menadahkan tangannya sambil berdoa " Ya tuhanku yang Maha Pemurah, tolonglah diriku.Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kejahatan ular ini ".

Secara tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang kacak.Tubuhnya berbau harum.Pemuda itu mengucapkan salam terhadap Muhammad dan bertanya kepada Muhammad mengapa mukanya pucat.Muhammad pun menceritakan peristiwa ular itu kepadanya.

Lalu pemuda itu memberikan sehelai daun hijau kepada Muhammad dan menyuruh Muhammad mengunyahnya dan telan daun itu.Muhammad mengikut saja kata pemuda itu dan secara tiba-tiba perutnya memulas menyebabkan dia ingin membuang air besar.

Tanpa membuang masa, Muhammad pun mencari lokasi strategik untuk melepaskan hajatnya itu.Muhammad berasa terkejut oleh kerana ular yang berada di dalam badannya juga turut keluar dengan badannya terpotong-potong.

Setelah selesai melepaskan hajatnya dengan rasa penuh kesyukuran.Muhammad pergi mencari pemuda itu dan bertanyakan kepada pemuda itu " Siapakah saudara yang sebenarnya? ".Dan pemuda itu menjawab sambil ketawa " Wahai Muhammad bin Himyar, ketika terjadi peristiwa antara kamu dengan ular itu, bergemuruhlah suara malaikat di langit.Mereka meminta kepada Allah supaya menyelamatkan kamu.Allah telah berfirman dengan kemuliaan dan kebesaranNya mengarahkan aku kesyuga memetik daun itu dan memberikannya kepadamu ".

Sambung pemuda itu lagi " Namaku adalah Al-Makruf, tinggal di langit yang keempat. Wahai Muhammad, teruskanlah sikapmu suka berbuat kebaikan "

Kemudia pemuda itu pun berlalu dari situ.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen