Wednesday, August 18, 2010

Penyelesaian Masalah Kesesakan

Raya cuma lebih 3 minggu lagi dan sudah semestinya kebanyakan warga kota bakal pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang setelah sebulan berpuasa.

Namun rakyat Malaysia bukanlah kaya, kebanyakan mereka menggunakan kereta sebagai kenderaan untuk balik ke kampung halaman mereka tidak kira di utara, pantai timur ataupun barat semenanjung.

Kalau pulang beraya dua tiga hari belum raya selalunya perjalanan akan ditempuhi dengan kesesakan yang amat teruk.Aku balik ke kampungku, Kedah pun mengambil masa lebih 12 jam masa nak balik raya.

Bagaimana pula yang dari Johor nak balik Perlis? kalau kaya bolehlah balik dengan kapal terbang itupun kalau tempah tiket awal.Sekarang confirm tak dapat punya.

Soalannya ialah bagaimana hendak mengatasi kesesakan lalu lintas ini?

Aku punya pendapat mengatakan bahawa kesesakan lalu lintas berlaku cuma disebabkan dua perkara sahaja.Satu adalah ketika ingin membayar tol dimana kenderaan perlu berbaris panjang untuk melepasi palang tol.

Dan keduanya disebabkan kemalangan jalan raya yang bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk tambah lagi dengan mentaliti keprihatinan rakyat Malaysia yang suka berhenti melihat kemalangan.

Penyelesaian yang pertama iaitu masalah ketika membayar tol adalah sepatutnya dua tiga hari sebelum raya tol tak berfungsi dimana jurutol boleh beraya awal...Melawak jaa...

Sebenarnya kesemua pemandu-pemandu di Malaysia perlulah dibekalkan dengan kad Touch N' Go untuk memudahkan pembayaran ketika melalui tol.Hal ini bagi aku tiada masalah untuk kerajaan menyalurkannys kepada pengguna jalan raya.

Maksud aku secara percuma, oleh itu kesesakan lalu lintas mungkin dapat dikurangkan oleh kerana kebanyakan pemandu yang beratur panjang adalah yang hendak membayar tol dengan tunai.

Ini menyebabkan berlaku dua benda yang melambatkan proses iaitu masa bagi duit dimana selalunya duit mesti lebih dan ketika hendak memberi baki oleh jurutol kepada pengguna dimana mengambil masa 20 saat.

Namun jika kita menggunakan kad Touch N' Go aku rasa hanya memerlukan 5 saat untuk palang itu naik.Ini bakal menjimatkan masa lebih 15 saat dan aku percaya ia boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Jika dicerita bagaimana perkara ini hendak dilaksanakan adalah dengan mengurangkan lorong tunai dan menggantikannya dengan lorong Touch N' Go.Ini bakal menyebabkan manusia-manusia yang menggunakan tunai bakal tertekan.

Ini kerana sudah semestinya mereka berasa begitu lambat hendak membayar tol dan ini akan menimbulkan satu bentuk perasaan.Perasaan yang aku maksudkan adalah perasaan cemburu dimana mereka akan cemburu melihat kereta di sebelah mereka membayar tol dengan pantas.

Selain itu, cara untuk mengalakkan pengguna lebuh raya di Malaysia supaya menggunakan khidmat Touch N' Go adalah dengan memberikan diskaun kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan khidmat ini.

Ia kerana mereka telah bayar duit awal jadi boleh diberikan diskaun kepada mereka.Ini pun bakal menyebabkan pengguna yang mengunakan tunai untuk membuat transaksi berasa rugi akan tindakannya itu.

Tapi masalahnya adalah jika orang-orang kampung yang hanya ke luar bandar setahun sekali macam mana pula?

Senang sahaja, kurangkan kadar bayaran tambah nilai Touch N' Go contohnya Rm 5 cukuplah untuk orang-orang kampung nak pergi dan balik.

Akhir kata mereka akan menggunakan Touch N' Go untuk membayar tol diseluruh Malaysia.Kalau terlebih kaya bolehlah gunakan Smart Tag untuk ke mana-mana jua tanpa perlu membuka tingkap.

( Ia juga dapat mengurangkan kerosakan oleh kerana kereta Proton terutamanya Waja selalu mengalami kerosakan tingkap )

Masalah kedua yang aku nyatakan adalah tentang kemalangan jalan raya.Sebab apa berlakunya kemalangan? Sebabnya tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ini menyebabkan berlakunya kemalangan.

Apa yang aku hendak nyatakan disini adalah kita perlulah menguatkuasakan undang-undang dimana akan membuatkan rakyat takut akan undang-undang.Ini mungkin dapat mengelakkan kemalangan berlaku di lebuh raya dimana raya menjelang tiba.

Setakat kena saman bayar Rm 300 bagi aku takkan menyedarkan rakyat kita supaya patuh kepada undang-undang.Walaupun jika tak bayar saman tidak boleh ambil road tax tapi kerajaan buat baik dengan membenarkan mereka membayar cukai jalan walaupun masih ada saman masih belum dijelaskan.

Bagi aku mereka ini perlu dipenjarakan sebab tak bayar saman.Bila nak pecut kereta meter sampai 160 km tak fikir saman.Jadi cara untuk menyedarkan mereka adalah dengan tarik kereta itupun kena bayar nak masa nak ambil balik.

Tapi aku rasa tindakan diatas adalah tidak terlalu tegas.Bagi aku mereka yang tak bayar saman ini patut dipenjarakan oleh tindakan yang melanggar undang-undang.

Ini mungkin menyedarkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu kereta dan tidak memecut laju.Masalah berlakunya kemalangan bagi aku sebab tak ikut undang-undanglah.

Jadi sebelum aku menutup kes aku ini, ada sedikit kata-kata kepada pegawai kerajaan yang telah membaca ataupun terbaca...

Ada dua benda aku nak bagitahu, satu adalah supaya kerajaan mengalakkan orang ramai menggunakan Touch N' Go macam dekat Singapura dan keduanya adalah jangan bagi chance kepada pesalah lalu lintas.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen