Sunday, August 15, 2010

Rantai Hadiah ( 5 )

Isteri kepada Khalifah Umar Al-Khattab telah dihadiahkan seutas rantai emas oleh seorang pembesar Rom.Namun Khalifah tidak menyenangi isterinya memakai rantai tersebut.

Jadi Khalifah Umar pun bertanya kepada isterinya "Dari manakah engkau mendapat rantai ini?'' dan isterinya menjawab "Ini adalah hadiah dari isteri pembesar Rom.Bukankah semalam dia telah datang ke sini bersama suaminya".

"Kalau begitu, engkau tidak berhak memakainya.Ia adalah milik negara!" katanya Khalifah kepada isterinya dengan tegas.

Isterinya membalas '' Mengapa pula? Bukankah isteri pembesar itu yang menghadiahkan rantai ini untukku, bukan untuk negara!.

Khalifah Umar menjelaskan soalan itu " Sekiranya aku bukan khalifah, adakah engkau pasti akan mendapat hadiah darinya? Tentu tidak! Berapa ramai wanita di Madinah, tidak seorang pun mendapat hadiah darinya.Oleh itu, hadiah ini ada kaitan dengan negara!".

Isteri Khalifah memahami mengapa suaminya bertegas tidak membenarkannya memakai rantai tersebut dan dia terus membuka rantai tersebut dan diberikan kepada suaminya untuk diserahkan kepada Baitulmal.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen